sej Asia Timur. keshogunan tokugawa 1601-1867 DOCX

Title sej Asia Timur. keshogunan tokugawa 1601-1867
Pages 22
File Size 70.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 253
Total Views 530

Summary

Marjory Cindy anak Langit D20131064292 1.0 Pengenalan. Menurut orang lagenda orang Jepun berasal daripada keturunan Dewi Matahari. 1 Pada kurun seribu tahun sebelumnya, adalah masa akhir bagi monarki zaman Heian (794- 1185). Shogun Tokugawa adalah Shogun generasi ketiga dan terakhir yang berlangsung...


Description

Marjory Cindy anak Langit D20131064292 1.0 Pengenalan. Menurut orang lagenda orang Jepun berasal daripada keturunan Dewi Matahari.1 Pada kurun seribu tahun sebelumnya, adalah masa akhir bagi monarki zaman Heian (794- 1185). Shogun Tokugawa adalah Shogun generasi ketiga dan terakhir yang berlangsung pada zaman Edo.2 Zaman pemerintahan Keshogunan Tokugawa bermula pada tahun 1601 sehingga 1867 iaitu 260 tahun lamanya. Tokugawa Ieyasu merupakan pemimpin yang agung di Jepun pada masa tersebut, iaitu dalam abad ke 17. Zaman pemerintahan ini merupakan zaman pemerintahan berdasarkan sistem ketenteraan atau sistem feudal yang paling lama memerintah dalam sejarah Jepun. Jepun adalah negara di kawasan Asia Timur yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan dikenali sebagai negara maju yang dikagumi. Pada zaman Tokugawa ini, maharaja dilihat hanya sebagai boneka sedangkan Shogun yang berkuasa mentadbir politik Jepun pada masa tersebut. Zaman Tokugawa turut dikenali sebagai zaman Edo berikutan kemenangan dalam Perang Sekigahara pada tahun 1600 yang mana Tokugawa Ieyasu telah diangkat menjadi Seiitai Shogun pada tahun 1603 dan mendirikan bakufu di Edo.3 Zaman Keshogunan Tokugawa ini terkenal dengan kehebatannya dalam mentadbir negara sekali gus mengekalkan tradisi telah memperlihatkan Jepun ini sebagai negara yang disegani dan di geruni oleh negara-negara di Asia Timur mahupun peringkat antarabangsa. Dalam sejarah Jepun, Jepun mengalami 4 periodisasi iaitu zaman prasejarah, zaman klasik, zaman pertengahan dan zaman moden. Dalam sejarah Jepun ini, Perang Sekogara telah berlaku setelah kematian Toyotomi Hideyoshi akibat daripada pertengkaran dan pertelingkahan dalam perebutan kuasa antara pesuruhjaya-esuruhjaya iaitu Ieyasu dan Ishida Mitsunari. Semasa berlakunya pertengkaran ini, Ieyasu disokong penuh oleh Asano Yukinaga, Fukushima Masanori, dan Kuroda Nagamasa sementara itu, Mitsunari pula mendapat sokongan dari para tentera daimyo seperti Mori Terumoto, Mori Hidemoto, Ukita Hideie dan Shimazu Yoshihiro. Semasa zaman Keshogunan di mana samurai mulai menampakkan diri dalam bidang pentadbiran, mereka mulai bangkit dan bermulanya zaman perebutan kuasa di antara kelompok penguasa yang terdiri daripada samurai atau ksatria. Akibat pertelingkahan antara Ieyasu dengan Mitsunari, maka berlakunya peperangan yang telah melibatkan hampir 160 000 orang askar dan kedua-dua angkatan tentera adalah setanding antara satu sama lain. 1 W. Scott Morton. 2006. Jepun Sejarah dan Budaya. Penerbitan Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlmn: 1 2 W.G Beasley. 2003. Pengalaman Jepang. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta. Hlmn: xi-xii 3 http://moshimoshi.netne.net/materi/sejarah_jepang/bab_8.htm. 1...


Similar Free PDFs