Falsafah dan Isu Semasa PDF

Title Falsafah dan Isu Semasa
Author Aiman Iskandar
Course Electronic and Telecommunication Engineering
Institution Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Pages 35
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 194
Total Views 591

Summary

SEMESTER 2 2019/FAKULTIFAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAANKOMPUTERSUBJEKFALSAFAH DAN ISU SEMASA(BLHW 1762)TAJUK:FALSAFAH DAN ISU SEMASA ( APLIKASI FALSAFAH SEJAHTERA )DISEDIAKAN OLEH :BIL NAMA NO. MATRIK1 Afiq Danial Bin Omar B2 Muhammad Afiq Iqbal Bin Zulkifli B3 Muhammad Haziq Bin Kam...


Description

SEMESTER 2 2019/2020

FAKULTI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER

SUBJEK FALSAFAH DAN ISU SEMASA (BLHW 1762)

TAJUK: FALSAFAH DAN ISU SEMASA ( APLIKASI FALSAFAH SEJAHTERA )

DISEDIAKAN OLEH : BIL 1 2 3 4

NAMA Afiq Danial Bin Omar Muhammad Afiq Iqbal Bin Zulkifli Muhammad Haziq Bin Kamarozaman Muhammad Aiman Iskandar Bin Mazlan

NO. MATRIK B021910010 B021910034 B021910025 B021910011

PENSYARAH: YBHG. DR. MAHADI BIN ABU HASSAN

1

Photo 1

Photo 2

GAMBAR KUMPULAN BERSAMA DR MAHADI

AHLI KUMPULAN 2

Ahli

Nama

Bahagian Topik/ Mukasurat

Muhammad Aiman Iskandar bin Mazlan

Politik Pasca Kebenaran 7-8

[email protected]

10-11

Falsafah hidup : Kekal ceria untuk kekal Bahagia

21-23 32

Keadilan Ekonomi Afiq Danial Bin Omar

12-14

[email protected]

28

Falsafah hidup : Kita Tidak Tahu Tapi Ingin Tahu

30

Keamanan Global Muhammad Haziq bin Kamarozaman

1-4 15-20

[email protected] m Falsafah hidup : Kegagalan adalah satu proses untuk berjaya

31 34

Cabaran Revolusi

3

Markah 30%

5.0 Muhammad Afiq Iqbal bin Zulkifli

5-6 9

[email protected] 24-27 Falsafah hidup : Jangan diharap hujan turun tanpa awan

33

( TAJUK : FALSAFAH DAN ISU SEMASA ( APLIKASI FALSAFAH SEJAHTERA HASIL PEMBELAJARAN 4

Di akhir topik, anda seharusnya mendapat : 1.

Menjelaskan definisi politik pasca kebenaran

2.

Mengetahui definisi keadilan ekonomi

3.

Menjelaskan faktor-faktor ancaman keamanan global

4.

Menjelaskan cabaran globalisasi revolusi 4.0

5.

Mengetahui dan menjelaskan cabaran revolusi 5.0

PENGENALAN

Perkembangan ilmu falsafah pada masa kini amat memberansangkan sekali disebabkan banyak aktivit-aktiviti intelektual seperti perbasan dan kajian penyelidikan para ahli-ahli pakar dalam bidang flsafah ini. Kajian ini penting dalam mencari hakikat bahawa kebenaran dab tabiat sesuatu ilmu itu adalah berdasarkan pada kemampuan akal diri sendiri. Seorang tokoh pendidikan, Abd al-Ghani Ubud (1993) mendefinisikan falsafah sebagai sesuatu yang merujuk kepada asas utama yang mendasarinya iaitu, terbina oleh faktor sejarah, kebudayaan dan persekitaran bagi sesuatu negara. Falsafah juga dibentuk dan diasah agar dapat mengekalkan identiti bangsa dan meingkatkan kemandirian negara bangsa tersebut. Bagi falsafah sejahtera pula,ianya adalah satu prinsip atau keyakinan untuk mendasari asas bagi mensejahterakan manusia dari pelbagai aspek. Bagi agama islam,falsafah sejahtera ini seperti kalimah syahadah. Jika tidak diucap dengan ikhlas dan rasa rendah diri maka diri itu tidak akan sejahtera dari aspek ketenangan jiwa. Islam banyak mengajar mengenai cara untuk menenangkan jiwa dengan memulakan dengan perkara yang teramat dasar iaitu kalimah syahada seperti mana yang telah diperkatakan tadi. Bagi pakar-pakar falsafah pula, mereka mengatakan bahawa falsafah 5

dasar ini dapat mendorong kepada kesejahteraan dunia pada masa kini. Dunia sekarang di huni oleh jutaan manusia yang tidak pernah berhenti dari mencari pendapatan dan mereka akan selalu tertekan atau sedih. Di sinilah ilmu falsafah sejahtera dapat digunakan seperti maksudnya tadi iaitu mendasari sesuatu bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh yang demikian, falsafah bolehlah diertikan juga sebagai usaha mencari hakikat dan sebab sesuatu dan berusaha menafsirkan pengalaman-pengalaman manusia serta mencari cara menyelesaikannya secaa mendsar dan menyeluruh. Dengan dasar itu manusia dapat memberikan pendapat dan cara menyelesaikan masalah yang bijaksana.

DEFINISI

6

Aplikasi falsafah sejahtera adalah merupakan satu cara dimana semua orang boleh mencapai kesejahteraan sejagat dengan merungkai masalah dalam sesuatu aspek yang tertentu seperti keharmonian rakyat, kestabilan ekonomi, dan kemajuan dalam bidang teknologi canggih. Makna falsafah itu sendiri adalah berarti berfikir. Dengan itu falsafah sejahtera yang sebenarnya adalah pemikiran kearah kesejahteraan negara dan umat manusia sejagat.terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan di dalam situasi ini dan antaranya adalah politik pasca kebenaran, keadilan ekonomi, keamanan global, globalisasi dan revolusi industri 4.0 dan juga revolusi 5.0.

Politik pasca kebenaran ini didefinisikan sebagai satu keadaan apabila emosi dan kepercayaan peribadi dianggap lebih tinggi jika dibandingkan dengan fakta dan data yang objektif dalam usaha mencari kebenaran. Ianya bertentangan sama sekali dengan kaedah penyelidikan saintifik yang konvensional. Politik pascakebenaran ini mula tersebar di seluruh dunia. Pada tahun 2016, terdapat dua peristiwa besar yang memicu perkembangan pascakebenaran diseluruh dunia iaitu Referendum Brexit pada 23 Jun 2016 dan Kempen Politik Donald Trumph yang berlaku pada Julai sehingga November 2016. Brexit dan kemenangan Trump ialah dua akibat yang nyata muncul daripada gejala post-truth ini. Kedua-dua fenomena ini terhasil bukan daripada fakta dan rasionalisasi tetapi pengaruh daripada sentimen yang diprojeksikan secara lambakan dalam media sosial. Sebahagian besar daripada projeksi ini berbentuk andaian-sentimen, dan menularkan berita palsu yang cuba membenarkan andaian-sentimen itu. Ia diuar-uarkan sebagai 'fakta alternatif', tetapi pada hakikat sebenarnya ia pendustaan dan permainan sentimen.

7

Keadilan dalam bidang ekonomi adalah situasi atau keadaan di mana setiap orang mendapat apa yang berhak kepadanya. Ini bererti bahawa keadilan dalam bidang ekonomi adalah perlakuan yang adil bagi setiap orang mahupun manusia untuk mendapatkan bekalan kehidupan yang layak sesuai dengan keperluan dan potensi yang ada tanpa mengira gelaran ataupon darjat seseorang itu. Dari segi Islam, Manusia telah diciptakan untuk menangani bumi ini untuk mencapai kemakmuran dan kebahagiaannya, dengan tidak boleh mengambil tindakan yang lain kecuali untuk menegakkan keadilan. Islam menghendaki supaya keadilan itu dapat dicapai dalam segala aspek hidup, termasuk politik, ekonomi, sosial, dan budaya. Komitmen Islam yang besar pada persaudaraan dan keadilan, menuntut agar semua sumber daya dimafaatkan untuk mewujudkan maqashid syari’ah, yakni pemenuhan kebutuhan hidup manusia, terutama kebutuhan dasar (primer), seperti sandang, pangan, papan, pendidikan dan kesehatan. Persaudaraan dan keadilan juga menuntut agar sumberdaya didistribusikan secara adil kepada seluruh rakyat melalui kebijakan yang adil melalui instrumen zakat, infaq, sedekah, pajak, kharaj, jizyah, cukai ekspor-impor dan sebagainya.

Keamanan global bermaksud tidak berlaku pergolakan sama ada perbalahan antara rakyat dalam negara ataupun negara lain. Hidup di dalam keadaan aman menjadi impian setiap negara di dunia ini. Hubungan baik antara negara mendatangkan kebaikkan dalam pelbagai aspek. Dari segi perspektif agama Islam pula , Islam adalah agama yang mengambil berat tentang isu berkaitan keamanan. Namun begitu, laporan Indeks Keamanan Global telah meletakkan negara yang paling rendah kadar keamanannya adalah terdiri daripada negara Islam . Hal ini berlaku disebabkan banyak faktor faktor yg mendorong status keamanan sesebuah negara itu.

8

Globalisasi merupakan satu gerakan dunia kepada sistem ekonomi sejagat yang dikuasai oleh perfagangan koperat tanpa melibatkan proses demokrasi. Ia meliputi aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi. Disebabkan ia merupakan kunci kepada kualiti kehidupan manusia, maka kebaikan dan keburukan globalisasi telah mewujudkan pertikaian yang tinggi. Revolusi 4.0 ialah revolusi di mana segala-galanya berada di hujung jari. Ia berasaskan internet of things (IOT) dalam semua aspek kehidupan. Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang merealisasikan revolusi ini. Hal ini demikian kerana ia mewarnai kehidupan masyarakat dalam setiap tindakan kita.

Revolusi 5.0 adalah satu revolusi dimana semua perkara di dunia ini akan di tambah baik lagi baik dari segi kemanusiaan, ekonomi dan juga teknologi. Pada dasarnya, revolusi 5.0 ini lebih dikenali dengan nama zaman mesin oleh pakar-pakar dari barat. Ianya digelar sebegitu kerana pada zaman ini hampir semua pekerjaan yang terdapat di dunia ini akan dilaksanakan oleh mesin dan juga robot. Pada zaman inilah manusia akan berkembang lebih maju seiring dengan kemajuan yang dikecapi oleh mesin. Penggunaan mesin ini secara tidak langsung memudahkan para manusia bagi melakukan sesuatu pekerjaan. Di dalam Islam juga telah ditekankan agar umat manusia terus menerus mempelajari ilmu dan mendalaminya dan dengan itu terungkainya satu ilmu baharu iaitu ilmu elektronik yang amat sofistikated dan susah. Dengan itu terjadinya revolusi seperti ini dan ia terus berkembang.

9

1. POLITIK PASCA KEBENARAN

Politik pasca kebenaran ini didefinisikan sebagai satu keadaan apabila emosi dan kepercayaan peribadi dianggap lebih tinggi jika dibandingkan dengan fakta dan data yang objektif dalam usaha mencari kebenaran. Ianya bertentangan sama sekali dengan kaedah penyelidikan saintifik yang konvensional. Politik pascakebenaran ini mula tersebar di seluruh dunia.

Pada tahun 2016, terdapat dua peristiwa besar yang memicu perkembangan pascakebenaran diseluruh dunia iaitu Referendum Brexit pada 23 Jun 2016 dan Kempen Politik Donald Trumph yang berlaku pada Julai sehingga November 2016. Brexit dan kemenangan Trump ialah dua akibat yang nyata muncul daripada gejala post-truth ini. Kedua-dua fenomena ini terhasil bukan daripada fakta dan rasionalisasi tetapi pengaruh daripada sentimen yang diprojeksikan secara lambakan dalam media sosial. Sebahagian besar daripada projeksi ini berbentuk andaian-sentimen, dan menularkan berita palsu yang cuba membenarkan andaian-sentimen itu. Ia diuar-uarkan sebagai 'fakta alternatif', tetapi pada hakikat sebenarnya ia pendustaan dan permainan sentimen. Dalam konteks Negara Malaysia, terdapat cubaan untuk ‘mensucikan’ figura-figura politik. Dengan berbekalkan slogan “Malu Apa Bossku”, para simpatisan ini tanpa segan silu mempertahankan ketua mereka walaupon tanpa bukti yang kukuh. Terdapat beberapa cara untuk menangani fenomena pascakebenaran di Malaysia.Yang pertama adalah kerajaan perlu menaiktaraf teknologi bagi tujuan pengesahan fakta di media social. Sebagai contoh, aplikasi MySejahtera telah dilancarkan oleh pihak kerajaan bagi mengenalpasti 10

berita-berita palsu di media social. Seterusnya, kerajaan perlu melibatkan komuniti saintis dan akademik secara langsung di dalam pembuatan dasar kerajaan. Hal ini adalah kerana para saintis dan akademik menggunakan data dan fakta jika hendak membuat sesuatu keputusan dan bukan berdasarkan emosi semata-mata. Ketiga adalah respon yang lebih giat diperlukan daripada kerajaan untuk melawan fenomena pascakebenaran ini. Kerajaan perlu cekap dalam mengenalpasti beritaberita palsu yang disebarkan. Akhir sekali, kemampuan kerajaan menyediakan kandungankandungan media bagi tujuan penyampaian informasi yang tepat kepada rakyat. Secara kesimpulannya, fenomena pascakebenaran sudah tidak asing lagi dan menyebabkan berlakunya banyak pergolakan di belahan dunia yang lain. Parti-parti komponen haruslah berwaspada dan memberikan respon dengan kadar yang segera jika terdapat berita-berita yang mencurigakan. Hal ini diyakini dapat memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia jika kerajaan komited dalam menangani isu tersebut.

11

2. KEADILAN EKONOMI

Keadilan dalam bidang ekonomi adalah situasi atau keadaan di mana setiap orang mendapat apa yang berhak kepadanya. Ini bererti bahawa keadilan dalam bidang ekonomi adalah perlakuan yang adil bagi setiap orang mahupun manusia untuk mendapatkan bekalan kehidupan yang layak sesuai dengan keperluan dan potensi yang ada tanpa mengira gelaran ataupon darjat seseorang itu. Dari segi Islam, Manusia telah diciptakan untuk menangani bumi ini untuk mencapai kemakmuran dan kebahagiaannya, dengan tidak boleh mengambil tindakan yang lain kecuali untuk menegakkan keadilan. Islam menghendaki supaya keadilan itu dapat dicapai dalam segala aspek hidup, termasuk politik, ekonomi, sosial, dan budaya.

Komitmen Islam yang besar pada persaudaraan dan keadilan, menuntut agar semua sumber daya dimafaatkan untuk mewujudkan maqashid syari’ah, yakni pemenuhan kebutuhan hidup manusia, terutama kebutuhan dasar (primer), seperti sandang, pangan, papan, pendidikan dan kesehatan. Persaudaraan dan keadilan juga menuntut agar sumberdaya didistribusikan secara adil kepada seluruh rakyat melalui kebijakan yang adil melalui instrumen zakat, infaq, sedekah, pajak, kharaj, jizyah, cukai ekspor-impor dan sebagainya.

12

Pelbagai contoh keadilan ekonomi iaitu pertama, keadilan ekonomi dalam Sistem ekonomi islam ialah mereka mengamalkan konsep persamaan sesama umat iaitu dengan memberikan hak sama rata kepada setiap masyarakt,peluang mencari harta dan juga keredhaan Allah S.W.T. Selain itu juga,mereka tidak menidakkan golongan miskin malah mengutamakan, ia juga mengutamakan tanggungjawab sosial antara masyarakat islam.

Kedua, keadilan ekonomi sosialis ialah mereka mengamalkan atau meletakkan konsep sama rata antara masyarakat sebagai contoh meraka menganggap setiap manusia mempunyai status pendapatan yang sama. Kedua, mereka menetapkan yang pemilikan harta adalah menjadi hak milik pemerintah.

Antara aplikasi keadilan ekonomi yang didapati di Malaysia ialah pelbagai strategi mahupun ideologi kerajaan yang telah di rancang antaranya. Antaranya, kerajaan telah merancang strategi membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira umur,pangkat dan kaum. Selain itu, kerajaan telah merancang untuk mengurangkan atau mengecilkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India, Kedua, antara kawasan bandar dan luarbandar iaitu orang kampong dan antara wilayah.

Akhir Sekali, kerajaan juga telah merancang untuk memperbaiki mahupun menaik taraf dan kualiti hidup rakyat. Sebagai contoh, memperbaiki melalui pelajaran, latihan, kemudahankemudahan infra-struktur dan pelbagai lagi. Aplikasi ekonomi dalam isu semasa pula ialah seperti yang kita tahu, seluruh negara mahupun Malaysia telah melanda ataupun malapetaka wabak yang di kenali sebagai Covid-19 iaitu Corona Virus yang berasal dari Wuhan, China.

13

Apabila peningkatan kes jangkitan Covid ini semakin hari semakin membimbangkan, kerajaan Malaysia terpaksa mengambil langkah drastik bagi mengurangkan atau membendung jangkitan virus ini dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 selama sebulan. Ini bermakna segala gejala social yang boleh bersentuhan mahupun berkumpul terpaksa di batalkan seperti, aktiviti sukan, segala pekerjaan, pembelajaran anak-anak di sekolah dan sebagainya. Hal ini, sedikit sebanyak dapat menjejaskan ekonomi negara mahupun pendapatan rakyat. Untuk tidak mengkhuatirkan perasaan atau kebimbangan rakyat,

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan rangsangan ekonomi iaitu pemberian oneoff hampir RM10 Billion kepada golongan M40 yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia. Dengan bantuan ini,sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang terpaksa akur untuk tidak berkerja supaya memperoleh pendapatan untuk keluarga.

14

3. KEAMANAN GLOBAL

Keamanaan bermaksud tidak berlaku pergolakan sama ada perbalahan antara rakyat dalam negara ataupun negara lain. Hidup di dalam keadaan aman menjadi impian setiap negara di dunia ini. Hubungan baik antara negara mendatangkan kebaikkan dalam pelbagai aspek. Dari segi perspektif agama Islam pula , Islam adalah agama yang mengambil berat tentang isu berkaitan keamanan. Namun begitu, laporan Indeks Keamanan Global telah meletakkan negara yang paling rendah kadar keamanannya adalah terdiri daripada negara Islam .

Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian dokumen. Hasil kajian berkenaan dengan Indeks Keamanan Global , telah menunjukkan konsep keamanan yang digunakan dalam Indeks Keamanan Global adalah terhad kepada jumlah kekerasan dan konflik yang berlaku dalam sesebuah negara sebagai penanda yang menentukan tahap keamanan sesebuah negara.

Indeks Keamanan Global atau dalam bahasa Inggeris disebut Global Peace Index (GPI) adalah suatu usaha untuk mengukur kedudukan relatif sesuatu negara atau wilayah khusus berkenaan aspek keamanan yang dialaminya. Ianya adalah satu laporan ukuran utama keamanan

15

dunia yang membentangkan kajian dan analisa paling menyeluruh yang didorong oleh data terkini mengenai arah kedamaian, nilai ekonominya, dan bagaimana membangun masyarakat yang aman

Kajian utama untuk menentukan kedudukan antara negara dalam Indeks Keamanan Dunia adalah dikaji melalui: 1. Sesebuah negara yang mempunyai tahap aras ketelusan yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan kurang rasuah. 2. Keamanan berasaskan penunjuk aras tertentu seperti tahap pendapatan, pendidikan dan tahap integrasi serantau.

Pada tahun 2019, Malaysia telah naik empat anak tangga dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2018 dengan menduduki kedudukan ke-16 berbanding ke-25 pada tahun 2018 . Hal ini kerana nilai semangat patriotisme yang telah berjaya dipupuk oleh masyarakat majmuk negara ini. Faktor lain pula adalah seperti tahap aras ketelusan yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan kurang 16

rasuah telah melonjakkan Malaysia naik 9 anak tangga dalam GPI . Laporan GPI ini akan berjaya menarik lebih ramai pelabur dan pelancong untuk datang ke Malaysia. Oleh hal yang demikian , ekonomi Malaysia juga akan meningkat.

Salah satu contoh yang menggugat keamanan global adalah ideologi Terrorisme. Terrorisme adalah satu bentuk ideologi atau fahaman keganasan yang menghantui masyarakat dunia ketika ini. Keganasan terrorisme yang menyebarkan ketakutan dan rasa kurang percaya terhadap masyarakat sejagat merupakan satu ancaman besar dan hebat kepada keamanan dunia pada masa kini. Keganasan merupakan satu ancaman besar kepada keharmonian antarabangsa, ketidakpercayaan , menimbulkan kesengsaraan kepada individu dan komuniti dan juga menggugat keamanan global. Berdasarkan laporan Indeks Keamanan Global 2017, trend keseluruhan menunjukkan penurunan di mana keamanan dunia telah berkurangan berbanding 10 tahun lepas. Terdapat peningkatan sebanyak 247 peratus kematian akibat keganasan dalam beberapa dekad lepas dan tidak ada terdapat tanda-tanda bahawa perkara ini semakin berkurangan. Keganasan itu menimbulkan kesan negatif terhadap kemanusiaan kerana akibat dari aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas , ia akan mengorbankan nyawa serta kemusnahan harta benda . Biasanya korban keganasan membabitkan orang awam yang tidak berdosa. Ia meninggalkan kesan psikologi yang mendalam seperti trauma kepada mangsa. Negar 17

kita juga boleh berada dalam dilema keselamatan dan ketidaktenteraman berikutan kesan daripada perlakuan yang dilakukan oleh kumpulan terrorisme.

Selain itu , ideologi Populisme merujuk kepada pendekatan yang menekankan kepada peranan "rakyat" sebagai suatu kuasa melawan terhadap "golongan atasan”. Sebagai contoh , apabila dunia dilanda wabak penyakit berjangkit COVID-19 ini , rakyat seharusnya mendengar nasihat yang diberikan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian penyakit berjangkit seperti duduk diam diam di rumah , memakai face mask apabila berada di luar dan sentiasa mematuhi penjarakan sosial. Namun kebangkitan ideologi populisme ini telah mengakibatkan rakyat ingkar dengan perintah kerajaan tempatan dan tidak mengendahkan perintah yang di...


Similar Free PDFs