Zaman Renaissance DOCX

Title Zaman Renaissance
Author Khairul Anam
Pages 24
File Size 62.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 308
Total Views 455

Summary

Zaman Renaissance ZAMAN RENAISSANCE Pengenalan Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali iaitu renisciment. Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkata...


Description

Zaman Renaissance ZAMAN RENAISSANCE Pengenalan Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali iaitu renisciment. Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan Renaissance juga merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan Yunani di Eropah. Menurut The New Columbia Encyclopedia 1975: "Di Italy Renaissance bermula pada abad ke 14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M. Di tempat yang lain di Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga pertengahan abad 17 M" (Sulaiman Noordin.:1999:43). Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17. Lambang yang agung pada zaman ini ialah perjalanan Columbus mengelilingi dunia untuk membuktikan bumi ini berbetuk bulat dan bukan berbentuk rata. Zaman ini juga merupakan zaman penghidupan semula kehidupan lampau, iaitu Yunani dan Rom dalam pelbagai bidang sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan manusia sezaman. Mereka telah berjaya mencampuradukkan kejayaan klasik dalam aspek-aspek baru yang dikemukakan oleh mereka sendiri iaitu aspek-aspek yang boleh dibuktikan, yang selaras dengan semula jadi dan yang dapat difahami oleh pengetahuan manusia; (Wan Abdul Rahman Latif et. Al.:1996:184- 185). Selain itu, perkembangan intelektual dikalangan masyarakat Eropah telah meningkat sejak kurun ke-12 lagi apabila kebudayaan Eropah bertembung dengan peradaban Islam di Timur Tengah, Eropah Selatan dan Timur. Sebab-Sebab Kelahiran Renaissance Terdapat beberapa sebab yang mempercepatkan lagi proses Rennaissance. Satu daripadanya ialah kemajuan Islam sebagai sebuah kuasa yang besar. Kehadiran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang berbekalkan wahyu dan kitab Al-Quran daripada Allah telah mewujudkan satu keadaan yang aman dan maju. Kesedaran untuk menuntut ilmu seperti yang telah ditegaskan oleh Nabi Muhammad telah mengakibatkan ramai orang Islam berusaha menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada orang ramai. Kemunculan Sepanyol sebagai sebuah negara Islam telah menyebabkan ramai orang Eropah terutamanya jirannya, Itali, datang menuntut ilmu di sana. Umpamanya, Christopher Colombus dari bandar pelabuhan kapal Genoe, Italy, tahu kewujudan benua di barat Eropah melalui rujukan kepada tulisan-tulisan kitab geografi yang dikarang oleh tokoh Islam yang terkenal, Ibn Rusyd. Jelaslah disini bahawa umat Islam merupakan guru kepada masyarakat Eropah. Menurut Dr. Gustane Len Bon di dalam bukunya, "Islamic and Arab Civilization":...


Similar Free PDFs