SEJARAH DAN IMPLIKASI KEMUNCULAN GERAKAN FEMINISME KRISTIAN DOCX

Title SEJARAH DAN IMPLIKASI KEMUNCULAN GERAKAN FEMINISME KRISTIAN
Author Sakinah Mohammad
Pages 28
File Size 50.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 108
Total Views 189

Summary

1 BAB 2 SEJARAH DAN IMPLIKASI KEMUNCULAN GERAKAN FEMINISME KRISTIAN 2.1 PENGENALAN Bab 2 ini akan menumpukan perbincangan berkaitan kedudukan wanita di Eropah, dan negara barat seperti Amerika Syarikat. Bab ini juga akan mengupas sejarah kemunculan gerakan kebangkitan wanita dan feminisme Kristian s...


Description

1 BAB 2 SEJARAH DAN IMPLIKASI KEMUNCULAN GERAKAN FEMINISME KRISTIAN 2.1 PENGENALAN Bab 2 ini akan menumpukan perbincangan berkaitan kedudukan wanita di Eropah, dan negara barat seperti Amerika Syarikat. Bab ini juga akan mengupas sejarah kemunculan gerakan kebangkitan wanita dan feminisme Kristian serta mengupas implikasi yang diterima daripada kemunculan gerakan emansipasi wanita ini. 2.2 KEDUDUKAN WANITA SEBELUM KEBANGKITAN FEMINISME Wanita di ketika dahulu menjadi subjek perhambaan sebagaimana yang kerap dinyatakan dalam penulisan berkaitan wanita pada sebelum kebangkitan adalah, 'Woman was the first human being that tasted bondage. Woman was a slave before the slave existed.' Hal ini adalah dirujuk pada sikap wanita yang lemah, tahap akal yang rendah dan sentiasa memerlukan pertolongan lelaki akibat daripada ketidakmampuan wanita ketika kehamilan dan kelahiran anak, yang menuntut bantuan, sokongan dan perlindungan dari lelaki, menjadikan wanita dianggap sebagai golongan bawahan bagi lelaki dan ciptaan yang tidak mempunyai kemampuan. Hal ini juga menyebabkan wanita pada era tersebut terlibat dengan perkara seperti penyalahgunaan anak perempuan, pencabulan maruah kanak-kanak perempuan dan seumpamanya. (Bebel 1885) Wanita juga suatu ketika dahulu menjadi harta dagangan yang dijual kepada pedagang dan peniaga dalam keadaan wanita itu tidak ada hak untuk menolak mahupun bersuara terhadap keadaan itu. Mereka dilihat sebagai salah satu daripada harta sebagaimana harta material yang lain. Mereka dijadikan hamba seksual. Namun, zaman berlalu, tamadun semakin berkembang dan perubahan berlaku apabila sistem perkahwinan diperkenalkan, wanita tidak lagi menjadi hamba tanpa suara, wanita menjadi isteri yang dilindungi oleh seorang lelaki. Wanita mendapat pemilikan harta...


Similar Free PDFs