Tugasan 1 (Etika dalam kepelbagaian disiplin) PDF

Title Tugasan 1 (Etika dalam kepelbagaian disiplin)
Course Computer Science
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 24
File Size 342.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 215
Total Views 254

Summary

CTU 554ETIKA DALAM KEPELBAGAIAN DISIPLINDisediakan Oleh:Nama No Id/MatrikNUR SYAZANA BINTI AHMADJEFIRUDDIN2020977237IFFAH NABILAH BT JALIL 2020966503Kod Kumpulan : D1CS240 4ADisediakan Untuk:USTAZ ABU SUFIAN BIN AB GHANIKategori Penilaian MarkahPengenalanIsi dan huraianCadangan dan kesimpulanBibliog...


Description

CTU 554 ETIKA DALAM KEPELBAGAIAN DISIPLIN

Disediakan Oleh: Nama NUR SYAZANA BINTI AHMAD JEFIRUDDIN IFFAH NABILAH BT JALIL

No Id/Matrik 2020977237 2020966503

Kod Kumpulan : D1CS240 4A

Disediakan Untuk: USTAZ ABU SUFIAN BIN AB GHANI

Kategori Penilaian Pengenalan Isi dan huraian Cadangan dan kesimpulan Bibliografi dan Rujukan Etika dan moral professional

1

Markah

ABSTRAK Kajian ini akan mengkaji/menganalisa etika dalam kepebagaian disiplin seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan masyarakat digital di khalayak ramai dalam organisasi sektor. Etika adalah ilmu yang membincangkan tentang tingkah laku atau pandangan baik dan buruk bagi sesuatu tindakan manusia. Pertimbangan rasional yang seringkali digunakan dalam menentukan nilai telah menjadikan etika tidak tetap dan relative sehingga tiada satu makna kemoralan atau etika yang diterima umum. Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan: Adakah organisasi sektor awam mengoptimumkan

komitmen

dan

keupayaan

mereka

dalam

melaksanakan

tanggungjawab mereka untuk mengukuhkan pendidikan etika dan moral di kalangan pegawai awam? Penyelidikan ini dirancang dengan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian kes untuk menggambarkan tahap komitmen dan keupayaan organisasi sektor awam dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Data untuk kajian diperoleh melalui temu ramah informan utama secara bersemuka (temu bual separa berstruktur teknik) serta perbincangan kumpulan fokus dengan responden di empat agensi kerajaan di peringkat Persekutuan. Hasil kajian tidak memberangsangkan. Penyelidik menawarkan cadangan ke arah pengurusan etika dalam organisasi sektor awam.

Kata kunci: Etika, ekonomi, politik, sosial, pendidikan, masyarakat digital.

2

KANDUNGAN Abstrak ............................................................................................................................... 2 Kandungan ............................................................................................................................... 3 Penghargaan ............................................................................................................................... 4 Pengakuan Pelajar……………………………………………………….……… 5 Pengakuan Pelajar……………………………………………………….……… 6 Pengenalan ............................................................................................................................... 7 1.1 Pendahuluan .............................................................................................................. 7 1.2 Objektif Kajian .............................................................................................................. 7 Dapatan Kajian dan Perbincangan ............................................................................................................................... 8 2.1 Kajian Terdahulu (Literatur) .............................................................................................................. 8 2.2 Pendahuluan .............................................................................................................. 10 2.2.1 Ekonomi .............................................................................................................. 12 2.2.2 Politik .............................................................................................................. 14 2.2.3 Sosial .............................................................................................................. 15 2.2.4 Pendidikan……………….…………………………………………...17 2.2.5 Masyarakat Digital……………………………………………….…..18 Kesimpulan ............................................................................................................................... 20 Rujukan / Bibliografi ............................................................................................................................... 21

3

4

PENGHARGAAN Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan tugasan ini. Kami sangat bersyukur kerana kami berjaya menyiapkan tugasan kami dalam masa yang diberikan oleh pensyarah kesayangan kami Abu Sufian Bin Ab Ghani, yang telah sangat membantu menyelesaikan tugasan ini dan juga untuk mengajar kami. Tugas ini juga tidak dapat diselesaikan tanpa usaha dan kerjasama daripada ahli kumpulan kami yang terdiri daripada Nur Syazana binti Ahmad Jefiruddin dan Iffah Nabilah binti Jalil.

Tidak ada yang lebih penting bagi kami dalam melaksanakan tugas ini daripada ahli keluarga kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami, yang kasih dan bimbingan bersama kami dalam semua yang kami cari. Yang paling penting, rakan-rakan dan orang lain yang dalam satu atau lain cara berkongsi sokongan mereka, baik dari segi moral, kewangan dan fizikal, terima kasih. Dorongan mereka ketika masa-masa sukar dihargai dan diberi perhatian. Saya tidak mempunyai katakata berharga untuk mengucapkan terima kasih, tetapi hati saya masih penuh dengan nikmat yang diterima dari setiap orang.

5

PENGAKUAN PELAJAR

“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.”

................................................. Nama pelajar: Nur Syazana Binti Ahmad Jefiruddin Id pelajar: 2020977237 Tarikh: 1 Disember 2020

6

PENGAKUAN PELAJAR

“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.”

................................................. Nama pelajar: Iffah Nabilah Binti Jalil Id pelajar: 2020966503 Tarikh: 1 Disember 2020

7

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN Mengenali, memahami dan seterusnya mengamalkan etika adalah salah satu daripada keperluan bagi mencapai kesempurnaan dalam kehidupan manusia. Etika universal adalah etika yang dibina di atas landasan yang kukuh. Menurut Islam, menjadi seorang yang beretika atau berakhlak adalah sebahagian daripada sebab kewujudannya dalam merealisasikan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah (Quran, 4:125). Etika juga tidak dirasakan kepentingannya di zaman yang semakin canggih perkembangan ilmu, sains dan teknologinya. Kelulusan akedemik yang tinggi serta kemahiran dan kepakaran berkerja belum lagi dapat menjamin kelahiran seorang perkerja, pengurus dan pemimpin yang baik, bersikap jujur, amanah, dan berintegriti tinggi. Nilai etika masih lagi menjadi asas dan prinsip bagi menjamin rasa keterikatan manusia kepada kelakuan, sikap, persepsi, motivasi dan personaliti yang baik bagi memastikan kehidupan terus unggul dalam keadaan yang terjamin dan sejahtera. Nilai etika juga boleh dipraktikkan di semua aspek kehidupan tidak kira dari segi pembelajaran, politik, ekonomi dan sebagainya.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: 1- Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan lebih mendalam tentang konsep etika dalam kepelbagaian disiplin. 2- Kajian ini dilakukan untuk menganalisa isu yang berkaitan ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan masyarakat digital. 3- Kajian ini dilakukan untuk melihat kebaikan mengaplikasikan etika dalam ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan masyarakat digital.

8

2DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

2.1 KAJIAN TERDAHULU (LITERATUR)

a) Pendidikan etika, moral dan integriti oleh Roslan dan Nik Rosnah Di Malaysia, isu ini jelas digambarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi yang menyatakan "kelemahan ketara ialah imej negatif perkhidmatan awam yang dipegang sebahagian rakyat. Walaupun beberapa langkah telah diambil, perkhidmatan awam masih dianggap birokratik, lembap, tidak mesra, tidak responsif kepada keperluan rakyat, serta tidak cekap dan tidak profesional dalam menjalankan tugas. Persepsi negatif ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh prejudis lama, tetapi ia juga berasaskan kenyataan semasa". Seterusnya beliau menegaskan bahawa: "Karenah birokrasi, layanan kurang mesra, dan gejala rasuah boleh menyebabkan perkhidmatan awam dipandang rendah. Rakyat akan menjadi sinis terhadap apaapa usaha perkhidmatan awam, dan menganggap jentera perkhidmatan awam tidak boleh diharap. Para usahawan dan pelabur pula tidak akan berminat untuk membangunkan negara sekiranya ianya terlalu sukar dan menyusahkan".

Isu-isu yang dinyatakan di atas menjadi frame of reference pihak pelanggan dan orang awam dalam membuat penilaian terhadap prestasi perkhidmatan awam. Jika sikap, tingkah laku dan tindakan yang ditonjolkan oleh anggota sektor awam adalah baik maka gambaran yang diberikan tentang prestasi perkhidmatan awam adalah baik dan begitulah sebaliknya. Justeru itu bagi mengekalkan tahap keyakinan pelanggan dan orang awam terhadap institusi perkhidmatan awam, pakar-pakar psikologi industri atau psikologi gunaan mencadangkan agar minda atau pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi hendaktah diselenggarakan kerana jika ianya tidak diselengara dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi, imej dan reputasi organisasi, kerajaan dan negara.

b) Pembentukan Etika dalam Gejala Sosial oleh Saravanan Anna malai

9

Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia, pada tahun 2009, 17% daripada penagih baru terdiri dari golongan muda antara 19-39 tahun dan mereka mula mengenali dadah seawal usia 13-15 tahun. Bagi kes HIV AIDS pula, Kementerian Kesihatan Malaysia , Cawangan AIDS /STD Bahagian Kawalan Penyakit melaporkan pada tahun 2009, sebanyak 34% daripada yang dijangkiti HIV terdiri dari kumpulan berusia 20-29 tahun. Pengalaman penulis mengambil bahagian dalam memberikan kaunseling dan seminar bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) mendapati sebahagian besar daripada remaja yang terlibat dengan gejala sosial berasal daripada keluarga yang kedua-dua ibu bapanya bekerja dan tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Kebanyakkan adalah yang menetap di bandar dan mempunyai komitmen kerja yang tinggi. Di samping itu, remaja mempunyai pendidikan agama yang cetek merupakan peratus yang tertinggi terlibat dengan gejala sosial. Ini kerana ibu bapa tidak dapat memberikan pendidikan agama yang teguh kepada anak-anak.

c) Etika Digital dan Berinternet Menurut Perspektif Islam Artikel ini ditulis oleh Dr. Amini Amir Bin Abdullah. Artikel ini menjelaskan tentang etika digital dan berinternet agar semua kemudahan ICT dan teknologi internet digunakan mengikut landasan Islam. Kertas ini membahaskan etika digital dan berinternet dari perspektif Islam. Ia juga menjelaskan tentang kebaikan dan keburukan digital atau internet. Artikel ini juga turut menganalisa tentang cabaran terutamanya kepada umat Islam.

d) Konsep Etika perniagaan

10

Kajian mengenai konsep etika perniagaan telah dilakukan oleh pengkajipengkaji terdahulu, seperti James J spillane menegaskan bahawa etika perniagaan bukan sahaja wajar tetapi perlu. Beliau memberi alasan berlaku perkembangan kesedaran akan perlunya etika perniagaan. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa bidang kajian etika-etika perniagaan bukanlah merupakan sesuatu yang baru kerana ahli falsafah dari zaman dulu sudah membincangkan mengenai hubungan perniagaan dan moral. Etika mengarahkan penggunaan akal individu dengan objektif untuk menentukan kebenaran atau kesalahan daripada tingkah laku seseorang terhadap orang lain.

Dawam Raharjo juga menegaskan bahawa etika adalah ilmu yang berisi perkaraperkara mengenai apa yang benar atau salah, yang baik atau buruk, yang bermanfaat atau yang tidak bermanfaat dalam kenyataan itu. Perniagaan dan etika difahami sebagai dua perkara yang berpisah, bahkan tidak ada kaitan. Jikapun ada, ia dianggap sebagai hubungan negatif, di mana amalan perniagaan merupakan kegiatan yang bertujuan mencapai keuntungan sebesar-besarnya dalam situasi persaingan bebas. Sebaliknya etika bila digabungkan dengan dunia perniagaan dianggap akan mengganggu dunia dalam mencapai tujuan perniagaan.

Nor Azzah binti Kamri menghuraikan dalam kajian beliau bahawa etika pengurusan Islam merupakan altenatif terbaik kepada etika pengurusan konvensional yang telah diamalkan secara meluas. Selain dapat mewujudkan suatu piawai yang hakiki dan universal sifatnya, pengaplikasian komponen nilai dalam etika pengurusan Islam secara bersepadu dan konsisten dalam sesebuah organisasi juga mampu mewujudkan keseimbangan dari pelbagai segi; bertepatan dengan semangat tauhid yang disokongnya. Semua pihak mengakui etika sebagai suatu teori umum, set nilai, standard moral, peraturan dan prinsip berhubung kelakuan individu dalam sesuatu kelompok sosial yang membolehkan mereka menentukan sama ada perkara yang dipercayai dan dipegang oleh sesebuah masyarakat itu sebagai sesuatu yang benar, patut diterima sebagai baik dan betul; ataupun salah, patut ditolak sebagai tidak baik dan tidak betul.

11

e) Etika Pendidikan. Norhasilah Mat Nor, Aspaniza Hamzah dan Nurul Farhana Junus, 2012; Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Noremy Md. Akhir, Mohd Suhaimi Mohamad dan Noorhasliza Mohd Nordin, 2012 dan Hasmah Iberahim, 2014. Pendidikan nilai etika merupakan salah satu penyumbang penting dalam membongkar masalah moral dan menghasilkan kelahiran manusia yang baik. Menurut Suryana Embong dariKementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2014) proses pengajaran dan pembelajaran etika dalam pendidikan moral adalah fleksibel, universal dan mudah difahami. Hal ini kerana kebanyakan pelajar mendapat gred yang baik untuk mata pelajaran. Selain itu, matlamat utamadalam subjek ini adalah untuk mengembangkan dan menghasilkan individu yang terintegrasi dan seimbang dengan gelaran muslim dan khalifah yang hebat di bumi. Adalah jelas bahawa pendidikan formal juga memainkan peranan yang sangat penting ke arah memperkuat kelakuanbaik pelajar. Oleh itu, dalam merealisasikan objektif dalam pendidikan untuk menghasilkan manusia seimbang dalam semua aspek, nilai etika memainkan peranan yang sangat penting.Selain itu juga, jika sains dan agama dapat diintegrasikan, maka hasil yang akan dicapai dalampendidikan akan lebih kohesif dan berkesan (Asmawati Suhid, Fathiyah Fakhruddin dan Lukman Abdul Mutalib, 2012 dan Nurul Haerani Mohamad, Ahmad Esa dan Zalina AishahAbd Aziz, 2014).Sekiranya pelaksanaan dalam P&P di sekolah dan pengajian tinggi tidak mencapaimatlamat yang diharapkan, adalah sukar untuk para pendidik seperti guru dan pensyarah untukmelahirkan pelajar-pelajar yang bertepatan dengan ciri-ciri yang diingini oleh matlamat FalsafahPendidikan Negara seperti yang dinyatakan oleh pengkaji di atas. Oleh kerana itulah, pengkaji juga ingin melihat pendekatan- pendekata yang diamalkan oleh para pendidik dalam proses P&P.

2.2

PENDAHULUAN

12

Kehidupan manusia hari ini adalah dikatakan berdasarkan kepada peredaran zaman. Faktor peredaran zaman ini telah menjadi cabaran kepada manusia untuk memenuhi keperluan hidup masing-masing. Kehidupan zaman moden ini telah menjadi lebih kompleks di mana selain daripada keperluan asas, kepentingan wang ringgit dan kebendaan telah menjadi pertaruhan hidup. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya maka mereka sanggup mempertaruhkan etika semata-mata utuk mengejar impian dan mengecapi kehidupan materialistik yang menjadi keutamaan hidup zaman ini.

Etika didefinisikan sebagai satu ukuran dan piawaian yang digunakan untuk membezakan kelakuan seseorang sama ada baik atau buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan. Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek, iaitu ethos yang membawa maksud perangai. Dalam perkataan latin, etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral atau perangai. Etika juga didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan. Perkataan moral lebih sesuai dengan idea-idea yang umum untuk diterima pakai dalam tindakan manusia. Menurut perspektif ilmu falsafah, etika dikategorikan sebagai satu falsafah moral iaitu suatu cabang ilmu falsafah yang sceara khusus membincangkan tentang apa yang dikatakan tingkah laku yang baik dan tingkah laku yang buruk serta membincangkan hal-hal moral, adab dan nilai dalam tingkah laku manusia. Manakala istilah etiket (etiquette) bermaksud tingkah laku atau tatacara yang dianggap baik dalam sesuatu keadaan

Etika merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadap perbuatan atau tingkah laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia. Ia berkait rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan masyarakat dalam menentukkan perbuatan atau tingkah laku masing-masing. Kehidupan yang beretika akan memastikan manusia melaksanakan kewajipan hidup yang memberi faedah kepada diri sendiri dan juga masyarakat. Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan beretika apabila bertindak jujur, menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan manakala perbuatan seperti mencuri, membunuh, menipu dan memfitnah menunjukkan sikap tidak beretika. Seseorang itu dianggap mempunyai etika selagi perbuatannya tidak menyimpang dari norma-norma sosial, peraturan, undangundang, dan nilai-nilai moral yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

13

2.1.1 EKONOMI Etika yang berkaitan dengan keadilan ekonomi (economic justice) iaitu proses penghasilan (production), pengagihan (distribution), dan perdagangan. Keadilan adalah tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Ketidakadilan (injustice) tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan, tetapi secara umumnya ia bermaksud sesiapa sahaja

14

yang mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa dan kerahan atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain atau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam, maka ketidakadilan telah berlaku. Ketidakadilan yang paling besar ialah merampas harta orang lain secara tidak sah yang memberi kesan kepada kehidupan isteri, keluarga dan kemuliaan pihak berkenaan. Contoh ketidakadilan yang paling besar yang dikemukakan ialah memiliki harta orang lain dengan cara yang tidak betul iaitu membeli hartanya dengan harga yang paling murah dan menjual barang-barang kepadanya dengan harga yang paling mahal dengan cara paksaan. Ketidakadilan -ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera.

Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara atau organisasi. Sistem ekonomi yang kukuh akan menentukan kestabilan dalam sesebuah negara atau organisasi. Namun, agama Islam telah menetapkan cara- cara dalam mentadbir ekonomi sesebuah negara ataupun organisasi. Islam tidak memisahkan di antara etika dan setiap aktiviti dalam kehidupan.

Dalam era pasaran bebas (globalisasi), etika dalam ekonomi berhadapan dengan isu pemerasan tenaga kerja untuk tingkatkan penghasilan, pengagihan penghasilan tidak adil dan pembahagian ekonomi tidak seimbang. Pemerasan atau eksploitasi berlaku apabila pekerja dipaksa untuk bekerja, bukan lagi untuk perkembangan diri sendiri, tetapi untuk menghasilkan surplus yang diambilalih oleh kapitalis. Demi memaksimumkan keuntungan, gologan kapitalis sentiasa berusaha untuk meningka...


Similar Free PDFs