Falsafah Refrence PDF

Title Falsafah Refrence
Author Kasturi Astu
Pages 265
File Size 2.7 MB
File Type PDF
Total Downloads 83
Total Views 240

Summary

Edisi Pertama 2008 © AZIZI YAHAYA, SHAHRIN HASHIM & YUSOF BOON 2008 Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Falsafah Refrence Kasturi Astu

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Falsafah Pendidikan Kont emporari Nisa' Kawasan Muar

Falsafah Pendidikan Kont emporari Nisa' Kawasan Muar Peranan pengkrit ik dan pemikir kesusast eraan Arab kont emporari dalam pembinaan falsafah krit ikan … Mohd Fahimi Zakaria

Edisi Pertama 2008 © AZIZI YAHAYA, SHAHRIN HASHIM & YUSOF BOON 2008 Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Falsafah pendidikan kontemporari / editor Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon. Mengandungi indeks ISBN 978-983-52-0512-5 1. Education--Philosophy. I. Azizi Yahaya. II. Shahrin Hashim. III. Yusof Boon. IV. Judul. 370.1 Pereka Kulit: MOHD. NAZIR MD. BASRI & MOHD ASMAWIDIN BIDIN

Diatur huruf oleh / Typeset by AZIZI YAHAYA & RAKAN-RAKAN

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

34 – 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA. (PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101) Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by UNIVISION PRESS

Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9 Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

KANDUNGAN

vii

Prakata Bab 1

Pengenalan Falsafah Azizi Yahaya & Aida Mazan

1

Bab 2

Komponen Aliran Falsafah Azizi Yahaya & Aida Mazan

21

Bab 3

Aliran Falsafah Pragmatisme Shahrin Hashim & Nurul Ezzati Azizi

40

Bab 4

Aliran Falsafah Eksistensialisme Shahrin Hashim & Nurul Ezzati Azizi

64

Bab 5

Aliran Falsafah Idealisme Plato Yusof Boon & Nurulhuda Azizi

80

Bab 6

Aliran Realisme Serta Tokohnya Aristotle Yusof Boon & Jamaludin Ramli

101

Bab 7

Falsafah Politik Plato Nurul Huda Azizi & Nurul Ezzati Azizi

114

Bab 8

Falsafah Moden Shahrin Hashim & Noordin Yahaya

147

vi

Kandungan

Bab 9

Ahli-Ahli Falsafah Islam Azizi Yahaya & Noordin Yahaya

181

Bab 10

Falsafah Sains Jamaludin Ramli & Nurulhuda Azizi

215

Indeks

255

Prakata

vii

PRAKATA

Konsep falsafah adalah suatu cara atau pendekatan yang digunakan dalam bidang pendidikan yang terdiri daripada pendefinisian oleh ahli-ahli falsafah barat, konsep falsafah pendidikan menurut ahli falsafah, matlamat falsafah pendidikan dan perkembangan falsafah pendidikan. Konsep falsafah itu sendiri menyatakan falsafah lebih memberatkan kepada pendidikan iaitu lebih mementingkan tujuan dan matlamat pendidikan sesuatu masyarakat atau sesuatu bangsa tersebut. Oleh itu buku “Aliran Falsafah Kontemporari” ini ditulis dengan tujuan untuk memenuhi keperluan sebagai buku yang boleh menjelaskan falsafah dalam kontek kontemporari Penerbitan buku ini merupakan satu usaha bagi melengkapkan lagi bahan rujukan. Buku ini mempunyai 10 bab secara umumnya. Bab pertama ialah pengenalan falsafah, kedua komponen aliran falsafah, ketiga ialah aliran Falsafah Pragmatime, keempat ialah aliran Falsafah Eksistensialisme, kelima ialah Aliran Falsafah Idealisme Plato, keenam ialah Aliran Realisme serta tokohnya Aristotle, ketujuh Falsafah Politik Plato, kelapan ialah Falsafah Moden kesembilan ialah Ahli Falsafah Islam. Dan bab sepuloh ialah Falsafah Sains. Buku ini bukan sahaja ditulis bagi mengisi keperluan akademik tetapi juga bagi mengisi keperluan pembaca umumnya, khususnya para pendidik serta golongan yang terlibat dalam organisasi pendidikan. Diharap buku ini menjadi bahan rujukan

Prakata

viii

dan bacaan berguna bagi bagi bakal-bakal guru, yang mengambil kursus pendidikan di semua institusi pendidikan dan universiti di negara ini

Azizi Yahaya Shahrin Hashim Yusof Boon Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

Pengenalan Falsafah

1

1 PENGENALAN FALSAFAH Azizi Yahaya Aida Mazan

PENGENALAN Perkataan falsafah berasal daripada istilah Yunani philo (cinta) dan sophos (hikmat), kebijaksanaan yang bermakna cinta akan kebijaksanaan (love of wisdom), atau kepada pengetahuan, kebenaran dan keutamaan. Oleh itu, falsafah dapat dikatakan sebagai cinta kepada kebijaksanaan dan kewajaran fikiran. Secara umumnya, falsafah merupakan satu usaha mencari kebenaran atau keyakinan yang berhubung sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran. Tokoh utama yang menggunakan istilah ini ialah Phytagoras, yang menggelarkan dirinya sebagai Philosophos, iaitu pencipta kebijaksanaan. Manusia sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu semenjak dari kecil lagi. Kanak-kanak memperlihatkan keinginan yang ketara dengan melemparkan pelbagai persoalan seperti apa, kenapa, mengapa, bagaimanadan siapa. Semangat ingin tahu semakin bertambah apabila mereka dewasa dan pelbagai usaha dilakukan untuk memenuhi keinginan itu. Walau bagaimanapun, pengertian falsafah yang popular ialah berfikir. Berfikir secara falsafah seharusnya mengandungi ciri-ciri seperti berikut: (1) Berfikir secara radikal, iaitu secara mendalam hingga ke akar umbinya atau asal usulnyadan hakikatnya. (2) Berfikir secara universal, iaitu menurut pengalaman

Falsafah Pendidikan Kontemporari

(3)

2

manusia umumnya (common experience of mankind), bukannya secara khususdan terbatas seperti dalam disiplin ilmu yang tertentu. Berfikir secara integral, iaitu berpadu secara lengkap pada masing-masing bahagian yang ada.

Dari segi sejarahnya, pada mulanya falsafah merupakan induk, atau ibu ilmu pengetahuan seluruhnya (mater scientiarum). Daripada falsafah inilah, lahirnya cabang-cabang ilmu lain sepeti matematik, perubatan dan sebagainya. Tetapi dengan kemajuan ilmu, maka jadilah falsafah sebagai cabang ilmu pula. Namun fungsi asalnya tidak berubah, iaitu menangani masalah-masalah yang tidak dapat dijawab oleh ilmu yang terbatas itu. Bidang ilmu yang hanya berasaskan pengalaman empirikal serta menumpukan perhatian kepada alam nyata dan konkrit tentunya tidak mampu menangani persoalan alam ghaib dan abstrak, seperti bidang falsafah. Ahli-ahli falsafah seperti Plato, Aristotle, Decartes, Hume, Kant, Russell dan sebagainya menangani pelbagai pertelingkahan secara logikal mereka mencipta pertelingkahan dan mengkritik orang lain. Ahli-ahli falsafah sentiasa memikirkan soalan-soalan yang berkait rapat dengan asas kehidupan dan cuba untuk memberikan jawapan, atau penjelasan kepada orang ramai, setelah menganalisis masalah tersebut. Tujuan utama mereka berbuat demikian adalah untuk memperoleh sesuatu yang positif daripada ketidakpastian, kekeliruan dan pertelingkahan. Mereka percaya bahawa melalui perbincangan, mereka akan memperolehi pemahaman yang lebih menyeluruh tentang isu-isu yang berkenaan. Sebenarnya, setiap insan mempunyai pengalaman yang serupa, iaitu pernah memikirkan soalan-soalan tentang asas kehidupan. Falsafah bukan merupakan sesuatu yang baru, malah satu aktiviti yang biasa, normal dan tabii dalam kehidupan seharian. Dengan demikian, falsafah merupakan satu cara kita berfikir, sesuatu yang kita lakukandan ini adalah kemahiran yang akan bertambah baik sekian hari dengan latihan yang mencukupi.

Pengenalan Falsafah

3

PANDANGAN BEBERAPA AHLI SARJANA TERHADAP FALSAFAH Russel (1946) Beliau memahami falsafah sebagai sesuatu antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dengan sains (sains fizikal dan kemanusiaan). Seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang belum tepat, atau nyata lagi. Seperti sains, falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan sesuatu. Tegasnya, ilmu pengetahuan pasti berasal daripada sains, manakala semua dogma, atau rukun agama adalah berasal daripada teologidan antara kedua-dua ilmu ini ialah falsafah. Oleh yang demikian, falsafah melibatkan spekulasi dan taakulan. Frost (1955) Setiap individu adalah ahli falsafah dalam erti kata sebenarnya. Bagi beliau, setiap orang sama ada petani, ahli bank, rakyat biasa, atau pemimpin, sebagai makhluk yang mempunyai otak dan susunan saraf yang maju, mereka berfikir dan ini membuka jalan untuk berfalsafah. W.W.Howick (1977) Falsafah berusaha mencari pandangan yang komprehensif tentang manusia dan alam sejagat. Ia berusaha melihat kesemuanya sebagai satu keseluruhan yang berpadu dan dalam perhubungan yang tertib serta sempurna. Keadaan ini membezakan falsafah daripada sains fizik, yang sentiasa berusaha mengasingkan alam sejagat ini satu demi satu dan elemen demi elemen. Falsafah juga dikaitkan dengan kebolehan berfikir dengan kritis untuk mengatasi masalah yang abstrak, bertanyakan soalan-soalan yang mantapdan merumuskan jawapan yang rasional. Gutek (1988) Manusia cuba memikirkan dengan lebih spekulatif, reflektif dan sistematik tentang alam jseagat dan hubungan manusia dengan alam sejagat.

Falsafah Pendidikan Kontemporari

4

G.W Kneller (1971) Falsafah dibahagikan kepada tiga iaitu falsafah spekulatif, falsafah preskriptifdan falsafah analitik. Falsafah spekulatif Pemikiran yang sistematik tentang semua yang wujud. Ia merupakan satu usaha untuk menganalisis semua pemikiran dan pengalaman. Falsafah preskriptif Menetapkan standard untuk mempertimbangkan nilai, kelakuan dan menghargai seni. Falsafah analitik Tumpuan kepada perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut. Ia cuba untuk menganalisis pernyataan yang spekulatif dan preskriptif dalam alam semula jadi. SUMBANGAN AHLI SARJANA DALAM PEMBENTUKAN PEMIKIRAN FALSAFAH Beberapa falsafah umum telah melahirkan, atau menerbitkan beberapa aliran fahaman, mazhab dan falsafah pendidikan. Antaranya ialah ahli-ahli sarjana seperti, Socrates Plato dan Aristotle. Socrates Socrates adalah sambungan kegigihan pengkritik Sophists. Dalam falsafah Socrates, beliau bersetuju perbuatan mengejar konsep, kebenaran, menimbangkan tugasandan mencari penyelesaian untuk memperoleh dasar-dasar pengetahuan. Beliau juga berusaha mencari kaedah-kaedah asas penubuhan kehidupan yang lebih baik dalam kehidupan. Dalam proses menjalankan tugasan, usaha berikhtiar untuk mencari kebenaran berhubung dengan pengetahuan dan perbuatan telah berjayadan mendapati bahawa pengetahuan membawa kebaikan.

Pengenalan Falsafah

5

Socrates juga berjaya menyakinkan orang ramai bahawa cara terbaik untuk memperoleh pengetahuan yang dapat dipercayai adalah menerusi percakapan dan perbualan yang berdisiplin. Malah juga merupakan cara yang bijak untuk memperoleh pengetahuan. Cara ini juga digunakan dalam penyelidikan kebenaran ilmu falsafah berlandaskan kewarasan yang bersistem. Bagi Socrates, pengetahuan dan kemuliaan adalah perkara yang sama. Kemuliaan ada kaitan dengan kejiwaan seperti ketulusan dan kejujuran perasaan, moral dan intelektual. Oleh itu, perkara penting sebelum mendapat kemuliaan adalah memperbaiki kejiwaan diri sendiri dahulu. Kebanyakkan kita, membuat keputusan penting tanpa bertanyakan diri sendiri adakah pilihan kita itu berlandaskan prinsip kita sendiridan sama ada prinsip kita itu adalah bernilai pada pandangan dan peruntukan kita. Menurut Socrates, untuk menjadi manusia yang sebenar dan sempurna, setiap lelaki dan wanita itu mestilah mengawal kehidupan dan keyakinan mereka dalam menguji keupayaan, atau kemampuan diri kita sendiri. Daripada proses tersebut, kita dapat mencapai kebahagiaan kita sendiri. Kebenaran ada pada setiap individu, bukan pada tradisi atau buku-buku agamadan bukan juga pada pendapat orang biasa, Setiap antara kita semua, sama ada secara tersembunyi, ada prinsipnya sendiri bagaimana untuk berfikir dan bertindak. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang dapat mengajar orang lain tentang erti kehidupan yang sebenar, Jika kebenaran itu tidak ada pada kita diri sendiri, maka kita tidak akan menjumpainya. Jika ia ada pada diri kitadan hanya keupayaan atau kemampuan diri kita sendiri yang dapat mendedahkannya. Menurut Socrates lagi, tidak semua benda yang kita lihat adalah sama sahaja. Kita semua tahu yang kemungkinan terdapat perbezaan antara sesuatu yang kita tengok hanya pada permukaannya sahaja, atau pada pertama kalidan pada keadaan yang sebenar. Contohnya, seperti, sebatang kayu dimasukkan ke dalam air, sebahagian daripadanya nampak seperti bengkok pada hal batang kayu itu adalah lurus; matahari kelihatan lebih besar

Falsafah Pendidikan Kontemporari

6

apabila berada di ufuk yang rendah berbanding apabila matahari berada di langit yang tinggi, walaupun saiznya tidak berubah; ahli silap mata kelihatan seperti mengeluarkan syiling dari telinganya, pada hal syiling itu hanya keluar dari tangannya sendiri. Plato Bentuk, atau idea ajaran Plato dapat memperlihatkan sumbangan yang paling besar dalam falsafah. Kekaburan dan tanggapan yang tidak memuaskan teorinya oleh masyarakat lain telah dikumpulkandan kesemua ini telah difikirkan olehnya sebelum itu. Pada hakikatnya, bentuk, atau idea ajaran adalah tidak berubah, kekal, serta intisari yang diperlukan, atau contoh objek yang dapat dilihat. Plato telah menyatakan bahawa pengetahuan bukanlah kebendaan dan tetapi ia merupakan sesuatu yang tidak akan berubah dan kekal dalam ajaran Plato. Di sebaliknya, Plato berakhlak dan menambahkan konsep dan teori metafizik, iaitu menerangkan struktur kenyataan dan kematian dalam dunia ini. Beliau juga memperbaharui teorinya dalam bentuk novel tentang hubungan antara satu dengan yang banyak. Akhirnya, ajaran dan fahaman idea Plato adalah terbaru dan telah menjadi falsafahnya sendiri. Moral falsafah Plato juga menyatakan bahawa terdapat perkembangan semula jadi dalam etika falsafah. Iaitu jika seseorang dapat ditipu oleh luaran dunia ini, dia juga dapat ditipu oleh luaran daripada jajahan moral. Pelbagai bentuk pengetahuan yang dipelajari dapat membantu seseorang untuk membezakan antara bayangan, pemantulandan objek yang sebenarnya dalam dunia ini. Ia adalah pengetahuan yang memerlukan manusia membezakannya untuk membawa kepada hidup sebenar. Aristotle Bagi falsafah Aristotle, beliau mengemukakan idea yang logik, dapat diterima akaldan juga mengemukakan idea sains. Bagi beliau, kedua-duanya mempunyai kaitan yang hampir antara logik dan sains, logik ditakrifkan sebagai peralatan yang dapat merumuskan sesuatu dengan teratur apabila menganalisis

Pengenalan Falsafah

7

penglibatan sains. Logik dikaitkan dengan cara manusia berfikir. Setiap perkara yang berlaku mesti mempunyai buktinya. Sains ditakrifkan sebagai kebenaran kenyataan yang mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa sesuatu itu terjadi. Sains meliputi pengetahuan sebenar dan sebab-sebab berlakunya. Ia meliputi pemerhatian dan teori yang dapat menjelaskan pemerhatian tersebut. Aristotle juga memperkembangkan falsafah pertama, metafizik, iaitu pengetahuan yang dianggap sebagai kebijaksanaan. Beliau menyatakan bahawa semua manusia mempunyai keinginan untuk mengetahui sesuatu untuk kebaikan dan kepentingan. Falsafah pertama ini dan sebab-sebab sesuatu perkara adalah asas penubuhan kebijaksanaan. Tiap-tiap benda mempunyai sifat sejagat dan sifat khas. Misalnya manusia, sifat kemanusiaan yang berbeza dengan sifat haiwan merupakan sifat sejagat manusia. Walau bagaimanapun, setiap manusia berbeza di antara satu dengan yang lain. Bagi Aristotle, bentuk sejagat benda tidak bertukar ideanya tentang sesuatu benda. Yang bertukar, bentuk khas benda. Manusia akan mati tetapi sifat kemanusiaan itu akan tinggal. Bagi Aristotle, terdapat hubungan antara falsafah dengan sains. Aristotle percaya bahawa setiap benda ada tujuannya. Manusia diberikan Tuhan kebolehan berfikir jadi, manusia perlu menggunakan kebolehan ini. Kita akan menemui tujuan kita apabila berfikir. Jadi apa-apa yang berlaku dapat diterangkan melalui tujuan-tujuan ini. Jika kita tidak mahu berfikir, kita akan dipengaruhidan kesan akan menimpa kita seperti sakit, hidup yang tidak gembiradan lain-lain. Seseorang yang mengikut tujuan hidup akan mengalami hidup rasional dan sederhana. Hidup yang seimbang dari segi jasad dan minda adalah perlu. Contoh melalui jasad data diperoleh melalui deria persepsi. Data tadi akan disusun melalui taakulan minda. Susunan (organisasi) adalah menjadi asas kepada falsafah Aristotle. Jadi bagi Aristotle dunia pengalaman merupakan dunia yang nyata dan ilmu benar itu terdiri daripada pengetahuan kita yang mengetahui sebab-sebab kepada sesuatu benda, atau

Falsafah Pendidikan Kontemporari

8

kejadian. Untuk dapat sampai ke arah ini, manusia mesti mengikuti pola hukum logik dalam cara berfikir yang dikenali sebagai Syllogism, satu dasar berfikir yang bertolak daripada satu prinsip yang diterima umum kepada yang lebih khusus. Aristotle menekankan bahawa kegembiraan adalah bergantung kepada nilai-nilai murni dan roh yang tenang. Ini dapat diperoleh melalui pendidikan. Melalui pendidikan, membolehkan kita berfikir untuk membuat pilihan yang betul. Sebenarnya, Aristotle tidak memberi keterangan yang lebih lanjut terhadap idea-idea pendidikan. Walau bagaimanapun beliau percaya bahawa sifat yang wajar akan timbul dengan mengikut jalan yang disebut Golden Mean iaitu jalan antara dua ekstrim-jalan pertengahan. KONSEP DAN ISU-ISU ASAS DALAM FALSAFAH Setiap soalan tentang falsafah adalah asas. Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang lebih asas berbanding yang lain, iaitu merupakan titik permulaan bagi falsafah. Realiti Ciri-ciri deskriptif bagi sebarang objek yang paling asas ialah ia wujud serta benar. Dengan kata lain, ‘Apakah tabii bagi realiti objek itu?’ Realiti adalah berkaitan dengan persoalan untuk membezakan yang benar serta imaginasi, misalannya, kewujudan sesuatu objek adalah berdasarkan kewujudan fizikal, atau mencukupi setakat dalam minda sahaja. Kemanusiaan Seterusnya, persoalan tentang kemanusiaan pula timbul, iaitu ciriciri, atau sifat yang membezakan kemanusiaan serta objek-objek lain dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini, tumpuan adalah pada ciri-ciri yang mengklasifikasikan sesuatu tentang kewujudannya. Dengan lebih spesifik lagi, kita sedang mempertikaikan tabii, atau inti sesuatu objek.

Pengenalan Falsafah

9

Kebebasan kehendak Kebebasan kehendak yang dimaksudkan oleh ahli falsafah adalah kebolehan untuk mengawal tindakan kita, iaitu perbuatan kita bukan sekadar produk automatik daripada naluri kita. Namun begitu, pertikaian tentang kebebasan untuk memilih mengikut kehendak kita dipengaruhi oleh kebudayaan, ajaran, kebiasaan, genetik, takdir dan sebagainya. Ilmu Salah satu ciri yang mustahak bagi manusia ialah kebijaksanaan, iaitu mampu untuk berfikir dan berpengetahuan. Ini merupakan satu ciri yang begitu penting sehingga manusia dikenali sebagai Homo sapiens, iaitu orang yang berfikir (thinking man). Secara umumnya, persoalan ini tentang aspek yang dikatakan sebagai berpengetahuan tentang sesuatu. Tuhan, Kehidupan Selepas Kematian, Matlamat Kehidupan Persoalan yang seterusnya adalah tentang asal usul kewujudan alam semesta ini Memikirkan tentang kewujudandan Tuhan merupakan satu topik, atau aspek yang menjadi tumpuan ahli-ahli falsafah sekian lama. Sebagai kesinambungan, timbul pula persoalan tentang roh dan jiwa, atau kehidupan selepas kematian. I...


Similar Free PDFs