keshogunan tokugawa DOCX

Title keshogunan tokugawa
Author Nur Rasyiqah
Pages 20
File Size 46.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 336
Total Views 430

Summary

PENGENALAN Jepun merupakan salah satu negara di kawasan Asia Timur yang memiliki sejarah tersendiri dan sebuah negara maju yang dikagumi. Dengan kehebatannya mentadbir negara, mengekalkan tradisi dan modernisasi memperlihatkan negara terbit matahari ini sangat dihormati dan dikagumi di Asia Timur ma...


Description

PENGENALAN Jepun merupakan salah satu negara di kawasan Asia Timur yang memiliki sejarah tersendiri dan sebuah negara maju yang dikagumi. Dengan kehebatannya mentadbir negara, mengekalkan tradisi dan modernisasi memperlihatkan negara terbit matahari ini sangat dihormati dan dikagumi di Asia Timur mahupun serata dunia. Latar belakang sejarah Jepun cukup gah dengan legasi kepimpinan yang diperakui oleh sejarawan dan Negara maju yang lain. Dalam periodisasi sejarahnya, Jepun terbahagi ke dalam 4 era, iaitu zaman prasejarah, zaman klasik, zaman pertengahan, dan zaman moden . Zaman pertengahan Jepun bermula dengan bangkitnya kelompok penguasa yang terdiri dari para ksatria (Samurai). Pada zaman ini juga merupakan zaman feudalisme yang bermula dengan perebutan kekuasaan antara kelompok penguasa yang terdiri dari samurai. Pemerintahan di Jepun pada zaman pertengahan dikenali dengan pemerintahan bakufu (Shogun). Sejarah Jepun sendiri membuktikan bahawa kerajaan kesyogunan Tokugawa membawa satu pembaharuan dalam sistem Feudal Jepun. Pemerintahan Shogun Tokugawa yakni menduduki lapisan kedua dalam sistem feudal mula mengasas zaman keshogunan Tokugawa dan memerintah Jepun bermula pada abad ke 17 sehingga abad ke 19. Pada kurun waktu seribu tahun kebelakangan merupakan masa akhir dari monarki akhir zaman Heian (794-1185) dan merupakan masa awal dari zaman feodalisme militer Kamakura (1192-1333) .Zaman feodalisme awal meliputi zaman Muromachi dan zaman Azuchi Momoyama (1333-1603) . Pada kurun waktu (1603-1868) merupakan masa feudal akhir yang berpusat pada pemerintahan keluarga militer Tokugawa (Bakufu Edo) . Shogun Tokugawa adalah Shogun generasi ketiga dan terakhir yang berlangsung pada zaman Edo.1 Keshogunan Tokugawa atau Keshogunan Edo (Edo Bakufu ) 1603- 1868 adalah pemerintahan diktator militer feudalisme di Jepun yang dirikan oleh Tokugawa Ieyasu dan secara turun temurun, di pimpin oleh keluarga shogun Tokugawa. 1 W.G Beasley . (2003).Pengalaman Jepang .Jakarta :Yayasan Obor Indonesia . hlm xi-xii 1...


Similar Free PDFs