KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL SEKOLAH DI MALAYSIA PDF

Title KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL SEKOLAH DI MALAYSIA
Author Syahirah Bastari
Pages 10
File Size 167.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 55
Total Views 919

Summary

KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH Keperluan Kepada Kerja Sosial Sekolah di Malaysia Nur Syahirah Binti Ahmad Bastari SSW 310 Kerja Sosial di Sekolah Semester I Sidang 2015/2016 Pengenalan Kerja sosial sekolah mula diperkenalkan sejak tahun 1906 di New York, Boston, Hartford (Costin, 1969 &...


Description

KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH

Keperluan Kepada Kerja Sosial Sekolah di Malaysia Nur Syahirah Binti Ahmad Bastari SSW 310 Kerja Sosial di Sekolah Semester I Sidang 2015/2016

Pengenalan Kerja sosial sekolah mula diperkenalkan sejak tahun 1906 di New York, Boston, Hartford (Costin, 1969 & Skidmore, Thackeray, Farley, Smith & Boyle, 2000). Manakala di

1 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH Chicago pula kerja sosial sekolah bermula pada tahun 1907 (Mcullagh 2000). Namun pada ketika itu kerja sosial sekolah bukanlah di bawah sistem sekolah tetapi di bawah pengurusan perkhidmatan daripada agensi lain. Pada awalnya, pekerja sosial sekolah lebih dikenali sebagai ‘guru pelawat’ (Agresta, 2004). Kenyataan tersebut turut disokong oleh Salazar (2010) yang menyatakan kerja sosial sekolah ialah lawatan ke rumah pelajar. Selain itu, pekerja sosial sekolah juga dikenali sebagai ‘guru istimewa’ yang dikendalikan oleh Pengarah Klinik Psikologi di Hartford bagi membantu pihak klinik psikologi mengenal pasti pelajar yang bermasalah (Asalal, Zakaria & Abd Wahab, 2013). Pada tahun 1940 pula, istilah Guru Pelawat telah digantikan dengan Pekerja Sosial Sekolah. Namun sejak awal 20-an, pekerja sosial sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan Amerika (Livingston & Rock, 1985 & Wang, 2003). Melihat kepada kadar migrasi murid serta kebolehan dan idea setiap murid yang semakin berkembang malah perspektif orang ramai pada ketika itu mula meluas dengan menganggap pekerja sosial sebagai pemangku guru, psikoterapi, perancang sosial dan orang tengah antara rumah dan sekolah (Higy, Haberkorn & Gilmore, 2012). Walau bagaimanapun, Malaysia belum lagi terdedah dengan profesion Kerja Sosial Sekolah malah tiada akta khusus mengenai pekerja sosial. Kurangnya pendedahan mengenai pekerja sosial sekolah membuatkan rata-rata memandang profesion kerja sosial dari sudut pandangan negatif malah ada yang menganggap kerja sosial sebagai kerja sukarelawan (Garrett, 2006). Hakikatnya, pengiktirafan profesion kerja sosial sekolah di barat telah lama bermula iaitu apabila wujudnya kesedaran mengenai perbezaan budaya dalam kalangan murid dan keperluan untuk mencapai kefungsian sosial pelajar yang terlibat dengan masalah (Teasley, 2004). Antara aktiviti yang dijalankan oleh pekerja sosial sekolah pada ketika itu adalah bertujuan membantu murid meningkatkan kefahaman mereka dalam akademik dan

2 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH sebagai galakkan untuk murid berkomunikasi melalui sesi intervensi yang dijalankan (Judy, 2002). Keperluan Praktis Kerja Sosial Sekolah di Malaysia Dunia pendidikan semakin canggih dan mencabar kini ditandai oleh aspek penggunaan teknologi dan bidang ilmu yang semakin meningkat malah turut mempengaruhi perubahan minda dan sikap murid sehingga murid mampu menjadi manusia yang berilmu, berkaliber dan produktif. Namun begitu, di balik perubahan positif murid, perubahan negatif turut dirasai. Kini, dalam arus globalisasi yang semakin berkembang, kerenah demi kerenah ditimbulkan oleh murid termasuklah masalah disiplin murid yang semakin membimbangkan. Kes-kes seperti peras ugut, buli, pelajar memukul guru, rumah guru dibakar, percubaan membakar sekolah dan membunuh cukup memberi gambaran kepada kita bahawa keadaan disiplin murid kini jelas berada dalam keadaan kritikal. Oleh itu, saya menyokong pernyataan bahawa perlunya pekerja sosial sekolah untuk membantu pentadbiran sekolah dalam mengawasi serta meningkatkan kembali kefungsian murid sesuai dengan keperluan sekolah masa kini. Beberapa peristiwa ngeri yang melibatkan murid, bolehlah dibuat rumusan bahawa keadaan disiplin pelajar kini jelas gawat. Kejadian pelajar membakar rumah guru di Pontian, Johor, pelajar membakar sekolah di Shah Alam dan di Kepong, peristiwa peras ugut, cubaan membunuh pelajar tahun satu di Ampang dan peristiwa pembunuhan seorang pelajar di Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Maamor, Negeri Sembilan cukup membuktikan bahawa sikap pelajar kini semakin ganas (Md Shah, 2010). Sesungguhnya, kes-kes yang dinyatakan terbabit cuma sekelumit daripada beribu-ribu kes yang terdapat di sekolahsekolah Malaysia hari ini sama ada terpapar di media mahupun tidak malah tidak mungkin akan berhenti pada takat itu sahaja. Di sini, dapatlah jelas melihat bahawa pekerja sosial

3 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH sekolah amatlah perlu dalam usaha menyelak tabir mencari punca dan seterusnya bersamasama mengambil langkah mengatasinya daripada terus menular. Walaupun tempoh usia remaja tidaklah begitu panjang dan perlakuan murid juga sekadar memenuhi zon peralihan namun segala kepincangan yang terjadi tidak patut dibiarkan semakin merebak. Peningkatan permasalahan sosial dalam kalangan murid hari ini melihat kepada keperluan pekerja sosial sekolah. Sehubungan dengan ini, salah satu usaha adalah dengan merealisasikan matlamat kerja sosial sekolah dalam bekerjasama merencana pelan tindakan yang kukuh dan proaktif antara pentadbir sekolah dan guru bagi menangani isu yang membabitkan murid dan keluarga mereka. Seiringan dengan itu, semua pihak wajar lebih peka dengan peranan pekerja sosial dan mengubah paradigma lama seterusnya menjadikan pekerja sosial sebagai peneraju utama dalam menangani permasalahan murid di samping meningkatkan potensi serta kefungsian pelajar. Pelbagai faktor dapat dikenal pasti mempengaruhi tingkah laku murid yang terlibat dengan permasalahan sosial. Menurut Bahari (2004), aspek yang mempengaruhi nilai, etika dan tingkah laku murid mempunyai kaitan rapat dengan faktor kelemahan institusi keluarga, bebanan guru dan sistem pendidikan yang berarus peperiksaan, pengaruh media dan internet, pembandaran, anjakan teknologi, serangan nilai materialistik ekoran perkembangan ekonomi dan peningkatan pertembungan budaya dan trend dalam kalangan masyarakat. Hal ini menunjukkan masalah yang membabitkan murid bukanlah berpunca daripada individu murid semata-mata sebaliknya termasuk sistem persekitaran yang memberi kesan kepada murid hasil sosialisasi murid dengan persekitaran termasuklah sistem keluarga, rakan sebaya, jiran tetangga dan komuniti. Rentetan itu, tindakan penyelesaian permasalahan sosial yang berlaku dalam kalangan murid tidak seharusnya diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada kaunselor

4 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH sekolah dan guru disiplin semata-mata sebaliknya perlu wujudnya variasi dalam tindakan penyelesaian masalah sosial murid khususnya yang melibatkan praktis kerja sosial. Selain itu, suatu asas penting yang wajar dipertimbangkan berkaitan idea penubuhan seting kerja sosial di sekolah ialah Akta Pendidikan (1996) itu sendiri yang menyatakan Dasar Pendidikan Kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah meningkatkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan (Akta Pendidikan, 1996). Hal ini jelas menunjukkan jika mukadimah objektif akta tersebut ditafsirkan dan diterjemahkan dalam konteks permasalahan sosial maka peluang dan keperluan pekerja sosial dalam usaha meningkatkan kefungsian murid jelas terbuka. Kepentingan Peranan Pekerja Sosial di Sektor Sekolah Peranan pekerja sosial dilihat lebih khusus kepada membantu murid menangani permasalahan yang berlaku dalam persekitarannya dengan meningkatkan keupayaan pelajar termasuklah pembangunan rohani dan sahsiah, kemajuan akademik dan perhubungan sosial murid sama ada di dalam dan di luar sekolah di mana pekerja sosial bertanggungjawab menganalisis permasalahan tersebut seterusnya mengkaji tahap keupayaan pembelajaran dan pembangunan sahsiah diri murid bagi mencari pendekatan penyelesaian masalah yang relevan dengan murid. Hal ini demikian kerana, pekerja sosial telah didedahkan kepada ilmu dan teori asas, pendekatan, nilai, etika dan kemahiran intervensi untuk melakukan intervensi dengan individu, keluarga, kumpulan, komuniti dan organisasi sebagai langkah pemerkasaan dan peningkatan keupayaan pihak sasaran agar dapat berfungsi dalam sistem persekitaran sosialnya (DuBois & Miley, 2005; Trevithick, 2005 & Zastrow, 2004)

5 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH Antara fungsi utama kerja sosial sekolah adalah sebagai penghubung komunikasi antara rumah dan sekolah, perundingan dengan guru-guru, pembela murid, orang tengah antara agensi-agensi komuniti sama ada secara langsung atau tidak langsung yang mempunyai kaitan dengan kesejahteraan murid dan keluarga mereka (Abd Manaf, Ahmad & Abdul Hamid, 2011).Kenyataan ini turut dinyatakan dalam Nelson (1990) yang menyatakan terdapat lima dimensi peranan pekerja sosial sekolah iaitu perhubungan dan perkhidmatan antara murid dan ibu bapa, hubungan dan perkhidmatan antara guru dan staf, perkhidmatan antara sekolah, perkhidmatan komuniti serta tugas dalam pentadbiran dan profesional. Peranan khusus pekerja sosial adalah dengan mengadakan intervensi bersama keluarga murid di rumah mereka sekali gus membantu pekerja sosial melihat sama ada sistem persekitaran mempengaruhi permasalahan murid ataupun tidak. Skop kerja seperti ini tidak termaktub dalam peranan yang harus dimainkan oleh pentadbir sekolah mahupun guru kaunselor sekalipun. Hal ini bukan sahaja dapat wujudkan kolaborasi antara pekerja sosial dan kaunselor dalam penyelesaian masalah malah memudahkan urusan penyelesaian masalah murid dan keluarganya serta membolehkan pekerja sosial menilai keberkesanan intervensi yang dilakukan sama ada sesuai diaplikasikan ke atas murid tersebut ataupun tidak. Penyataan ini turut mempunyai perkaitan dengan pandangan Kelly et al (2010) yang menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam membantu murid adalah intervensi kedua yang sering diguna pakai oleh pekerja sosial sekolah. Intervensi keluarga dilihat amat penting dilaksanakan kerana selalunya murid yang bermasalah mempunyai hubungan yang rapuh dengan keluarga dan mempunyai masalah akademik (Mamat, 2006). Di samping menawarkan intervensi kerja sosial pada peringkat individu dan keluarga, pekerja sosial juga berperanan sebagai broker yang merujuk murid kepada kepakaran luar atau agensi lain bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan berkesan dalam membantu

6 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH murid menyelesaikan masalah yang dihadapi. Misalnya pekerja sosial boleh menghubungkan murid yang diteliti berasal daripada keluarga yang berlatar belakang sosioekonomi rendah yang sehingga membawa kepada tekanan dalam diri remaja kepada bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat mahupun badan bukan kerajaan yang lain. Selain itu, pekerja sosial juga boleh berperanan menghubungkan murid dengan agensi kesihatan mental bagi menilai kefungsian serta emosi murid yang mengalami kecederaan emosi atau berada dalam keadaan trauma akibat krisis yang dialami di persekitaran mereka misalnya. Kekangan dan Cabaran Bagi Mewujudkan Pekerja Sosial di Sektor Persekolahan Sehingga kini masih belum wujud jawatan pekerja sosial secara rasmi apatah lagi pekerja sosial sekolah dalam perjawatan sektor awam mahupun swasta di Malaysia. Walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan pekerjaan berasaskan kerja sosial dalam perkhidmatan namun peluang pekerjaan tersebut masih terbuka luas kepada graduan lulusan dalam bidang sosial bukannya khusus kepada kerja sosial sahaja malah masih belum terdapat akta khusus mengenai kerja sosial. Walaupun cadangan penggubalan Akta Pekerja Sosial telah diluluskan pada tahun 2010 namun sehingga kini masih menunggu keputusan kabinet untuk diwartakan. Kewujudan Akta Pekerja Sosial penting bagi meningkatkan keupayaan dan kualiti perkhidmatan sekali gus menjadi garis panduan kepada pekerja sosial dalam menawarkan perkhidmatan dalam pendekatan penyelesaian masalah. Pernyataan yang jelas juga masih tidak diterima mengenai punca pewartaan akta tersebut masih tertangguh sedangkan penggubal dasar sudah sedia maklum dengan pengalaman-pengalaman masyarakat yang lebih maju dalam bidang ini khususnya pekerja sosial di sekolah seperti Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, New Zealand dan Singapura yang sudah cukup menjadi contoh di sekitar negara kita (Bahari, 2010).

7 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH Kesimpulan Kesimpulannya, kolaborasi bersama pekerja sosial dalam sektor sekolah adalah amat perlu dalam membantu meningkatkan kefungsian pelajar. Hal ini bertepatan dengan pandangan Skidmore (1997) yang menyatakan seseorang pekerja sosial itu mampu bekerjasama dengan pelbagai lapisan individu yang berkaitan dengan perkembangan sistem sekolah mereka termasuklah pengetua, kaunselor, guru-guru, kerani sekolah, pekerja am dan penyelia di jabatan pelajaran peringkat daerah. Kepelbagaian pendekatan penyelesaian masalah seperti outreach, komuniti, rakan bilik darjah, rakan sebaya, perundingan, terapi dan modifikasi tingkah laku yang hanya boleh dipraktikkan oleh pekerja sosial sekolah yang terlatih dan profesional (Asalal, Zakaria & Abd Wahab, 2013). Hal ini selari dengan piawaian amalan kerja sosial antarabangsa yang mensyaratkan segala intervensi kerja sosial perlu dilaksanakan oleh pekerja sosial yang sudah memperoleh pengetahuan dan kemahiran khusus mengenai intervensi tersebut.

8 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH Rujukan Abd Manaf, A. R., Ahmad, N. A. & Abdul Hamid, A. S. (2011). Pengurusan & Amalan Kerja Sosial. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Akta Pendidikan. (1996). Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan di Bawah Akta Pendidikan 1996 diakses daripada www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisasview?id=164 Agresta, J. (2004). Professional role perceptions of social workers, psychologist and counselors. Children & Schools, 26 (3), 151-163. Bahari, A. (2004). Generasi Muda Menangani Cabaran. Alor Setar: Yayasan Dr. Rodzi. Bahari, A. (2010). Permasalahan Sosial Pelajar: Keperluan kepada kerja sosial sekolah. Diakses daripada http://www.sukarelawanmalaysia.com/v/1/artikel-tekspembentangan/72-Permasalahan-Sosial-Pelajar-Keperluan-Kepada-Kerja-SosialSekolah.html Higy, C., Haberkorn, J. & Pope, N. (2012). The role of social workers from the perspective ofschool administrator intern : a pilot study in rural North Carolina. International Journal of Humanities and Social Science, 2 (2), 8-15. Costin, L. (1969). A historical review of social work. Social Casework, 10, 440. DuBois, B. & Miley, K. K. (2005). Social Work: An Empowering Profession. Boston: Pearson Education. Garrett, K. (2006). Making the case for school social work. Children & Schools, 28 (2), 115121. Kelly, M. S., Frey, A. J., Alvarez, M.., Berzin, S. C., Shaffer, G. & O'Brien, K. (2010). School social work practice and response to intervention. Children & Schools, 32(4), 201-209.

9 KEPERLUAN KEPADA KERJA SOSIAL DI SEKOLAH Livingtson, J. & Rock, P. F. (1985). The interface of school social workers with teachers and administrators. School Social Work Journal, 9(2), 135-143. Mamat, I. (2006). Memimpin Remaja Sekolah: Teori dan Praktik. Kementerian Pelajaran Malaysia: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Md Shah, I. (2010). Target Pro SPM. Kuala Lumpur. Sasbadi Sdn Bhd. Asalal, N., Zakaria, E. & Abd Wahab, H. (2013). Intervensi kerja sosial sekolah dalam menangani masalah sosial pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 38 (1), 41-51. Skidmore, R. A., Thackeray, M. G., Farley, O. W., Smith, L. L. & Boyle,S. W. (2000). Introduction to Social Work. Utah: Allyn and Bacon. Salazar, L. (2010). Developments in School Social Work from 1950-2000 : An Historical Analysis. California State University, Long Beach. Skidmore, R. (1997). Introduction to Social Work (7th). Boston: Allyn and Bacon. Teasley, M. (2004). Absenteeism and truancy :risk, protection and best practice implication for school social work. Children & Schools 26(2), 117. Trevithick, P. (2005). Social Work Skills: A PracticeHandbook (2nd.ed.). New York: Open University Press. Wang, S. (2003). Perceptions of the School Social Worker's Role . ProQuest Dissertations and Theses. Zastrow, C. (2004). Introduction to Social Work and Social Welfare : Empowering People (8th.ed.). Belmonth: Brooks/ Cole-Thomson Learning....


Similar Free PDFs