Kemunculan Keshogunan Kamakura DOC

Title Kemunculan Keshogunan Kamakura
Author Nurul Ain Ali
Pages 1
File Size 68.5 KB
File Type DOC
Total Downloads 160
Total Views 302

Summary

1.0 Pengenalan Jepun telah diperintah oleh golongan perwira sejak dari abad ke-12 sehingga abd ke-19 yang dalam sejarah politiknya dikuasai oleh persaingan golongan perwira. Tempoh abad ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat dan negara. Golongan bushi, samurai dan “fighting men...


Description

1 1.0 Pengenalan Jepun telah diperintah oleh golongan perwira sejak dari abad ke-12 sehingga abd ke-19 yang dalam sejarah politiknya dikuasai oleh persaingan golongan perwira. Tempoh abad ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat dan negara. Golongan bushi, samurai dan "fighting men" yang telah menekankan nilai kesetiaan dan keberanian di bawah satu sistem yang dikenali sebagai Bushido "Way of the Warrior". Menjelang pertengahan abad ke-12, terdapat dua puak yang berkuasa iaitu keluarga Taira dan Minamoto. Pada tahun 1185, puak Minamoto telah berjaya mengalahkan puak Taira. Selepas kekalahan itu, keluarga Minamoto membenarkan maharaja kembali kepada kedudukannya, tetapi telah merampas semua kekuasaan maharaja dari memerintah rakyat Jepun. Oleh itu, pada zaman ini, maharaja hanya berperanan di belakang tadbir terutama sekali dalam hal ehwal keagamaan dan keabsahan sesebuah kerajaan di Jepun. Kemuncak kepada pertelingkahan antara Keluarga Taira dengan keluarga Minamoto ialah Perang Gempei. Dalam peperangan tersebut, keluarga Minamoto memenangi peperangan ini dan pemimpinnya Minamoto Yoritomo muncul sebagai pemimpin yang paling berkuasa di Jepun. Selain itu, melalui peristiwa perang antara dua kuasa hebat yang diketuai oleh pahlawan dari golongan aristokrat telah menjadi subjek kepada kisah lagenda dan kisah percintaan iaitu dalam "Heiki Monotagari". Tindakan pertama beliau ialah mendirikan ibu negerinya di Kamakura dan mewujudkan era baru dalam sejarah tamadun Jepun iaitu Zaman Kamakura (1185-1331 M)....


Similar Free PDFs