Zaman Keyogunan Tokugawa (1601-1867 M) PDF

Title Zaman Keyogunan Tokugawa (1601-1867 M)
Author Seellren Anthony
Pages 14
File Size 526.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 197
Total Views 336

Summary

SEELLREN ANTHONY 1/2013 ZAMAN KESYOGUNAN TOKUGAWA (1601-1867 M) Seellren Anthony Pengenalan Tokugawa Ieyasu merupakan pemimpin yang agung di Jepun pada abad ke-17 dan kerajaan tentera yang paling lama memerintah dalam sejarah Jepun. Zaman Tokugawa turut dikenali sebagai zaman Edo berikutan kemenanga...


Description

SEELLREN ANTHONY 1/2013 ZAMAN KESYOGUNAN TOKUGAWA (1601-1867 M) Seellren Anthony Pengenalan Tokugawa Ieyasu merupakan pemimpin yang agung di Jepun pada abad ke-17 dan kerajaan tentera yang paling lama memerintah dalam sejarah Jepun. Zaman Tokugawa turut dikenali sebagai zaman Edo berikutan kemenangan dalam Perang Sekigahara pada tahun 1600 yang mana Tokugawa Ieyasu telah diangkat menjadi Seiitai Shogun pada tahun 1603 dan mendirikan bakufu di Edo.1 Perang Sekigahara berlaku setelah kematian Toyotomi Hideyoshi akibat pertelingkahan perebutan kuasa antara pesuruhjaya-pesuruhjaya iaitu Ieyasu dan Ishida Mitsunari. Ieyasu disokong oleh Asano Yukinaga, Fukushima Masanori, dan Kuroda Nagamasa sementara Mitsunari pula mendapat sokongan tentera daimyo seperti Mori Terumoto, Mori Hidemoto, Ukita Hideie dan Shimazu Yoshihiro. Peperangan ini melibatkan hamper 160 000 orang askar dan kedua-dua angkatan setanding antara satu sama lain. Namun, kemenangan lebih memihak kepada Ieyasu kerana lebih mempunyai banyak pengalaman dalam taktik peperangan dan petempuran.Ishida Mitsunari yang kalah dalam petempuran ini telah dihukum mati pada 6 November 1600.2 Bagi mengukuhkan kuasa politiknya, Shogun Tokugawa telah menawan Osaka pada tahun 1615 dan diperkukuhkan lagi dengan sistem bakuhan ataupun Bakuhan Taisei. Sistem ini melibatkan satu kuasa pusat atau bakufu yang mempunyai kuasa penuh ke atas seluruh negeri yang mana terletak di Edo dan daimyo diberikan kuasa daerah atau han yang diwakili oleh sekitar 250 daimyo yang mempunyai taraf ekonomi yang berbeza. Bakufu telah mengenakan kawalan yang ketat terhadap semua daimyo, golongan aristocrat dan maharaja di Kyoto. Bakufu membatasi kuasa maharaja dan golongan bangsawan melalui satu ordinan yang dikenali sebagai Kinchu Kuge Sho-Hatto 3 ataupun peraturan bagi 1

http://moshimoshi.netne.net/materi/sejarah_jepang/bab_8.htm (accessed 27-10-2013) M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm. 38. 3 Perkara-perkara utama dalam ordinan ini ialah: a) Maharaja harus berdedikasi untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan beliau mesti mengikut ajaranajaran klasik dan memajukan tradisi puisi. 2

1

SEELLREN ANTHONY 1/2013 istana. Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran tetapi hanya berperanan dalam aspek adat istiadat dan kesusteraan.4 Malahan, hubungan maharaja dengan daimyo dikawal oleh bakufu. Daimyo juga diwajibkan mengangkat sumpah setia kepada bakufu dan bertangungjawab menunaikan bantuan apabila diperlukan oleh bakufu serta memastikan han mereka ditadbir dengan aman. Tokugawa telah menetap satu peraturan bagi megatur daimyo yang dikenali sebagai Buke Sho-Hatto. 5 Salah satu isi kandungan peraturannya ialah para daimyo dilarang memperkuatkan kekuatan pasukannya, mendirikan benteng atau memperbaiki benteng tanpa pengetahuan bakufu. 6 Cara lain yang digunakan oleh Tokugawa untuk mengendalikan para daimyo dengan mewajibkan para daimyo datang dan tinggal di Edo untuk beberapa waktu yang dikenali sebagai Sankin Kotai. Jentera Pentadbiran Tokugawa Jentera pentadbiran Bakufu telah dirangka bagi memudahkan pengawalan secara mutlak ke atas keseluruhan Negara Jepun semasa pemerintahan Ieyasu. Jentera pentadbiran bakufu telah dibahagikan kepada tiga jabatan-jabatan utama iaitu Tairo, Roju dan Hyojosho.7 Tairo8 bertindak sebagai pemangku Raja apabila seseorang belum dewasa untuk menjadi Syogun. Tairo juga turut bertindak sebagai penasihat syogun mengenai dasar-dasar yang penting. Roju atau Majlis Tertua membentuk Majlis Negara. Roju berperanan dalam menguruskan perkara yang berhubung dengan Istana Diraja, Kuge atau golongan bangsawan dan golongan daimyo serta menyelia hal ehwal dalam negeri kesyogunan. Roju juga berperanan dalam mengawal biara-biara dan tempat-tempat suci.

b) Menteri-menteri Agung (Great Ministers) di istana Maharaja (seperti Dojo-Daijin, Sa-Daijin, dan lain-lain) akan menduduki tempat yang lebih kanan berbanding dengan putera-putera raja dan c) Walau apapun kedudukan mereka di istana, orang-orang yang membuat kesalahan akan dibuang negeri. [Sebagai tambahan, Syogun juga telah menetapkan jumlah hasil yang akan diterima oleh maharaja dan pegawai-pegawai bakufu dihantar ke istana untuk mengawasinya. Sebenarnya, Syogun telah melucutkan kuasa maharaja dan golongan bangsawan di samping menyekat kebebasan mereka.] 4 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 52. 5 http://moshimoshi.netne.net/materi/sejarah_jepang/bab_8.htm (accessed 27-10-20013) 6 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 52. 7 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm. 44. 8 Tairo juga dikenali sebagai Majlis Penasihat-penasihat Agung.

2

SEELLREN ANTHONY 1/2013 Selain itu, Hyojosho atau Majlis Kehakiman merupakan sebuah majlis yang terdiri daripada Roju dan sebahagian kecil Pesuruhjaya atau Bugyo9 yang mengetuai beberapa jabatan penting dalam bakufu. Hyojosho berfungsi sebagai sebahagian berbentuk pentadbiran dan sebahagian berbentu kehakiman kerana semasa pemerintahan syogun Tokugawa tidak ada perbezaan yang ketara di antara cabang-cabang eksekutif dan kehakiman. Daimyo-daimyo Golongan daimyo telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu daimyo Shimpan, daimyo Fudai dan daimyo Tozama. Daimyo Shimpan dekat dengan keluarga Tokugawa dan dapat berhubungan langsung dengan keluarga Tokugawa. Malahan, sebahagian daripada daimyo Shimpan merupakan cabang keluarga Tokugawa dan yang utama dikenali sebagai Go-Sanke atau “Tiga Rumah”. 10 Ia berikutan kepunyaan kepada tiga orang anak Ieyasu iaitu Yoshinao, Yorinobu dan Yorifusa. Go-Sanke ini terletak di daerah-daerah Owari, Kii dan Mito.11 Daimyo ini juga merupakan penasihat dalam pemerintahan dan diberikan wilayah yang dekat dengan Edo. Daimyo Fudai atau “ Tuan-tuan Di Dalam” pula merupakan pengikut setia Ieyasu sebelum Ieyasu berkuasa iaitu sebelum perang Sekigahara. Han mereka di hampir semua pusat pemerintahan dan ditempatkan di Jepun bahagian tengah dan timur yang tidak begitu jauh dari Edo dan sepanjang saluran-saluran komunikasi penting yang menghala ke Edo. Daimyo ini merupakan pengawal keamanan dari Kyoto dan Edo. Golongan ini juga diletakan berhampiran dengan tanah-tanah berhampiran dengan daimyo Tozama bagi mengawasi gerak geri golongan Tozama. Satu lagi daimyo iaitu daimyo Tozama merupakan yang bersifat neutral atau bermusuhan dengan Ieyasu semasa perang Sekigahara. Namun, telah mengangkat sumpah setia kepada Ieyasu setelah perang Sekigahara. Daimyo Tozama memiliki kekuasaan yang kecil karena tanah-tanah

9

Antara Bugyo yang paling berkuasa termasuklah: a) Machi-Bugyo (Pesuruhjaya-pesuruhajaya Bandar) Edo, Kyoto dan Osaka, b) Jisha-Bugyo (Pesuruhjaya-pesuruhjaya bagi Biara dan tempat suci) c) Kanjo Bugyo (Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kewangan) d) Gaikoku Bugyo (Pesuruhjaya-pesuruhjaya Hal Ehwal Luar Negeri) dan e) O-Metsuke (Ketua Pengawas atau Penapis) 10 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm. 42. 11 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 42.

3

SEELLREN ANTHONY 1/2013 golongan ini ditempatkan di Jepun bahagian barat, utara dan selatan yang jauh dari Edo.12 Ieyasu sentiasa mengawasi golongan ini dan mengesyaki kesetiaan mereka. Malahan, Ieyasu turut melemahkan kuasa ekonomi daimyo Tozama dengan memaksa mereka memberi sumbangan tenaga manusia, bahan-bahan dan wang untuk berbagai-bagai kerja awam serta pembinaan istana-istana bagi keluarga Tokugawa. Ieyasu turut mengarahkan daimyo Tozama memusnahkan kapal-kapal perang mereka yang beratnya melebihi 50 tan.13 Sistem Sankin Kotai Sistem Sankin Kotai telah diperkenalkan oleh Buke Sho- Hatto pada tahun 1615 atau dikenali sebagai Sistem Kehadiaran Bergilir. Setiap daimyo harus menukar tempat kediaman mereka antara Edo dengan tanah sendiri selang setahun di bawah sistem ini. Daimyo juga harus meninggalkan isteri dan anaknya di Edo sebagai penjamin apabila mereka pulang ke tanah sendiri. Apabila daimyo tinggal di tanah sendiri mereka tidak dibenarkan melawat tanah lain tanpa persetujuan daripada bakufu. Sistem Sankin Kotai ini juga telah memberi impak ekonomi yang penting kepada daimyo. Di mana sistem ini telah memberi bebanan kepada semua daimyo kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar semasa berulang alik dari Edo dengan tanah sendiri. Kesan ini jelas ketara dilihat pada daimyo Tozama yang terkenal iaitu Shimazu dari Satsuma terpaksa mengembara 1000 batu melalui darat dan laut antara Kagoshima dan Edo.

12

Ibid., hlm. 41. M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm. 42.

13

4

SEELLREN ANTHONY 1/2013 Susunan Sosial Bakufu

Tenno

Syogun & kuge

Hatamoto @ daimyo Rakyat : samurai, nomin, shonin, chonin

Jadual 1: Struktur sosial masyarakat zaman Edo Sistem sosial bakufu berasaskan kepada pembahagian kelas yang ketat yang mana di puncak piramid sosial diketuai oleh tenno iaitu maharaja dan kerabat diraja, kemudian diikuti oleh kuge iaitu syogun dan golongan bangsawan dan Hatamoto atau golongan daimyo serta rakyat jelata. Rakyat jelata dibahagikan lagi kepada beberapa kumpulan iaitu samurai, nomin, shonin dan chonin. Walaupun tenno mengetuai struktur sosial Jepun semasa era Tokugawa tetapi peranan tenno hanya terhad kepada hal ehwal kesusasteraan dan keagamaan. Pentadbiran Jepun terletak di tangan syogun iaitu kesyogunan Ieyasu Tokugawa. Syogun dibantu oleh para daimyo dalam mentadbir dan memerintah Jepun. Daimyo merupakan penguasa daerah yang berkuasa di wilayah yang dikenali sebagai Han. 14 Dalam kelas rakyat, golongan samurai merupakan kelas yang mempunyai kedudukan yang istimewa. Golongan ini tinggal berhampiran atau di bandar-bandar istana ataupun jokamachi. Samurai-samurai muda yang berkeupayaan luar biasa akan memegang jawatanjawatab yang tinggi dalam birokrasi Tokugawa dan Han. Golongan samurai telah muncul sebagai kelas yang paling berpendidikan dalam sistem sosial Tokugawa. Malahan, bakufu turut menggalakkan pelajaran dalam kalangan samurai. Menjelang akhir era Tokugawa terdapat hampir 250 buah sekolah untuk anak-anak lelaki golongan samaurai di seluruh Jepun. 14

www.usd.ac.id/.../PERKEMBANGAN%20EKONOMI.

5

SEELLREN ANTHONY 1/2013 Golongan kedua dalam kelas rakyat jelata ialah nomin ataupun golongan petani. Golongan ini mengusahakn kegiatan pertanian khususnya penanman padi dan juga sayur-sayuran, kapas, tembakau, kertas dan lain-lain. Sebahagian golongan petani merupakan petani miskin yang mengalami kesenggaraan ekonomi dan tidak ada hak-hak politik. 80-90% daripada jumlah penduduk Jepun semasa era Tokugawa terdiri daripada kaum tani yang terpaksa menanggung beban pencukaian.15 Mereka terpaksa membayar 40-50% dari jumlah hasil keluaran sebagai cukai tahunan keapda daimyo. Kalau mereka gagal membayar cukai golongan ini terpaksa menerima hukuman yang berat. Malahan, kaum tani turut membayar cukai lain yang dipanggil sebagai komononari.16 Cukai dibayar dalam bentuk wang dan dikenakan ke atas pendapatan yang diperolehi oleh petani dari hasil-hasil hutan, kolam dan sungai. Bakufu turut mengenakan sekatan yang ketat dan tidak membenarkan kaum tani untuk bergerak secara bebas dari satu tempat ke satu tempat lain serta menukar perkerjaan. Golongan ini juga tidak dibenarkan memindahkan hakmilik atau membahagikan tanah dalam kalangan waris mereka kecuali lebih dari 1 cho bersamaan dengan 2.45 ekar dan menghasilkan 10 koku beras. Selain itu, golongan shonin atau petukang merupakan golongan ketiga dalam kelas rakyat jelata. Petukang-petukang yang memiliki pengetahuan dan keupayaan istimewa akan diberi layanan yang istimewa seperti tukang senjata dan tukang pedang. Misalnya layanan istimewa adalah diberi gaji yang lumayan dan rumah yang baik. tukang kayu turut diberi layanan yang sama seperti Nakai Mondo yang merupakan Ketua Tukang Kayu di Kyoto dalam tahun 1698 telah diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang.17 Petukangpetukang yang tidak ada kemahiran akan diberi layanan yang buruk. Golongan ini biasanya tinggal di pekan-pekan istana yang kecil dan berkerja dengan daimyo. Golongan yang terakhir dalam kelas rakyat jelata ialah chonin atau golongan saudagar. Golongan ini berada di kedudukan yang paling rendah dalam struktur sosial Tokugawa. Namun, pertumbuhan ekonomi telah mengwujudkan sebuah kelas saudagar yang berkuasa. Golongan chonin telah mempunyai hubungan yang rapat dengan kesyogunan Tokugawa. Mereka telah menjadi penghubung antara bushi dan petani serta menjalankan fungsi kewangan bagi pihak 15

M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm. 46. M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 46. 17 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm. 47. 16

6

SEELLREN ANTHONY 1/2013 bakufu dan daimyo. Golongan chonin turut menyediakan pinjaman dan telah mewujudkan satu sistem ekonomi kebangsaan yang berpusat di Osaka. Edo turut berkembang menjadi pusat perdagangan dengan berpusat di Nohinbashi. Pada tahun 1760, terdapat 200 keluarga saudagar yang mempunyai harta dan kekayaan melebihi daimyo. Antaranya ialah Mitsui, Konoike dan Sumitomo.18 Golongan chonin telah memperkenalkan pengurusan baharu yg kemudiannya diwarisi syarikat moden Jepun. Kegiatan perdagangan memberi kesan pertumbuhan bandar seperti Edo, Kyoto, dan Osaka. Bandar-bandar ini telah menjadi pusat perhubungan dan pengangkutan termasuk pengangkutan laut. Contohnya Jalan Tokaido seperti yg digambarkan pelukis blok kayu Ando Hiroshige yang menggambarkan kesibukan di Jalan Tokaido sebagai pusat perhubungan dan pengangkutan.19 Sakoku atau pemecilan Jepun Pelaksanaan sakoku atau pemecilan Jepun dilaksanakan dalam tahun 1630-an selama hampir 200 tahun berikutan daripada kegagalan Tokugawa untuk mengawal perdagangan luar, kebimbangan pemerintah terhadap penganut Kristian dan kebimbangan terhadap golongan daimyo sebelah barat akan bergabung dengan kuasa asing untuk menentang kuasa syogun. 20 Pada awalnya, Jepun menggalakkan hubungan perdagangan dengan negara China dan Asia Tenggara. Orang-orang Jepun dibenarkan berhijrah ke luar negeri. Malahan, menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang Portugis dan Belanda pada dekad pertama abad ke-17. Perdagangan asing yang berkembang telah menampakkan kemasukan mubalighmubaligh Kristian ke Jepun berikutan kapal-kapal dagangan Belanda dan Portugis diiringi oleh mubaligh. Agama Kristian mulai berkembang di beberapa kawasan di Jepun. Dalam tahun 1630an, perdagangan asing telah ditutup secara mendadak apabila bakufu membuat keputusan menutup Jepun daripada dunia luar. Orang Jepun telah dilarang merantau keluar negeri dan perdagangan asing telah diharamkan. Perasaan anti-Kristian tercetus dan ramai mualaf-mualaf Jepun serta mubaligh-mubaligh Kristian dihukum bunuh terutamanya di Nagasaki pada tahun 1622.

18

Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 55. Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 56. 20 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 53. 19

7

SEELLREN ANTHONY 1/2013 Dasar pemencilan telah dilaksanakan melalui tiga titah perintah yang dikeluarkan oleh bakufu dalam tahun 1633, 1635 dan 1639. 21 Pada tahun 1633, bakufu melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara melainkan mendapat lesen yang sah daripada bakufu. Titah perintah kedua yang dikeluarkan pada tahun 1635 sekali lagi melarang kapal-kapal Jepun daripada belayar ke seberang laut dan melarang rakyat Jepun keluar negeri. Pada tahun 1639, titah perintah ketiga telah dikeluarkan lagi oleh bakufu yang mana mengharamkan perdagangan asing dan menutup negara daripada perhubungan luar. Walaubagaimanapun, Dejima di Nagasaki telah diberi pengecualian oleh bakufu bagi menerima maklumat hal ehwal dunia dan mengimport pengetahuan Barat terutama dalam bidang perubatan dan astronomi. 22 Malahan, hubungan perdagangan juga hanya terhad kepada hubungan perdagangan dengan Belanda dan China. Dasar sakoku ini dilaksanakan berikutan peristiwa pemberontakan Shimabara di Kyusu yang dianggap oleh bakufu sebagai pemberontakan orang-orang Kristian menentang kekuasaan Syogun. Walaupun hakikatnya pemberontakan Shimabara merupakan pemberontakan yang dilakukan oleh petani yang ditindas yang telah menganut agama Kristian. Satu lagi faktor yang menyebabkan dasar ini dijalankan kerana kebimbangan terhadap kuasa asing menggunakan isu perdagangan atau agama Kristian untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri kesyogunan. Ekonomi Pada era pemerintahan Ieyasu Tokugawa, awalnya Tokugawa mendorong perdagangan luar negeri, mendirikan hubungan dagang dengan Inggeris dan Belanda. Namun, pada tahun 1633, Syogun Iemitsu telah menerapkan politik isolasi Dan hubungan perdagangan hanya terhad dibuka dengan China Dan Belanda melalui pelabuhan Nagasaki. Dalam masa pelaksanaan dasar pemencilan perekonomian Jepun lebih kepada sektor pertanian dan produk manufaktur dari Jepun. 23 Ekonomi telah meningkat ekoran daripada peningkatan pengeluaran pertanian akibat kegiatan tebus guna tanah. Misalnya, hasil daripada pengeluaran pertanian pada tahun 1595

21

M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm. 49. M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 50. 23 www.usd.ac.id/.../PERKEMBANGAN%20EKONOMI. 22

8

SEELLREN ANTHONY 1/2013 adalah 18.5 juta koku 24 telah meningkat kepada 25.8 juta koku pada tahun 1700 serta terus meningkat kepada 30.4 juta koku pada tahun 1832.25 Peningkatan hasil pengeluaran pertanian in adalah berikutan penggunaan benih yang baik, peralatan yang canggih, penggunaan haiwan untuk membajak dan penanaman dua kali setahun. Tanaman yang ditanam adalah padi, the, kapas, mulberi, gula, tembakau dan nila. Produk utama Jepun adalah beras. Oleh itu, penanaman padi dilakukan dua tahun sekali. Produk manufaktur juga penting sehingga membuat pedagang kaya yang terdiri dari grosir, pertukaran calo, pemilik bank menjadi berkuasa dalam bidang ekonomi. Semasa pemerintahan Tokugawa, sistem bakuhan taiser telah berjaya diserapkan bagi mengwujudkan kestabilan politik dan keamanan. Ekonomi lama yang berdasarkan sistem barter telah digantikan dengan sistem wang.26 Keadaan ini telah menguntungkan golongan pedagang daripada kelompok tentera. Mereka telah menguasai perdagangan beras dan pengaruh semakin kuat dalam bidang politik. Akibatnya, kuasa golongan daimyo dan samurai semakin tenggelam akibat daripada berhutang dengan pedagang. Antara jenis pinjaman yang ditawarkan ialah Blind Money, Crow Money, Morning to night Money, Dissipation Money dan Double on death. Kesannya telah wujud percampuran kelas yang mengakibatkan mobiliti status sosial pedagang semakin meningkat. Walaunbagaimanapun, keadaan petani semakin teruk kerana pajak yang dipungut oleh daimyo semakin bertambah dan keperluan golongan kuge dan buke terhadap wang telah membebankan golongan petani. Selain itu, semasa pelaksanaan sistem sankin kotai, para daimyo diwajibkan berada di Yedo selama enam bulan setiap tahun. Segala perbelanjaan pergerakan ditanggung oleh para daimyo sendiri ini telah mengakibatkan para daimyo terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar. Oleh itu, mereka lebih memerlukan wang daripada beras pada masa itu. Para daimyo telah menggunakan pedagang sebagai agen-agen untuk menjualkan beras mereka. Hal ini jelas dilihat terhadap pedagang di Osaka yang merupakan kota dagang yang terbesar pada masa itu. Para

24

Satu koku bersamaan dengan enam bushel, jumlah yang dikira perlu untuk keperluan seorang individu dalam setahun. 25 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 54. 26 www.usd.ac.id/.../PERKEMBANGAN%20EKONOMI.

9

SEELLREN ANTHONY 1/2013 pedagang ini telah dikenali sebagai kuramoto iaitu penjaga gudang beras milik daimyo dan kakeya iaitu pedagang yang bertindak sebagi agen kewangan para daimyo.27 Para pedagang semakin kaya dan turut menjalinkan hubungan yang erat dengan bakufu. Antaranya Konoike, Tennojiya dan Hiranoya. 28 Mereka merupakan pedagang besar yang mengelola bank. Malahan...


Similar Free PDFs