BAB 1-8 Nota Falasafah DAN ISU Semasa PDF

Title BAB 1-8 Nota Falasafah DAN ISU Semasa
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 147
File Size 5 MB
File Type PDF
Total Downloads 255
Total Views 819

Summary

1. Bab 1 Pengenalan Ilmu falsafah 3- 2. Bab 2 Falsafah Dalam Kehidupan 18 - 3. Bab 3 Logik dan Metodologi 38 - 4. Bab 4 Konsep Insan Dari Perspektif Falsafah 54 - 5. Bab 5 Metafizik 81 - 6. Bab 6 Epistemologi 103 - 7. Bab 7 Ideologi Semasa 121 - 8. Bab 8 Dekolonisasi 139 - Falsafah juga boleh difaha...


Description

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

1. Bab 1 Pengenalan Ilmu falsafah

3-17

2. Bab 2 Falsafah Dalam Kehidupan

18-37

3. Bab 3 Logik dan Metodologi

38-53

4. Bab 4 Konsep Insan Dari Perspektif Falsafah

54-80

5. Bab 5 Metafizik

81-102

6. Bab 6 Epistemologi

103-120

7. Bab 7 Ideologi Semasa

121-138

8. Bab 8 Dekolonisasi

139-146

2

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

BAB 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH Pengenalan ilmu Falsafah Perkataan falsafah mula timbul disebabkan adanya kegiatan yang pesat pada masa itu, menyelidik dan membahas rahsia-rahsia kejadian alam, persoalan metafizik dan masalah yang berhubung dengan persoalan etika. 1.1 Etimologi dan Terminologi Falsafah datangnya dari perkataan Greek iaitu philosophia yang kemudiannya dalam Bahasa Inggeris menjadi philosophy. Perkataan Falsafah adalah dalam Bahasa Melayu tetapi asalnya dari perkataan Bahasa Arab iaitu ‫ فلسفة‬. Falsafah asalnya dari Tamadun Greek cantuman dua perkataan iaitu philo dan sophia. Philo bermakna love ataupun cinta. Sophia bermakna wisdom boleh diterjemahkan sebagai kearifan atau kebijaksanaan. Apabila digabungkan keduanya menjadi love of wisdom atau cinta terhadap kebijaksanaan atau kearifan sebagai satu ciri kemanusiaan(Hashim, 2001). Perkataan philosophia yang dengan makna asalnya telah diambil dan digunakan dengan meluas oleh orang Arab dan Islam dengan mengubah sedikit pada bunyinya sehingga menjadi falsafah dan orang yang ahli dalam ilmu falsafah disebut failasuf. Menurut ahli bahasa, perkataan philosophia mula digunakan kira-kira dalam abad ketujuh sebelum Masihi. Orang yang mula-mula menggunakan perkataan ini ialah Pythagoras iaitu seorang ahli falsafah berbangsa Greek yang dilahirkan 588 sebelum Masihi(Ab Jalil, 1989) Manakala Plato ialah orang mula-mula memberikan takrif falsafah dengan lebih terkhusus. Plato menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu apa yang sebenarnya yang menjadi sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya. Takrif falsafah boleh dilihat dari pelbagaibagai bergantung kepada pegangan dan pandangan hidup(Hashim,2001)

3

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

ARISTOTLE : Ilmu memahami hakikat ketuhanan (metafizik), struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam PLATO : kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Falsafah ialah pengetahuan tentang segala yang ada.

AL-FARABI: Falsafah adalah cintakan kebijaksanaan atau hikmah dan merupakan pokok kepada segala ilmu AL-KINDI: suatu ilmu mengenai hakikat yang diidentifikasikan dengan Tuhan serta sesuatu yang berada dlm kemampuan manusia untuk menanggapinya Falsafah juga boleh difahami sebagai pemikiran yang dasar, asas atau fundamental mengenai sesuatu perkara atau isu. Falsafah boleh cirinya ialah pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara dan ia juga bersifat menyeluruh dan tidak terhad kepada sesuatu subjek, topic atau daerah pemikiran. Contoh persoalan-persoalan falsafah yang terdapat dalam ilmu falsafah ialah soalan-soalan umum seperti apakah makna kehidupan? Apakah sifat kewujudan dan hakikat kewujudan itu yang terdapat dalam kajian metafizik? Persoalan-persoalan dasar seperti ini hanya boleh ditimbulkan dalam bidang falsafah dan bukannya dalam bidang-bidang yang lain. Pada masayang sama ia memainkan peranan penting membuatkan kita berfikir secara mendalam mengenai perkara yang asas dan persoalan pokok mengenai sesuatu isu itu supaya kita dapat satu pemikiranyang jelas tentang apakah persoalan pokok yang terdapat dalam sesuatu bidang itu.1 Falsafah juga khususnya dalam trend yang terdapat dalam falsafah moden di Barat dan juga bukan Barat ialah falsafah itu sebagai satu kegiatan untuk menjelaskan konsepkonsep dan pemikiran asas mengenai sesuatu itu supaya kita dapat menjelaskan dalam pemikiran kita tentang apakah makna; signifikan sesuatu konsep yang digunakan itu dan

sama

ada

konsep

itu

mempunyai

makna

ataupun

sebaliknya dan ini dapat memberikan kita satu clarity atau kejelasan tentang isu-isu

1

Transkrip Kuliah Pertama bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah UUM)

4

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

yang mendasari pelbagai bidang ilmu dan sistem pemikiran. Itu huraian saya mengenai apa yang dimaksudkan dengan falsafah ini.2 Tujuan Ilmu Falsafah

1. Membentuk satu pandangan yang sistematik terhadap sesuatu yang wujud di alam ini 2. Membantu manusia membuat penyelidikan terhadap sifat dasar pengetahuan dan membuat pra anggapan terhadap kemungkinan pengetahuan yang berguna dalam kehidupan manusia 3. Memberikan satu pandangan hidup atau sistem nilai untuk membolehkan manusia berfikir tentang buruk baiknya sesuatu 4. Membantu manusia berfikir dengan jujur dan teliti tentang makna hidup seseorang 5. Membantu manusia berfikir secara kritikal dan logik iaitu untuk mendpat pengetahuan sebenar tentang sesuatu keadaan

6. Memberi panduan dan prinsip untuk memilih matlamat, kaedah dan tujuan disamping mencari kebenaran.

Skop Ilmu Falsafah

Berdasarkan kegiatan ahli falsafah dari zaman ke zaman itu, Frost (1962) membahagikan ruang lingkup falsafah kepada isu-isu yang berikut(Shaharir, 2018); 1. Tabii alam semesta (umum dan unsur-unsur makhluk) 2. Tabii tuhan (hubungan manusia dengan tuhan) 3. Kedudukan manusia dalam alam semesta 4. Manusia dan negara 5. Manusia dan ilmu (tabii, ilmu epistemologi) 6. Konsep jahat dan baik ( moral, akhlak, adab dan etika) 7. Nasib dan ikhtiar (qada‟ dan qadar) 8. Roh/nyawa dan kematian

2

Ibid

5

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

9. Minda dan jirim 10. Idea dan pemikiran

Falsafah Rukun Negara Ini satu persoalan yang menarik kerana falsafah dikaitkan dengan satu keadaan atau situasi yang bercorak kebangsaan ataupun bercorak individu dalam erti kata ianya menjurus kepada sesuatu daerah atau kawasan geografi. Sedangkan dalam sejarahnya falsafah itu bersifat universal dan tidak terbatas kepada mana-mana tempat atau lokasi geografi. Jadi, adakah ini patut dilakukan? Soalan yang pertama yang kita harus kemukakan. Mungkin ada yang menganggap ini akan melemahkan bidang falsafah itu sendiri dalam ertikata bahawa ia menjadikan falsafah itu sebagi sesuatu yang tidak lagi bersifat sejagat ataupun ianya lokal dan hanya menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang boleh dianggap sebagai nasionalistik. Namun demikian, saya beranggapan bahawa tidak menjadi kesalahan untuk falsafah itu ditujukan kepada sesuatu konteks yang

spesifik

khususnya

dalam

konteks pemikiran sesebuah negara ataupun budaya itu kerana ini adalah realiti kehidupan dunia pada hari ini. Walaupun kita menganggap bahawa dunia pada hari ini bersifat global dan universal namun demikian terdapat ciri-ciri tempatan yang membezakan antara satu budaya itu dengan satu masyarakat dan budaya yang lain. Oleh kerana itu kita tidak boleh menyamakan misalnya keadaan di Amerika dengan

Syarikat keadaan

atau di

Eropah

Asia

atau

6

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

Malaysia kerana sejarahnya berbeza, pemikirannya berbeza, sifat tempatannya berbeza dan sebagainya. Maka itu adalah wajar bagi falsafah yang dibangunkan dalam sesuatu masyarakat itu mempunyai kaitan dengan persoalan-persoalan yang dihadapi masyarakat. Dan kalau kita lihat sejarah falsafah pun keadaannya begitu. Kepelbagaiaan falsafah yang dicerminkan dalam falsafah yang terdapat dalam tamadun yang berbeza di dunia ini seperti Tamadun Barat, Tamadun Islam, Tamadun Asia dan sebagainya menunjukkan bahawa falsafah juga mempunyai sifat lokal yang tersendiri walaupun isu-isu yang ditanganinya bersifat universal dan global. Dalam hal ini, saya tidak sama sekali menganggap bahawa mengaitkan falsafah dengan satu ideology tempatan atau pemikrian kebangsaan seperti terdapat dalam Rukun Negara adalah menjadi satu kesalahan. Malahan ini adalah satu perkembangan yang positif pada pendapat saya dan dalam hal ini saya ingin merujuk kepada Falsafah Kebangsaan yang termaktub dalam Rukun Negara yang juga dianggap sebagai satu bentuk ideologi kebangsaan seperti Pancasila di Indonesia yang dianggap sebagai satu bentuk ideologi kebangsaan. Jadi, apakah ciri-ciri ideologi kebangsaan ini seperti yang termaktub dalam Rukun Negara? Pertamanya ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Ini adalah satu ciri umum yang dianuti oleh ramai pedudukpenduduk di negara ini iaitu di Malaysia yang juga mewakili masyarakat yang berbilang kaum. Saya rasa ini tidak menimbulkan kontroversi atau masalah kerana kepercayaan kepada Tuhan adalah satu kepercayaan yang dianuti oleh mereka dari pelbagai agama. Misalnya agama Islam, Kristian, Hindu atau agama yang dikaitkan dengan masyarakat Cina seperti Taoisme dan Budhisme. Mereka semua mempunyai konsep ketuhanan. Walaupun diakui bahawa dalam fahaman Budhisme tidak ada secara eksklusif disebut tentang Tuhan namun ada unsur-unsur kerohanian yang boleh dikaitkan dengan konsep ketuhanan. Prinsip Rukun Negara kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Jadi kita sedar bahawa konteks dunia moden ini sistem politiknya adalah berdasarkan kepada konsep negara bangsa iaitu nation state dan ini timbul bermulanya di Eropah sekitar abad ke-18. Sehinggakan hari ini kalau menyebut tentang masyarakat manusia, tidak 7

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

boleh tidak kita mesti melihatnya dalam konteks negara bangsa. Malaysia dalam hal ini tidak terkecuali kerana Malaysia juga adalah satu bentuk nation state; negara bangsa. Tetapi ciri-ciri nation state Malaysia mengandungi unsur-unsur sejarah tersendiri yang didirikan sistem yang terdapat hari ini kerana dalam sejarah Malaysia terdapat sistem beraja ataupun sistem monarki dalam sejarah Malaysia khususnya dengan adanya Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 14 atau 15. Unsur sejarah ini diserap dalam sistem kerajaan yang ada pada hari ini iaitu constitutional

monarchy

ataupun

raja

berperlembagaan. Maka jika itu adalah sistem yang mendasari negara bangsa Malaysia maka sudah tentulah prinsip yang kedua kesetiaan kepada Raja dan Negara itu menjadi satu prinsip yang wajar diterima umum. Unsur kesetiaan ini adalah penting bagi memastikan bahawa ada aspek kesepaduan dalam kalangan rakyat dan kesepaduan itu berdasarkan kepada kesetiaan mereka kepada Raja yang menjadi lambang negara sebagai ketua negara dan negara itu sendiri yang mempunyai perlembagaan tersendiri dan sebagainya. Jadi, prinsip yang kedua ini saya anggap satuprinsip yang wajar diterima umum oleh semua rakyat Malaysia. Yang ketiga, Keluhuran Perlembagaan. Kita tahu bahawa setiap nation state itu mempunyai

perlembagaan

tersediri.

Perlembangan Amerika Syarikat berbeza dari Perlembagaan Britain, Perancis, India, dan Malaysia itu sendiri. Disitulah national characteristic termaktub secara eksklusif iaitu di dalam perlembagaan dan perundangan yang tersendiri. Dengan itu wajarlah jika prinsip ketiga ini iaitu keluhuran perlembagaan itu dijadikan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Kerana ia membolehkan apaapa pertikaian diselesaikan dengan merujuk kepada prinsip perundangan yang paling tinggi iaitu perlembagaan negara. Ini penting bagi memastikan kestabilan dalam sesebuah negara itu kerana jika tidak kita tidak akan dapat mempraktikkan konsep masyarakat yang berasaskan kepada law and order kerana law and order itu hanya boleh dilaksanakan dengan adanya perundangan 8

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

yang jelas dan dalam hal ini perlembagaan merupakan perundangan yang paling tinggi. Ini adalah satu prinsip yang wajar juga diserapkan dalam negara dan diterima umum oleh rakyat Malaysia. Prinsip

yang

keempat,

Kedaulatan

Undang-

undang yang merupakan the highest form of law di Malaysia. Dalam prinsip keempat menjelaskan bagaimana

untuk

mengekalkan

kestabilan

masyarakat itu melalui perundangan ini

iaitu

kedaulatan undang-undang, dimana tidak ada sesiapa boleh dianggap sebagai mengatasi atau melebihi undang-undang. Jika prinsip ini diterima, maka kita akan lebih yakin mengekalkan keharmonian dalam sesuatu masyarakat itu kerana apa-apa pertikaian yang mungkin muncul atas dasar agama atau bangsa dan sebagainya boleh diselesaikan melalui sistem perundangan yang ada. Dengan itu untuk membolehkan perkara itu, maka rakyat harus menerima akan konsep Kedaulatan Undang-undang.

Prinsip yang terakhir ini, Kesopanan dan Kesusilaan. Jika sekiranya prinsip-prinsip di atas adalah bersifat formal atau struktural. Prinsip yang terakhir ini merujuk kepada sesuatu yang lebih bersifat personal dan berkaitan dengan perhubungan manusia. Dan ini juga atas satu prinsip yang penting kerana ia boleh menjamin dan mengekalkan harmoni

hubungan

yang

baik

antara

rakyat

walaupun

ia

tidak mempunyai suatu kuasa perundangan tetapi ciri ini penting dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia kerana dengan adanya perasaan bertolak ansur, kesopanan dan kesusilaan, kita dapat melahirkan suatu masyarakat yang lebih harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap fellow human beings; atau fellow citizens; rakan senegara mereka kerana mereka akan sentiasa mengambil kira akan perasaan orang lain mempunyai rasa hormat terhadap orang lain dan bertindak balas dengan orang lain dengan secara sopan dan mengekalkan kesusilaan. Jadi, ini semua adalah ciri-ciri yang penting untuk dipegang oleh setiap rakyat Malaysia dan ini boleh menjamin kestabilan

9

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

politik dan sebagainya dan pada masa yang sama kita lihat ada unsur pemikiran falsafah yang mendasari prinsip-prinsip tersebut.

Mencapai perpaduan yang lebih erat

Membentuk sikap terbuka

Membina sebuah masyarkat progresif

Memelihara satu cara hidup demokratik

Memcipta sebuah masyarakat yang adil

Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara diwujudkan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan dalam konteks ini melalui proses pendidikan melalui persekolahan dan pendidikan

di

universiti

dan

sebagainya.

Tujuannya

adalah

baik

kerana melihat pendidikan itu sebagai suatu proses yang lebih luas. Maksudnya ia bukan hanya melihat pendidikan sebagai satu proses untuk melahirkan graduate atau graduan yang hanya mempunyai kemahiran tertentu bagi tujuan mengisi jawatanjawatan di pasaran buruh iaitu melahirkan labour force yang cekap dan efisien sahaja. Perkara ini bagi mengelak untuk tidak melahirkan manusia yang seimbang tetapi hanya manusia yang cekap melakukan pekerjaan mereka tetapi dari segi kemanusiaan mereka telah gagal sebagai seorang insan yang mulia. 10

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

Bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul dari sistem pendidikan yang tidak seimbang ini, maka suatu Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diwujudkan bagi memastikan bahawa perhatian yang diberikan itu bukan sahaja tertumpu kepada suatu aspek

sahaja

iaitu

aspek

intelektual

yang

dikaitkan

dengan pencapaian akademik dan ini biasa berlaku dalam mana-mana sistem pendidikan dianggap sebagai satu medan di mana mereka bersaing seolah-olah pendidikan itu adalah medan pertempuran. Terdapat konsep survival of the fittest digunakan;

yang

berjaya

terus

berjaya

dalam

kehidupan,

yang

gagal dalam sistem pendidikan akan gagal. Jadi jika itu situasi atau senarionya ini berlaku sudah tentulah sistem pendidikan itu dianggap gagal. Sebaliknya untuk mengelakkan situasi ini, dikemukakan satu falsafah

pendidikan

yang

menekankan

empat aspek bagi memastikan bahawa insan yang dilahirkan melalui sistem ini merupakan kerana

insan

terdapat

personalitinya. boleh

dicapai

yang

berjiwa

keseimbangan

Jadi,

mulia dalam

keseimbangan

dengan

ini

menumpukan

perhatian bukanhanya dengan satu perkara tetapi empat perkara yang penting bagi menjadikan seseorang itu insan yang mulia dan berguna . Pertamanya, aspek jasmani; keduanya, aspek emosi; ketiganya, aspek rohani dan keempat, aspek intelek. Secara akronimnya disebut JERI. Pertama, jasmani iaitu jasad tubuh badan kita. Walaupun kita mahu melahirkan manusia yang pintar mengenai sesuatu yang mendalam dan pengetahuan yang luas, tetapi kita harus akur bahawa manusia yang mempunyai jasad dan jika tidk diberi perhatian kepada jasad sudah tentulah pemikiran akan terjejas dan tidak dapat berfungsi secara optimum. Pendidikan Jasmani umpamanya adalah satu subjek yang diadakan di sekolah-sekolah dengan penuh kesedaran bahawa aspek tubuh badan itu harus diberi perhatian. Dalam hal ini, 11

Falsafah Dan Isu Semasa

[email protected]

pendidikan mengenai kesihatan juga menyumbang kepada jasmani yang sihat dan baik. Jadi, ini dicerminkan dalam sistem pendidikan itu sendiri dengan adanya subjek seperti Pendidikan Jasmani yang mempunyai kegiatan-kegiatan kokurikulum yang menekankan aspek sukan sebagai pembinaan jasmani. Kedua, aspek emosi Emotional Quotion (EQ). Selain daripada Intellectual Quotion (IQ) sudah timbul cara mengukur kesejahteraan atau kestabilan emosi, menunjukkan bahawa di Barat juga, sistem EQ ini diterbitkan juga mula memberi perhatian kepada aspek emosi kerana manusia itu juga mempunyai perasaan dan jiwa bersifat halus yang mendasari pemikiran kognitif. Selalunya kita menganggap seolah-olah pemikiran rasional ataupun aspek kognitif itu tidak terletak di satu landasan yang bersifat bukan kognitif kerana kita menganggap kognitif itu fundamental tetapi sebenarnya tidak. Fungsi kognitif juga bergantung pada keadaan emosi yang stabil. Jika, emosi tertekan misalnya tidak mungkin kita dapat berfikir dengan baik dan tidak mungkin kita dapat mencapai kognitif yang maksima. Dengan itu perhatian harus diberikan kepada aspek emosi. Bagaimanakah cara emosi ini diberi perhatian dalam sistem pendidikan? Mungkin melalui cara guru-guru mengajar subjek-subjek mereka kepada murid-murid dan cara guru-guru berinteraksi dengan murid-murid iaitu menunjukkan lebih elemen kasihsayang, elemen mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi murid-murid dan dengan adanya satu saluran formal seperti ada kaunselor dan sesi kaunseling. Dengan ini diharap keadaan emosi pelajar akan lebih terpelihara. Juga melalui aktiviti di luar sekolah di mana murid-murid dapat meluaskan kegiatan mereka itu yang mana tidak hanya terhad pada kegiatan akademik tetapi juga mengekspresi diri mereka melalui umpamanya sukan, nyanyian, muzik ataupun aktiviti keagamaan. Ini semua memainkan peranan dalam menimbulkan emosi yang stabil dalam kalangan pelajar sekolah. Aspek ketiga iaitu rohani yang ada kaitannya dengan emosi. Bila kita sebut tentang kerohanian ada kaitannya dengan keagamaan. Jadi, di sini menunjukkan bahawa sistem pendidikan ...


Similar Free PDFs