3B CTU552 Kertas Kerja PDF

Title 3B CTU552 Kertas Kerja
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 22
File Size 439.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 103
Total Views 304

Summary

Download 3B CTU552 Kertas Kerja PDF


Description

CTU 552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA TUGASAN : KERTAS KERJA TAJUK : ANCAMAN PEMIKIRAN LIBERALISME TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA : ANALISIS SOLUSINYA MENURUT KONSEP INSAN DALAM ISLAM KUMPULAN : RCS2403B DISEDIAKAN OLEH : NAMA

NO PELAJAR

ANIS NABILA BINTI AZIZI

2021119319

NUR AZLINA BINTI ARIFFIN

2021190143

SITI ZULAIKHA BINTI ZAIDI

2021117801

NUR HAZMIERA BINTI MOHD HAZLINE

2021114343

MARKAH KERTAS KERJA (2%)

Pengenalan Isi dan Huraian Kesimpulan Rujukan Etika dan Profesional JUMLAH MARKAH

Markah Diperolehi

(8%) (2%) (4%) (4%) (20%)

DISEDIAKAN UNTUK :

USTAZ WAN MOHD AMJAD BIN WAN HALIM

20

PENGESAHAN PENSYARAH ANCAMAN PEMIKIRAN LIBERALISME TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA : ANALISIS SOLUSINYA MENURUT KONSEP INSAN DALAM ISLAM

DISEDIAKAN OLEH :

ANIS NABILA BINTI AZIZI

2021119319

NUR AZLINA BINTI ARIFFIN

2021190143

SITI ZULAIKHA BINTI ZAIDI

2021117801

NUR HAZMIERA BINTI MOHD HAZLINE

2021114343

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 – Falsafah dan Isu Semasa, khusus bagi pelajar Ijazah Muda, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh :

Wan Mohd Amjad Bin Wan Halim Pensyarah Penilai CTU552 Jun 2021

ISI KANDUNGAN

BIL.

KANDUNGAN

1

1.0 PENDAHULUAN

2

2.0 KONSEP LIBERALISME 2.1

DEFINISI

LIBERALISME

MUKA SURAT 1

DAN

ASAL

USUL

2-4

PEMIKIRAN LIBERAL

2.2 KEKELIRUAN YANG MUNCUL AKIBAT FAHAMAN

5-6

ISLAM LIBERAL

2.3 PERKARA BERKAITAN LIBERALISME ADALAH

7-9

BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

2.4 PERANAN UMAT ISLAM MENENTANG ISLAM

10-12

LIBERAL 2.5 PELAN TINDAKAN DALAM MENANGANI ISLAM

13

LIBERAL 3

3.0 KESAN ANCAMAN PEMIKIRAN LIBERALISME

14-15

TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA 4

4.0 CARA MENANGANI ANCAMAN LIBERALISME

16-17

TERHADAP UMAT ISLAM MALAYSIA MENURUT KONSEP INSAN 5

5.0 KESIMPULAN

18

6

6.0 SUMBER RUJUKAN

19

1.0 PENDAHULUAN Kedatangan Islam ke semenanjung Tanah Arab melalui perutusan Nabi Muhammad SAW memberi cahaya dan kehidupan baru bagi masyarakat Arab yang berada dalam kemunduran. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah meletakkan akhlak yang baik sebagai landasan yang membawa keharmonian. Setiap manusia juga diajar hidup bersyariat bagi memperoleh kehidupan yang bahagia. Dengan slogan “Islam adalah cara hidup” iaitu melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara kemungkaran ia mengubah landskap asal kehidupan warga Arab sebelum ini menjadi satu tamadun yang dikenali. Kehidupan bersyariat yang terkandung dalam al Quran dan dijelaskan dengan terperinci melalui Hadith membantu insan menilai dan membuat pertimbangan kehidupan bukan dengan hanya berpandukan akal akan tetapi dengan wahyu. Kelahiran Islam hasil dakwah yang berterusan dari awal penyebaran hinggalah Islam tersebar luas dari Asia Barat hingga ke Asia Tenggara. Ia adalah hasil peranan para mubaligh yang membawa Islam hingga ke Tanah Melayu baik melalui perdagangan mahupun penghijrahan. Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malaysia sekarang ini merupakan salah satu negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Ia juga dikenali sebagai negara yang menjadikan Mazhab ahli sunnah wal jamaah sebagai panji. Dewasa ini setelah lebih separuh abad kemerdekaan Tanah Melayu, kedudukan Islam semakin terhakis dan tergugat oleh anasir dari luar mahupun anasir dalaman yang memberi satu cabaran baru kepada umat Islam di Malaysia. Ada berbagai isu yang didepani seperti syiah, liberalisme, ajaran sesat dan pelbagai lagi. Isu Islam Liberal menjadi satu isu hangat yang diperkatakan sekarang ini kerana ia menyentuh bukan hanya sensitiviti umat Islam bahkan ia menggugat kesejahteraan masyarakat dan mendatangkan bahaya kepada aqidah umat Islam amnya. Hari ini apabila perkembangan pemodenan semakin pesat, maka ia telah membawa pemikiran baru yang dipengaruhi oleh idea-idea kebebasan berfikir yang membentuk satu pemikiran baru yang luarannya umpama Islam akan tetapi dalamannya terkandung pengaruh Barat yang bertentangan dengan syariat Islam yang sebenar.1

1

(2020, April 10). (PDF) Liberalisme Dalam Agama : Memahami ... - ResearchGate. Retrieved June 26, 2021, from (PDF) Liberalisme Dalam Agama : Memahami Pemikiran Golongan Anti Hadis Dan Puncanya. 1

2.0 KONSEP LIBERALISME 2.1 DEFINISI LIBERALISME DAN ASAL USUL PEMIKIRAN LIBERAL Liberalisme adalah satu bentuk fahaman sekularisme, iaitu memisahkan aspek agama dan membolehkan sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama. Perkataan 'liberalisme' berasal daripada bahasa Inggeris bererti 'kebebasan'. Perkataan ini merujuk perkataan 'liberty' dalam bahasa Inggeris atau perkataan 'liberte' dari bahasa Perancis bermaksud bebas. Syeikh Sulaiman al-Khirasi dalam kitabnya, Libraliyah al-Khirasyi menyatakan, "Liberalisme ialah mazhab pemikiran yang mementingkan kebebasan individu”. Mazhab ini menegaskan mengenai wajibnya menghormati kebebasan individu, serta berkeyakinan tugas utama pemerintah ialah menjaga, melindungi kebebasan rakyat seperti kebebasan berfikir, kebebasan menyampaikan pendapat, kebebasan hak peribadi dan juga kebebasan individu.2 Ianya turut dijelaskan bahawa kefahaman yang jitu terhadap pengertian liberalisme dalam konteks menjaga kesucian dan hujah prinsip-prinsip dalam Islam yang sebenarnya wajar diketengahkan terutamanya dalam mendepani gerakan liberalisme yang kian membara saat ini. Golongan yang mempunyai ideologi liberal berkeyakinan kuat untuk meyakinkan masyarakat dalam pentafsiran Islam dan mencabar kedudukan para ulama. Penggunaan istilah seperti “Islam liberal” perlu diteliti dengan kritikal, dan dinilai sekiranya terdapat keperluan untuk mengetengahkan terma lain sebagaimana yang pernah dilakukan oleh ulama terdahulu dalam mengklasifikasikan kelompok yang menyeleweng. Sebenarnya terdapat banyak peringkat dan jenis keliberalan yang boleh dikesan iaitu ada yang cenderung dengan menolak agama secara keseluruhan, ada juga segelintir yang menerima agama tetapi dengan cara yang sangat longgar dalam penafsiran agama tersebut. Sama ada disedari ataupun tidak, umat Islam hari ini sedang berhadapan dengan ancaman daripada penularan idea liberalisme yang saban waktu semakin merebak ke dalam tubuh umat ini. Kelompok yang mendukung liberalisme semakin mendapat tempat dalam dunia Islam. Dalam pada itu, ter•dapat juga segelintir pihak yang tidak menyedari bahawa mereka turut sama membawa dan menyuburkan lagi idea liberal, meskipun secara zahirnya mereka tidak berniat 2

(2017, August 4). Muka 10 Menyanggah fahaman liberalisme - Berita Harian. Retrieved June 26, 2021, from Muka 10 Menyanggah fahaman liberalisme 2

sedemikian. Lebih membimbangkan lagi apabila terdapat se•setengah pihak yang gagal melihat liberalisme sebagai suatu bentuk ancaman yang mengundang malapetaka bukan sahaja ke atas umat Islam, bahkan kepada umat manusia sejagat tatkala idea rosak ini tersebar luas dalam segenap aturan kehidupan.3 Demikianlah betapa liberalisme berjaya ditancapkan merentasi segenap lapisan masyarakat sehinggakan sebahagian besar idea-idea liberal telah pun diterima se•bagai norma kemanusiaan, manakala sebahagian yang lain pula cuba disampaikan agar diterima sebagai nilai-nilai sejagat yang mencorakkan aturan kehidupan. Sudah tentu idea-idea asing yang jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam tidak disebarkan secara terang-terangan, kerana pastinya akan mendapat tentangan hebat daripada umat Islam. Sebaliknya idea-idea tersebut diatur semula dengan cara yang halus agar lebih mudah untuk diterima dengan menggunakan pendekatan penyahpekaan (desensitisation). Tambahan pula, idea-idea liberal ini turut disampaikan dengan slogan-slogan yang indah sehingga menyebabkan sebilangan umat Islam mudah terjerumus dengan terperangkap dalam pesona yang menyelubungi racun di sebalik liberalisme. Para pendokong idea liberalisme juga digambarkan sebagai kelompok yang progresif dan mengikuti arus pemodenan, manakala pihak yang menentang penularannya pula dilabel sebagai jumud, keras, ketinggalan zaman, dan tidak toleran. Lebih membimbangkan, terdapat kelompok liberal yang berselubung di sebalik nama Islam dalam membawa konsep liberalisme. Kelompok-kelompok sebegini pada dasarnya memperjuangkan kebebasan individu daripada kongkongan negara dan institusi-institusi agama yang mengawal penganutnya melalui perlaksanaan hukum dan perundangan. Mereka berpegang bahawa agama itu hanya•lah urusan peribadi seseorang dengan Tuhan, yang tidak sewajarnya dipaksakan ke atas mana-mana individu. Hal ini selari dengan konsep dasar liberalisme itu sendiri, iaitu suatu fahaman yang meletakkan kebebasan individu sebagai matlamat politik yang tertinggi. Dalam erti kata lain, kedaulatan terletak pada tangan manusia itu sendiri dalam menentukan hala

3

(2018, July 17). Hizbut Tahrir Malaysia - Ancaman Liberalisme Terhadap ... - Facebook. Retrieved June 26, 2021, from Hizbut Tahrir Malaysia - Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam 3

tuju kehidupan mereka tanpa sebarang campur tangan luar termasuklah institusi politik dan kenegaraan.4

4

(2018, July 18). [SAUTUN NAHDHAH] SN535 –... - Muslimah Hizbut ... - Facebook. Retrieved June 26, 2021, from [SAUTUN NAHDHAH] SN535 –... - Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia 4

2.2 KEKELIRUAN YANG MUNCUL AKIBAT FAHAMAN ISLAM LIBERAL Kekhilafan yang telah dibawa oleh kelompok Islam liberal dapat dijustifikasikan dalam beberapa sudut iaitu cara merungkai asas agama itu sendiri, iaitu dari sudut pentafsiran Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Kelompok tersebut membuka ruang tanpa had dan batas dari segi jenis atau cara pentafsiran agama dan menganggap kesemua tafsiran tersebut adalah benar. Kelompok ini telah membuat tafsiran agama dan menolak autoriti yang telah wujud dan sedia terbina dalam tradisi ilmu Islam. Ijma' atau Ijmak ( ‫ ) إجماع‬dari segi bahasa adalah azam atau tekad. Manakala dari segi istilah syarak pula, Ijmak didefinisikan sebagai kesepakatan iaitu kesepakatan para ulama dalam menetapkan sesuatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasulullah S.A.W. Ijmak tidak akan berlaku melainkan wujudnya kata kesepakatan dari para ulama yang berijtihad (mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa seorang pun dikecualikan dari kalangan mereka. Ini bermakna, jika seorang sahaja yang membantah maka ianya tidak dianggap ijmak. Para mujtahidin biasanya berselisih pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu hukum tertentu, tidak seorang pun di kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka terjadilah ijmak. Dalam kitab Mirah al-Usul disebut “mestilah mendapat persetujuan seluruh para mujtahidin”. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma‟. Bayangkan, para mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syar`i tetapi dalam hukum berkenaan tidak seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.5 Namun apabila golongan Islam liberal bersikap ingin membuat pembaharuan „pushing the limits‟ terhadap kewibawaan keilmuan ini, mereka membuka ruang tanpa terhad untuk semua jenis pentafsiran dan menganggap pentafsiran-pentafsiran tersebut ialah sama tahap kewibawaannya didalam pemahaman agama. Hasilnya ialah ramai di kalangan masyarakat Islam yang telah pun dididik dengan asas-asas agama yang meyakinkan, menjadi sesat dan goyah akidahnya. Akibat kurangnya ilmu dan iman mereka, mungkin ramai di kalangan kelompok Islam liberal tidak betulbetul memahami bahawa Islam sebenarnya merupakan agama pembebasan daripada segala kepincangan manusia. Islam datang dengan misi istiqlal iaitu kemerdekaan dan hurriyyah iaitu

5

(n.d.). Ijmak - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Retrieved June 26, 2021, from Ijmak - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 5

kebebasan untuk membebaskan manusia dari pengabdian jahiliyyah sesama manusia kepada pengabdian yang tulus kepada Allah SWT yang sebenarnya kemerdekaan yang tertinggi. Kebebasan yang dianjur oleh Islam bukan dengan cara merungkaikan apa yang telah disusun rapi oleh agama menerusi pentafsiran yang berwibawa oleh ulama-ulama silap. Tajdid dalam Islam mesti bersifat islamik iaitu pembebasan dari keburukan kepada kebaikan. Kita tidak mahu menjadi seperti golongan yang diistilahkan oleh al-Qur‟an sebagai yang membuat fasad akan tetapi menyangka mereka membuat islah: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami orang orang yang hanya membuat kebaikan". Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orangorang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.” Dalam sejarah Islam juga, seperti yang telah disebut, tidak ada yang dinamakan kelompok otoritarian agama atau clergy yang mendominasi secara suci kewibawaan agama seperti mana yang terjadi terhadap masyarakat Kristian sehingga mencetuskan gerakan pembebasan yang dilakukan oleh kelompok reformis seperti Lutherian dan Calvinian iaitu kelompok liberal awal. Dalam Islam, asas utama dalam pentafsiran agama ialah asas ilmu yang mendalam terutamanya dalam bidang agama. Dengan itu, ijtihad bukan monopoli kelompok agama dan bukan juga hak semua individu. Ia berkait rapat dengan kewibawaan ilmu mereka yang melaksanakan ijtihad atau pentafsiran agama. Oleh hal yang demikian, ulama dalam Islam dihormati kerana kewibawaan ilmunya dan bukan kesucian sebagai statusnya sebagai seorang ulama. Oleh itu, kelompok Islam liberal adalah sangat membimbangkan kerana kelompok ini akan hanya membawa masuk isu-isu palsu ke dalam pemikiran Islam. Mungkin apa yang lebih wajar dilakukan oleh umat Islam hari ini ialah bersikap lebih tawaduk terhadap ilmu dengan menuntut ilmu dan mempertingkatkan kewibawaan ilmiah masing-masing.

6

2.3 PERKARA BERKAITAN LIBERALISME ADALAH BERTENTANGAN DENGAN ISLAM Awalnya pemikiran ini merupakan usaha tersusun dalam masyarakat Barat untuk keluar dari konsep ketuhanan dalam agama Kristian lalu membawa kepada kebebasan individu. Ia kemudian menjadi berpengaruh dan menular kepada dunia termasuk masyarakat Barat dan Eropah serta dunia keseluruhannya termasuk para sarjana dan ahli akademik. Lalu wujudlah pejuang pejuang kebebasan individu dalam segenap bidang. Lalu akhirnya pemikiran liberal ini mula menjangkiti umat Islam dan masyarakat Islam. Islam Liberal adalah satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam yang muncul pada zaman ini, semakin hari semakin menular dalam masyarakat Malaysia. Faktor munculnya pemikiran Islam Liberal adalah disebabkan segelintir individu yang mudah terpengaruh dengan pandangan dan cara hidup Barat. Ia merupakan pemikiran „modernisme‟ yang berpaksikan budaya „hedonisme‟. Golongan ini beranggapan hukum-hukum Islam melanggar hak-hak asasi manusia, bahkan ia tidak sesuai dengan peredaran zaman serta mengongkong penganutnya. Pemikiran „modernisme‟ cuba memberikan satu tafsiran Islam yang baru mengikut konsep „humanisme‟, hak dan kebebasan individu yang dikatakan sangat sesuai dengan dunia moden. Lalu ia menanamkan nilai nilai baru dalam masyarakat serta mengubah persepsi, lantas membentuk persepsi baru makna kemajuan, pembangunan, serta hak dan kebebasan individu. Ia juga dikenal dan cenderung kepada pemikiran yang dipanggil „post-modernism‟. Mereka yang cenderung ke arah pemikiran Islam liberal ini banyak menyandarkan sesuatu hujah mereka berdasarkan kajiankajian orientalis Barat, metodologi kajian agama lain, hak kebebasan sosial atau politik atau ekonomi mengikut konteks Barat, dan falsafah sekularisme. Semua ini nyata sekali amat bercanggah dengan Islam. Biarpun pandangan dan pemikiran ini bercanggah dengan Islam namun golongan pemikiran liberal ini menggunakan sandaran kepada Islam agar mereka mendapat sokongan dan perhatian dari golongan awam yang beragama Islam.6

6

(2021, May 12). BAHAYA ISLAM LIBERAL!!! MEMBAWA PEMIKIRAN MODENISME ..... Retrieved June 26, 2021, from BAHAYA ISLAM LIBERAL!!! MEMBAWA PEMIKIRAN MODENISME DAN SEKULARISME BARAT YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM 7

Seterusnya, golongan ini juga ingin menerapkan asas kebebasan ke dalam kehidupan. Kebebasan bermaksud setiap individu bebas untuk melakukan apa sahaja perbuatan yang ingin dilakukan. Pihak pemerintah atau kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk membuat peraturan atau tegahan. Perbuatan yang dilakukan hanya mampu dibatasi atau disekat oleh undang-undang yang dibuat oleh individu itu dan tidak terikat dengan peraturan agama. Kebebasan yang pada awalnya memuliakan dan memartabatkan manusia, tetapi apabila wujud pentafsiran para pemikir liberal telah menjadi idea-idea yang merendahkan dan menjatuhkan martabat dan nilai manusia. Hak asasi manusia yang pada dasarnya sesuatu yang baik dan murni, telah menjadi hak untuk bebas mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral dan menyeleweng, aktiviti songsang seperti homoseksual, kebebasan untuk murtad, kebebasan untuk menggugurkan kandungan dan kebebasan untuk menolak autoriti agama. Seperti yang kita sedia maklum, tidak seperti agama lain di dunia, Islam mengambil kira kebebasan individu dan masyarakat dalam kebanyakan urusan kehidupan. Islam menonjolkan ciri keistimewaan dan keunikannya yang mampu memancarkan sinar kesejahteraan menaungi alam semesta ini. Namun, kebebasan itu masih terikat dengan garis panduan syarak iaitu berada di atas landasan amar makruf dan nahi mungkar. Islam memerintahkan umatnya menyatakan kebenaran. Oleh kerana itu, perlu ditegaskan di sini bahawa Islam tidaklah anti kebebasan. Akan tetapi yang menjadi persoalan adalah bagaimana idea-idea liberalisme ini ditafsirkan dan difahami oleh pemikir-pemikir liberal sehingga perlu dikritik dan dipertimbangkan mengikut neraca Islam.7 Akhir sekali, golongan ini mengutamakan logik akal berbanding Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh sebab itu pemikiran mereka berbeza dengan kita. Golongan ini terus menjadikan akal sebagai sumber hukum dan asas kepada fahaman liberal. Golongan ini juga bersepakat mengutamakan logik akal daripada menggunakan al-Quran dan al-Hadis dalam hujah. Ada dalam kalangan kumpulan liberal secara terus terang mengungkapkan niat mereka menghancurkan Islam kerana terpengaruh pemikiran liberalisme. Ada yang berusaha membina keraguan dalam kalangan orang Islam dengan menggunakan fakta dan istilah mengelirukan atau dengan cara memutarbelitkan fakta dan realiti ajaran Islam dengan gaya dan pemikiran gerakan

7

(2018, November 15). Konsep Kebebasan dan Perdamaian dalam Liberalisme – HIMAHI .... Retrieved June 26, 2021, from Konsep Kebebasan dan Perdamaian dalam Liberalisme – HIMAHI FISIP UNHAS 8

mereka. Mereka memilih orang sesat dan keliru sebagai ketua atau jurucakap dan mereka menganggap ulama atau cerdik pandai Islam orang yang konservatif dan tidak tahu hak asasi manusia. Perkara ini jelas sekali dapat dilihat bahawa ia sangatlah bertentangan dengan ajaran Islam. Islam mengajarkan umatnya untuk sentiasa merujuk Al-Quran sekiranya terdapat apa-apa jenis persoalan dan bukannya hanya dengan mengikut akal fikiran sendiri.8

8

(2017, October 1...


Similar Free PDFs