CTU 552 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA PDF

Title CTU 552 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA
Author Nur Aini Mohamad
Pages 13
File Size 1.6 MB
File Type PDF
Total Downloads 703
Total Views 844

Summary

FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (KEPUJIAN) AGRONOMI CTU 522 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA FALSAFAH ISLAM DAN KEPENTINGANNYA DI ERA KONTEMPORARI (M3AT2221B) NAMA PENSYARAH : PUAN NORIZAH MOHAMED @ HAJI DAUD TARIKH PENYERAHAN : 11 JULAI 2020 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO ...


Description

Accelerat ing t he world's research.

CTU 552 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA Nur Aini Mohamad Self-publishing

Cite this paper

Downloaded from Academia.edu 

Get the citation in MLA, APA, or Chicago styles

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Inst it ut pendidikan Islam dan sejarahnya Kamarul Azmi Jasmi T ITAS 1 NURUL SURAYYA SYAIFUL AKMAL Kompilasi Tugasan Mast er Usuluddin Falsafah UKM 2012/2013 SAKINAH MOHAMMAD

FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (KEPUJIAN) AGRONOMI

CTU 522 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA FALSAFAH ISLAM DAN KEPENTINGANNYA DI ERA KONTEMPORARI (M3AT2221B)

NAMA PENSYARAH

: PUAN NORIZAH MOHAMED @ HAJI DAUD

TARIKH PENYERAHAN : 11 JULAI 2020

DISEDIAKAN OLEH: NAMA

NO ID

MUHAMMAD ZULAZLI BIN ZABIDI

2020519919

NUR FATIHAH HUSNAR BINTI KAMARUDDIN

2020993101

SITI MIRZA BINTI AZLAN

2020958407

MOHAMAD AZREL AIDED BIN NORAZIMI

2020971367

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD YUSOFF

2020980235

MUHAMMAD NOOR AZIZAN BIN MOHD KHIDZIR

2020963431

NUR AINI BINTI MOHAMAD

2020991389

NUR FADLIYANA BINTI MOHD RAMLI

2020978817

SITI NUR WAHIDAH BINTI BUSTAMAM

2020957813

ISI KANDUNGAN 1.0

BUTIRAN ARTIKEL/ JURNAL YANG DIPILIH ................................................ 1

2.0

ULASAN ARTIKEL/ JURNAL ............................................................................... 2

2.1

PENGENALAN .................................................................................................... 2

2.2

TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN .............................................. 3

2.3

PERSOALAN KAJIAN ........................................................................................ 5

3.0

RUMUSAN ............................................................................................................... 9

4.0

RUJUKAN .............................................................................................................. 10

TUGASAN 4: ULASAN ARTIKEL/ JURNAL

1.0 BUTIRAN ARTIKEL/ JURNAL YANG DIPILIH

a) Nama Penulis

: Aiman Mahmad Nor, Mohammad Syahmi Fakharazi, Kamarul Azmi Jasmi

b) Tajuk

: Islam di Dunia Kotemporari Baru

c) Nama Jurnal

: Prosiding Seminar Tamadun 2012

d) Tahun

: 2012

e) Bil. Muka Surat

: 20

f) Muka Surat

: 263 - 282

1

2.0 ULASAN ARTIKEL/ JURNAL

2.1 PENGENALAN

Di dalam artikel ini, penulis dan rakan-rakan mengupas serta membincangkan pengajaran dan pengajian Islam yang seiring dengan perubahan zaman. Inilah keistimewaan agama kerana ia sesuai untuk diamalkan sepanjang zaman dari zaman dahulu kala sehinggalah kepada zaman kontemporari yang penuh cabaran ini. Oleh itu, terdapat beberapa aspek penting yang perlu difahami antaranya, Islam tradisional kini, ajaran sesat dan millennialism, kebangkitan semula dan “fundamentalisme”, kecendurangan modenisasi. Selain itu, penulis juga menyentuh beberapa aspek lain seperti politik, sosial dan ekonomi. Di dalam artikel ini, penulis juga ada menyebut tentang terdapat pelbagai fahaman dan gerakan Islam, pandangan Barat terhadap Islam serta pengaruh dan budaya Barat dalam Islam. Pengaruh budaya Barat yang dikatakan untuk membawa kemajuan yang sebenarnya banyak memesongkan akidah umat Islam di seluruh dunia. Akhir sekali penulis juga turut mengupas tentang terdapat ajaran yang terpesong akibat tekanan untuk memajukan umat Islam.

2

2.2 TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN Pengkaji telah menggunakan beberapa teori dalam membincangkan perihal ini di dalam artikel jurnal, antaranya adalah Islam Tradisional (Nasr, 2003). Beliau berpendapat bahawa banyak pengajian Islam pada zaman kini lebih menfokuskan kepada modenis dan “fundamentalisme”. Pengamalan Islam tradisional masih lagi diguna pakai oleh ramai umat Islam di dunia ini dan seterusnya tidak disetujui oleh beberapa pihak di dunia ini. Selalunya, agama ini tidak akan terus dengan cara yang sama apabila zaman berubah. Hal ini dapat dicontohkan dengan keratin ayat dibawah:

Christianity had the Protestant Reformation in the sixteenth century and aggiornamento in the Catholic Church in the 1960s. Judaism has also witnessed the rise of both the Reform and the Conservative schools, at least in the West. (Nasr, 2003)

Namun demikian, Perubahan seperti ini tidak berlaku kepada agama Islam. Islam tetap sama tanpa berlakunya transformasi dengan cara kehidupan agama dan tradisi yang masih dapat diterima oleh manusia.

Selain itu, Ajaran sesat dan millenialisme juga menjadi teori yang menjadi perbincangan dalam topik Islam di dunia Kontemporari. Berdasarkan kepada Seyyed Hossein (Nasr, 2003) dalam bukunya Islam- Relegion, History and Civilization, Milenialisme mula timbul pada awal abad ke 13/19. Although the principle of millennialism is part of traditional Islam, its manifestation in history in its specifically Islamic form as Mahdism has usually stood against traditional institutions (Nasr, 2003). Mahdism mula timbul dan memberi impak besar kepada umat Islam terutamanya di kawasan barat india hingga ke afrika malah ke Negara-negara Islam lain. Beberapa orang cendiakawan ataupun berilmu menisytiharkan diri mereka sendiri sebagai imam Mahdi. Imam mahdi sebenarnya tidak mengetahui bahawa dirinya ialah Imam Mahdi. Jika seseorang itu mengishtiharkan dirinya Imam Mahdi, tidakkah dia terpesong jauh.

3

Kemudian, teori yang dibangkitkan adalah kebangkitan semula dan fundamentalisme. Hal ini sebenarnya telah diperlihatkan melalui revolusi Iran 1979 dan seterusnya peningkatan aktiviti Islam di Lebanon. Usaha-usaha ini diperjuangkan setelah terdapat negara dan perkampungan Islam yang masih ditindas, justeru untuk memperkuat dan mengeratkan ikatan dan maruah umat Islam. Usaha ini seterusnya menyebabkan beberapa kekeliruan kuasa Barat:

Due to a great misunderstanding of these movements in the West, they have usually been grouped together under the name of “fundamentalism,” a word originally taken from an American Protestant context and then applied to Islam and other religions. (Seyyed Hossein Nasr, 2003: 179)

Tambahan pula, antara teori yang turut dikepilkan adalah dari segi Politik dan Sosial. Melihat dari aspek politik, umat Islam masa kini seringkali dikaitkan dengan isu isu keganasan atau “terrorism”. Ini mencetuskan perasaan takut orang dari pelbagai kaum dan agama terhadap orang Islam di seluruh dunia. Tanggapan Islam sebagai pengganas ini bermula sejak peristiwa 11 September 2001, iaitu serangan terhadap Amerika Syarikat, pelbagai kajian dan analisis berkaitan orang Islam dengan keganasan. Sosial pula membincangkan perihal pengaruh barat dan kemiskinan. Kita percaya bahawa setiap Negara yang moden dan maju akan bertambah baik dengan mencampurkan budayabudaya Barat dan pemahaman, pertuturan, institusi, dan perwatakan sekular (Lean, 2012), tetapi itu hanyalan rancangan dan strategi Barat untuk menjatuhkan Islam. Akhir sekali, aspek kemiskinan memberi kesan kepada kanak kanak khususnya di dunia Kontemporari ini. Hal ini adalah kerana mereka mungkin melarikan diri dari rumah kerana ibu bapa tidak dapat memenuhi kemahuan mereka. Kemungkinan mereka untuk terlibat dan bergaul dengan orang salah juga tinggi, mereka mungkin melakukan kerja yang haram untuk mendapat wang, dan ini akan menyebabkan kerosakan akhlak mereka ketika mereka membesar (‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, 2000: 58).

4

2.3 PERSOALAN KAJIAN Pengkaji telah membina beberapa persoalan kajian di dalam artikel dengan sangat jelas serta berpandukan objektif yang hendak diperhalusi sepanjang penulisan. Pengkaji telah membina lima persoalan kajian.

REKA BENTUK KAJIAN Dalam kajian ini penulis mengemukakan kaedah kajian secara kuantitatif untuk menganalisis data. Dengan kaedah kualitatif ini penulis menerangkan secara terperinci tentang situasi atau gambaran sebenar apa berlaku pada umat Islam di dunia kontemporari baru. Kaedah ini lebih fleksibel dan memakai logik induktif, iaitu proses berfikir daripada perkara umum kepada perkara yang khusus, ini dapat dilihat apabila penulis telah mengkhususkan isi penulisan kepada sosial dan politik. Kajian ini tidak memerlukan bilangan responden kerana ketepatan dan kepercayaan di ukur melalui verifikasi. Penulis telah menggunakan instrumen secara pemerhatian yang di jalankan secara kualitatif. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara global dan setempat di dalam komuniti umat islam. Perkara ini dapat dapat dilihat apabila penulis meletakan tentang revolusi Iran 1979, peristiwa 11 September 2001 dan peristiwa di Turkey, pada 1922, Ataturk mengakhiri Empayar Ottaman dan menjadi negara Islam sekular. Bagi pemerhatian setempat penulis mengambarkan masalah seperti konflik rumah tangga yang menbawa kepada penceraian, pengaruh rakan yang menbawa kepada perkara tidak baik dan bahan lucah yang menyebabkan kerosakan akhlak remaja.

Dalam kajian ini, penulis menggunakan dua jenis sumber bagi pengumpulan data iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah melalui pemerhatian umat islam di seluruh dunia yang dijalankan secara kualitatif. Manakala sumber sekunder merupakan maklumat yang penulis telah perolehi daripada buku dan internet, seperti buku daripada Abdullah Nasih ‘Ulwan. Child Education in Islam, buku daripada Beverly Milton-Edwards. Islam and Violence in the Modern Era dan lawan web wikipedia. Metodologi kajian yang digunakan adalah sesuai dengan kajian yang dijalankan berdasarkan verifikasi yang tepat yang diberikan penulis tentang Islam di dunia kontemporari baru.

5

INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji telah melakukan penyelidikan dengan menganalisa kandungan telah dilakukan menggunakan banyak bahan Bahan kajian ini didapati di laman-laman web atau perpustakaan bagi merujuk dan mengumpul bahan-bahan untuk melengkapkan kajian. Secara dasarnya, kajian ini banyak dihabiskan semasa di perpustakaan dek kerana banyak sumber sumber yang boleh didapati di situ. Antara bahan yang digunakan untuk menyempurnakan jurnal tersebut adalah naskah Islam- Religion, History, and Civilisation yang ditulis oleh Seyyed Hossein Nasr, Perfect Muslim Character In Modern World oleh Mustafa al-Tahan. Namun begitu, pengkaji juga menggunakan medium internet untuk mengkaji bahan bahan lanjutan seperti laman web Wikipedia.

KESAHAN KAJIAN Pengkaji melakukan kesahan kajian dengan menggunakan naskah IslamReligion, History, and Civilisation yang ditulis oleh Seyyed Hossein Nasr pada tahun 2003. Pengkaji mengambil teori Ajaran sesat dan Millenialisme dari buku ini dan seterusnya mengambil beberapa langkah untuk memastikan kesahan kajian dan kebolehpastian dapat dipertingkatkan. 1. Pengkaji telah mengumpul banyak bahan bacaan dan rujukan untuk memastikan isu yang diperbincang dan seterusnya penerangan berkenaan isu tersebut dapat diperhalusi dengan menyeluruh. 2. Pengkaji juga membuat kajian di tempat tempat seperti perpustakaan untuk mencari bahan rujukan, keratan akhbar, jurnal untuk mengukuhkan lagi kesahan kajian 3. Pengkaji juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan sesuatu isu seperti laman web Wikipedia dan sebagainya.

ANALISIS DATA (DAUS) Melalui kajian ini, penulis telah menfokuskan kepada kepentingan falsafah islam dalam pendidikan iaitu pertamanya, mengembangkan fizikal insan, Islam antara lain menyarankan aktiviti latihan fizikal. Penulis memetic ayat al-Quran dari surah alAnfal ayat 60, Allah s.w.t. menyarankan agar umat Islam memberi perhatian kepada kekuatan fizikal sebagai bukti Islam mementingkan aspek perkembangan fizikal. 6

Seterusnya, penulis menerangkan kepentingan dalam perkembangan intelek melalui Pendidikan Islam. Intelek berupaya membongkar kebenaran hakiki iaitu menemukan insan kepada Penciptanya. Intelek juga penting untuk menyelesaikan permasalahan insan dalam kehidupan. Justeru, pengajaran Pendidikan Islam seharusnya memberi penekanan kepada usaha untuk mempertingkatkan keupayaan intelek pelajar bagi memahami, memerhati, mengkaji dan menyelesaikan masalah.

Selain daripada perkembangan intelek, penulis menjelaskan perkembangan spiritual juga merupakan salah satu tujuan Pendidikan Islam yang penting kerana terdapat unsur roh dalam diri insan. Penulis juga turut memperkatakan tentang dimensi spiritual yang perlu dibangunkan pada diri insan dapat dikaitkan antara dimensi spiritual dengan unsur fitrah. Fitrah yang dibekalkan kepada insan ialah kecenderungan untuk menerima keimanan.

Secara keseluruhannya, Perkembangan keperibadian dapat diraih dengan membangunkan aspek fizikal, emosi, intelek dan spiritual insan, kesemua aspek tersebut perlu dibangunkan secara bersepadu selari dengan tujuan pengajaran Pendidikan Islam iaitu untuk melahirkan insan yang baik dan memastikan perkembangan keperibadian insan yang seimbang.

DAPATAN KAJIAN Pengkaji telah membuat penerangan yang jelas terhadap dapatan kajian yang diperolehi dan hubungkaitnya dengan objektif kajian yang telah ditentukan. Pengkaji tidak langsung membiarkan pembaca membuat interpretasi sendiri berhubung dapatan kajian yang dipersembahkan.

Pengkaji telah menyenaraikan beberapa dapatan kajian dan seterusnya dilampirkan kepada beberapa aspek iaitu Islam Tradisional, Ajaran sesat dan Millenialisme, Kebangkitan semula dan Fundamentalisme, Politik dan seterusnya dalam aspek Sosial. Islam Tradisional membincangkan dimana amalan tradisional bagi sesuatu agama tidak lagi relevan untuk diprakttikkan di era modenisasi. Namun begitu, ia tidak berlaku pada agama Islam kerana Islam dianggap sebagai agama yang syumul

7

(sempurna). Hal ini adalah kerana selama mana umat Islam berpegang teguh pada alQuran dan as-Sunnah maka tidak akan sesatlah mereka dari agama Islam.

Seterusnya dalam aspek Ajaran sesat dan Millenialisme, telah muncul mereka yang mengishtiharkan diri mereka sebagai imam Mahdi terutamanya dikawasan barat India dan kawasan Afrika serta Negara-negara Islam yang lain. Namun demikian, Imam mahdi sebenarnya tidak mengetahui bahawa dirinya ialah Imam mahdi. Jika seseorang itu meishtiharkan dirinya imam Mahdi, tidakkah dia terpesong jauh.

Selain itu, aspek Kebangkitan semula dan Fundamentalisme menerangkan berkenaan revolusi Iran 1979 dan seterusnya peningkatan aktiviti Islam di Lebanon. Usaha-usaha ini diperjuangkan setelah terdapat negara dan perkampungan Islam yang masih ditindas, justeru untuk memperkuat dan mengeratkan ikatan dan maruah umat Islam. Terdapat juga orang yang berpegang teguh untuk menguatkan lagi pengunaan undang-undang syariah. Golongan ini juga menentang gaya pemikiran cara hidup orang barat. Sebagai contoh, kita dapat melihat dalam fahaman Wahhabi di diguna oleh ulama ulama Islam di Arab Saudi. Fahaman ini di kuatkan lagi oleh golongan keluarga diraja Bani Saud. Pegerakan atau fahaman lain adalah seperti Salafiyyah oleh Hasan alBanna’ pada tahun 1920 boleh dikategorikan dalam “fundamentalisme”. Aspek Politik dan Sosial memainkan perana yang penting dalam perbincangan berkontekskan Islam di dunia Kontemporari ini. Aspek politik seringkali dikaitkan dengan pengganas atau “terrorism”. Hal ini adalah kerana tanggapan Islam sebagai pengganas ini bermula sejak peristiwa 11 September 2001, iaitu serangan terhadap Amerika Syarikat, pelbagai kajian dan analisis berkaitan orang Islam dengan keganasan. Aspek Sosial pula merumuskan bahawa kemiskinan menjadi faktor keruntuhan akhlak kanak kakak kini. Hal ini adalah kerana mereka mungkin melarikan diri dari rumah kerana ibu bapa tidak dapat memenuhi kemahuan mereka. Kemungkinan mereka untuk terlibat dan bergaul dengan orang salah juga tinggi, mereka mungkin melakukan kerja yang haram untuk mendapat wang, dan ini akan menyebabkan kerosakan akhlak mereka ketika mereka membesar.

8

3.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, penulis telah dapat mengemukakan dengan jelas perbincangan kajian tentang Islam pada zaman kontemporari yang membincangkan tentang Islam pada zaman tradisional dan Islam pada zaman kontemporari. Penulis telah membincangkan dapatan kajian secara tersusun mengikut perubahan Islam pada zaman tradisional kepada zaman kontemporari, serta mengikut dari aspek politik dan sosial. Penulis telah memberikan pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi oleh umat Islam pada zaman kontemporari. Perkara ini dapat diambil sebagai pengetahuan yang baru untuk kita hari ini, agar sentiasa berpegang teguh pada ajaran asal yang Islam untuk tidak sesat atau terpesong. Perkara yang ingin diubah dalam artikel adalah dengan menambah isi tentang solusi yang dapat di ambil untuk menghadapi cabaran dan masalah umat Islam pada zaman kontemporari. Berdasarkan kajian penulis telah berjaya mengaitkan isi kajian dengan tajuk kajian dan keseluruhan kajian yang telah dilaksanakan.

9

4.0 RUJUKAN

1. Hua, A. K. ( 2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 17-23. 2. ISLAC, E.-p. (2017). The social harmony through Islamic law. 1075-1077. 3. Lean, N. C. (2012). The Islamophobia industry: How the right manufactures fear of Muslims. London: Pluto Press. 4. Nasr, S. H. (2003). Islam Religion, History and Civilisation. Canada: HarperCollins Publisher Ltd. 5. Suhid, A. &. (2012). Gagasan pemikiran falsafah dalam Pendidikan Islam: Hala tuju dan cabaran. In Journal of Islamic and Arabic Education (pp. 57-70). 6. Rahman, M. M. (2010). Al-Hadith Kedudukan dan Peranannya Dalam Islam. UM eJournal, 27-40. 7. Rifin, M. R. (2018, August 21). My Metro. Retrieved from My Metro: https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/370050/panduan-hidup-insan

10...


Similar Free PDFs