Implikasi Falsafah Saintisme DAN Kaedah Menanganinya (CTU552) PDF

Title Implikasi Falsafah Saintisme DAN Kaedah Menanganinya (CTU552)
Course Introduction to Human Resource Management
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 25
File Size 401.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 88
Total Views 727

Summary

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAANUiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAMCTU552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)TAJUK : IMPLIKASI FALSAFAH SAINTISME DAN KAEDAHMENANGANINYAKUMPULAN : CTU552NDISEDIAKAN OLEH :BIL NAMA NO. PELAJAR1 KHAIRUN NASHRAH BINTI ABDUL HAMID 2020992973 2 NUR DIANAH IMAN SHAH 202050543...


Description

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM

CTU552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

TAJUK : IMPLIKASI FALSAFAH SAINTISME DAN KAEDAH MENANGANINYA

KUMPULAN : CTU552N

DISEDIAKAN OLEH : BIL

NAMA

NO. PELAJAR

1

KHAIRUN NASHRAH BINTI ABDUL HAMID

2020992973

2

NUR DIANAH IMAN SHAH

2020505439

3

NUR SYAHIRAH BINTI MOHD WAZLI

2020971331

4

SITI NURATIQAH BINTI JAMALUDIN

2020995237

5

SITI NORFARHANA BINTI SHARIFUDIN

2020987985

6

SITI ZULAIKHA BINTI RAMLI

2020316557

DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD AZHAR 1

PENGESAHAN PENSYARAH TAJUK : IMPLIKASI FALSAFAH SAINTISME DAN KAEDAH MENANGANINYA

Disediakan oleh :

KHAIRUN NASHRAH BINTI ABDUL HAMID

2020992973

NUR DIANAH IMAN SHAH

2020505439

NUR SYAHIRAH BINTI MOHD WAZLI

2020971331

SITI NURATIQAH BINTI JAMALUDIN

2020995237

SITI NORFARHANA BINTI SHARIFUDIN

2020987985

SITI ZULAIKHA BINTI RAMLI

2020316557

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 – Falsafah dan Isu Semasa, khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Semester 1, Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan situasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa manamana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh :

Muhammad Hazim Bin Mohd Azhar Pensyarah Penilai CTU552 Mei 2020

2

ABSTRAK

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG RINGKAS KAJIAN Saintisme adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan kepercayaan bahawa metode dan pendekatan ilmiah digunakan untuk segala hal. Saintisme membimbangkan kerana melanggar batasbatas kemanusiaan, kerana pembangunan yang dihasilkan terlalu bersifat saintifik semata-mata, yang melahirkan mereka yang berfahaman saintisme, memiliki nilai yang amat mementingkan kebendaan sehingga mengabaikan aspek nilai keinsanan yang dapat memberikan jawapan kepada masalahmasalah sosial, kesedaran alam sekitar, erti kebahagian, perhubungan persahabatan, kebahagian berkeluarga dan lain-lain. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik implikasi falsafah saintisme dan kaedah menanganinya.

OBJEKTIF KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang kami dapat dan dijadikan sebagai subjek utama kami. Antara objektifnya ialah untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai implikasi falsafah saintisme. Selain itu, kami dapat juga mengkaji kaedah untuk menangani falsafah saintisme. Seterusnya, kajian ini dapat menambahkan pengetahuan kami tentang implikasi saintisme dan kaedah menanganinya.

HASIL KAJIAN Berdasarkan kerja kursus ini, kami mendapati falsafah saintisme ini mempunyai beberapa implikasi. Di antaranya, implikasi terhadap negara yang terbahagi kepada tiga iaitu politik, sosial dan ekonomi. Intitusi, masyarakat dan individu. Namun ada juga kaedah menanganinya seperti percaya dan yakin dengan kewujudan tuhan, kuatkan pegangan akidah terhadap Allah, ahli-ahli agamawan atau orang yang berpengaruh perlu ke hadapan untuk menentang fahaman saintisme, manusia ini perlu dihebahkan tentang wujudnya fahaman saintisme supaya mereka dapat pendedahan lebih awal sebelum tersasar jauh dan masyarakat perlu cakna dengan golongan yang giat menyebarkan fahaman saintisme seterusnya menentang habis-habisan.

3

KESIMPULAN DAN CADANGAN Kesimpulannya, sainstisme ini adalah perbuatan yang salah. Ianya telah bercanggah dengan ajaran islam dan bercanggah dengan kitab suci Al – Quran. Saintisme telah mempunyai implikasi namun ada juga kaedah untuk menanganinya. Umat islam perlu percaya dan yakin dengan kewujudan tuhan, kuatkan pegangan akidah terhadap Allah, ahli-ahli agamawan atau orang yang berpengaruh perlu ke hadapan untuk menentang fahaman saintisme, manusia ini perlu dihebahkan tentang wujudnya fahaman saintisme supaya mereka dapat pendedahan lebih awal sebelum tersasar jauh dan masyarakat perlu cakna dengan golongan yang giat menyebarkan fahaman saintisme seterusnya menentang habis-habisan untuk menangani implikasi yang diakibatkan oleh falsafah saintisme.

4

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1

PENGENALAN

6

2

KONSEP IDEOLOGI SAINTISME

7-8

3

PUNCA KEWUJUDAN PEMIKIRAN SAINTISME

9-10

4

CIRI-CIRI PEGANGAN SAINTISME

11-12

5

PENYEBARAN DI MALAYSIA DAN CABARANNYA

13-14

6

IMPLIKASI SAINTISME

15-20

7

KAEDAH MENANGANI FAHAMAN SAINTISME

21-22

8

KESIMPULAN

9.

RUJUKAN

23

24-25

5

PENGENALAN Saintisme adalah fahaman yang meletakkan kaedah sains - sistematik, mantik dan objektif atas segala-galanya dan menafikan perkara-perkara yang tidak dapat dianalisis dan ditanggapi secara saintifik. Natijahnya amat membimbangkan kerana melanggar batas-batas kemanusiaan, kerana pembangunan yang dihasilkan terlalu bersifat saintifik semata-mata, yang melahirkan mereka yang berfahaman saintisme, memiliki nilai yang amat mementingkan kebendaan sehingga mengabaikan aspek nilai keinsanan yang dapat memberikan jawapan kepada masalah-masalah sosial, kesedaran alam sekitar, erti kebahagian, perhubungan persahabatan, kebahagiaan berkeluarga dan lain-lain. (Sains, Masyarakat dan Agama oleh Mohd. Yusof Hj. Othman diselenggara oleh Abdul Salam Yussof. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2009, 274 hlm.)

6

KONSEP IDEOLOGI SAINTISME

Di dalam era masa kini, manusia masih lagi menjadikan pemikiran-pemikiran pada masa lampau sebagai bahan ulangkaji dan pelajaran dan telah menjadi sebuah ideologi untuk masyarakat masa kini. Manakala, perkara yang tak dapat diuji, dikaji dan difahami dianggap tidak bernilai kerana masyarakat masa kini lebih mementingkan perkara yang berlandaskan logik akal dan berdasarkan kajian ilmiah. Dek kerana pemikiran ini, agama juga menjadi perbahasan kerana ia dianggap sebagai satu keyakinan yang boleh menghambat kemajuan manusia. Oleh itu, saintisme yang merupakan hasil dari penemuan ilmiah telah berkembang dan menyebabkan banyak timbulnya sudut pandang yang berbeza tentang cara melihat kebenaran serta kesahihan. Secara faktanya, penemuan-penemuan ilmiah dikembangkan menjadi aliran pemikiran filsafat, dan kemudian mewujudkan pandangan-pandangan yang berbentuk serpihan dan reduksionis tentang manusia, juga dikatakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian bagi segala masalah yang dihadapi manusia. Ketika para penganut saintisme hendak menunjukkan kebenaran dengan memandang remeh soal agama, maka saintisme sendiri tentunya harus di kritik dan dikaji. Hasil daripada yang telah ditelaah sepanjang tempoh pengkajian, maksud ringkas untuk saintisme adalah, ia merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa metode (methodology) dan pendekatan ilmiah (scientific approach) boleh digunakan untuk segala hal. Ini adalah kerana, kaedah metode dan pendekatan ilmiah dapat memberi jawapan kepada semua persoalan manusia, kehidupan dan sebagainya jika dipelajari dengan baik. Selain itu, ada pandangan yang mengatakan saintisme adalah sumber yang paling boleh dipercayai oleh manusia sehingga ada para ilmuan yang terlalu taasub sehingga agama dan kepercayan turut dipersoalkan dalam hal ini kerana ia dikatakan telah memperendahkan soal agama. Oleh kerana itu, kepercayaan ini mengatakan sains adalah satu-satunya sumber pengetahuan yang benar kerana sains dapat menghasilkan pengetahuan tentang manusia dan masyarakat dan sains juga diterapkan secara berlebihan dalam kepercayaan ini. Ideologi ini telah menyingkirkan sumber pengetahuan yang lain kerana ia dianggap tidak berdasarkan kaedah saintifik dan rasional. Terdapat dua (2) golongan saintisme iaitu Saintisme Islam dan Sainstologi. Para pengikut ajaran ini sangat mengagmumi dan mengagungkan ahli sains di dalam kehidupa mereka. Sifat ini telah memisahkan seseorang itu dari agama dan nilai budaya yang betul.

7

Seterusnya adalah pandangan para pakar tentang Saintisme. Pakar yang pertama adalah Seyyed Hoossien Nasr, telah memberi pandangan bahawa sains tradisi adalah dalam keaadaan harmoni, manakala sains moden iaitu saintisme telah memonopoli pengetahuan tentang kekuasaan alam semulajadi yang bebas daripada semua bentuk pengetahuan tinggi yang lain. Manakala pakar yang kedua pula, Mohd Hazim Shah Abd Murad telah mengatakan golongan saintisme dikenali sebagai positivism logical yang “mewujudkan satu konsepsi falsafah tentang sains, yang menunjukkan kebenaran mutlak ilmu sains berbanding ilmu sains asas”. Kemudian, pakar Mohd Yusof Haji Othman berpendapat bahawa saintisme telah menafikan segala nilai-nilai budaya dan agama. Theodore Frank Peters mengataka saintisme adalah ideologi yang menuntut kemenangan bagi satu pihak sahaja iaitu kemenangan bagi pihak sains. Ideologi sebegini telah menolak agama dengan menekankan bahawa sains merupakan satu-satunya sumber pengetahuan untuk manusia. Pakar yang terakhir iaitu Bertrand Russell menyebut bahawa “agama merupakan satu helah sendiri”. Untuk kesimpulan bagi konsep saintisme adalah konsep ini merupakan satu permasalahan dalam pembangunan kini kerana terlalu bersifat saintifik dan telah melahirkan insan yang memiliki nilai yang amat mementingkan kebendaan sehingga sanggup menafikan hal hal sosial dan kesedaran alam sekitar serta meragui dan mempersoalkan ilmu agama.

8

PUNCA KEWUJUDAN PEMIKIRAN SAINTISME Wujudnya ilmu dalam pelbagai bentuk dan pelbagai cara untuk dipelajari tetapi ini lebih membincangkan kearah ilmu sains yang dipelajari atau dibawa. Ilmu sains amat penting di muka bumi ini, malah patut dipelajari untuk kehidupan sejagat salah satunya, bagai mana masa berputar, perbezaan atau kewujudaan malam dan siang, ubat ubatan dan sebagainya. Wujudnya pemikiran saintisme apabila ilmu sains dicampurkan ilmu barat iaitu sains moden yang mempersoalkan lebih dari batasan sebagai manusia. Ini memainkan peranan dalam keimanan seseorang antara bertambah atau berkurangan. Pertama, salah satu kewujudan pemikiran saintisme adalah berdasarkan kepercayaan dan ketiadaan agama. Ini dipanggil sebagai golongan ateisme, ia merupakan golongan yang tidak mempercayai bahawa kewujudan tuhan mahupun keberadaan dewa. Menurut Victor Stenger, “The new atheists firmly insist that the personal Abrahamic (Islamic) God is scientific hyphothesis that can be tested by the standard methods of science.” Dalam erti kata lain pada pandangan golongan ini adalah kepercayaan bahawa manusia wajar menjadi titik utama perhatian bagi manusia sejagat malah, bagi golongan ini tuhan tidak berhak dan tidak diperlukan dalam menentukan halatuju hidup. Bagi golongan ini juga manusia adalah sumber etika, perundangan dan nilai di dunia ini. Ini menimbulkan saintisme menyangkal dari batasan kekuasaan tuhan, salah satunya Epicurus menyatakan, “Jika Tuhan itu Maha Berkuasa, justeru mengapa Dia tidak menghentikan kejahatan?” pelbagai soalan yang malampaui batas boleh ditimbulkan dalam golongan ini. Seterusnya, penerapan melalui tamadun dan budaya, ia amat penting dalam memberi contoh untuk membentuk satu kehidupan sejagat. Dalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaranmya dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Ini meyebabkan akidah yang terpesong jauh dan juga sudah temaktub di dalam AlQuran Al-Karim adalah wahyu daripada Allah SWT. Walau bagaimanapun, hal ini punca pemikiran saintisme iaitu golongan yang telah dibiasakan atau diterapkan dengan budaya turun menurun oleh nenek moyang dengan percayanya kewujudan dunia ini bukan daripada tuhan malah bagi mereka alam semula jadi ini mempunyai kuasa terhadap dunia.

9

Sebagai contoh yang ada pada masa kini, budaya orang asli masih menerapkan agama anisme yang menyembah pokok, matahari atau dikenali sumber alam. Selain itu, ideologi yang difikir melampaui batas sehinggakan tiada jawapan yang sahih boleh diberi mengikut hukum alam dunia yang menyebabkan kewujudan pemikiran saintisme. Salah satunya pemikiran saintisme adalah teori evolusi manusia dikaji oleh Charles Darwin pada 1859 yang menyatakan bahawa manusia ini datang nya gens daripada beruk walhal manusia pertama yang menapak dia atas muka bumi ini adalah Nabi adam a.s. dan hawa. Bukan itu sahaja, sejarah yang menyatakan zaman neolitik, paleolitik dan sebagainya dinyatakan cara kehidupan manusia terawal di dunia ini yang juga dikaji oleh orang yang sama iaitu Charles Darwin, walhal Nabi adam a.s dan hawa telah membawa ajaran dan agama islam di atas muka bumi ini dahulu. Persoalan nya bila kejadiaan zaman zaman ini berlaku, padahal telah tertulisnya jalan cerita satu persatu di dalam kitab Al-quran pada masa lampau dan bagaimana manusia tercipta. Berasaskan Al-Quran, Allah SWT berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu, Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal daging, dan segumpal daging itu, Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." (QS Al-Mu'minuun: 12-14). Konklusi dalam wujudnya punca golongan seperti ini melalui pandangan oleh Dr. Ramli Awang, salah fahaman oleh golongan saintisme ini adalah disebabkan pemikiran yang mengatakan ilmu berkenaan fenomena alam semesta sebagai ilmu yang terasing daripada agama, sikap ini juga membawa kepada kegagalan manusia yang mentafsirkan kembali ilmu-ilmu moden menurut kajian daripada golongan-golongan seperti ini, acuan serta roh Al-Quran. Justeru, punca pemikiran ini juga melibatkan kelemahan keimanan seseorang terhadap kepercayaan Allah SWT bahawasanya kuasa manusia untuk berfikir adalah terbatas. Seumpama yang berlaku segelintir umat islam terpegun dan terkejut akan kemajuan barat sehinggakan hilangnya kepercayaan terhadap Islam dan budayanya sendiri.

10

CIRI-CIRI PEGANGAN SAINTISME Terdapat banyak sudut dalam pegangan saintisme iaitu dengan mendapat jawapan yang melawan arus dalam pegangan agama yang bertuhan. Hal ini, dapat memuaskan pemikiran yang melampau dan perasaan ingin tahu terhadap kewujudan sesuatu atau terciptanya sesuatu di muka bumi ini. Bukan itu sahaja, kajian yang golongan ini lakukan dapat meraih perhatian orang lain antaranya yang berpegang dengan agama dan bertuhan ini akibat sains barat atau dikenali lebih dengan sains moden dilihat dari sudut lebih canggih dan hebat daripada tesurat dan tesirat di dalam kitab Al-Quran. Ini jugak dapat memuaskan golongan mereka daripada soalan soalan yang tidak terjawab dalam kitab Al-Quran. Antara ciri pegangan golongan ini adalah keyakinan dan kepercayaan hanya melalui kaedah saintifik. Tambah lagi, ciri dari segi metode induktif sains tabii adalah sumber tunggal untuk mendapatkan fakta yang meyakinkan. Bagi golongan ini itu sahaja medium yang paling absah untuk mendapatkan data yang bernilai. Seterusnya, golongan ini akan terjemahkan segala input dan jawapan yang mereka ini telah dikaji menukarkannya sebagai fakta. Pada erti kata lain, saintisme bersifat mengkotakkan dunia fizik dan dunia metafizik, dunia fizik ke arah ilmiah dan dunia metafizik ke arah spekulasi atau andaian mereka dan golongan ini menolak apabila pemikir dunia metafizik dikategorikan sebagai seorang ilmuwan, dimana status itu seolah khusus untuk yang berprofesional sebagai saintis. Seterusnya ciri pegangan yang terdapat adalah kaedah yang diguna pakai selain kaedah empirikal dan eksperimental yang sama sekali tidak akan diiktiraf kesahihannya. Dalam pandangan tasawur islam dari segi aspek akidah dan sains berbanding dengan golongan ini amat sangat jauh perbezaan nya dalam mengkaji adalah kerana asas pengetahuan yang tiada pengiktirafan yang sah dan jauh dari pandang sudut Al-Quran. Dualisme untuk meminggirkan peranan metafizik dan alam kerohanian daripada perkara-perkara empirikal dan positif dalam weltanschauung Barat sangat berhasil di dunia mereka. Bagi golongan yang beragama dan mempunyai iman yang kuat mereka mempercayai kewujudan tuhan mereka, malah bagi umat islam mempunyai kitab suci Al-Quran yang menceritakan segala tentang persoalan yang ada di dalam minda manusia dan mengetahui bertapa besarnya kebesaran kuasa Allah SWT. Selain itu, ia amat menekankan akan mengkaji lebih dalam atau bagi umat islam membaca Al-quran dan memperkuatkan iman bahawa fikiran manusia amat terbatas.

11

Malah, segala penyelidikan yang dibuat oleh pengkaji barat kebanyakannya didasari oleh falsafah-falsafah yang mahu menolak Tuhan malah bagi mereka urusan agama hanyalah terbatas kepada aspek ibadat khusus semata-mata. Justeru, pada pendpaat golongan ini bahawa pengetahuan sains dan kaedah saintifik adalah seperti tuhan mereka yang mampu menyelesaikan dan menjawab setiap permasalahan dan pertanyaan manusia. Bukan itu sahaja, ciri yang dapat pada golongan ini paling utama adalah perasaan ingin tahu kewujudan yang tidak dapat di sangkal. Selain itu, sifat neutral falsafah saintisme yang dikenali ini sekali gus dianggap terbatal kerana berasaskan ketidakpercayaan dengan kaedah selain kaedah saintifik dan tiada unsur ketuhanan dalam segenap aspek hidup insan yang membawa kepada ideologi sekularisme. Dalam tasawur Islam juga meyakini wujudnya Allah sebagai Tuhan yang mengatur setiap yang berlaku dalam alam ini, menolaknya dan menidakkanya adalah kufur. Bagi golongan saintisme ini juga, semua bentuk kegiatan berkenaan dengan agama dan kerohanian dipandang tidak rasional, manakala kepercayaan yang lahir daripadanya dikatakan tahyul dan merintangi kemajuan.

12

PENYERAPAN DI MALAYSIA DAN CABARANNYA Falsafah saintisme yang terhasil daripada epistemologi empirisisme merupakan kandungan utama kepada falsafah sekularisme. Manakala kerangka besar kepada trio sekularisme, empirisisme dan saintisme ialah apa yang diistilahkan sebagai modenisme. Terdapat beberapa cabaran saintisme yang berlaku di Malaysia. Cabaran yang pertama adalah alam sekitar. Pada asasnya sains dimajukan adalah untuk membangunkan alam ini. Alam mempunyai sifat tabii yang cenderung kepada keharmonian kerana secara tabiinya alam ini berada dalam keadaan seimbang antara satu dengan yang lain. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lainnya iaitu saling menyokong dan saling membantu. Malangnya, dalam usaha untuk membangun alam ini, dan setelah memahami tabii alam, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii ini secara berlebihan dengan menggunakan pemahaman sains dan teknologi mereka. Seterusnya, cabaran ekonomi. Ekonomi kapitalisme telah membuka ruang seluas- luasnya untuk manusia mengeksploitasi alam ini dengan cara haram pada zaman sekarang. Sains merupakan suatu medan utama untuk melaksanakan pembangunan ekonomi. Namun pembangunan ekonomi nampaknya tidak seimbang dan bany...


Similar Free PDFs