Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan PDF

Title Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan
Course Islamic Legal System
Institution Universiti Malaya
Pages 18
File Size 489.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 414
Total Views 729

Summary

Maksud Falsafah dan Falsafah PendidikanPengenalanBelajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih k...


Description

Ma ks udFal s a f ahdanFal s af ahPe ndi di kan Pengenalan

Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang difikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang dicerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya. Ramai manusia tidak menggemari falsafah kerana ia dikatakan satu ilmu yang susah dan merumitkan. Sebenarnya, falsafah itu sudah ada pada diri manusia itu sendiri. Setiap dari manusia itu mempunyai falsafahnya sendiri. Falsafah yang dimaksudkan di sini adalah corak serta aktiviti berfikir. Seseorang manusia akan berfikir apa yang hendak dilakukan sepanjang seharian dia bekerja. Ini bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang dipikulnya berjalan lancar. Konsep Asas Falsafah Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna mencintai) dan Sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Pada zaman Yunani yang bertamadun kira-kira 2500 tahun dahulu, ahli-ahli falsafah yang terkemuka seperti Socrates, Plato dan Aristotle sentiasa berusaha dan cuba memikir, menilai, mentafsir kehidupan dan pengalaman manusia dengan tujuan mencari kebenaran dan nilai kehidupan yang sempurna. Konsep ini dapat dikesan daripada dialog ahli-ahli falsafah yang direkodkan dalam zaman Yunani tersebut. Sebagai contoh, Socrates (469 – 399 SM) pernah berkata : “Kehidupan manusia yang tidak dinilai merupakan kehidupan yang tidak berguna.” Dalam zaman Yunani, ahli-ahli falsafah sering memikir soalan-soalan setiap fenomena alam sekitar. Sesetengahnya memandang jawapannya harus diperoleh terus melalui perbahasan. Manakala, sesetengah ahli yang lain menegaskan jawapan itu hanya boleh didapati melalui pemikiran deduktif, dan akhirnya menghuraikan falsafah sebagai pemikiran atas fikiran manusia.

Maka, tugas utama seseorang ahli falsafah ialah menilai kehidupan dan pengalaman manusia dengan cara menganalisis dan memberi interprestasi, kemudian mencari rumusan yang boleh membawa kepada taksiran secara menyeluruh terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman manusia. Penemuan dan rumusan ahli falsafah adalah amat berguna, dan akan dapat menjadi pedoman kepada manusia untuk mencari kehidupan yang sempurna serta menentukan haluan untuk pembangunan dan kemajuan negara. Falsafah, dalam zaman Yunani dan selepas beberapa kurunnya, merangkumi bidang yang sangat luas, termasuk perkara-perkara seperti sains, matematik, teologi, psikologi, sosiologi dan ekonomi. Secara khususnya, falsafah melibatkan diri terhadap kajian tentan ilmu, alam nyata, fitrah manusia dan masyarakat. Ini adalah kerana ramai ahli falsafah berpendapat bahawa falsafah boleh membawa kemajuan manusia melalui usaha mencari ilmu dunia. Immanuel Kant (1724 – 1804) seorang ahli falsafah yang terkenal dan paling berpengaruh dari Jerman, berpendapat : “Perkara yang berkaitan dengan falsafah ialah bukan menentukan peraturan, tetapi menganalisis pendapat peribadi terhadap penjelasan umum.” Menurut Russell (1946), falsafah dimaksudkan sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibuktikan. Manakala, seperti pendekatan sains, falsafah pula berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya. Oleh itu, Russell memandang falsafah merupakan sebagai sesuatu bidang kawasan tanpa manusia, didedahkan untuk serangan antara teologi dan sains. Fung Yu-Lan (1966), dalam bukunya Sejarah Ringkas Falsafah China, menghuraikan falsafah sebagai pemikiran relektif yang sistematik terhadap kehidupan. Menurut beliau, seseorang ahli falsafah harus berfalsafah dengan memikir secara relektif terhadap kehidupan, kemudian menyatakan pemikirannya secara sistematik. Maka, semua teori kehidupan dan alam semesta, serta ilmu adalah hasil daripada pemikiran relektif tersebut. Mengikut E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984), falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Sehubungan ini, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai satu usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984) memberi tafsiran falsafah yang lebih lengkap, iaitu : 1. Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. 2. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. 3. Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitemsistem pemikiran. 4. Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.

5. Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni agama dan pendidikan.

1. 2. 3. 4. 5.

Hu Jun (2003), di dalam bukunya What is Philosophy?, mentakrifkan falsafah sebagai panduan kebijaksanaan dan seni hidup manusia. Beliau berpendapat falsafah boleh dihayati daripada perspektif berikut : Falsafah adalah suatu disiplin yang berlainan dengan disiplin-disiplin seperti psikologi, pedagogi, ekonomi, sosiologi, teologi dan sebagainya. Mengikut perkataan philosophy falsafah adalah diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Semua usaha intelektual manusia adalah kerana mencintai kebijaksanaan. Falsafah bermula daripada rasa terkejut. Mengikut Plato, rasa terkejut ini memotivasikan manusia berfikir dan ini memulakan aktiviti berfalsafah. Tujuan utama falsafah ialah usaha memahami kendiri individu. Mengikut Descartes (1596 – 1650) : “saya memikir kerana ia itu saya”, menjelaskan falsafahnya ialah mengkaji diri sendiri. Falsafah ialah panduan kesejahteraan hidup. Seorang ahli falsafah dari Rome pernah berkata : “Falsafah! Guru sepanjang hayat, sahabat terbaik dan penentang kejahatan yang tidak ditandingi.” Ringkas kata, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Ciri-ciri Berfikir Falsafah Ke Arah Kebenaran Menurut Sidi Gazalba (1974), beliau menyatakan dalam bentuk falsafah bahawa makhluk berfikir ialah manusia. Manusia berfikir ialah ahli falsafah. Ahli falsafah ialah manusia tetapi manusia bukan ahli falsafah. Berfalsafah adalah berfikir tetapi berfikir bukan berfalsafah. Berfikir yang dikatakan berfalsafah ialah apabila usaha berfikir yang mengandungi tiga ciri iaitu berfikir radikal, berfikir sistematik dan berfikir universal. 1. Berfikir Radikal : Radikal berasal daripada perkataan radix (bahasa Yunani) yang bererti akar. Berfikir radikal ialah berfikir sehingga ke akar umbi atau sehingga ke peringkat paling dasar. Berfikir sebegini bukanlah hanya dengan imbasan sahaja atau seperti hangat-hangat tahi ayam semata-mata. Tiada yang tahu, tiada yang suci dan tiada yang terlarang bagi berfikir secara radikal. 2. Berfikir Sistematik : Berfikir sistematik ialah berfikir logik dan tersusun dengan bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dan urutan yang bertanggungjawab dan saling berhubungan secara teratur. 3. Berfikir Universal : Berfikir universal ialah berfikir secara umum dan mencakupi keseluruhan perspektif atau worldview. Berfikir sebegini tidak khusus atau terbatas pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Falsafah : Cabang, Persoalan dan Penyelesaian Pada amnya, falsafah diklasifikasikan kepada empat cabang atau bidang kajian, iaitu :

1. 2. 3. 4.

Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti. Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu. Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai. Logik yang berkaitan dengan penaakulan. Ada ahli falsafah membahagikan aksiologi kepada dua cabang lagi, iaitu aksiologi etika dan aksiologi estetika. Terdapat pula ahli falsafah lain yang tidak mengakui logik sebagai cabang falsafah dengan sebab logik merupakan kaedah atau pendekatan berfalsafah. Mereka berpendapat logik ialah kaedah yang digunakan dengan metafizik, epistemologi dan aksiologi dalam kajian realiti, ilmu dan nilai masing-masing. Bagi mereka, cabang falsafah sebenarnya diklasifikasikan di bawah tiga bidang kajian sahaja, iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi. Metafizik Metafizik adalah salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai realiti mutlak. Istilah ini berasal daripada nama tajuk Meta ta physica dalam karya Aristotle ‘Prinsip Pertama’. Oleh sebab tajuk itu bermakna ‘Selepas Fizik’, maka pengertian metafizik ialah berkaitan perkara yang keluar daripada fizik. Metafizik Aristotle (384 – 322 SM) pada asasnya berkaitan dengan masalah-masalah seperti bahan dan penyebabnya (temasuk sebab pertama, atau Tuhan), serta kewujudan yang telah menjadi kajian dalam ontologi, sesuatu cabang atau bidang kajian metafizik. Mengikut istilah falsafah, ontologi ialah pengajian kewujudan ( existence) atau kejadian ( being). Ahli ontologi sentiasa berusaha mengetahui makna apabila kita mengatakan kewujudan sesuatu. Misalnya, epistemologi dan aksiologi Plato (421 – 347 SM) adalah berlandaskan ontologi. Mengikut Immanuel Kant (1724 – 1804), konsep metafizik tentang persepsi ‘kebenaran’ sebenarnya hasil struktur kognitif dalam minda manusia.

1. 2. 3. 4.

Masa kini, pengertian metafizik ditafsir sebagai cabang falsafah mengenai kajian realiti yang muktamad. Cabang falsafah metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan perkara seperti: Apa dia alam semester? Apa dia kehidupan? Apa dia pemikiran? Apa dia demokrasi? dan sebagainya. Di samping itu, ia juga mempersoalkan perihal Tuhan; misalnya, adanya Tuhan atau tiada Tuhan? Rumusan yang didapati daripada soalan-soalan tersebut dikaitkan dengan falsafahnya, misalnya metafizik pragmatisme, metafizik idealisme, metafizik eksistensialisme dan sebagainya. Sebagai contoh, mengikut metafizik idealisme, semua realiti dapat digolongkan kepada satu perkara iaitu kerohanian.

Epistemologi Epistemologi ialah cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan. Epistemologi mempersoalkan perkara seperti Apa dia ilmu? Bagaimana kita memperoleh ilmu? Bagaimana kita bukti kesahihannya? Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran? Di dalam proses perkembangan epistemologi, sejak tamadun zaman purba kala, telah wujudnya mazhab materialisme dan idealisme, iaitu pendekatan-pendekatan dialektik dan metafizik yang bertentangan. Melalui kedua-dua pendekatan ini, maka materialisme dan idealisme berkembang bersama dengan empirisisme dan rasionalisme yang mana idea mereka dianggap lebih mantap dan lebih sistematik. Secara umumnya, epistemologi yang berlandaskan mazhab idealisme menekankan penguasaan ilmu daripada kesedaran kepada kefahaman. Ahli mazhab idealisme berpendapat ilmu didapati daripada pemikiran rasional atau pengalaman yang subjektif. Mereka menolak ilmu sebagai refleksi otak manusia terhadap dunia secara objektif. Manakala, epistemologi yang berlandaskan mazhab materialisme menekankan pendekatan ilmu daripada kefahaman kepada kesedaran. Oleh sebab ahli materialisme memandangkan ilmu sebagai sesuatu persepsi secara langsung dan refleksi yang pasif, maka teori epistemologi mereka tidak dapat menghuraikan masalah ilmu rasional dengan tepat. Teori epistemologi yang berlandaskan materialisme dialektikal, meletakkan perlaksanaan teorinya sebagai tempat pertama, menggunakan pendekatan dialektik (proses interaksi di antara tesis dan antitesis demi menghasilkan sintesis) untuk menyelesaikan masalah semasa proses ilmu, iaitu mulai daripada persepsi yang menggerakkan pemikiran abstrak, demi mendapat penyelesaian secara saintifik berkenaan masalah sumber, proses, tujuan dan fungsi ilmu. Teori epistemologi yang berlandaskan emperisisme dan rasionalisme merupakan dua mazhab yang paling berpengaruh terhadap pendidikan masa kini. Kedua-dua teori merupakan huraian falsafah secara sistematik yang berkembang di bawah konteks revolusi sains pada abad ke-17. Kedua-dua pendekatan memberi pertimbangan utama kepada pencarian ilmu asas yang kekal. Model rasionalisme yang menarik perhatian ahli falsafah pendidikan mereka seperti Descartes, Leibniz dan Spinoza adalah didapati daripada demonstrasi formal dalam logik dan matematik tanpa pemerhatian atau eksperimen. Mereka berusaha membentuk semula secara kritis segala ilmu manusia dengan mengaplikasikan pemikiran tulen asas dan aksiomnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Descartes : ‘Saya memikir, maka saya wujud.’ Sedangkan, ahli emperisisme seperti Locke, Berkeley dan Hume menggunakan persepsi yang diperoleh daripada pengalaman sensori sebagai ilmu yang benar. Perbahasan antara ahli rasionalisme dan ahli emperisisme adalah berpusatkan khasnya ke atas kemungkinan ilmu yang dilahir secara semula jadi, sama ada ilmu diperoleh sebagai a priori, iaitu didapati melalui penaakulan tanpa pengalaman dahulu, atau a posterior, iaitu ilmu didapati daripada pengalaman atau sesuatu yang tidak terpisah daripada pengalamannya. Ahli

emperisisme menekankan minda manusia sebagai lembaran kosong sehingga kesan persepsinya ditinggalkan daripada pengalaman sensorinya. Immanuel Kant (1724 – 1804), seorang ahli falsafah dari Jerman dalam abad ke-18, menggabungkan emperisisme dan rasionalisme dalam teori epistemologi beliau, dan mensintesiskannya di antara pengalaman dengan konsep. Mengikut beliau, tanpa organ-organ deria manusia, kita tidak dapat mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang terwujud, tetapi tanpa kefahaman, kita tidak dapat membentuk konsep daripadanya. Maka, proses memperoleh ilmu ialah menggabungkan sesuatu yang melibatkan persepsi, imaginasi dan kefahaman yang berinteraksi dengan proses penaakulan. Menurut Kant, struktur mengorganisasikan konsep asas tidak boleh diperoleh daripada pengalaman sahaja. Tetapi, ia perlu digunakan untuk membolehkan kita menginterprestasikan pengalaman dunia secara keseluruhan. Maka, konsep ini adalah sebenarnya telah wujud sebelum pengalaman yang diperoleh seseorang. Aksiologi Cabang falsafah aksiologi merupakan kajian terhadap nilai, dengan mempersoalkan perkara seperti apakah yang bernilai? Sebagaimana yang telah dihuraikan, cabang falsafah aksiologi ini adalah diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu etika dan estetika. Cabang etika mengkaji perkara seperti nilai-nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku serta sifat murninya. Maka cabang etika ini pula dikenali sebagai falsafah moral. Istilah etika diperoleh daripada perkataan Yunani ethos, yang membawa maksud adat resam dan kelakuan. Etika sebagai suatu disiplin pula dibahagikan kepada etika normatif dan metaetika. Etika normatif mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan salah, baik dan jahat. Pada masa dahulu, kebanyakan ahli falsafah menumpukan kajian berasaskan etika normatif. Sejak abad ke-19, metaetika semakin mendapat perhatian ahli falsafah dengan menggunakannya untuk mempersoalkan perkara seperti peranan etika dalam kehidupan, asas logikal tentang sesuatu sistem etika dan kesahihannya. Di dalam kebanyakan sistem organisasi sosial, kelakuan etika biasanya dipandang sebagai penyempurnaan kendiri melalui usaha mengejar kebaikan, kewajiban terhadap orang lain atau menerima prinsip-prinsip kebaikan, atau kedua-duanya. Penyempurnaan kendiri mungkin boleh diperoleh daripada kegembiraan atau keseronokan, atau daripada usaha mengejar sesuatu yang ideal. Kewajiban biasanya termasuk bukan sahaja kehormatan kepada orang lain dan norma masyarakat, tetapi juga sebagai perkhidmatan kepada Tuhan. Estetika mengkaji nilai-nilai mengenai kecantikan dan seni. Istilah estetika pula diperoleh daripada perkataan Yunani yang membawa maksud persepsi deria. Estetika mempersoalkan perkara seperti “apakah kecantikan”, “Apakah nilai-nilai kecantikan?”, dan sebagainya. Tentang persoalan seni, Plato dan Aristotle memandangnya sebagai peniruan dan kecantikannya sebagai ungkapan kualiti universal. Plato pula membezakan seni dari segi

kecantikan yang ideal dengan objek yang cantik. Manakala, Aristotle menganggap kecantikan adalah direka bentuk dalam harmoni kerja seni. Kepada orang Yunani, konsep seni merangkumi semua kraf tangan, bentuk simetri, keseimbangan dan perpaduan dalam tenunan, seni tembikar, puisi dan seni pahat. Sejak abad ke19, seni menjadi sesuatu yang berkaitan dengan lukisan, seni pahat dan sastera, dan dikenali sebagai seni halus. Immanuel Kant memberi tafsiran baru kepadanya dengan memandang penikmatan seni bukan semata-mata persepsi kecantikan instrinsiknya, tetapi sebagai penglibatan penilaian yang subjektif. Hari ini seni tidak lagi digunakan dalam upacara agama atau sivil sahaja, tetapi dipandang sebagai refleksi psikologikal, sosial dan politikal. Di dalam mazhab Marxisme, seni sering digunakan untuk tujuan sosial, menyokong atau melemahkan keadaan ekonomi yang sedia ada. Konsep nilai etika atau estetika adalah berbeza-beza dengan falsafah yang berlainan. Misalnya, dalam aksiologi idealisme, nilai adalah mutlak dan kekal secara abadi. Manakala, aksiologi pragmatisme memandang nilai sebagai relatif atau tertakluk kepada keadaan. Logik Logik adalah pengkajian terhadap perkara-perkara yang berbentuk penaakulan sah. Ia adalah berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan sah dengan penaakulan tidak sah atau tidak rasional. Perkataan logik berasal daripada perkataan Yunani ‘logik’ dan Aristotle merupakan seorang ahli falsafah yang pertama mengorganisasikan hukum-hukum penaakulan. Aristotle dikatakan menyusun dunia dalam beberapa kategori, yang membawa ilmu-ilmu dengan mengenal pasti kualiti-kualiti am di dalam entiti yang berbeza. Lantaran itu, perkataan silogisme dicipta dengan membawa idea logik Aristotle seperti berikut : “Diberi dua premis, sesuatu kesimpulan (atau inferens) akan diikutinya.” Misalnya : Premis 1 : Semua manusia ialah makhluk yang fana. Premis 2 : Socrates ialah seorang manusia. Premis 3 : Jadi, Socrates ialah makhluk yang fana. Berdasarkan huraian di atas, jelaslah pendekatan logik Aristotle digunakan mirip dengan kaedah deduktif, iaitu menggunakan sesuatu prinsip am untuk membuat kesimpulan terhadap perkara khusus. Logik deduktif serupa ini adalah sering berkait dengan mazhab falsafah idealisme dan realisme.

Selain kaedah deduktif, logik induktif sebaliknya digunakan untuk membuat kesimpulan berasaskan perkara-perkara yang khusus. Seperti kaedah deduktif, kaedah induktif juga banyak digunakan dalam pemikiran falsafah idealisme dan realisme. Sesungguhnya, pendekatan penaakulan tidak terhad kepada deduktif dan induktif sahaja. Misalnya, di bawah pemikiran falsafah rasionalisme, ahli-ahli falsafah yang menggunakan pendekatan rasionalis berusaha mencari kebenaran atau prinsip dengan cara penaakulan ataupun melalui perhubungan dengan logik. Logik berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah, iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi. Sesungguhnya, logik merupakan kaedah yang digunakan dalam setiap pemikiran mazhab falsafah. Ia digunakan untuk mengkaji peraturan-peraturan falsafah yang membolehkan ahli-ahli falsafah berfalsafah dengan membentuk dan mengesahkan usul-usul atau hujah-hujah falsafah. Sebagai kesimpulan, diturunkan satu rumusan Morris dan Van Cleve (1961) yang mengaitkan cabang-cabang falsafah dengan beberapa mazhab falsafah umum seperti jadual di bawah. Mazhab Falsafah Idealisme

...


Similar Free PDFs