Cabaran insan sejahtera terhadap masyarakat PDF

Title Cabaran insan sejahtera terhadap masyarakat
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 3
File Size 78.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 267
Total Views 370

Summary

Cabaran Insan Sejahtera Terhadap MasyarakatPembangunan modal insan bukan perkara yang mudah dan untuk menanamkan sifat dan nilai-nilai yang murni ianya perlu dilakukan dari langkah yang paling awal bermula dari usia yang muda sehingga mati. Kajian kualiti hidup dikatakan sebagai penting untuk menent...


Description

Cabaran Insan Sejahtera Terhadap Masyarakat Pembangunan modal insan bukan perkara yang mudah dan untuk menanamkan sifat dan nilai-nilai yang murni ianya perlu dilakukan dari langkah yang paling awal bermula dari usia yang muda sehingga mati. Kajian kualiti hidup dikatakan sebagai penting untuk menentukan kualiti hidup masyarakat dan terdapat tiga falsafah yang menentukan kualiti hidup masyarakat iaitu ciri kehidupan yang sejahtera, kepuasan pilihan dan pengalaman individu. Kualiti hidup ini sangat luas dan mendalam sehingga terdapat banyak tarif tentangnya dan secara keseluruhannya ianya boleh dikatakan sebagai pembangunan yang menyeluruh meliputi aspek kebendaan, ekonomi, fizikal, sosial, nilai-nilai murni dan sebagainya. Kesejahteraan masyarakat adalah tonggak penting dalam sesebuah intutisi dan juga negara. Ianya akan membantu negara untuk menjadi negara yang membangun serta membantu untuk menjadikan negara tersebut berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Namun adalah langkah dan juga inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia cukup untuk memastikan pembangunan modal insan di negara kita untuk menjadi insan sejahtera. Jika dilhat pada pelan dan pelaksanaan yang kerajaan telah lakukan kebanyakkannya hanya fokus dan mementingan pembangunan yang hakiki atau fizikal, manakal pembangunan sosial seperti tidak diberikan perhatian. Menurut kepada Haryati, Sharifah & Zakila (2009), pembangunan modal insan di Malaysia hanya berkisarkan tentang pendidikan dan kemahiran dan tidak fokus secara menyeluruh dimana pembangunan modal insan sepatutnya dilengkapi dengan nilai-nilai murni. Walaupun Malaysia telah membangun dengan pesat sekali dengan adanya prasarana dan kemudahan kelas pertama namun pembangunan modal insan masih lagi ketinggalan jauh dan tidak menjadi antara fokus utama negara. Kerajaan sepertinya memandang remeh tentang pembangunan modal insan dari segi sosial dimana nilai murni tidak dititik beratkan. Boleh dikatakan bahawa seperti hangat-hangat tahi ayam, kerajaan hanya membuat pelaksanaan seperti hanya untuk menyukupkan syarat seperti pendidikan sivik di sekolah menengah yang hanya diajar ketika tingkatan satu dan kemudiannya dilupakan. Adakah ini akan membantu melahirkan insan sejahtera. Selain itu, cabaran yang lain adalah dimana pembangunan yang pesat, menjadikan terdapatnya kesan negatif yang boleh dilihat dari segi sosial dimana kes-kes yang berkaitan dengan masalah sosial dikalangan remaja seperti menagih dadah, merempit, lumba haram dan sebagainya telah meningkat. Didalam era pembangunan yang sangat pesat pada hari ini dengan adanya teknologi yang berkelas pertama dan sambungan internet dimana-mana

sahaja, jenayah semakin berleluasa sama ada secara nyata atau menerusi alam maya. Pada satu masa dahulu buli hanya berlaku secara nyata, namun hari ini “cyberbully” berlaku lebih banyak sehingga menyebabkan masalah kesihatan dan juga kes jenayah seperti membunuh diri, ugutan membunuh dan sebagainya. Statistik juga cukup mengejutkan kita semua apabila remaja masa kini berada di usia awal 13 tahun sudah mengenali pornografi dan 80 peratus remaja masa kini sudah melayari laman sesawang lucah (Intan, 2017). Ini cukup menyedihkan kita semua apabila ianya akan menyebabkan peningkatan kes sumbang mahram, rogol, khalwat dan sebagainya yang akan membinasakan negara. Jika dahulu kita katakan bahawa dadah adalah musuh negara, kini pornografi juga antara perkara yang sangat membimbangkan kita semua. Seterusnya,antara cabaran yag besar adalah amalan rasuah yang semakin berleluasa di Malaysia, lagi-lagi dikalangan penjawat awam. Dengan kurangnya pembangunan modal insan yang holistik serta pemahaman yang mendalam berkaitan dengan nilai-nilai murni, ini menjadikan kes rasuah semakin meningkat di Malaysia. Pada tahun 2018 Malaysia berada di tangga yang ke 61, manakala pada tahun 2019 Malaysia naik ke tangga yang ke 51 daripada 180 buah negara (Luqman, 2020). Namun, ini masih lagi sesuatu yang sangat mengusarkan kita kerana banyak perkara yang buruk berlaku dengan amalan rasuah di negara kita sepertinya peningkatan pendatang tanpa izin yang masuk ke Malaysia dengan membayar rasuah kepada pegawai immigration, kualiti servis atau projek yang diambil dengan rasuah dan sebagainya. Menurut kepada Haryati, Sharifah & Zakila (2009), Wawasan 2020 juga tidak menekan tentang pembangunan modal insan walaupun satu cabaran daripada sembilan cabaran tersebut merujuk kepada pembangunan fizikal. Pembangunan modal insan di Malaysia terdapat kelemahan yang hanya berkisar pendidikan dan kemahiran untuk mendapatkan jawatan selepas belajar sehingga melupakan tentang modal insan yang mempunyai set nilai murni yang baik yang akan membina peribadi manusia yang bagus. Ini menyebabkan banyak masalah pada masa kini dan juga masa hadapan kerana remaja masa kini akan menjadi tunggak pemimpin masa yang akan datang untuk negara. Jika pemimpin masa depan sedang bergolak dan bergelut dengan masalah dan cabaran ini, bayangkanlah bagaimana keadaan negara kita pada masa yang akan datang nanti. Kerajaan perlu memperhalusi dan mendalami tentang kepentingan pembangunan modal insan secara holistik dan bukan sahaja menumpukan pada pendidikan dan kemahiran. Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abd Rahman. (2009). Pembangunan

Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat. International Conference On Human Capital Development (Iconhcd 2009), 25-27 May 2009, Kuantan, Pahang Isbn 978-967-5080-51-7 Intan Mas Ayu Shahimi. (2017, Ogos 23). Statistik mengejutkan. Metro. Diambil dari https://www.hmetro.com.my/hati/2017/08/256820/statistik-mengejutkan Luqman Arif Abdul Karim. (2020, Januari 23). CPI 2019: Malaysia lonjak ke tangga 51. Diambil dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649272/cpi-2019malaysia-lonjak-ke-tangga-51...


Similar Free PDFs