Kesan timur tengah - ctu554 PDF

Title Kesan timur tengah - ctu554
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 154.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 379
Total Views 527

Summary

Download Kesan timur tengah - ctu554 PDF


Description

Kesan Kedatangan Timur Tengah

Pengaruh peradaban Timur Tengah yang membawa ajaran agama Islam memberi impak yang sangat besar ke atas budaya masyarakat Melayu. Budaya masyarakat Melayu yang dulunya banyak dipengaruhi oleh kepercayaan animisme iaitu merupakan kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai jiwa atau roh yang memiliki keperibadian sendiri seperti menyembah berhala, penggunaan azimat atau tangkal, dan juga amalan sihir manakala pengaruh agama Hindu-Buddha pula yang disebarkan melalui para pedagang India, menawarkan sistem Dewa-dewa dan konsep pertapaan. Bangunan-bangunan seperti kuil dan candi pula dibina untuk aktiviti keagamaan. Kini, selepas menerima pengaruh peradaban Timur Tengah, budaya masyarakat Melayu telah berubah menjadi budaya yang sesuai dan selari dengan ajaran agama Islam. Perubahan ini dapat dilihat dalam aspek seperti seni bina, pakaian dan sastera.

Seni bina

Sejarah perkembangan tamadun dan petempatan awal di Tanah Melayu telah bermula pada awal abad pertama masihi. Beberapa kerajaan Melayu Tua seperti Funan, Campa, Langkasuka dan Kataha telah muncul di kawasan Asia Tenggara dan meluaskan pengaruhnya di Kemboja,Vietnam, Thai sehinggalah ke Tanah Melayu. Kataha atau Kedah Tua telah berkembang sebagai pelabuhan dan pusat kegiatan ugama Buddha dan Hindu. Kesan peninggalan senibina zaman ini masih kekal di Lembah Bujang, Kedah. Candi dan artifak berunsur Hindu-Buddha menunjukkan masyarakat Kedah Tua pada abad itu telah mempunyai kepandaian membina bangunan. Teknologi binaan yang tinggi juga dapat dilihat, iaitu kepandaian masyarakat dahulu memotong batu yang keras seperti batu granit (Wadiassofi Jaafar, 2000). Candi Lembah Bujang yang berusia lebih seribu tahun ini merupakan satu tapak tanah bersejarah yang penting untuk membuktikan satu persekitaran alam senibina yang terawal telah wujud di negara ini. Candi ini kini menjadi salah satu pusat penyelidikan bagi senibina awal dan sejarah berkembangan tamadun di Malaysia.

Kesenian Melayu dapat dilihat melalui budaya seperti alat kerja, senjata, perumahan, makanan dan minuman, musik serta tarian. Kedatangan Islam mengubah corak budaya masyarakat Melayu termasuklah dalam seni bina dan hiasan binaan. Pengaruh Islam banyak membentuk peradapan dan budaya masyarakat Melayu lebih bersederhana dan bersopan santun (Siti Norlizaiha, 2005). Seni bina dan hiasan rumah Melayu dapat dilihat dengan teknologi binaan ringkas dan mudah serta menggunakan bahan binaan yang mudah diperoleh dari alam semula jadi seperti rumbia, ijuk, bertam dan daun nipah untuk pembinaan struktur bumbung. Manakala struktur utama rumah seperti tiang, alang, rasuk, lantai dan dinding pula, pokok kayu digunakan. Pembinaan beranda untuk menyambut tetamu menekankan aspek penghayatan pada hubungan kekeluargaan dan masyarakat, selari dengan ajaran Islam yang mementing dan adab dengan tetamu. Rumah Melayu juga jarang menggunakan paku besi, biasanya hanya dipasak dengan kayu. Senibina rumah Melayu bukan sahaja unik dengan bentuk dan teknologi binaan malahan dapat mencerminkan budaya, falsafah hidup dan tamadun sesuatu bangsa.

Gaya senibina rumah Melayu pula mempunyai berbagai ragam hias atau motif ukiran dan bentuk binaan. Rumah bumbung Limas merupakan ciri senibina yang popular dan terdapat hampir di seluruh perkampungan tradisional Malaysia. Bumbung limasan yang lebar di bahagian bawah melambangkan ramainya manusia. Hiasan pada rumah pula banyak mengaitkan faktor alam sekitar. Seni ukiran yang menarik diilhamkan dari motif flora mengambarkan rumah itu tidak dapat dipisahkan dengan alam. Tebar layar pula diukir dengan hiasan motif kosmos. Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah menambahkan lagi nilai estetik senibinanya. Selain rumah kediaman, senibina Melayu turut dizahirkan ke atas binaan-binaan lain seperti masjid, istana raja-raja, rumah wakaf dan senibina makam atau pusara. Ciri-ciri senibina tradisional Melayu dapat dilihat pada bangunan-bangunan lama yang masih kekal seperti Istana Kenangan di Perak, Istana Balai Besar di Kelantan dan Masjid Tengkera di Melaka.

Di samping itu, pengaruh dari Timur Tengah juga telah memperkenalkan sistem masjid sebagai pusat sosial masyarakat Melayu. Fungsi ini jelas dilihat berdasarkan pembinaan masjid berada di lokasi yang strategik. Setiap masjid di Tanah Melayu ini melambangkan manifestasi seni bina Islam yang berkembang dengan perkembangan kebudayaan tamadun islam. Masjid adalah institusi utama agama Islam dan banyak aktiviti dilakukan seperti dakwah dan tempat penyebaran ilmu keagamaan. Bentuk kubah masjid bukan hanya sekadar hiasan semata-mata tetapi membawa makna langit yang memayungi kehidupan manusia. Lampu-lampu melambangkan bintang di langit dan manakala lantai masjid pula mewakili bumi itu sendiri (Suhana Johar, 2012). Ukiran ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis menggunakan seni kaligrafi atau khat juga diterapkan dalam ciri-ciri seni bina masjid seperti mihrab, mimbar, bingkar atau lengkung tiang. Ilham daripada ayat al-Quran mengenai taman syurga memberikan idea–idea baru dalam membina taman –taman rekeasi. Makam atau batu nisan pula merupakan karya seni Islam yang pertama masuk ke kepulauan masyarakat Melayu. Permukaan batu nisan ini biasanya dilihat terdapat tulisan yand dipahat daripada ayat alQuran serta ajaran Islam yang menekankan tentag hukum dan tasawuf. Contohnya, pada prasasti di Pekan, Pahang. Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian.

Pakaian

Setelah menerima ajaran Islam, masyarakat Melayu mula mengenakan pakaian yang menutup aurat sesuai dengan ajaran Islam. Pada tahun 1970, pemakaian tudung semakin mendapat tempat dalam masyarakat Melayu dan tidak lagi menjadi janggal di negara ini. Golongan lelaki telah diharamkan pemakaian sutera. Justeru itu, lelaki bertukar kepada menggunakan kain Samarinda sebagai ganti. Masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh cara berpakaian dari budaya peradaban Timur Tengah. Contohnya, imam masjid dapat dilihat mengenakan jubah dan kain serban hasil daripada mengikuti masyarakat Arab. Sehubungan dengan itu, masyarakat Melayu turut menghasilkan songkok dan kopiah sebagai aksesori pakaian. Terdapat juga undang-undang yang turut menekankan bahawa memakai pakaian sopan juga telah menjadi sebahagian etika rasmi dalam negara hasil daripada pengaruh Timur Tengah. Namun begitu, pemakaian dari elemen budaya barat seperti kot dan blazer yang menjadi pakaian rasmi adalah dibenarkan dalam Islam selagi tidak bertentangan dengan syariat.

Rujukan Siti Norlizaiha (2005), Perkembangan Sejarah Dan Pengaruh Ke Atas Senibina Di Malaysia: Sebuah

Tinjauan

Ringkas.

Laman

web;

http://kota-

city.blogspot.com/2010/06/perkembangan-sejarah-dan-pengaruh-ke.html Abd Aziz (2008) Pengaruh Tamadun Islam Di Nusantara Dari Segi Kesenian. Laman web; http://ctu551.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalam-kesenian.html

Lampiran

Penemuan batu nisan di Malaysia...


Similar Free PDFs