Sistem perundangan malaysia PDF

Title Sistem perundangan malaysia
Author Aris Pro
Pages 15
File Size 484.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 16
Total Views 292

Summary

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055 ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Halaman 1 Isi Kandungan 1 2 Pengenalan 2 3 Penggubalan Undang-undang 3 4 Jenis Rang Undang-undang 5 5 Proses membuat Undang-undang 7 6 Tafsiran Menggunakan Statut 16 7 Tafsiran Menggunakan Kaedah yang dicipta oleh Badan 23 Kehak...


Description

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

ISI KANDUNGAN Bil.

Perkara

Halaman

1

Isi Kandungan

1

2

Pengenalan

2

3

Penggubalan Undang-undang

3

4

Jenis Rang Undang-undang

5

5

Proses membuat Undang-undang

7

6

Tafsiran Menggunakan Statut

16

7

Tafsiran Menggunakan Kaedah yang dicipta oleh Badan

23

Kehakiman 8

Bahan kepada Pentafsiran

29

9

Kesimpulan

33

10

Senarai Rujukan

34

1

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

PENDAHULUAN

Undang-undang merupakan sebuah perkara yang sangat penting dalam pentadbiran sesebuah negara yang maju. Hal ini kerana, dengan adanya undang-undang maka terhasillah sikap dan gaya hidup masyarakat yang lebih teratur dan boleh dicontohi oleh penduduk di serata dunia. Justeru itu, di dalam topik ini akan membincangkan tentang cara sesebuah undangundang itu dibuat, digubal dan dipinda. Ini penting untuk kita ketahui terutamanya pelajar jurusan undang-undang kerana setiap proses penggubalan undang-undang itu tidaklah semudah yang disangka. Setiap proses penggubalan undang-undang sebelum, semasa dan selepas di dalam Parlimen perlu difahami dengan teliti oleh pelajar jurusan undang-undang kerana tajuk ini merupakan pengetahuan am yang sangat penting untuk diketahui. Selain itu, tajuk ini juga akan membincangkan tentang bagaimana hakim dan mahkamah mentafsirkan statut dan undang-undang menggunakan kaedah-kaedahnya yang tertentu. Umum mengetahui bahawa tafsiran Perlembagaan adalah berbeza dari tafsiran undang-undang biasa atau statut. Maka, dalam tajuk ini akan membincangakan segala perkara berkaitan penggubalan dan pentafsiran undang-undang dengan lebih terperinci untuk kefahaman semua tanpa ada sikap prejudis dengan memahami setiap kaedah yang digunakan dan memahami setiap proses penggubalan yang dijalankan.

2

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG

Pertamanya, definisi undang-undang menurut kamus dewan adalah sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.1 Definisi penggubalan pula adalah perihal ataupun perbuatan, tindakan dan sebagainya yang mengubah atau menggubal.2 Maka, definisi penggubalan undang-undang adalah perbuatan merangka undang-undang sebelum diluluskan dan dikuatkuasakan untuk dipatuhi oleh rakyat. Dasarnya, perkataan undang-undang ini mempunyai makna yang sangat pelbagai bergantung kepada siapa atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan masing-masing. Mengikut kamus undang-undang Oxford, perkataan undang-undang membawa maksud ‘suatu kumpulan peraturan-peraturan yang di kuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat’3. Sebelum undang-undang digubal, wajar untuk kita ketahui bahawa Parlimen mendapat kuasa daripada Perlembagaan Persekutuan untuk membuat undang-undang di Malaysia.4 Parlimen di Malaysia terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan kedua-dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat5. Parlimen merupakan tempat untuk Jemaah Menteri berbincang dan berbahas segala perkaitan mengenai undang-undang, politik dan apa sahaja isu yang berkaitan dengan kesejahteraan Negara dan keamanan sejagat. Cara penggubalan undangundang dilakukan ialah undang-undang yang diusulkan oleh wakil rakyat perlulah mendapat persetujuan oleh kedua-dua Dewan dan dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.6 Suatu rang undang-undang yang hanya mendapat kelulusan satu Dewan sahaja sama ada Dewan Negara atau Dewan Rakyat sahaja tidak akan diluluskan dan tidak mempunyai kuasa undang-undang. Hal ini kerana, menurut Perkara 66(4A)7, jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), 1

Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2013, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1768 Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2013, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 485 3 Kamus Undang-Undang Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, 2005, Oxford Fajar 4 Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 101 5 Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, 2007, Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 99 6 Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 101 7 Perlembagaan Persekutuan 2

3

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal

itu mengikut

cara

yang sama seolah-olah baginda telah

memperkenankannya. Dalam buku Pengajian Malaysia ada menyatakan, sekirannya sesuatu undang-undang itu tidak diperkenan oleh YDPA, maka rang undang-undang tersebut akan dibahas semula dalam Dewan Rakyat dan dikemukakan kepada YDPA buat kali yang kedua. Namun, sekiranya YDPA masih juga tidak memperkenankan undang-undang itu, maka selepas 30 hari, rang undangundang itu akan dianggap sudah diperkenan oleh baginda.8 Dalam Perkara 629, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa bagi tiap-tiap dewan untuk menentukan peraturan-peraturan tersendiri. Seorang menteri yang ingin membentangkan sesuatu rang undang-undang dikehendaki memberikan notis kepada Setiausaha Dewan tentang tujuannya membuat rang undang-undang itu.10 Ringkasnya, segala rang undang-undang yang hendak dibuat atau digubal perlulah dimulakan dengan salah satu dewan dalam Majlis Parlimen, kecuali rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan mestilah dimulakan dalam Dewan Rakyat sahaja seperti yang tertakluk dalam Perkara 6711 kerana hanya Dewan Rakyat yang berkuasa dalam hal-ehwal kewangan.12 Kesimpulannya, penggubalan undang-undang ini sewajarnya dibuat oleh individu yang berpengalaman dalam menggubal sesuatu undang-undang disebabkan oleh proses penggubalan undang-undang yang sangat rumit dan memerlukan ketelitian yang sangat mendalam demi menjaga keselamatan dan keamanan rakyat serta negara. Menteri yang membuat penggubalan undang-undang ini juga perlu telus dan jujur dalam menggubal undang-undang kerana ia merupakan suatu tanggungjawab yang sangat besar dan berat untuk dipikul.

8

Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, 2007, Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 99 Perlembagaan Persekutuan 10 Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM, hlm 227 11 Perlembagaan Persekutuan 12 Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, 2007, Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 99 9

4

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

JENIS RANG UNDANG-UNDANG Terdapat empat jenis rang undang-undang yang perlu diketahui dan dipelajari13, iaitu:

1. Rang Undang-undang Ahli Persendirian (‘Private Members Bill’). Rang undang-undang ini diperkenalkan oleh ahli Dewan Perundangan selain daripada seorang Menteri14. Contoh rang undang-undang ini ialah rang undang-undang Pindaan Perlembagaan 1966 yang diperkenalkan oleh Dr. Lim Chong Eu. Tuan Haji Hadi Awang pula pada sidang Dewan Rakyat (13/7/1998) membawa usul rang undang-undang persendirian bertajuk Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 1998.

2. Rang Undang-undang Persendirian (‘Private Bills’) Rang undang-undang persendirian adalah perkara yang melibatkan sekumpulan orang atau badan atau pertubuhan, dalam erti kala lain melibatkan orang-orang yang terhad sahaja.15 Misalnya Akta Tabung Angkatan Tentera 1973, Akta 101. Tujuan rang undang-undang ini adalah untuk menjaga kebajikan badan atau anggota dan undang-undang ini dibuat atas tujuan kepentingan tertentu.

3. Rang Undang-undang Hybrid Rang undang-undang ini pula diperkenalkan oleh seorang Menteri atau ahli dewan yang mana perlu mengikut pendapat Speaker (Yang di-Pertua Dewan Rakyat) sama ada memberi kesan terhadap hak atau kepentingan individu walaupun aplikasinya berbentuk am. Contoh akta yang diluluskan ialah Deceased Wife’s Sister’s Marriage Act 1907 dan Deceased

13

Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 102 Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM, hlm 226 15 Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM,hlm 226 14

5

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

Brother’s Widow Marriage Act 1921 16yang keputusannya membolehkan seorang perempuan untuk mengahwini abang iparnya selepas kematian kakak kandungnya. Rang undang-undang ini adalah untuk kegunaan umum tetapi menyentuh kepentingan seseorang.17

4. Rang Undang-undang Kerajaan (‘Public Bills’) Rang undang-undang ini diperkenalkan oleh kerajaan dan mempunyai penggunaan dan aplikasi am. Undang-undang ini meliputi segala hal undang-undang18. Rang undang-undang ini juga membentangkan tentang dasar kerajaan dan ia dibentangkan oleh Menteri-menteri yang berkenaan sahaja.19

Kesimpulannya, setiap rang undang-undang yang digubal atau dipinda itu mempunyai kebaikkan dan keburukkannya sendiri kepada rakyat dan negara. Perbezaan keempat-empat jenis rang undang-undang ini menunjukkan bahawa setiap rang undang-undang itu dibuat adalah bertujuan untuk memudahkan urusan sesuatu perkara mengikut cara yang betul dan adil. Jenis undang-undang ini juga menunjukkan bahawa setiap permasalahan yang tercetus dapat diselesaikan dengan kaedah-kaedah yang tertentu mengikut jenis permasalahan dan perbahasan yang berlaku.

16

Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 102 Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM, hlm 226 18 Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 102 19 Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM, hlm 226 17

6

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG Sebelum sesebuah rang undang-undang itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan dibincang dengan lebih mendalam, menteri yang berkaitan perlulah memulakan proses untuk membuat undang-undang tersebut dengan cara yang berikut: 1. Proses Membuat Undang-undang Sebelum ke Parlimen Proses sekiranya seorang Menteri ingin mengusulkan rang undang-undang ke Parlimen20, perlulah mematuhi dan mengikut prosedur berikut: a)

Langkah pertama perlulah merangka polisi terlebih dahulu untuk rang undang-undang tersebut dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada Peguam Negara.

b)

Menteri perlulah mendapatkan persetujuan cabinet untuk meluluskan polisi yang telah dirangka.

c)

Jika polisi rang undang-undang itu telah dipersetujui, maka kesemua orang yang telibat dalam penggubalan undang-undang itu sama ada secara langsung atau tidak langsunh, akan dijemput untuk menghadiri satu majlis untuk memberikan pendapat masing-masing dalam jangka masa yang tertentu.

d)

Selepas itu, polisi rang undang-undang itu akan dibawa semula ke Kabinet untuk menderaf rang undang-undang tersebut.

e)

Jika telah dipersetujui, barulah kemudiannya rang undang-undang itu dideraf oleh penderaf undang-undang dan apabila ianya telah siap akan dibawa kembali ke Kabinet untuk persetujuan sekali lagi sebelum dibawa ke Parlimen.

f)

Selanjutnya, Menteri akan memberikan notis kepada kerani Dewan tentang tujuannya membawa rang undang-undang untuk diperkenalkan di Dewan Rakyat. Kesimpulannya, cadangan perundangan boleh diambil dari pelbagai sumber contohnya

manifesto pemilihan parti politik yang menjadi pemerintah, keputusan kebijakan kementerian atau jabatan kerajaan, cadangan institut diraja atau dari kelompok tertentu. Segala polisi perlulah dipersetujui kabinet dan mengikut peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan21.

20 21

Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 103 Wan Arfan Hamzah, 2009, A First Look At The Malaysian Legal System, Selangor, hlm 55

7

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

Proses perundangan di Parlimen adalah diperuntukkan pada Bahagian IV Bab V Perlembagaan Persekutuan dan disertakan Perintah Tetap (Aturcara Parlimen) bagi kedua Dewan Perundangan22. Rang undang-undang yang diluluskan akan dibawa ke Parlimen dan semestinya akan melalui empat peringkat ini sebelum diwartakan oleh warta kerajaan iaitu: a)

Bacaan pertama

b)

Bacaan kedua

c)

Perbincangan dalam jawatankuasa

d)

Bacaan ketiga23

Bacaan Pertama Pada peringkat bacaan pertama ini, Setiausaha Dewan hanya akan membaca tajuk Rang UndangUndang yang hendak dibincangkan sahaja24. Setelah tajuk rang undang-undang dibaca, rang undang-undang itu kemudiannya akan dicetak dan akan menunggu untuk dibaca kali kedua pula. Menteri itu juga akan memberikan notis secara lisan bilakah masanya beliau hendak mencadangkan Bacaan Kedua. Jika hanya seorang ahli Parlimen yang membawa rang undangundang itu secara persendirian, maka terpulang kepada menteri yang bertanggungjawab dalam hal-hal dan perkara yang disentuh oleh rang undang-undang itu sendiri. Sebarang keputusan berkaitan sama ada rang undang-undang itu akan dibaca untuk kali kedua dan sebarang perbahasan mengenai rang undang-undang itu hanya boleh dibuat melalui Menteri itu sahaja dan segalanya terpulang ke atas budi bicara Menteri terbabit. Pada peringkat ini tidak ada perbahasan ataupun pindaan dilakukan dan bacaan pertama ini merupakan acara yang formal sahaja25. Kesimpulannya, pada bacaan pertama ini hanya dibacakan tajuk oleh Setiausaha Dewan dan seterusnya rang undang-undang akan dicetak. Tiada sebarang perbahasan dilakukan pada bacaan pertama ini. 22

Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM, hlm 226 23 Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 103 24 Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor hlm 104 25 Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM, hlm 227

8

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

Bacaan Kedua Tempoh bacaan pertama dan bacaan kedua ini lazimnya agak lama tetapi disebabkan kerajaan amat memerlukan sesuatu undang-undang itu untuk dikuatkuasakan dengan segera maka bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang dibuat dalam satu sidang Dewan yang sama dengan bacaan pertama. Namun, berbeza pula dengan rang undang-undang yang melibatkan perkaraperkara dalam Senarai Bersama atau Senarai Negeri. Rang undang-undang yang mempunyai kaitan dengan perkara dalam Senarai Bersama atau Negeri hanya boleh dibincangkan setelah disiarkan selama empat minggu di dalam Warta Kerajaan dan perlu mendapat akuan dari Yang di-Pertua Parlimen terlebih dahulu.26 Hal ini kerana, tempoh itu adalah untuk membolehkan Kerajaan

Pusat

dan

Kerajaan

Negeri

membuat

rundingan

dan

perbincangan.

Walaubagaimanapun, jangka masa selama empat minggu itu masih boleh dipendekkan dengan persetujuan kedua-dua kerajaan dan dengan kebenaran Yang di-Pertua Dewan. Pada bacaan kali kedua rang undang-undang yang telah dibentangkan dahulu akan dibahaskan secara mendalam oleh ahli Dewan. Ahli-ahli Dewan akan menimbangkan semula semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruhnya terhadap negara dan rakyat. Menteri yang terlibat dalam mengemukakan draf undang-undang berkenaan akan bertanggungjawab dalam memberi jawapan dan kemusykilan oleh ahli-ahli Dewan. Rang undang-undang tersebutnya kemudiannya akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa. Pada bacaan kali kedua ini, Menteri akan mengemukakan usul yang berkenaan dan usul itu mestilah disokong oleh Menteri itu.27 Namun, berbeza dengan rang undang-undang perbekalan. Usul dan bacaan kedua rang undang-undang perbekalan tidak boleh dicadangkan pada hari yang sama dengan bacaan pertama melainkan notis telah diberikan awal. Setelah usul dicadangkan, maka perbahasan akan ditangguhkan sekurang-kurangnya selama dua hari. Kemudian, proses perbahasan pula akan dijalankan dan mengambil masa selama lima hari. Jika rang undang-undang perbekalan tambahan, maka perbahasan ke atas usul bagi bacaan kedua tidak akan ditangguhkan dan tempoh perbahasan dijalankan pula tidak melebihi satu hari. 26

Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 104 Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM, hlm 227 27

9

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

Kesimpulannya, pada bacaan kedua ini sangat penting bagi seorang Menteri. Segala perbahasan dan persoalan perlu dijawab dan dijelaskan pada bacaan kedua ini. Rang undangundang juga perlu dicetak pada bacaan pertama dan mula diedarkan pada bacaan kedua, jika tidak, rang undang-undang tersebut tidak dapat dibentangkan28. Seterusnya, setelah selesai bacaan kedua ini, rang undang-undang akan melalui fasa perbincangan dalam jawatankuasa.

Perbincangan dalam Jawatankuasa Tujuan perbincangan dalam jawatankuasa ini adalah untuk membolehkan ahli-ahli dalam dewan berkesempatan untuk membincangkan butiran tentang sesuatu rang undang-undang29 itu dalam suasana yang lebih santai dan tidak formal. Ia juga bertujuan untuk mencadangkan pindaanpindaan yang tertentu. Terdapat tiga jenis jawatankuasa iaitu: a)

Jawatankuasa meliputi semua anggota Dewan Parlimen

b)

Jawatankuasa perbekalan

c)

Jawatankuasa pilihan30

Jawatankuasa meliputi semua Ahli Dewan Fungsi jawatankuasa ini adalah untuk menimbang dan mengkaji semua rang undang-undang biasa mengikut beberapa susunan kecuali rang undang-undang perbekalan dan hybrid. Susunannya adalah: a)

Fasal rang undang-undang dibincang satu per satu.

b)

Jadual undang-undang dibincang

c)

Preamble

28

Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM,hlm 228 29 Shaikh Salim Bin Shaikh Salleh, 2003, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM, hlm 228 30 Noor Aziah Mohd Awal,2013, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor, hlm 105

10

NUR ZALIFAH DAYANA BINTI DZARIF KSD170501055

d)

Tahun rang undang-undang

Jawatankuasa Perbekalan Tugas jawatankuasa ini pula ialah menimbang rang undang-undang perbekalan yang mencadangkan perbelanjaan bagi pelbagai perkhidmatan. Satu anggaran perbelanjaan hendaklah terlebih dahulu dibentangkan dalam Dewan Rakyat sebelum dikemukakan.Usul untuk bacaan kali kedua tidak boleh dilakukan pada hari bacaan pertama dijalankan melainkan telah mengeluarkan notis terlebih dahulu dan perbahasan mengenainya akan ditangguhkan sekurangkurangnya selama dua hari. Perbincangan dalam jawatankuasa ini tidak melebihi 14 hari dan perlulah mengikut susunan berikut: a) Jadual b) Fasal c) Tajuk31

Jawatankuasa Pilihan Tugas jawatankuasa ini adalah untuk menyiasat sama ada rang undang-undang itu diluluskan ataupun tidak dan hanya akan membincangkan rang undang-undang persendirian dan hybrid apabila rang undang-undang itu telah dibaca untuk kali yang kedua. Tugas utama jawatankuasa pilihan ini adalah untuk menimbangkan: a) Rang undang-undang persendirian b) Rang undan...


Similar Free PDFs