Cabaran Liberalism Terhadap Sistem Sosial MASA KINI DI Malaysia PDF

Title Cabaran Liberalism Terhadap Sistem Sosial MASA KINI DI Malaysia
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 12
File Size 237.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 512
Total Views 651

Summary

CTU552 – FALSAFAH DAN ISU SEMASATUGASAN 1TAJUK: CABARAN LIBERALISME TERHADAP SISTEM SOSIAL MASA KINI DI MALAYSIAKUMPULAN NBFO1BNAMA NO. PELAJARMUHAMMAD SIDQI BIN NASARUDDIN 2021281014NUR ALIYA FARINA BINTI NOOR HAZMEE 2021806242NAMA PENSYARAH: UMMI SULAIM BINTI AHMAD RASHIDKATEGORI PENILAIAN MARKAHP...


Description

CTU552 – FALSAFAH DAN ISU SEMASA TUGASAN 1 TAJUK: CABARAN LIBERALISME TERHADAP SISTEM SOSIAL MASA KINI DI MALAYSIA KUMPULAN NBFO1B NAMA MUHAMMAD SIDQI BIN NASARUDDIN NUR ALIYA FARINA BINTI NOOR HAZMEE

NO. PELAJAR 2021281014 2021806242

NAMA PENSYARAH: UMMI SULAIM BINTI AHMAD RASHID KATEGORI PENILAIAN Pengenalan Isi dan Huraian / Analisa dan Perbincangan Kesimpulan & Cadangan Rujukan Susunan Isi / Idea Etika & Profesional JUMLAH

MARKAH /2 /12 /4 /4 /4 /4 /30

TARIKH HANTAR: 8 JANUARI 2022 PENGAKUAN PELAJAR

“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib ACIS.”

Bil Nama Pelajar 1. NUR ALIYA FARINA BINTI NOOR HAZMEE

No. Matrik 2021806242

Catatan Pendahuluan, Ringkasan Artikel, Analisa dan Perbincangan,

2.

MUHAMMAD SIDQI BIN NASARUDDIN

2021281014

Rujukan Ringkasan Artikel, Analisa dan Perbincangan, Kesimpulan, Rujukan

*Bahagian catatan sila tulis bahagian yang telah dibuat untuk tugasan ini.

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1

2.0 RINGKASAN ARTIKEL

2-3

3.0 ANALISA DAN PERBINCANGAN

4-6

4.0 KESIMPULAN

7

5.0 SUMBER RUJUKAN

8

1.0 PENDAHULUAN DEFINISI LIBERALISME

Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin; liber yang membawa maksud bebas atau bukan hamba. Secara umumnya, liberalisme ialah suatu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi yang menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang sesama manusia termasuk kebebasan berfikir, kebebasan

bersuara,

keterbatasan

terhadap

kuasa

kerajaan,

kedaulatan

terhadap

undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Seseorang yang menerima fahaman liberalism turut digelar sebagai seorang liberal, dan golongan ini menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah satu undang-undang yang adil dan saksama.

Dalam topik ini, kita akan mengupas lebih lanjut tentang cabaran liberalisme terhadap sistem sosial masa kini di Malaysia. Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia merupakan salah satu negeri di Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai tingkat jenis etnik, kebudayaan

mengikut

kepercayaan

masing-masing.

Pemerintah

Negara

turut

mengklasifikasikan kepelbagaian etnik ini sebagai pribumi atau bukan pribumi. Namun begitu, hak-hak istimewa masih turut diberi kepada kedua-dua jenis etnik ini tanpa sebarang diskriminasi. Justeru, tidak dinafikan lagi bahawa setiap individu yang mempunyai kepelbagaian kepercayaan ini mempunyai fahaman dan pendapat yang berbeza.

2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Liberalisme boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu fahaman liberalisme tradisional dan fahaman liberalisme moden. Fahaman liberalisme tradisional menunjukkan bahawa dasar dan pendapat atau pandangan yang berbeza dibawa dengan nama liberal yang berbagai-bagai, namun masih menerima prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan bersuara, keterbatasan kepada kuasa kerajaan dan sebagainya. Bagi fahaman liberalisme moden pula bemaksud campuran bentuk-bentuk liberalisme yang tercatat sebelum ini dan boleh ditemui di kebanyakkan negara-negara maju yang membangun zaman kini. Fahaman liberalisme moden ini menjadi satu isu yang hangat kerana ianya mampu menjadi pembunuh secara senyap dalam kalangan belia dengan cara pemikiran yang bercanggah dengan sistem sosial masa kini.

Sistem sosial merupakan gabungan antara pelbagai perkumpulan manusia yang saling bergantung. Hugo F. Reading menyimpulkan bahawa sistem sosial adalah suatu sistem daripada unsur-usnsur perumusan yakni bererti ianya sangat sederhana dan memerlukan penjelasan yang mencukupi di dalam sistem dan unsur sosial.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pemikiran liberalisme ini semakin berleluasa dan mampu mengubah cara pemikiran masyarakat. Melangkaui arus dunia kemodenan, masyarakat masih mengganggap bahawa fahaman liberalisme mampu membawa kemajuan kepada manusia dan masyarakat. Hakikatnya, fahaman ini mampu dicapai hanya apabila manusia mampu mencapai tahap kejayaan dalam bentuk pembebasan dan kemerdekaan.

2.1 SISTEM SOSIAL DI MALAYSIA Sistem sosial merupakan suatu paduan tenaga antara berbagai perkumpulan manusia yang saling bergantung dan berkait anatar satu sama lain. Hugo F. Reading merumuskan sistem sosial adalah sebagai suatu sistem dari unsur-unsur Perumusan erti sistem sosial ini sangat sederhana, dan memerlukan penjelasan yang memadai terutama sistem dan unsurunsur sosial. Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan pelbagai kaum dan etnik, seperti melayu,cina, india dan lain-lain. Setiap etnik dan kaum mempunyai fahaman yang tersendiri, dan ia menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan adat dan budaya serta toleransi antara satu sama lain. Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen iaitu raja sebagai ketua negara dan perdana menteri sebagai pembantunya. Sistem sosial malaysia amat bergantung kepada raja dan pemimpin-pemimpin untuk mentadbir negara ini. Kesefahaman antara satu sama lain amatlah penting untuk membangunkan negara. Oleh itu, segala fahaman atau ideologi yang bertentangan dan mewujudkan pepecahan perlu dihapuskan secara serta merta.

Statistik Populasi Di Malaysia

3.0 ANALISA DAN PERBINCANGAN 3.1 FAKTOR LIBERALISME DALAM SISTEM SOSIAL 3.1.1 PENGARUH MEDIA SOSIAL Mutakhir ini, penggunaan media sosial telah menjadi satu medium untuk membuat hubungan sosial atau interaksi sesama manusia. Kajian turut membuktikan bahawa media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya mampu menjadi peneraju dalam menghubungkan hubungan sesama manusia terdiri daripada pelbagai faktor usia. Namun begitu, penyalahgunaan aplikasi media sosial ini mampu menyebarkan fitnah, hasutan dan kandungan yang berbaur provokasi sehingga mampu menggugat keharmonian masyarakat. Sesetengah individu turut menggunakan platform ini untuk berkongsi tentang hal-hal peribadi seperti mengemaskini status terkini berkaitan dengan kehidupan sehari-hari, kemewahan dan sebagainya sehingga masyarakat atau lebih dikenali sebagai netizen dapat mengetahui tentang kehidupan mereka.

3.1.2 PENERIMAAN TERHADAP TAFSIRAN BAHARU Seiring dengan kemajuan masa kini, masyarakat mudah menerima tafsiran baharu kerana ingin menyesuaikan gaya pemikiran dengan gaya kehidupan. Kemodenan hidup dijadikan sebagai kayu pengukur dalam menilai hokum-hukum agama yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis. Justeru, perkara ini menyebabkan pengamal liberal merasakan ilmu dahulu tidak lagi relevan pada masa kini.

3.1.3 KEKURANGAN ILMU AKIDAH Ilmu Akidah ialah ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan keyakinan terhadap Allah SWT dan sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Setiap umat Islam wajib mengetahui, memplejari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang akan membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah SWT. Ilmu akidah ini berasakan kepercayaan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah dan ini

amatlah bertentangan dengan fahaman liberalisme yang hanya menumpukan kepercayaan terhadap akal fikiran semata.

3.2 CABARAN LIBERALISME TERHADAP SISTEM SOSIAL 3.2.1 PENOLAKAN SISTEM UNDANG-UNDANG Golongan yang mempunyai fahaman liberalisme menolak keras sistem undangundang terutamanya berkaitan dengan fahaman agama kerana golongan yang liberal lebih cenderung mengikut akal rasional, pendapat peribadi dan hak perjuangan asasi manusia. Perkara ini menyebabkan wujudnya fahaman sekularisme yang menekankan bahawa Negara Malaysia seharusnya menjadi Negara demokrasi liberal yang tidak seharusnya mengaitkan setiap perkara dengan sistem undang-undang agama.

3.2.2 PENGARUH NEGATIF TERHADAP ISU SOSIAL Golongan belia yang bersifat liberal memperjuangkan isu feminisme dan LGBT di Malaysia melalui

media

sosial. Semakin

hari, kegiatan

negatif

ini

semakin

dinormalisasikan di Malaysia dimana mereka lebih berani untuk bertindak dengan menunjukkan perbuatan melakukan hubungan sejenis dan menukar jantina. Perkara ini amat bercanggah dengan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

3.2.3 PEMESONGAN AKIDAH Orang yang bersifat liberal berusaha keras ingin menegakkan hak kebebasan masyarakat Islam di Malaysia tanpa diikat dengan hukum yang disyariatkan Islam seterusnya akan menjurus kepada pemesongan akidah. Wujudnya pemikiran pluralisme yang menganggap semua agama adalah benar merupakan salah satu contoh pemesongan akidah yang amat ketara pada zaman liberalisme ini.

3.3 KESAN LIBERALISME DALAM SISTEM SOSIAL 3.3.1 FAHAMAN PLURALISME MULA BERTAPAK Seperti yang disebut, pluralisme bermaksud satu pemikiran yang menerima kebenaran daripada semua agama dan menganggap tiada satu agama yang ekslusif dan umum untuk dijadikan sebagai sumber kebenaran dan rujukan. Akibat daripada liberalisme yang semakin menular dalam kalangan sistem sosial masa kini, fahaman pluralisme mula bertapak secara perlahan-lahan kerana ianya dipercayai dapat mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman antara orang Islam dan bukan Islam. Perkara ini jelas bercanggah dengan kepercayaan Islam kerana Islam amat menitikberatkan bahawa tiada agama yang lebih benar selain daripada agama Islam.

3.3.2 KONSEP SEKULARISME Sekularisme bermaksud pemisahan antara agama dan urusan dunia di dalam kehidupan mansuai seperti politik, sosial dan akhlak. Segala undang-undang pentadbiran Negara haruslah dipisah daripada hukum agama Islam. Fahaman liberal menyokong sekiranya terdapat seseorang yang ingin murtad atau keluar daripada agama kerana beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk mencegah atau menghalang hak manusia yang lain meskipun ianya bercanggah dengan agama dan sistem sosial masyarakat.

3.3.3 KERUNTUHAN AKHLAK UMAT ISLAM Fahaman liberal turut memberi ruang kebebasan kepada umat Islam untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya buat golongan belia dalam sistem sosial masa kini. Segala perkara yang terpesong daripada ajaran AlQuran dan Hadis telah menjadi perbualan hangat dan ianya dinormalisasikan sehingga

mendapat sokongan daripada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Justeru, perkara ini akan menyebabkan runtuhnya akhlak umat Islam akibat daripada fahaman liberal yang menyebabkan terpesongnya akidah.

3.4 CADANGAN MENGATASI LIBERALISME DALAM SISTEM SOSIAL 3.4.1 MEWAJIBKAN PENGAJIAN ISLAM Golongan remaja adalah antara golongan yang mudah terpengaruh dengan mana-mana ajaran samada bercanggah atau tidak bercanggah. Maka, antara cara untuk mengatasi liberalisme dalam sistem sosial adalah dengan mewajibkan pengajian islam di setiap tahap pengajian tanpa mengambil kira peringkat usia. Sekiranya para remaja dapat memegang teguh terhadap ilmu agama seperti ilmu fiqh, akidah, hadis dan sebagainya, golongan ini pasti dapat menentang fahaman liberalisme dengan sekerasnya.

3.4.2

PLATFORM

MEDIA

SOSIAL

UNTUK

MENGATASI

PENYEBARAN

LIBERALISME Seiring dengan kemajuan teknologi, fahaman liberal mudah disebarkan melalui pendedahan media sosial termasuk television dan radio. Justeru, pihak yang bertanggungjawab boleh menggunakan platform ini untuk menyebarkan kesedaran dan ideologi berkenaan dengan fahaman dan kesan liberalisme. Perkara ini dapat memberikan perfahaman dan pandangan yang lebih luas mengenai natijah liberalisme.

3.4.3 PERANAN BADAN KERAJAAN Badan-badan kerajaan haruslah bertindak secara proaktif dalam menentang liberalisme daripada terus menular dalam kalangan masyarakat dan sistem sosial masa kini di Malaysia. Badan-badan kerajaan boleh mengambil tindakan dengan melakukan risikan dan siasatan untuk mengenal pasti individu atau kumpulan liberal dan seterusnya mengadakan seminar untuk mengatasi fahaman liberalisme untuk golongan ini.

4.0 KESIMPULAN Fahaman liberalism merupakan fahaman yang banyak memberi kesan buruk kepada sistem sosial di Malaysia. Hal ini kerana ia jelas bertentangan dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan fahaman. Terutamanya masyarakat islam. Selain itu, fahaman liberalism juga akan membawa kepada perpecahan kaum kerana mencampur-adukkan pelbagai perkara, lantas menyebabkan masyakat keliru. Kekeliruan ini berpunca daripada pemikiran secara bebas tanpa perlu merujuk manamana agama. Masyarakat islam perlulah mempunyai pengetahuan dan jati diri untuk mengelakkan daripoada terpengaruh dengan fahaman ini, Kerana sebagai muslim kita mestilah menjadikan Al-quran, Hadis, ijma’ Ulama dan kias sebagai sumber utama dan panduan kehidupan kita. Selain itu, kita hendaklah membanteras fahaman dan ideologi liberalism di malaysia untuk memastikan keharmonian negara terjamin. Akhir sekali, sistem sosial amat penting dalam sesebuah negara. Secara perkara yang membawa kepada kehancuran sistem sosial perluahan di hapuskan serta merta untuk mengelakkan ia berkembang pesat termasuklah fahaman liberalism ini. Sebagai rakyat Malaysia kita wajib memehami dan mempraktikkan Lima rukun negara, bahgi memastikan kita taat, patuh dan setia kepada negara. RUKUN NEGARA 

Kepercayaan Kepada Tuhan



Kesetiaan Kepada Raja dan Negara



Keluhuran Perlembagaan



Kedaulatan Undang-undang



Kesopanan dan Kesusilaan

5.0 SUMBER RUJUKAN Hugo f. Reading (1976) Dictionary Of The Social Sciences, Penerbit Atlantic Publishers & Dist, 1996 Hasnim (26 september 2014) Hidup Ini Sebuah Roda http://hasminawati.blogspot.com/2014/09/definisi-sistem-sosial.html Jabatan Perangkaan Malaysia, ANGGARAN PENDUDUK SEMASA, MALAYSIA, 2019 Penerbit Jabatan Perangkaan Malaysia Maslis Agama Selanggor,(september 2021) bahaya ancaman liberalism https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2021/09/BAHAYA-ANCAMAN-LIBERALISMEDAN-PLURALISME.pdf CTU552 TAJUK 5: Cabaran Liberalisme Dalam Konteks Masyarakat Malaysia https://www.youtube.com/watch?v=A63EC7DE094...


Similar Free PDFs