Pengaruh china ke atas jepun DOC

Title Pengaruh china ke atas jepun
Author Nurul Ain Ali
Pages 1
File Size 72.5 KB
File Type DOC
Total Downloads 227
Total Views 606

Summary

Pengaruh china ke atas jepun 1.0 PENDAHULUAN Pengaruh China telah mula memasuki Jepun bermula pada zaman Yayoi. Oleh hal yang demikian, Penulisan mengenai pengaruh China dan kesannya ke atas pentadbiran dan budaya Jepun ini akan dikaji antara zaman Yayoi hinggalah zaman Tokugawa. Zaman Yayoi bermula...


Description

Pengaruh china ke atas jepun 1.0 PENDAHULUAN Pengaruh China telah mula memasuki Jepun bermula pada zaman Yayoi. Oleh hal yang demikian, Penulisan mengenai pengaruh China dan kesannya ke atas pentadbiran dan budaya Jepun ini akan dikaji antara zaman Yayoi hinggalah zaman Tokugawa. Zaman Yayoi bermula pada 300 Sebelum Masihi (S.M) hingga 300 Masihi, manakala zaman Tokugawa atau turut dipanggil sebagai Zaman Edo pula bermula pada 1600 hingga 1867 Masihi.[1] Pengaruh China pelan-pelan meresap masuk ke dalam budaya Jepun melalui asimilasi atau penyesuaian dengan budaya sedia ada. Pada awalnya, ada sesetengah pengaruh China diterima secara bulat-bulat terutama berkait dengan agama Buddhisme dan juga sistem tulisan. Pengaruh China mula kelihatan apabila bidang pertanian iaitu penanaman padi menggunakan teknik penanaman China mula tersebar menjelang akhir zaman Jomon atau awal zaman Yayoi di bahagian Barat Jepun dan juga Selatan Korea.[2] Pada abad ketiga masihi, China merekodkan bahawa penduduk Wa yang dirujuk sebagai penduduk daripada Jepun telah datang ke China dengan menghantar beberapa misi dan turut menziarahi tempat pentadbiran pemerintah Kuang-Wu.[3] Hal ini menunjukkan perhubungan Jepun dan China sebenarnya telah berlaku pada tahun-tahun awal masihi. Pada peringkat awal, kemasukan pengaruh China ke Jepun ialah secara tidak langsung iaitu melalui Korea sebelum pengaruh China itu diperoleh secara langsung daripada China Berlaku pasang surut penerimaan atau kemasukan budaya China ke Jepun. Pasang surut kemasukan pengaruh ini berlaku akibat masalah yang berlaku di sama adadi Korea, China mahupun Jepun. 2.0 CARA KEMASUKAN PENGARUH CHINA KE JEPUN Kemasukan pengaruh China ke Jepun sangat unik. Kemasukan pengaruh China ini mempunyai tahap kemasukan yang tertentu. Pastinya kemasukan pengaruh China ke Jepun ini turut melibatkan negara lain. Terdapat dua tahap penting yang membawa masuk pengaruh China ke Jepun. Tahap yang pertama ialah kemasukan pengaruh China melalui negara Korea. Tahap kedua pula ialah pengaruh China terus melalui negara China. 2.1 Pengaruh China ke Jepun Melalui Korea Pengaruh China pada awalnya masuk ke Jepun melalui tahap pertama. Zaman Yayoi...


Similar Free PDFs