KESAN KAFEIN KE ATAS PRESTASI SENAMAN PDF

Title KESAN KAFEIN KE ATAS PRESTASI SENAMAN
Author Ainnurnizam Ashan
Pages 5
File Size 386.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 321
Total Views 368

Summary

ARTIKEL: FISIOLOGI SENAM KESAN KAFEIN KE ATAS PRESTASI SENAMAN 1 Ainnurnizam Ashan bin Abdul Shukor, 2Ruaibah Yazani binti Tengah (PhD) 1 Pelajar Sarjana, Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan UPSI 2 Pensyarah, Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan UPSI Pendahuluan Penggunaan kafein untuk mening...


Description

Accelerat ing t he world's research.

KESAN KAFEIN KE ATAS PRESTASI SENAMAN Ainnurnizam Ashan

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

T YPE T HE DOCUMENT T IT LE] QGK 3013 Modul Pembelajaran PJJ UPSI Disediakan Oleh AL Samm MODULLAT IHANDANKECERGASAN.pdf Nur Suhaila T EKNIK HANTARAN BAT ON Nuha Asyikin

ARTIKEL: FISIOLOGI SENAM

KESAN KAFEIN KE ATAS PRESTASI SENAMAN 1

Ainnurnizam Ashan bin Abdul Shukor, 2Ruaibah Yazani binti Tengah (PhD) 1

Pelajar Sarjana, Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan UPSI 2 Pensyarah, Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan UPSI

Pendahuluan Penggunaan kafein untuk meningkatkan keupayaan dalam melakukan aktiviti telah bermula sejak 1980-an lagi. Samada mitos atau realiti, keefisienan bahan ergogenik tersebut terus bermain di bibir para pengkaji dan jurulatih serta masyarakat. Kafein merupakan bahan peransang yang paling banyak digunakan di dunia. Ianya boleh didapati melalui tumbuh-tumbuhan, sumber-sumber makanan termasuk ubat-ubatan.

Penggunaan kafein kini sangat popular dalam kalangan atlet (Sumber rajah: Bernstein, 2013) Kafein dan Fisiologi Tubuh Kesan kafein terhadap fisiologi tubuh bergantung kepada kekerapan pengambilan dan perbezaan metabolisme serta diet seseorang. Unsur elemen kafein dapat diserap dengan baik melalui perut dan usus. Pengambilan kafein juga boleh menjadi bahan peransang kepada otak. Pengambilan kafein boleh meningkatkan tekanan darah, kadar nadi serta pengeluaran asid perut. Kesan ini boleh bertahan dari beberapa jam sehingga 12 jam. Namun begitu, penggunaan yang berterusan sehingga 4 hari akan menjadikan tubuh badan mengadaptasi setiap kesan yang dihasilkan oleh kafein sekaligus pengguna tidak akan atau kurang mengalami perubahan fisiologi yang ketara. Kesan fisiologi lain adalah seperti kebimbangan, malu, ketidakupayaan untuk fokus, insomnia, cepat marah dan risiko aritmia jantung jika dos yang diambil terlalu tinggi. Kafein dan Prestasi Berdasarkan ulasan kajian yang diterbitkan oleh American College of Sport Medicine (1999), kajian makmal yang mengkaji penggunaan kafein dari tahun 1970-an telah mencadangkan bahawa

kafein dapat meningkatkan prestasi daya tahan. Ini terjadi apabila kafein meransang pengeluaran adrenalin dalam darah yang dapat menghasilkan pengeluaran asid lemak bebas dari tisu lemak dan otot rangka. Dengan ini, otot-otot dapat menggunakan lemak tambahan ini diawal aktiviti seterusnya mengurangkan penggunaan glikogen sekaligus melambatkan kelesuan. Pengambilan kafein bagi jangka masa pendek menunjukkan peningkatan prestasi berterusan sehingga 5 minit. Namun begitu, penggunaan kafein lebih sinonim bagi meningkatkan prestasi daya tahan. Hal ini berlaku apabila sumber bahan api sekunder iaitu lemak digunakan dahulu oleh otot untuk bekerja sebelum menggunakan sumber tenaga utama yakni glikogen. Kafein yang meransang penggunaan lemak seterusnya menangguhkan kehabisan glikogen otot sekaligus memanjangkan jangka masa senaman. Kesan kafein terhadap otot juga dapat dilihat melalui kesan terhadap persepsi bagaimana kesungguhan untuk bersenam dan berlatih. Kajian yang berdasarkan penarafan kepenatan (RPE) menunjukkan kurangnya keletihan dalam kalangan atlet yang menggunakan kafein.

Kafein dipercayai mampu meningkatkan kekuatan dan konsentrasi mental (Sumber rajah: Peterson, 2010) Kajian Berkaitan Spriet (1995), dalam kajiannya mendapati kafein mampu meningkatkan prestasi daya tahan (VO2max) dengan pengambilan dos sehingga 9 mg/kg-1 dari berat badan. Kafein secara terus bertindak balas dengan adrenal medulla dalam meningkatkan jumlah epinephrine dalam tubuh. Kajian juga telah menunjukkan kafein berjaya meningkatkan prestasi daya tahan berintensiti tinggi dalam jangka masa pendek. Contohnya, Bruce, Enderson, Fraser, Stepto, Klein, Hopkins & Hawley (2000), mendapati pendayung yang mengambil 6 mg/kg-1 atau 9 mg/kg-1 dari berat badan berjaya meningkatkan prestasi pencapaian masa dayungan 2000m. Selain itu, kafein telah dibuktikan mampu mengurangkan kelesuan dalam prestasi pecutan yang berulang dan kemahiran motor dalam permainan (Woolf, Bidwell & Carlson, 2008). Goldstein et al., (2010) menunjukkan keberkesanan kafein adalah berpandukan kepada intensiti, masa, dan jenis latihan. Kajian ini mendapati kafein meningkatkan prestasi dalam aktiviti berlingkungan 15 hingga 30 minit. Jumlah dos kafein yang efektif adalah 3-6 mg/kg-1, jika melebihi 9 mg/kg-1 tidak memberi kelebihan. Kafein juga berupaya memanjangkan masa untuk melakukan aktiviti berintentisi tinggi. Dapatan kajian ini turut disokong oleh Salazar et al., (2014) yang mendapati pengambilan 3 mg/kg-1 dos kafein telah meningkatkan prestasi kemahiran yang diuji. Disebalik penemuan positif kesan kafein terhadap prestasi, terdapat juga kajian yang menunjukkan kafein tidak memberikan kesan positif kepada peningkatan prestasi. Kajian Turley, Eusse, Thomas, Townsend, Morton (2015), mendapati pengambilan kafein dalam dos yang berbeza

dalam kalangan atlet lelaki tidak menunjukkan sebarang peningkatan prestasi. Hal ini membawa kepada persoalan tentang keefisienan kafein adalah bergantung kepada individu. Kesimpulan Dapat disimpulkan penggunaan kafein mampu membantu dalam meningkatkan prestasi. Namun begitu, penggunaannya perlulah berlandaskan etika yang ditetapkan supaya situasi ketidakadilan dapat dielakkan semasa pertandingan. Pengambilan kafein tulen dengan sengaja bertujuan untuk mendapatkan kelebihan pada pesaing jelas tidak beretika dan harus ditangani oleh jurulatih dan pihak bertanggungjawab. Oleh itu, atlet tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil kafein dengan jumlah yang tinggi. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membenarkan jumlah pengambilan kafein bagi atlet sehingga 12ug bagi setiap mililiter urin sebelum ianya dianggap menyalahi undang-undang. Selain itu, pengambilan kafein dalam dos yang tinggi boleh memudaratkan fungsi tubuh badan jika tidak dikawal.

Rujukan Bernstein, B. (2013 ). Caffeine can Boost Sports Endurance. But is it Safe? , from http://relaj.com/ Bruce, C. R., Anderson, M. E., Fraser, S. F., Stepto, N. K., Klein, R., Hopkins, W. G., & Hawley, J. A. (2000). Enhancement of 2000-m rowing performance after caffeine ingestion. Medicine and science in sports and exercise, 32(11), 1958-1963. Gallo-Salazar, C., Areces, F., Abián-Vicén, J., Lara, B., Salinero, J. J., Gonzalez-Millán, C. & Del Coso, J. (2014). Enhancing Physical Performance in Elite Junior Tennis Players With a Caffeinated Energy Drink. IJSPP, 10(3). Goldstein, E. R., Ziegenfuss, T., Kalman, D., Kreider, R., Campbell, B., Wilborn, C. & Antonio, J. (2010). International society of sports nutrition position stand: caffeine and performance. J Int Soc Sports Nutr, 7(1), 5. Peterson, D. (2010). More Proof That Caffeine Boosts Athletic Performance, from http://blog.80percentmental.com Spriet, L. L. (1995). Caffeine and performance. International journal of sport nutrition, 5, S84-S84. Stuart, G. R., Hopkins, W. G., Cook, C., & Cairns, S. P. (2005). Multiple effects of caffeine on simulated high-intensity team-sport performance. Medicine and science in sports and exercse, 37(11), 1998. Turley, K., Eusse, P., Thomas, M., Townsend, J. R., & Morton, A. B. (2014). Effects of Different Doses of Caffeine on Anaerobic Exercise in Boys. Pediatric exercise science. Woolf, K., Bidwell, W. K., & Carlson, A. G. (2008). The effect of caffeine as an ergogenic aid in anaerobic exercise. International journal of sport nutrition, 18(4), 412....


Similar Free PDFs