CTU552 Falsafah dan Isu Semasa-Kertas Kerja-Atheisme PDF

Title CTU552 Falsafah dan Isu Semasa-Kertas Kerja-Atheisme
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 13
File Size 368.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 902
Total Views 1,023

Summary

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSANBA242-SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) KEWANGANTAJUK KERTAS KERJA:CABARAN DAN IMPLIKASI ATHEISMEFALSAFAH SEBAGAI ALAT PEMURNIAN PEMIKIRAN(CTH)CTU552: FALSAFAH DAN ISU SEMASANAMA PENSYARAH: NURHANISAH BINTI HADIGUNAWANBIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK1 NADRAH ...


Description

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN BA242-SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) KEWANGAN

TAJUK KERTAS KERJA: CABARAN DAN IMPLIKASI ATHEISME

FALSAFAH SEBAGAI ALAT PEMURNIAN PEMIKIRAN (CTH) CTU552: FALSAFAH DAN ISU SEMASA NAMA PENSYARAH: NURHANISAH BINTI HADIGUNAWAN BIL 1

NAMA PELAJAR NADRAH ALIA BINTI NASRI

NO. MATRIK 2020977275

KUMPULAN: NBF01C Kategori Peilaian Pengenalan Isi & Huraian Cadangan & Kesimpulan Sumber Rujukan Etika & Moral Professional Jumlah

Markah /2 /8 /2 /4 /4 /20

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: “Setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.”

NAMA NADRAH ALIA BINTI NASRI

MATRIC NO. 2020977275

2

TANDATANGAN

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

M/S

1.

1.0 Pengenalan

4

2.

2.0 Konsep Atheisme

5

3.

3.0 Faktor Kelahiran Atheisme Dan Tokoh Pendokong

7

4.

4.0 Cabaran Penyerapan Atheisme Di Malaysia

9

5.

5.0 Implikasi Atheisme 5.1 Individu 5.2 Masyarakat 5.3 Negara

10

6.

6.0 Kaedah Menangani

11

7.

7.0 Kesimpulan

12

3

1.0 PENGENALAN Dalam sekitar abad ke-18, peradaban di Barat telah menyaksikan perkembangan “freethought” atau kebebasan minda dimana golongan individu mula menonjolkan peranan akal dan kebebasan kehendak. Maka lahirlah golongan yang mengkritik agama dengan menggunakan terma “atheisme” dimana Revolusi Perancis telah menjadi pencetus kepada gerakan yang menyokong idea pemikiran ini. Kegagalan agama Kristian ketika itu dalam menjawab segala cabaran dan tuntutan peradaban moden membuatkan ideologi atheis berkembang kuat di semua lapisan masyarakat barat. Namun kini, dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan media sosial membuatkan ideologi ini menular ke serata dunia tidak terkecuali Malaysia. Situasi ini dilihat sebagai cabaran besar masyarakat Islam dimana mula timbul golongan-golongan sekular mempersoalkan kerelevanan agama pada era zaman moden kini. Terdapat individu yang terangterangan membuat pengakuan bahawa mereka tidak lagi percaya dengan Tuhan bahkan mengisytiharkan diri mereka sebagai seorang bekas Muslim. Ini membuktikan bahawa segala usaha kawalan, dan sekatan dalam menapis bentuk fahaman yang merosakkan akidah ini tidak lagi mampu dilakukan seampuh masa dahulu. Oleh itu, dalam kertas kerja ini, kita akan mengupas secara mendalam tentang ideologi “atheisme” serta berkongsi latar belakang dan pandangan tokoh-tokoh pendokongnya seperti Friedrich Wilhelm Nietzche dan Karl Marx. Dalam tajuk yang seterusnya, perbincangan akan memfokuskan tentang konsep ideologi ateisme dari aspek pengertian, sejarah dan ciri-cirinya, faktor-faktor kelahiran idelogi ateisme dan tokoh-tokoh yang menjadi pengasas kepada idelogi ateisme. Seterusnya, kita akan mengenal pasti isu-isu yang berkaitan dengan gerakan ateisme di Malaysia terutamanya pada masyarakat Islam dan menbincangkan impikasi-implikasi ideologi tersebut secara menyeluruh. Bab yang terakhir akan menerangkan cara-cara untuk menangani penyebaran ideologi atheisme dalam negara Malaysia serta membuat rumusan dari hasil pembincangan.

4

2.0 KONSEP ATHEISME

2.1 Pengertian Atheisme Secara umumnya, atheisme adalah satu istilah yang membawa maksud penafian terhadap kepercayaan kepada Tuhan (Encyclopedia Science and Religion, 2003). Manakala menurut Oxford Dictionaries, atheisme berdefinisi kepada ketidakpercayaan atau kurang percaya tentang kewujudan Tuhan atau tuhan-tuhan. Terma “Atheisme” berasal dari bahasa Yunani atau Greek “atheos” yang bermaksud tanpa tuhan (“a” bermaksud tanpa, “theos” bermaksud tuhan-tuhan). Ada juga sumber yang berpendapat bahawa atheisme bukanlah satu agama tetapi satu sistem kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Walaubagaimanapun, elemen dasar yang berkaitan dengan atheisme ini bertentangan dengan prinsip Rukun Negara “Kepercayaan kepada Tuhan” di Malaysia dan juga bertentangan dengan hampir semua ajaran agama termasuk Islam dan juga Kristian. Dalam Bahasa Arab atheisme adalah al-ilhad (‫للحاد‬฀‫ )ا‬dimana menurut Ibn al-Faris ianya merujuk kepada menyimpang daripada pandangan yang lurus. Secara istilah ilhad adalan sebuah mazhab falsafah yang menafikan kewujudan Allah sebagai Pencipta alam semesta. Oleh itu, menurut M. Razif (2017) dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mereka berpendapat bahawa ideologi atheisme adalah sama dengan naturalisme falsafah yang menolak kewujudan Tuhan dan alam ghaib. Golongan ini juga turut memberikan hujah bahawa Tuhan itu tidak ada kerana tiada bukti secara empirikal yang berdasarkan pemerhatian atau kajian dan sebahagian mereka menuntut akan Tuhan yang dapat dilihat dan dibuktikan (A. Bakhtiar, 2009). 2.2 Sejarah Kemunculan Atheisme Melalui zaman Kesedaran (Enlightment) sehinggalah ke Revolusi Industri, perubahan dalam pemikiran ajaran Kristian dilihat berlaku berperingkat-peringkat. Revolusi Perancis adalah kemuncak penolakan agama dimana masyarakat buat kali pertamanya menerima idelogi atheisme dan Perancis secara tidak langsung menjadi negara atheis pertama. Dari revolusi itu juga, pemikiran seperti socialisme dan komunisme berkembang dan memperlihatkan tokoh seperti Karl Marx yang menyifatkan agama sebagai candu. Selain itu, tokoh lain yang

5

sezamannya adalah Charles Darwin, pengasas kepada Teori Evolusi, Sigmund Freud dan Albert Einstein. Jika dilihat sejarah awal atheisme di Barat, atheis dari golongan ilmiah lebih bersikap kritis terhadap institusi gereja dan ajaran Kristian. Oleh kerana peranan institusi gereja ketika itu dilihat seakan tunduk kepada ilmu falsafah, atheis dari golongan pemikir seperti Lessius, Mersenne, Descartes, Malebrance dan Clark lebih berbicara tentang Tuhan, tanpa menyebut tentang Jesus. Kemudian muncul golongan atheis ekstrem yang berani mencabar Tuhan dan mendakwa “Tuhan sudah mati” seperti Schoopenhuer dan Nietzche. 2.3 Ciri-ciri Atheisme Sebagai satu fahaman yang menafikan kewujudan Tuhan, atheisme mempunyai prinsipprinsipnya yang tertentu. Secara tidak langsung, seorang yang bergelar Atheis hendaklah berpegang kepada prinsip yang berikut: 1. Menolak secara mutlak wujudnya Tuhan atau segala yang bersifat Ketuhanan kerana tidak wujudnya jasad yang dapat dillihat secara nyata dan jelas. Mereka berpendapat dan percaya bahawa agama secara am nya perlu dihapuskan kerana tidak dapat diadili secara intelektual dan berbahaya kepada manusia. 2. Kepercayaan bahawa sesuatu perkara harus memerlukan bukti untuk diterima. Prinsip ini sering digunakan ketika menentang konsep “iman” atau “meyakini tanpa bukti”. Mereka seolah menyifatkan keimanan seseorang adalah suatu alasan untuk tidak berfikir. Menurut Richard Dawkins, “Faith is the great cop-out, the great excuse to evade the need to think and evaluate evidence. Faith is belief in spite of, even perhaps because of, the lack of evidence.” 3. Berkepercayaan bahawa metodologi dan pendekatan ilmiah dapat diterapkan untuk segala hal atau istilah lainya saintisme. Golongan ini berpendapat sains adalah cara pandang dunia yang paling tinggi sehingga menafikan cara lainnya. 4. Epicurus menyatakan “Jika Tuhan itu Maha Berkuasa, justeru mengapa Dia tidak menghentikan kejahatan?”. Atheis juga berhujah bahawa wujudnya kejahatan dan kesusahan di dunia membuktikan bahawa Tuhan yang berkuasa mutlak adalah tidak wujud. 6

3.0 FAKTOR KELAHIRAN DAN TOKOH PENDOKONG

3.1 Faktor Kemunculan Atheisme Dalam masyarakat zaman kini, penerimaan fahaman athisme dianggap sebagai fenomena sosial yang berlaku dengan pesat. Situasi ini dipengaruhi oleh faktor-faktor kemunculan seperti berikut: 1. Kemajuan Sains dan Teknologi Seperti yang dibincangkan sebelum ini, waktu kemuncak penerimaan fahaman atheisme ini adalah sewaktu zaman revolusi industri sains dan teknologi seperti Revolusi Perancis. Ini membuktikan bahawa dengan adanya kuasa teknologi dan sains, sebahagian manusia tidak lagi bergantung pada satu entiti ghaib seperti Tuhan ketika mereka ditimpa kesusahan. Perkembangan ilmu sains juga membolehkan manusia mengetahui kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan. 2. Masyarakat Sosial-Progresif Sosial-progresif adalah satu fahaman yang menganggap adat dan norma dalam sebuah masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang berbeza mengikut peredaran zaman. Masyarakat ini mengangkat tinggi suatu nilai pembaharuan dan menilai fahaman lama atau konservatif sebagai suatu yang negatif. 3. Moraliti Golongan atheis menganggap moral tidak perlu wujud dimana seseorang tidak perlu percaya akan ganjaran syurga ataupun hukuman neraka. Perbuatan baik atau buruk seseorang tidak memerlukan kewujudan Tuhan atau syaitan.

3.2 Tokoh-tokoh Pendokong Atheisme Pada tahun 1789, Revolusi Perancis menyaksikan pelonjakan fahaman atheisme dalam gerakan politik di beberapa buah negara Barat dan secara tidak langsung membuka jalan kepada gerakangerakan lain seperti Rationalisme, Freethought dan Liberalisme. Percy Bysshe Selley yang lahir dalam Zaman Kesedaran telah dibuang oleh University Oxford England kerana telah menyerahkan artikel tulisannya yang bertajuk The Necessity of Atheism kepada Dekan. Pada 7

pendapat pakar, artikel ini adalah artikel fah Artikel athheisme awalnya ditulis oleh dalam bahasa German oleh Ludwig Feuerbach. Ludwig kemudiannya mempengaruhi tokoh-tokoh atheis yang lain seperti Karl Marx (1818-18aman atheis berbahasa Inggeris yang pertama. 83) dan Friedrich Nietzsche (1844-1900). Karl Marx (1818--1883) Dilahirkan pada 1818 di Trier, Jerman, Karl Heinrich Marx adalah seorang ahli falsafah dan ahli ekonomi. Beliau banyak mengikuti kumpulan-kumpulan radikal seperti pengikut Hegel (Wetter, 1958) yang menyebabkan pandangan politik beliau bersifat memberontak sekaligus menyukarkan kerjayanya sebagai ahli akademik. Oleh sebab itu, beliau telah beralih kepada bidang kewartawanan dan mengkaji teori-teori ekonomi. Selepas beliau meninggal dunia pada 1883, Marx telah mendapat gelaran ‘The Prophet of Communism’ di mana pergerakan seluruh dunia mula merujuk hasil-hasil tulisannya untuk mencari penyelesaian dalam masalah ekonomi, politik dan falsafah. Menurut Amsal Bakhtiar (2009) Marx pernah mengatakan “Saya membenci segala hal yang berkaitan dangan ketuhanan” dan beliau sendiri mengakui dirinya adalah seorang atheis yang radikal. Baginya, agama adalah ekspresi menentang penderitaan. Dari situ maka terciptalah Tuhan-tuhan yang sesuai dengan keperluan masing-masing, dimana yang miskin bertuhankan yang kaya, orang yang tertindas bertuhankan orang yang kuat dan berkuasa. Marx juga mengkritik fahaman agama dengan mengatakan manusialah yang mencipta agama dan bukan sebaliknya. Jesteru itu, Tuhan baginya adalah fikiran dan menganggap agama sebagai candu (Amsal Bakhtiar, 2009). Friedrich Nietzsche (1844-1900) Nietzsche yang berkemahiran dalam Psikologi dan Sastera dilahirkan di Prussia, Jerman pada tahun 1844. Beliau berkhidmat sebagai pensyarah sastera di Universiti Basel, Switzerland namum terpaksa berhenti dan menumpukan kepada penulisan kerana masalah kesihatan. Fahaman beliau banyak membahaskan persoalan ketuhanan dan beliau tergolong dalam tokoh yang ekstrem sehingga mengundang pelbagai kontroversi. Beliau dipercayai telah meninggalkan agamanya pada umur 21 tahun kerana beliau menolak agama Kristian yang menggalakkan “kesusilaan abadi”. Beliau seorang atheis yang ekstrem dimana beliau menyerang agama 8

Kristian dengan lantang dan mengatakan agama adalah punca yang mengganggu pemikiran falsafah. Manusia menurutnya sudah tinggi dan bermaruah dan tidak perlu tunduk pada kuasa yang kononnya tinggi seperti Tuhan. Atheisme menurut Nietzsche diperjelaskan dalam buku penulisannya The Gay Science (1882) dimana dia telah menyatakan “God is Dead”. Dalam kajian Falsafah Ketuhanan Nietzsche oleh Zulkarnaini, Tuhan yang dimaksudkan oleh Nietzsche bukanlah pengertian Tuhan secara literal tetapi Tuhan dalam konteks agama Kristian di Eropah. Beliau percaya agama Kristian telah mati di Eropah dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah kepercayaan yang salah.

Beliau tergolong dalam pelopor atheis moden kerana falsafahnya berbeza dengan

fahaman atheis yang lain pada abad tersebut. Beliau bukan sahaja menggerakkan fahaman yang menolak Tuhan, malah giat mengeluarkan penyataan yang menyerang Tuhan. Baginya, dengan mematikan Tuhan, manusia tidak lagi dikongkong oleh nilai-nilai agama seperti dosa, pahala, syurga atau neraka dan bebas untuk bertindak apa sahaja. Manusia harus bebas menentukan nasibnya untuk menjadi manusia teragung tanpa perlu takut dengan dosa (Amsal Bakhtiar, 2009).

4.0 CABARAN PENYERAPAN ATHEISME DI MALAYSIA Dalam zaman kini yang berpaksikan teknologi maklumat dan sains, Malaysia tidak terkecuali dari penyebaran fahaman yang dianggap mengancam akidah anak-anak muda yang beragama. Media sosial dilihat sebagai platform yang utama dalam membantu menyebarkan idelogi ini. Kebimbangan itu memuncak apabila pertubuhan atheis yang berpusat di luar negara iaitu Atheist Republic dilaporkan telah mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut pengasasnya Armin Navabi yang berasal dari Kanada, kumpulan ini bergiat aktif dalam mengembangkan fahaman atheisme dan mensasarkan golongan muda dan golongan perpendidikan melalui laman-laman web, media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Dengan pendekatan seperti ini, ia secara tidak langsung ia mengundang isu-isu tular yang lain seperti individu atau kumpulan atheis ini dengan berani dan terbuka memuat naik aktiviti ideologi mereka dilaman sosial. Aktiviti-aktiviti kejahilan dalam agama ini boleh menyebabkan 9

individu-individu yang lain dimanipulasi dan dipengaruhi oleh media sosial, terutamanya golongan belia. Armin Navabi difahamkan adalah seorang yang dilahirkan didalam keluarga Muslim liberal dan keahlian pertubuhan ini termasuk dari kalangan belia Melayu dan Islam yang menggelar diri mereka sebagai “bekas Muslim”. Antara punca lain dalam penerimaan fahaman ini dalam kalangan umat Islam di Malaysia adalah disebabkan cara hidup yang kurang didikan agama dan tidak mengamalkan ajaran hidup Islam, menurut Muhammad Asrie Sobr, Eksekutif Dakwah Yayasan Ta’lim Malaysia. Individuindividu ini sering mempersoalkan garis panduan Islam serta kurang penghayatan agama banyak menyumbang dalam kebimbangan atheisme di Malaysia. 5.0 IMPLIKASI ATHEISME 5.1 Individu Apabila Atheisme dikaitkan dengan suatu fahaman iaitu nenolak semua kewujudan Tuhan. Perkara ini akan memberi kesan juga kepada setiap individu yang mengamalkan fahaman tersebut. Antaranya, segelintir individu akan mempunyai corak pemikiran yang bersifat liberalisme. Golongan ini akan menerima segala fahaman dan tidak mempunyai pembawaan yang tetap. Mereka hanya menerima segala fahaman dan pengamalan untuk kepentingan diri sendiri. Maka, ini akan membawa kepada kesan buruk seperti mengamalkan ajaran yang salah dan melanggar undang-undang sesebuah negara.

5.2 Masyarakat Fahaman Atheisme juga memberi kesan buruk pada peringkat masyarakat. Hal ini kerana, perkara ini akan mempengaruhi tingkah laku dan sikap ahli masyarakat antara satu sama lain. Sebagai contohnya, masyarakat yang mengamalkan Atheisme ini menyokong aliran LGBT. Oleh itu, kepercayaan seperti ini akan memberi ketidakselesaan kepada anggota masyarakat yang lain. Ini akan mewujudkan keadaan masyarakat yang tidak harmoni.

10

5.3 Negara Kesan buruk fahaman Atheisme itu juga boleh dilihat dalam konteks negara. Setiap negara mempunyai prinsip dan pegangan mereka tersendiri yang telah ditetapkan oleh pemimpin mereka. Menurut Pakar Rujuk Perlembagaan, Prof. Madya Dr Shamrahayu Abd. Aziz (2017), apabila satu pemikiran untuk tidak memiliki tuhan itu disebarkan, ia akan menyebabkan pandangan orang Islam terjejas ataupun menjejaskan hubungan orang Islam dengan orang yang tidak menganut agama. Fahaman atheism ini secara tidak langsung melanggar sistem undang-undang negara kerana atheism adalah doktrin yang tidak berasas kepada prinsip-prinsip Islam.

6.0 KAEDAH MENANGANI Perkembangan gerakan fahaman atheisme di Malaysia tidak seharusnya dipandang remeh. Untuk membendung penularan fahaman ynag menolak kepercayaan terhadap kewujudan Tuhan ini, tindakan segera harus diambil bagi memastikan ianya tidak berleluasa. Jika tidak, ia akan menjadi penyakit yang suatu hari akan mendatangkan malapetaka besar yang merosakkan akidah umat Islam dinegara ini. Namun, sikap tenang dan tidak menggelabah perlu dalam menghadapi isu ini kerana ianya berkaitan dengan masalah peribadi seseorang. Jesteru itu, pendekatan dan strategi yang berkesan adalah sangat perlu. Penguatkuasaan undang-undang yang keras seperti penangkapan atau hukuman penjara terhadap individu yang terlibat dilihat mungkin berkesan dalam jangka pendek. Ini kerana masalah kepercayaan seseorang tidak cukup untuk diperbetulkan dengan penjara dan dibicarakan di depan pengadilan. Pemenjaraan mungkin memberi kesan kepada fizikal individu, tetapi minda mereka masih berfahaman bebas. Jesteru itu, untuk pencegahan jangka panjang, pelaksanaan dialog, perbincangan atau bicara dari hati ke hati perlu dilakukan dengan secara hikmah dan bijaksana. Kerjasama dari kalangan ilmuan, ulama dan umarak juga diperlukan sesuai dengan kuasa dan kapasiti masing-masing. Untuk mematahkan hujah-hujah kumpulan atheis ini, ahli-ahli intelektual perlu menyediakan konsep dan rumusan pemikiran yang jitu dan tepat. Pihak ulama pula boleh merumuskan dalil-dalil keagamaan bagi memberi keyakinan semula para atheis dalam agama. 11

Pihak lain pula boleh menyegerakan usaha dalam pemulihan akhlak seperti penyediakan prasarana pusat akidah dan penyediaan dana untuk melaksanakan program-program yang membantu mengembalikan mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT.

7.0 KESIMPULAN

Dalam hujah-hujah fahaman atheisme ini, kita dapati terdapat unsur-unsur yang provokasi dan penghinaan kepada agama-agama di seluruh dunia, khususnya di Malaysia seperti agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Jalan yang paling baik adalah dengan menilai agama ini dengan hujah intelektual dan ilmiah, bukannya secara generalisasi, provokasi dan menghina. Golongan ini juga harus menghormati Rukun Negara Malaysia yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Pihak-pihak berwajib juga masih terbuka dalam menerima atau bertukar pandangan dalam satu sesi diskusi yang aman untuk mencapai satu kata sepakat dalam isu ini. Sebagai umat Islam di Malaysia, kita juga tidak harus cepat menghukum dan melabel yang negatif tanpa memahami dengan mendalam. Kejahilan golongan atheis ini mungkin disebabkan manipulasi media dalam menyampaikan maklumat yang salah dan mereka mungkin dari kalangan individu yang mudah dipengaruhi seperti golongan belia. Oleh itu, sebagai muslim yang berakhlak baik, usah jadikan sikap terburu-buru itu satu fitnah kepada agama. Secara umumnya, fahaman atheisme telah tersebar luas diseluruh dunia termasuk di Malaysia. Namun, penyebaran gerakan ini masih boleh dikawal selia dengan bantuan bersama semua pihak berkuasa dan jabatan-jabatan agama. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan serta tidak menudingkan jari dan saling menyalahkan.

12

References Buku: Karl Marx, Joseph O'Malley. (1977). Critique of Hegel's Philosophy of Right. M.A, A. Hanafi. (1965). Filasafat Barat. Jogjakarta: Penerbit Mudah. Amsal Bakhtiar. (2009). Filsafat Agama: Wisata Pemikiran dan Kepercayaan Manusia. Jakarta: Rajawali PERS. Ensiklopedia Dunia. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hawkins, Joyce M. (1989). The Oxford Reference Dictionary. ...


Similar Free PDFs