Kertas Kerja khemah ibadah Sekolah DOC

Title Kertas Kerja khemah ibadah Sekolah
Author ibnu Amir
Pages 6
File Size 173 KB
File Type DOC
Total Downloads 80
Total Views 477

Summary

KERTAS KERJA KHEMAH IBADAH 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU MUQADIMAH Mensasar kecemerlangan merupakan satu kemestian dalam kehidupan seharian. Tiada sesiapapun yang tidak mahu menjadi insan cemerlang. Lebih-lebih lagi pelajar yang sedang berada di bangku persekolahan. Setiap gerak geri dan den...


Description

KERTAS KERJA KHEMAH IBADAH 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU MUQADIMAH Mensasar kecemerlangan merupakan satu kemestian dalam kehidupan seharian. Tiada sesiapapun yang tidak mahu menjadi insan cemerlang. Lebih-lebih lagi pelajar yang sedang berada di bangku persekolahan. Setiap gerak geri dan denyut nadi mereka sentiasa berlafazkan cemerlang. Cemerlang dalam bidang akademik, kurikulum dan kokurikulum. Namun begitu, keruwetan nilai dan kemerosotan akhlak yang berlaku dalam kalangan generasi muda hari ini seolah-olah menjadi satu hambatan yang membejat usaha mencapai kecemerlangan diri. Kelihatan di mana-mana kelesuan dalam beribadah, kedangkalan norma dan budaya, gagal menghayati tujuan hidup serta kemerosotan prestasi akademik yangmelingkari dunia remaja muslim sangat menakutkan. Jika usaha pencerdasan minda dan pencerahan hati tidak dilaksanakan, maka usaha untuk melihat generasi muslim cemerlang akan menjadi angan- angan sahaja. Para pelajar perlu dipertegaskan dengan definisi kecemerlangan dalam sudut pandang yang berbeza. Cemerlang yang hakiki adalah memperolehi keredhaan daripada Allah S.W.T. biarpun sedikit yang diperoleh tetapi rahmat dan redha ilahi itu yang digali. Menjadi pelajar cemerlang adalah pelajar yang kaya dengan ilmu, efesyen dalam akademik, jaguh dalam kokurikulum, mempamer wajah ketaqwaan, konsisten dalam ibadah, berbudi luhur, berakhlak dengan nilai mahmudah, menjauhi sifat mazmumah dan mampu menjadi qudwah hasanah. Justeru sebagai satu usaha kecil yang dirasakan mampu menatijahkan sedikit cahaya dalam sanubari para pelajar muslim dalam mensasar kecemerlangan dunia dan akhirat; maka pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Ipoh, Perak bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Dakwah menyatu hati dan keringat menganjurkan Program Khemah Ibadah khusus untuk murid-murid tahun 6 2012. TEMA " MENCARI BERKAT, KECEMERLANGAN BERLIPAT " MATLAMAT Melahirkan insan seimbang dari sudut kecemerlangan akademik, sahsiah, mengamalkan nilai terpuji dlam amalan seharian, berjiwa luhur, kekeperibadian mulia, memaparkan cerminan muslim mahmudah serta menghayati syariat dalam kehidupan seharian. OBJEKTIF KHEMAH IBADAH 2012 1 SK TMN BERSATU, IPOH...


Similar Free PDFs