ZAMAN JEPUN DOCX

Title ZAMAN JEPUN
Author Miss Najiha
Pages 12
File Size 46.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 87
Total Views 254

Summary

1.0 PENGENALAN Jepun merupakan negara yang berada dalam lingkungan di kawasan Asia Timur dan bangsanya merupakan salah satu bangsa yang tertua di dunia serta turut dikenali sebagai bangsa yang homogen khususnya dari segi budaya dan juga fizikal.1 Corak pensejarahan di Jepun boleh dibahagikan kepada ...


Description

1.0 PENGENALAN Jepun merupakan negara yang berada dalam lingkungan di kawasan Asia Timur dan bangsanya merupakan salah satu bangsa yang tertua di dunia serta turut dikenali sebagai bangsa yang homogen khususnya dari segi budaya dan juga fizikal.1 Corak pensejarahan di Jepun boleh dibahagikan kepada beberapa tahap seperti zaman prasejarah yang dikenali sebagai Jomon iaitu bermula sekitar 8000 sebelum masihi, zaman Yayoi iaitu wujudnya pada sekitar tahun 300 S.M. dan zaman Kofun yang dilabelkan sebagai zaman protosejarah yang bermula dari 300 Masihi sehingga 550 Masihi sebelum memasuki zaman sejarah yang bermula dengan zaman Asuka dan berakhir pada zaman Showa pada tahun 1989.2 Walaubagaimanapun, skop penulisan ini hanya memfokuskan pada zaman Jepun yang bermula dalam tempoh kurun ke-12 sehingga kurun ke-16 sehingga zaman Tokugawa iaitu tahun 1600 sehingga 1868 Masihi. Dengan merujuk kepada skop penulisan tersebut, jelaslah bahawa zaman yang akan difokuskan di dalam penulisan ini ialah dalam lingkungan zaman Kamakura (tahun 1185 - 1336) iaitu dikatakan bermulanya kerajaan tentera pimpinan Shogun3 dan diikuti zaman Muromachi (tahun 1333-1568) serta zaman Momoyama (tahun 1568-1600).4 Ketiga-tiga zaman ini akan dilihat tahap perbezaan keadaannya melalui sistem politik dan sosial dengan zaman Tokugawa yang dikenali sebagai zaman pemerintahan satu keluarga (tahun 1600-1868M).5 Bagi zaman Kamakura dan zaman Azuchi-Momoyama pula, nama pemerintahannya adalah bersempena dengan nama bandar utama dan pusat pentadbiran.6 1 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). hlm. 2. 2 Ibid., hlm. 14. 3 W. Scot Morton, Jepun:Sejarah dan Budaya, penerjemah: Azhar Mad Aros (Kuala Lumpur, Malaysia:Universit Malaya, 2006). hlm. 69 4 Herschel Webb, An Introducton to Japan (New York: Columbia University Press, 1960), hlm. 21. 5 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 51. 6 Ibid., hlm. 14. 1...


Similar Free PDFs