CTU554 GROUP ASSIGNMENT PDF

Title CTU554 GROUP ASSIGNMENT
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 21
File Size 722.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 180
Total Views 253

Summary

KERTAS KERJA CTU 554 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II UiTM CAWANGAN PERLIS SEMESTER OKTOBER 2021 - FEBRUARI 2022Cabaran Berita Palsu Dalam Masyarakat Digital Dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Etika Dari Pelbagai Peradaban(CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DAN PENYELESAIANNYA MENUR...


Description

KERTAS KERJA CTU 554 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II UiTM CAWANGAN PERLIS SEMESTER OKTOBER 2021 - FEBRUARI 2022

Cabaran Berita Palsu Dalam Masyarakat Digital Dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Etika Dari Pelbagai Peradaban

(CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DAN PENYELESAIANNYA MENURUT PERSPEKTIF ETIKA DARI PELBAGAI PERADABAN)

MARKAH ARTIKEL REVIEW Pengenalan

(2%)

Susunan Isi / Idea

(4%)

Analisa dan Perbincangan

(12%)

Rumusan dan Kesimpulan

(4%)

Etika Penulisan

(4%)

Bibliografi / Rujukan

(4%)

JUMLAH MARKAH

(30%)

Markah Diperolehi

3 0

Maklumat Ahli Kumpulan Nombor Pelajar

Kumpulan

Kod Program

1.

Nur Shamimi Zulaykha Binti Subhana

2021189691

RSR2434C

BA243

2.

Aida Syufina Binti Fazilan

2021112753

RSR2434C

BA243

3.

Nur Diana Binti Ramly

2021110417

RSR2434C

BA243

No Telefon Bimbit ( Ketua Sahaja)

018 - 5755332

NUR SHAMIMI ZULAYKHA BINTI SUBHANA

(2021189691)

AIDA SYUFINA BINTI FAZILAN

(2021112753)

NUR DIANA BINTI RAMLY

(2021110417)

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU554 – Penghayatan Etika dan Peradaban II kursus wajib pelajar dari Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau. Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti masing-masing.

Nama Ketua Kumpulan

: Nur Shamimi Zulaykha binti Subhana

No Pelajar

: 2021189691

ISI KANDUNGAN PENGENALAN

4

CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DARI SEGI EKONOMI

5

CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DARI SEGI POLITIK

7

CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DARI SEGI SOSIAL 10 CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DARI SEGI KESELAMATAN

12

PENYELESAIAN DALAM PERSPEKTIF ETIKA PANDANGAN ISLAM

14

PENYELESAIAN DALAM PERSPEKTIF ETIKA PANDANGAN BUKAN ISLAM 16 KESIMPULAN

18

BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN

19

1. PENGENALAN Sebagaimana yang kita ketahui, masyarakat digital ataupun eh lebih dikenali sebagai sosial media telah menjadi satu perhubungan dan penyebaran maklumat di media massa ini dan terbuka kepada setiap golongan seperti kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Akses internet memasuki media sosial mudah didapati di mana-mana. Kini, dengan adanya alat telefon pintar, segala maklumat dan berita tentang isu semasa hanya di hujung jari. Berdasarkan Laporan Digital tahun 2019 yang telah disebarkan Hootsuit dan We Are Social merekodkan bahawa 3.5 bilion atau 45 peratus penduduk pada masa ini menggunakan sosial media dalam kehidupan seharian. Berdasarkan Laporan Digital juga, kita dapat mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang ke-5 di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara yang paling aktif di dalam sosial media. Berita palsu adalah berita yang tidak benar dan sahih berdasarkan maklumat fakta yang disebarkan. Definisi yang lebih jelas bagi berita palsu adalah berita yang disebarkan oleh seseorang tanpa menentukan dan memastikan fakta sebenar atau tokok tambah maklumat itu dengan mengubah maksudnya yang sebenar. Berita palsu boleh disebarkan dengan cara perbuatan atau lisan. Internet telah menjadi salah satu cara penyampaian maklumat yang biasa digunakan dalam dunia komunikasi dan maklumat masa kini. Cara ini boleh mendatangkan ancaman kepada masyarakat sekiranya berita ini tidak dipastikan oleh beberapa pihak, bahkan ia akan lebih merumitkan keadaan. Berita palsu di sosial media lebih cepat tersebar dan diketahui oleh orang ramai sekiranya

ら tidak

mengambil langkah berjaga-jaga. Pada

era

globalisasi

ini,

masyarakat

terlalu

aktif

dalam

menggunakan sosial media sehingga ia menyebabkan segelintir masyarakat menyalahgunakan perhubungan media ini iaitu melalui cara

penyebaran

menyebabkan

berita

kesan

dan

maklumat

palsu

yang

negatif

terhadap

individu,

boleh

keluarga,

masyarakat dan negara. Penyebaran



dan berita palsu yang

berunsurkan penipuan, memecahkan sentimen perkauman dan menyebabkan fitnah segelintir individu yang boleh menjatuhkan maruah and reputasi ini membimbangkan kerana maklumat dan berita palsu yang disebarkan boleh menyebabkan kesan negatif atas penerimaan dan penggunaan orang ramai. 2. CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARwAKAT DIGITAL DARI SEGI EKONOMI

Ekonomi telah menjadi salah satu klasifikasi yang merangkumi dari semua aspek dalam pembangunan negara yang melibatkan wang, manusia dan sumber. Sebagaimana yang kita dapat fahami di sini adalah, sumber ada lebih luas skopnya dalam aktiviti ekonomikall seperti aktiviti pengeluaran, penggunaan dan pertukaran. Sistem ini masih digunakan sehingga ke hari ini kerana ia adalah salah satu cara untuk kita meningkatkan prestasi aktiviti ekonomi negara Malaysia. Ekonomi sangat memainkan peranan yang penting di negara kita kerana semua golongan masyarakat di Malaysia ingin memenuhi keperluan dan kemahuan hidup untuk mengekalkan kelangsungan dan kestabilan negara. Oleh sebab itu, sosial media juga memainkan peranan yang besar bagi mempengaruhi kuasa untuk memperluaskan aktiviti ekonomikal melalui digital. Ianya diwujudkan bagi mendapatkan pengurusan yang lebih cekap dan sistematik supaya dapat dihindari daripada beberapa maklumat and berita palsu yang telah disalahgunakan oleh masyarakat pada zaman ini. Cabaran berita palsu dalam masyarakat digital adalah terlalu luas dan umum kerana berita boleh disebarkan dengan sekelip mata sahaja. Masyarakat lebih mudah terkesan apabila mereka membaca berita yang akan menjejaskan pemikiran mereka. Antara cabaran ekonomi yang kita boleh kaitkan adalah berkenaan dengan kekurangan stok bekalan asas, iaitu keperluan makanan, pakaian, barangan seharian. Perkara ini berlaku disebabkan oleh impak yang dibawa oleh berita palsu yang disebarkan di sosial media, yang boleh menyebabkan pembelian panik yang mendadak oleh masyarakat. Ini boleh menjejaskan lagi ekonomi negara atas kekurangan stok dan boleh menyebabkan memecah belah perpaduan kaum antara

masyarakat. Ekonomi negara yang mengikut prestasi pengeluaran dan pertukaran sesuatu bekalan sumber dengan negara lain, hal ini berlaku sedemikian akibat harga barangan yang meningkat.

Rajah 2.0: Pembelian panik di Malaysia Kesannya kepada negara adalah kadar inflasi yang tinggi dan juga rakyat akan menjadi mangsa dan juga punca. Perkara sebegini berlaku boleh mengganggu prestasi transaksi luar dalam negara. Kemunduran negara juga akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil langkah berhati-hati dalam mengendalikan kegiatan ekonomikal digital ini. Berita yang sahih amat memainkan peranan yang besar kepada negara kita kerana sekiranya kita tersilap langkah, negara kita mungkin dipandang rendah oleh negara-negara maju. Oleh sebab itu, Majlis Keselamatan Negara telah menyediakan satu poster peringatan kepada rakyat Malaysia supaya tidak cepat terjebak untuk menyebar berita palsu tanpa memeriksa kesahihan berita mengenai Covid-19. Di dalam poster itu, ia menunjukkan beberapa langkah sebelum menyebar berita tersebut. Ini untuk menghindari rakyat daripada menyebar berita palsu. Sekiranya mereka melakukan sedemikian, mereka ada didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Rajah 2.1: Poster peringatan tentang penyebaran berita palsu 3. CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DARI SEGI POLITIK Politik dapat didefinisikan sebagai proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Sains politik pula merupakan kajian mengenai perilaku politik, mengamati kedapatan dan penggunaan kuasa. Sebagai contoh, keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain. Politik sering merujuk kepada kerajaan, namun perilaku politik juga boleh didapati di institusi, pekerjaan, korporat, agama dan lain-lain. Pabrikasi kuasa ini dikenakan dalam segenap lapisan masyarakat dari sekecil puak dan suku hinggalah sebesar negara dan pertubuhan antarabangsa. Selain itu, pelaksanaan ini diaplikasikan dalam beberapa cara termasuklah menggalakkan diskusi pandangan dan negosiasi sesama anggota serta menulis undang-undang dan melaksanakannya (termasuk berperang menentang pihak musuh dalam tahap paling ekstrem). Bagi masyarakat digital dalam sesebuah negara, iaitu rakyat Malaysia secara khususnya, kita juga tidak terlepas daripada tempias berita palsu yang berkait rapat dengan politik di Malaysia. Seterusnya, media sememangnya banyak

membantu

masyarakat digital

membina persepsi dan tanggapan serta membentuk sikap masyarakat melalui maklumat yang telah disampaikan namun cabaran berita palsu dalam masyarakat digital dari segi politik sering membelenggu dan mendatangkan kegusaran kepada rakyat Malaysia. Kadangkala sehingga menyebabkan perang psikologi dalam kalangan masyarakat digital yang terus menerus bertelingkah sesama sendiri di alam

maya iaitu di akaun media sosial masing-masing. Antara cabaran berita palsu dalam masyarakat digital dari segi politik adalah apabila segelintir ahli politik di Malaysia telah menggunakan media sosial untuk memburuk-burukkan ahli politik yang lain semasa berkempen. Ini disebabkan, kebanyakan parti dan ahli politik pada masa kini lebih gemar menggunakan aplikasi atas talian sebagai sebahagian daripada cara mereka berkempen. Sebagai contoh, aplikasi Whatsapp, Twitter, Instagram, dan Facebook. Sesungguhnya perbuatan al-Namimah (mengadu domba) itu sangat dicela di dalam Islam kerana ianya boleh memecah belahkan masyarakat. Sebagaimana larangan Nabi SAW berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA, yang bermaksud, “Mahukah aku ceritakan kepada kamu apa itu al’adhhu? Itulah namimah, perbuatan menyebarkan berita untuk merosakkan hubungan antara sesama manusia.” Riwayat Muslim (2606) Imam al-Nawawi juga dalam syarahnya pernah menukilkan kata-kata ulama’ mengenai makna al-Namimah, yang bermaksud, “Al-Namimah adalah menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosakkan hubungan di antara mereka” (Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/112)

Dalam pada itu, contoh lain bagi penyebaran berita palsu dalam masyarakat digital adalah apabila penyokong-penyokong pihak kerajaan serta pihak pembangkang telah menyunting dan mengubah ucapan ahli-ahli politik dalam klip-klip video dan isu kapal terbang MH370 yang telah menjadi perdebatan meluas sehingga melibatkan beberapa negara yang merupakan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China.

Rajah 3.0: Keratan akhbar larangan menyebarkan berita palsu situasi politik Malaysia

Rajah 3.1: Senarai parti politik di Malaysia

Rajah 3.2: Spekulasi MH370

Kesan daripada cabaran berita palsu dalam masyarakat digital dari segi politik ialah berita palsu dapat memberi impak yang besar bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, namun kepada negara-negara lain juga. Pelbagai spekulasi tercetus apabila berita palsu telah mengambil tempat difikiran masyarakat digital secara amnya. Berita palsu juga akan mencetuskan kemarahan sama ada terhadap pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Ia akan menjejaskan imej ahli politik tersebut dan menimbulkan prasangka buruk terhadap mereka. Kredibiliti ahli politik juga akan dipersoalkan dan ahli politik tidak akan mendapat sokongan daripada masyarakat seterusnya masyarakat akan berpaling tadah kepada ahli politik yang lain. Implikasinya, berita palsu dalam masyarakat digital dari segi politik akan menggugat masa depan negara dan yang lebih dikhuatiri sekiranya ianya menyebabkan rakyat mula mempersoalkan ketelusan pemimpin negara dalam memimpin negara Malaysia.

4. CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DARI SEGI SOSIAL Seperti yang sedia maklum, media sosial amat penting dalam menyampaikan maklumat pada zaman kini. Komunikasi berlaku apabila sebuah pihak dan pihak lain berhubung secara bersemuka dan berlakunya komunikasi untuk tujuan menyampaikan sesuatu mesej atau menerima pesanan untuk dikongsikan bersama. Media sosial menjadi suatu yang penting pada masa kini kerana masyarakat dapat lebih peka kepada situasi keadaan sekeliling. Akan tetapi, pada zaman kini teknologi dan media sosial telah disalahgunakan oleh sesetengah golongan masyarakat yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu untuk publisiti atau untuk menjatuhkan pihak lain. Masyarakat haruslah berwaspada kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan berita palsu yang direka sematamata untuk menarik perhatian. Perlakuan seperti ini memberi impak negatif kepada individu, keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling. Cabaran yang paling umum dihadapi dalam masyarakat digital dari segi sosial adalah penipuan atas talian atau juga dikenali sebagai scammer. Penipuan atas talian telah lama berlaku dan masih bergiat sehingga ke hari ini. Kejadian seperti ini berlaku kerana penyebaran berita palsu yang giat dilakukan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Dipetik daripada kisah I-Tanggang: Mother of all lies, Astro Citra, seorang ibu telah mereka cerita tentang anaknya yang mendapat kanser dan memerlukan kerusi roda untuk kelangsungan hidup.

Rajah 4.0: I-Tanggang: Mother of All Lies

Media sosial tiada sekuriti untuk mengesan berita palsu jadi sebagai individu yang bertanggungjawab, ia adalah tanggungjawab kita untuk melaporkan akan isu berita palsu tersebut kepada pihak berkuasa supaya penyebarannya dapat dibanteras awal. Hal ini dapat mengurangkan kontrovesi dan impak negatif kepada individu dan masyarakat sekeliling. Kesahihan berita palsu adalah penting untuk memastikan masyarakat tidak terpedaya dengan berita yang disampaikan di media sosial. Ia boleh menghancurkan keharmonian kemasyarakatan di Malaysia. Kesahihan berita palsu haruslah diselidik dengan sebaik mungkin oleh pakar, bagi menghentikan penyebaran berita palsu. 2020, tahun dimana hampir seluruh negara di muka bumi ini mengalami pandemik Covid-19 dan terdapat kegiatan penyebaran berita palsu yang giat dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai isu yang tidak sahih dikupaskan oleh masyarakat seperti rebusan air bunga cengkih bagi melawan jangkitan kuman Covid-19.

Rajah 4.1: Petua rebusan air bunga cengkih lawan virus covid-19 Usaha Malaysia untuk membanteras isu berita palsu perlu diperhebatkan dan juga meningkatkan kesedaran orang ramai akan bahayanya penyebaran berita palsu ini sekaligus mempraktikan langkah-langkah pencegahan. Tambahan pula, negara Malaysia tiada undang-undang khusus bagi menyekat penggunaan internet. Maka, kebebasan ini haruslah digunakan dengan sebaik mungkin agar dan mereka patut dikenakan hukuman setimpal bagi yang menyalahgunakannya.

5. CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DARI SEGI KESELAMATAN Media sosial merupakan medium komunikasi dan penyebaran maklumat serta telah menjadi satu kepentingan dalam kehidupan masyarakat pada masa kini terutamanya pada golongan remaja mahupun dewasa. Penyebaran berita palsu mengandungi unsur-unsur penipuan, unsur sentimen perkauman dan fitnah seseorang untuk menjatuhkan maruah, reputasi dan sebagainya. Hal ini sangat membimbangkan kerana ia boleh memberi kesan yang buruk kepada penerima dan pengguna media sosial. Penyebaran berita palsu pada zaman kini terlalu giat dan pantas kerana adanya media sosial yang menjadi peranti utama untuk menyebarkan berita palsu. Kesannya, masyarakat tidak mampu membezakan antara berita yang sahih dan tidak sahih. Ia juga memberi kesan negatif kepada individu dan masyarakat sekeliling yang menjadi isu dalam penyebaran berita palsu tersebut. Ia bukan sahaja mengaibkan individu tersebut, malah privasi dan kehidupan individu juga tergadai akibat aktiviti tidak bermoral ini. Keselamatan individu juga tergadai akibat hasil daripada penyebaran berita palsu. Sebagai contoh, wartawan media sering menyebarkan propaganda yang mampu mengancam keselamatan seseorang individu. Terdapat beberapa kes tentang penyerangan yang dilakukan oleh beberapa pihak terhadap seorang individu terkenal.

Rajah 5.0: Keratan Akhbar Tentang Keselamatan Individu Terjejas Akibat Berita Palsu

Contoh umum, penyebaran berita palsu tentang “ubat putih” yang dikatakan mampu mencerahkan kulit individu yang mengambilnya. Penipuan dalam informasi yang disampaikan akan mengancam nyawa dan kesihatan individu yang mempercayai perkara tersebut. Hal ini kerana masyarakat terlalu obses tentang perkara yang disebarkan dan tidak mampu untuk berfikiran secara rasional dalam keselamatan pengambilan ubat tersebut dan impak pengambilan. Penyebaran berita palsu juga mengancam keselamatan negara melalui penyebaran informasi yang tidak sahih sekaligus memberi maklumat kepada negara luar untuk mengetahui kelemahan-kelemahan sistem di negara Malaysia. Ancaman ini sangat berbahaya kepada keselamatan penduduk rakyat malaysia. Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, kontroversi dan penyebaran berita palsu akan menjadikan negara lemah dan mudah diancam oleh pihak luar yang lebih berkuasa. Secara umumnya, media sosial merupakan platfom yang amat penting pada era kini. Beberapa impak negatif yang hadir secara tidak langsung mempengaruhi aspek keselamatan individu, keluarga dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, kita haruslah berhati- hati dalam penggunaan media sosial dan mengetahui undang undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan berkenaan penyebaran berita palsu.

6. PENYELESAIAN DALAM PERSPEKTIF ETIKA PANDANGAN ISLAM Penyebaran berita palsu dari perspektif etika pandangan Islam ialah merujuk kepada perbuatan yang haram dan individu yang melakukannya akan menanggung dosa kerana berita palsu yang telah disebarkan itu tidak boleh ditarik semula. Hukum haram terhadap penyebaran berita palsu ialah disebabkan perkara tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada pihak tertentu lebih-lebih lagi sekiranya perkara itu menyebabkan keaiban kepada pihak tersebut. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menjadi seorang mukmin yang baik dan masyarakat digital yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, mengamalkan konsep tabayyun. Tabayyun ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermakna menthabitkan dan menyemak asas kebenarannya. Perintah untuk tabayyun merupakan perintah yang sangat penting bagi umat Islam supaya kita dapat mengelakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap orang lain. Konsep ini merupakan langkah awal yang boleh diambil untuk mengelakkan diri daripada penyebaran berita palsu yang semakin lama semakin membimbangkan. Imam alSyaukani berkata, “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan khabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Fath al-Qadir, 5/65) Seterusnya, Islam telah mengajarkan kaedah penerimaan berita yang baik dan boleh dipraktikkan oleh umat Islam pada bila-bila masa. Al Quran mengajar manusia untuk sentiasa berprasangka baik dan tidak terburu-bu...


Similar Free PDFs