Kertas Kerja Rasionalisme PDF

Title Kertas Kerja Rasionalisme
Author SYAZA NADHIRAH MAZLAN
Course Diploma Pengajian Perbankan
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 17
File Size 227.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 439
Total Views 618

Summary

ASSIGNMENTCTU 101FUNDAMENTALS OF ISLAM KERTAS KERJA CTU101 (RASIONALISME)GROUP : D1BA1191BMEMBERS : SYAZA NADHIRAH BINTI MAZLAN (2020616688) : NURUL JAZLINA ALLISYA BINTI ZAIDI (2020415472) : NUR SHANIEYZA BINTI NARASID (2020481952)LECTURER : DR. NORAINI BT JUNOHISI KANDUNGAN Pendahuluan Kandungan M...


Description

ASSIGNMENT CTU 101 FUNDAMENTALS OF ISLAM KERTAS KERJA CTU101 (RASIONALISME) GROUP

: D1BA1191B

MEMBERS

: SYAZA NADHIRAH BINTI MAZLAN (2020616688) : NURUL JAZLINA ALLISYA BINTI ZAIDI (2020415472) : NUR SHANIEYZA BINTI NARASID (2020481952)

LECTURER

: DR. NORAINI BT JUNOH

ISI KANDUNGAN

Kandungan

Mukasurat

Pendahuluan

1

Pengertian Rasionalisme

2-3

Contoh Rasionalisme

4-6

Kelebihan Rasionalisme

7-9

Kelemahan Rasionalisme

10

Implikasi Terhadap Pemikiran Rasionalisme

11-13

Kesimpulan

14

Bibilografi

15

PENDAHULUAN Kami bertiga menjalankan kajian tentang tajuk rasionalisme bagi memenuhi apa yang dikehendaki dalam tajuk kertas kerja ini. Kami memilih tajuk rasionalisme kerana rasionalisme merupakan daya fikir yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan. Dengan melakukan kajian ini, pelbagai ilmu pengetahuan yang kami pelajari berkaitan rasionalisme sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan kami yang sedia ada dengan lebih mendalam. Rasionalisme merupakan sebuah pandangan yang berpegang bahawa akal merupakan sumber bagi pengetahuan manusia. Dalam dunia islam telah wujud dua reaksi terhadap falsafah rasionalisme ini. Reaksi pertama menyatakan falsafah rasionalisme ini diambil dan dipinjamkan oleh tamadun Islam daripada tamadun Yunani Greek. Sebaliknya reaksi kedua memberi pandangan yang berbeza dan meyakini bahawa falsafah rasionalisme ini sememangnya sudah wujud sejak zaman Abbasiyah lagi kemudiannya dipinjam kepada tamadun Eropah. Malah, ia digunakan untuk mentafsirkan perkara-perkara yang melibatkan Islam selagi bersandarkan kepada wahyu Allah SWT dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, muncul pelbagai aliran-aliran lain dalam sejarah pemikiran islam. Rasionalisme dalam islam juga turut melahirkan seorang tokoh rasionalisme iaitu Syed Ameer Ali yang merupakan peminat dalam bidang falsafah rasionalisme yang tegar. Hal ini meyebabkan banyak konsep rasionalisme dalam bidang pemikiran islam digunakan dengan meluas kerana rasionalisme merupakan penyelidikan yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan. Dalam konteks islam, akal merupakan neraca taklif di dalam Maqasid al-Syariah yang membicarakan berkenaan tujuan sesuatu pensyariatan, dinyatakan bahawa Maqasid Dharuriyyat iaitu keperluan asas manusia antaranya ialah memelihara akal. Tanpa akal, gugur segara taklif. Oleh hal demikian, rasionalisme penting dalam dunia islam agar manusia berfikir berlandaskan kemampuan akal terlebih dahulu

-1-

PENGERTIAN RASIONALISME DAN SEJARAH KEMUNCULAN

Rasionalisme adalah suatu kaedah penyelidikan dan ujikaji yang mengatakan bahawa akal adalah sumber utama ilmu pengetahuan. Bertentangan dengan empirisisme secara teorinya, ia menafikan pengalaman pancaindera sebagai sumber pengetahuan. Konsep utama yang menjadi pegangan ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Rasionalisme mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semula jadi didalam diri manusia mampu mencari dan menanggapi kebenaran. Rasionalisme menganggap akal sebagai sumber tertinggi untuk mendapatkan kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan. Rasionalisme yang berasaskan nilai-nilai saintifik menolak adanya wahyu dan mukjizat kerana dianggap tidak logik. Ukuran samaada sesuatu itu saintifik atau tidak juga terletak pada samaada ia logic ataupun tidak Dari sudut sejarah, perintis awal aliran rasionalisme ialah Heraclitus, yang meyakini akal melebihi pancaindera sebagai sumber ilmu. Menurut beliau akal manusia boleh berhubung dengan akal ketuhanan yang memancarkan sinaran cahaya tuhan dalam diri manusia. Pada zaman pertengahan rasionalisme Yunani berkembang di tangan tokoh-tokoh Socrates, Plato dan Aristotle. Rasionalisme berasal daripada perkataan berakal daripada bahasa Latin iaitu ratio yang bermaksud akal. Ia juga merupakan sebuah pandangan yang berpegang bahawa akal merupakan sumber bagi pengetahuan dan kebenaran. Dari segi istilah rasionalisme adalah aliran yang berpegang kepada prinsip bahawa akal harus diberi peranan utama dalam penjelasan kerana ia adalah sumber utama pengetahuan. Rasionalisme mencapai zaman kemuncaknya pada zaman Aristotle yang berusaha menangkis serangan pemikiran aliran Sufastho’iyyun yang menyebarkan pegangan bahawa ‘Sesuatu perkara itu adalah dianggap baik bila manusia mengira ia adalah baik’, dengan kata lain ‘Manusia adalah kayu pengukur segala perkara’.Hasil dari pengaruh tersebut, Aristotle telah memperkemaskan rasionalisme dengan menyusun kaedah ilmu logic secara sistematik dalam karyanya yang terkenal iaitu Organaon.

-2-

PENGERTIAN RASIONALISME MENURUT BARAT Rasionalisme adalah suatu aliran dalam Falsafah Moden Barat yang lahir akibat keinginan ahli falsafah dan para pemikir untuk membebaskan diri dari kongkongan pemikiran tradisional falsafah ketika itu yang meletakkan iman (faith) sebagai asas kepada ilmu pengetahuan. Rasionalisme muncul ketika zaman Renaissance (kelahiran semula) yang membawa gelombang-gelombang perubahan dalam aspek kebudayaan dan pemikiran di Eropah yang bermula di Itali pada abad ke 14 dan kemudiannya merebak ke Perancis, Sepanyol, Jerman, Belanda, England dan ke negara-negara Eropah lainnya. Rasionalisme muncul di zaman perkembangan peradaban yang berlaku di hujung atau selepas Zaman Pertengahan (Middle Ages / Dark Ages) sehingga munculnya Zaman Moden.

-3-

CONTOH RASIONALISME Rasionalisme adalah suatu kaedah penyelidikan dan uji kaji yang menyatakan bahawa akal adalah sumber yang utama untuk pengetahuan. Ia juga bertentangan dengan empirisisme secara teorinya. Rasionalisme menafikan pengalamaan pancaindera sebagai sumber pengetahuan bagi semua masyarakat. Konsep utama yang telah menjadi pegangan ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap ilmu pengetahuan dan kebenaran. Dalam satu bentuk atau lain, rasionalisme menampilkan dalam tradisi yang paling falsafah. Dalam tradisi Barat, ia mempunyai senarai panjang dan dibezakan pengikut, termasuk Plato, Descartes, dan Kant. Rasionalisme terus menjadi pendekatan falsafah utama untuk membuat keputusan hari ini. Sejak justifikasi pengetahuan menduduki peranan penting dalam teori falsafah, ia adalah khas untuk menyelesaikan falsafah berdasarkan pendirian mereka berkenaan dengan rasionalis yang vs. empirisme perdebatan. Rasionalisme sesungguhnya menyifatkan pelbagai topik falsafah. Rasionalisme dapat mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari dan menanggapi kebenaran pada manusia. Ia juga menganggap akal sebagai sumber tertinggi untuk mendapat kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan. Rasionalisme yang berasaskan nilai-nilai saintifik menolak adanya wahyu dan mukjizat atas tanggapan bahawa kedua-dua benda ini dilihat tidak logik. Ukuran sama ada sesuatu itu saintifik atau tidak juga terletak pada sama ada ia logik ataupun tidak. Rasionalisme terbahagi dalam dua konteks dan wujud dalam bidang:



Bidang agama: rasionalisme difahamkan sebagai tindakan melawan pihak

penting dalam sesebuah agama, pendekatan ini biasanya digunakan untuk mengkritik ajaran agama.



Bidang falsafah: rasionalisme adalah melawan empirisisme, ia terutama

berguna sebagai teori pengetahuan.

-4-

Rasionalisme bertindak sebagai kefahaman kepada empirisime yang dimana adanya berpendapat bahawa sebagian daripada bagian penting pengetahuan datang dari penemuan akal. Sebagai contoh paling jelas ialah pemahaman kita tentang logik dan matematik. Penemuan-penemuan berkaitan kedua-dua bidang ini sudah tentu begitu pasti dan sahih. Kita tidak hanya melihatnya sebagai benar, malah kita melihatnya sebagai kebenaran yang tidak sahaja mustahil salahnya malah bersifat universal dan juga sejagat.

Fahaman rasionalisme ini mempunyai persamaan dari segi ideologi dan tujuan dengan humanisme dan ateisme. Mereka bertujuan untuk menyediakan sebuah wahana bagi pembincangan berkaitan hal kemasyarakatan dan falsafah di luar kepercayaan keagamaan atau tahayul. Meskipun begitu, ada perbezaan dengan kedua bentuk tersebut:



Humanisme dipusatkan kepada masyarakat manusia dan keberhasilannya.

Rasionalisme tidak mengklaim bahwa manusia lebih penting daripada haiwan atau elemen alam lainnya. Ada rasionalis-rasionalis yang dengan tegas menentang filosofi humanisme yang antroposentrik.



Atheisme adalah suatu keadaan tanpa kepercayaan akan adanya Tuhan atau dewa-

dewa. Rasionalisme tidak menyatakan pernyataan apapun mengenai adanya dewa-dewi meski ia menolak kepercayaan apapun yang hanya berdasarkan iman. Meski ada pengaruh atheisme yang kuat dalam rasionalisme modern, tidak seluruh rasionalis adalah atheis.

-5-

Di luar diskusi keagamaan, rasionalisme juga dapat diterapkan secara lebih umum, misalnya kepada masalah-masalah politik ataupun sosial. Dalam keadaan seperti ini, penolakan terhadap perasaan (emosi), adat istiadat atau kepercayaan yang sedang popular dalam kalangan masyarakat semasa menjadi ciri penting dari segi perspektif para rasionalis.

Pada pertengahan abad ke-20, ada tradisi yang kuat rasionalisme yang telah dipengaruhi secara besar oleh para pemikir bebas dan kaum intelektual.Rasionalisme modern hanya mempunyai sedikit persamaan dengan rasionalisme kontinental yang diterangkan oleh Rene Descartes. Perbezaan ini paling jelas terlihat pada rasionalisme modern terhadap sains yang mengandalkan percubaan dan pengamatan, suatu hal yang ditentang oleh rasionalisme kontinental sama sekali. Rasionalisme juga mempunyai kelemahan dan kelebihannya juga.

-6-

KELEBIHAN-KELEBIHAN RASIONALISME

Rasionalisme mempunyai kelebihannya yang tersendiri antaranya dapat mendorong manusia menggunakan akal secara optimum. Akal merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk manusia agar manusia dapat membezakan diantara hak dan batil. Dengan menggunakan akal, manusia dapat berfikir dengan waras sebelum melakukakan sebarang tindakan. Dalam berfikir juga, kita disuruh agar berfikir dengan cara dan garis panduan yang betul berlandaskan islam. Dalam dunia kini, terdapat ramai orang yang memiliki kecerdasan dan kepintaran dalam berfikir bahkan kesemua daripada mereka merupakan golongan yang berjaya dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, golongan manusia seperti ini bijak menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan sebaik yang mungkin untuk berfikir. Apabila kita menggunakan akal secara optimum, ini akan membolehkan manusia berfikir dengan lebih baik dan tepat. Penggunaan akal secara baik ini harus disemai dalam diri setiap masyarakat di dunia tambahan lagi golongan pelajar-pelajar mahupun mahasiswa yang kini menuntut ilmu di setiap institusi pendidikan di negara ini. Golongan pelajar digesa supaya bijak mengoptimumkan penggunaan akal mereka untuk belajar agar mereka sentiasa memperoleh kejayaan di masa kelak. Contohnya dengan berfikir sebaik yang mungkin untuk memperoleh jawapan di dalam setiap ujian dan penilaian yang dihadapi semasa bergelar pelajar. Dengan itu, masyarakat akan mampu berkiran terbuka, bertamadun, berakhlak mulia dan sekaligus mempunyai keperibadian yang mulia. Bukan itu sahaja, dengan pengurniaan akal, manusia akan memikirkan dan mengkaji tentang kejadian alam mahupun tanda-tanda kebesaran Allah apabila mereka mengkaji bagaimana terciptanya alam ini seperti langit, gunung-ganang, sungai yang mengalir dan pelbagai lagi ciptaan Allah SWT yang tidak mampu saya ungkapkan. Tambahan lagi, seseorang individu sewajarnya berfikir ianya berasal dari mana dan dari situ manusia akan menyedari kekuasaan Allah SWT. Dengan pendekatan berfikir secara ini, manusia akan mula menyedari dari mana sebenarnya mereka berasal. Oleh yang demikian, kelebihan rasionalisme ini turut mendorong kita supaya menggunakan akal secara optimum.

-7-

Selain daripada itu, kelebihan rasionalisme yang lain juga memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu moden. Peredaran masa dan teknologi telah banyak mengubah gaya kehidupan masyarakat di dunia khususnya dalam perkembangan ilmu pendidikan maklumat menerusi pelbagai penggunaan alatan canggih yang dicipta oleh golongan intelektual yang menerapkan konsep rasionalisme dalam diri mereka ini semakin rancak digunakan dalam segenap lapisan masyarakat masa kini. Hal ini demikian kerana timbulnya konsep rasionalisme yang menyumbang sedikit sebanyak kepada penciptaan jaringan telekomunikasi mahupun gajet-gajet yang serba canggih antaranya adalah computer, telefon bimbit, radio ataupun televisyen dan bermacam-macam lagi. Justeru itu, kemunculan perkembangan ilmu dapat disebarkan secara meluas menerusi alat yang dicipta seperti yang dinyatakan. Berbeza dengan zaman sebelum timbulnya rasionalisme, gaya pemikiran masyarakat tidak begitu meluas seperti sekarang dengan terciptanya alat-alat moden yang mampu menyampaikan maklumat dalam sekelip mata. Bukan itu sahaja, malahan perluasan teknologi maklumat di masa kini mencetus kepada banyak kebaikan kepada masyarakat sejagat. Menuntut ilmu adalah perkara yang amat digalakkan dalam agama islam itu sendiri. Walaupun dimana jua kita berada, ilmu mesti dalam genggaman. Daya pemikiran rakyat di seluruh dunia kini mencapai tahap yang tinggi sehingga terhasilnya pelbagai alat-alat moden kerana mereka kaya dengan ilmu pengetahuan dan daya fikir yang tinggi. Tambahan pula, pada waktu virus yang melanda seluruh dunia kini, pelajar-pelajar, hanya belajar menerusi jaringan internet kerana terpaksa menghadapi situasi genting pada waktu ini. Dalam pada itu, pelajar-pelajar lebih bijak dalam mendalami bidang sosial untuk mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar daripada pensyarah walupun tidak bersemuka seperti sedia kala. Menerusi pembelajaran seperti ini, ianya banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu moden pada waktu kini. Oleh hal demikian, gaya pemikiran seperti dalam konsep rasionalisme haruslah dipupuk oleh setiap individu agar kita dapat menggunakan akal fikiran untuk menyumbang kearah kebaikan sedunia.

-8-

Di samping itu, rasionalisme memberikan kerangka berfikir yang lebih logik kepada setiap pemikiran yang kita hadapi. Sebagai contoh, apabila kita berfikir dengan luas, kita akan memperoleh pelbagai maklumat dari segi kematangan berfikir yang kita ada. Kita hendaklah berfikir secara rasional terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Pemikiran ini merupakan persepsi dan pemikiran seseorang individu yang menilai dan melihat kehidupan mereka dari sudut yang mempunyai asas dan fakta yang kukuh dan logik serta boleh diterima oleh akal yang waras dan sihat. Untuk menjadi seseorang yang mahir dalam ilmu pengetahuan, pengamalan budaya berfikir secara kritis dan kreatif sangat diperlukan oleh setiap individu agar kita memperoleh maklumat yang berkualiti. Hal ini demikian kerana, akal mempengaruhi cara kita berfikir. Jika dilihat cara berfikir menurut islam, ianya lebih tertumpu untuk berfikir berlandaskan sumber wahyu dan syariat. Jelasnya kerana akal manusia terbatas kerana mereka tidak dapat mengkaji dengan tepat perkaraperkara ghaib yang diselidik. Bukan itu sahaja, pemikiran rasional pula wajar untuk tidak melampaui batasan syariat dalam islam. Pemikiran seperti ini menerima sesuatu perkara itu sebagai fakta jika ada hujah atau bukti dibelakangnya yang ditentukan tahap kesahihannya. Manakala dalam pemikiran sekular iaitu barat menyatakan wujudnya hasil daripada kegeniusan akal fikiran manusia semata-mata. Kesimpulannya, dalam konsep rasionalisme ini akal adalah sumber utama ilmu pengetahuan. Akal merupakan kekuatan terbesar yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Akal menjadi faktor utama yang membolehkan manusia membezakan diantara kebenaran dan kebatilan.

-9-

KELEMAHAN RASIONALISME Rasionalisme juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Kelemahan Rasionalisme dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Kita juga dapat meneliti kelemahan dan kelebihan rasionalisme. Pengentahuan yang dibangun oleh Rasionalisme hanya dibentuk oleh idea yang tidak dapat kita lihat dan rasa. Eksistensi tentang idea tersebut belum dapat didukung oleh semua orang dengan kekuatan dan keyakinan yang sama. Rasionalisme telah menyebabkan kebanyakan orang merasa kesulitan untuk menerapkan konsep it uke dalam kehidupan seharian yang praktis. Rasionalisme juga gagal dalam menjelaskan perubahan dan pertamahan pengetahuan manusia. Banyak dari idea yang sudah pasti akan berubah dari satu waktu kemudian ke pada waktu yang lain. Ia juga cenderung mementingkan subjek kepada objek. Kebenarannya hanya keluar daripada aktiviti penalaran sahaja tanpa memperlihatkan objek secara terliti. Rasionalisme juga gagal dalam menjelaskan perubahan dan pertambahan bagi pengetahuan pada manusia. Banyak idea rasionalisme yang sudah pasti pada satu waktu kemudian berubah pada waktu yang lain. Pengetahuan yang dibangunkan oleh rasionalisme hanyalah dibentuk oleh idea yang tidak dilihat dan diraba. Kebanyakan orang merasa sukar untuk menerapkan konsep rasionalisme ke dalam kehidupan seharian yang praktis kerana rasionalisme sukar untuk dilihat dan rasa sama seperti yang telah diterangkan diperenggan diatas. Masyarakat ini hanya mepercayai jika ia dapat dilihat atau disentuh. Perkara ini kerna ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita menerima konsep rasionalisme dalam kehidupan seharian. Jika masyarakat memahami konsep ini ia akan memudahkan kita untuk menerap rasionalisme kedalam kehidupa n. Eksistensi tentang idea yang sudah pasti maupun yang bersifat bawaan belum dapat didukung oleh semua orang dengan kekuatan dan juga kenyakianan yang sama.Kebanyakan orang merasa kesulitan untuk menerapkan konsep rasionalisme ke dalam kehidupan seharian yang praktis. Rasionalisme juga agak sukar untuk difahami oleh masyarakat. Walaupun begitu rasionalosme juga mempunyai kelebihanya juga. Rasionalisme tidak hanya menujukkan kelemahannya malah kelebihannya juga banyak. Masyarakat hanya mementingkan pengetahuan ilmu yang bermanfaat bagi meraka. Kelemahan ini membuat masyarakat semakin sukar menerapkan konsep rasionalisme dalam kehidupan mereka.

- 10 -

IMPLIKASI TERHADAP PEMIKIRAN RASIONALISME Al-quran merupakan kita suci umat islam yang sangat menghormati budaya rasional dan menolak segala bentuk khurafat. Akal fikiran iaitu rasio dalam islam sangat memberikan kedudukan yang sangat istimewa. Rasionalisme juga mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semula jadi dalam diri manusia supaya mampu membezakan keburukan dan kebaikan serta mampu mencari dan menanggapi kebenaran dengan ilmu pengetahuan. Antara implikasi terhadap pemikiran rasionalisme adalah manusia dapat mencapai peradaban budaya yang sangat tinggi dalam kehidupan dan dengan akal juga ia dapat mengembangkan tugas setiap umat islam sebagai khalifah di muka bumi untuk memimpin orang lain ke arah yang lebih baik serta mencegah kemungkaran. Contoh slogan yang dapat di kemukakan ialah “Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama”. Bahkan Allah SWT sendiri memerintahkan setiap manusia dalam Al-Quran untuk menggunakan akal fikiran. Seterusnya, Allah juga membenci orang-orang yang tidak menggunakan akal sebagaimana yang telah disampaikan di dalam Al-Quran. Selain itu, pemikiran rasional dalam islam pula wajar untuk tidak melampaui batas. Implikasi terhadap pemikiran rasional ini dapat menerima sesuatu perkara itu sebagai fakta jika ada bukti yang boleh ditentukan kesahihanya. Tambahan pula, pemikiran rasionalisme membawa kepada cara berfikir kea rah positif dan realisti dalam diri seseorang. Sebaliknya, pemikiran yang tidak rasional pula terhasil apabila seseorang itu menilai perkara yang berlaku bukan berdasarkan fakta yang kukuh dan akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan perkara baik dan juga perkara buruk. Antara contohny...


Similar Free PDFs