SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM DOCX

Title SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM
Author Shiamala Danabalan
Pages 13
File Size 23.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 629
Total Views 755

Summary

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM 1.0 KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang be...


Description

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM 1.0 KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain. Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia mesti faham sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik. Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur berpandukan 3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia. Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam...


Similar Free PDFs