CTU554 Kertas Kerja Group assignment 1 PDF

Title CTU554 Kertas Kerja Group assignment 1
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 19
File Size 338.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 683
Total Views 944

Summary

Download CTU554 Kertas Kerja Group assignment 1 PDF


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH

CTU554 : VALUES AND CIVILIZATION II

PENGARUH ETIKA DAN PERADABAN DARI LUAR ALAM MELAYU

NAMA

NO. PELAJAR

MUHAMMAD SYAHMI BIN ABDULLAH

2020964753

NURFAZLIS ELISYA BINTI AHMAD FAIZUL

2020977121

NUR HANIS NABILAH BT MOHD IZAM

2020964267

ANIS AIZA BINTI KHAZALI

2020963969

ARISA NAZIFA BINTI MAZRI

2020988355

KBA242-4B

DIHANTAR KEPADA : USTAZ MD SAUFI ABDUL HAMID TARIKH HANTAR :

PEMARKAHAN

KRITERIA

MARKAH

Pengenalan

2

Fakta + Huraian

8

Cadangan/Kesimpulan

2

Rujukan

4

Etika Profesionalisme

4

JUMLAH

MARKAH DIPEROLEHI

20

Markah ditolak dari sudut: KRITERIA Kesalahan ejaan Tidak mengikut format Persembahan Kelewatan JUMLAH

MARKAH

ISI KANDUNGAN

Bil

Kandungan

1

Pengenalan

2

Isi

Muka Surat 1

2.0 Pengaruh Peradaban Timur Tengah

2-3

2.1 Pengaruh Peradaban India

4-5

2.2 Pengaruh Penjajahan China

6-7

2.3 Pengaruh Penjajahan Barat

8 - 10

3

Cadangan/Kesimpulan

4

Rujukan

11 12 - 13

1.0 PENGENALAN Seperti yang kita ketahui, etika dan peradaban merupakan satu perkara yang penting di dalam sesebuah komuniti di setiap negara. Hal ini kerana, penghayatan etika dan peradaban dapat melatih masyarakat agar mereka saling menghormati satu sama lain, dapat membina negara bangsa, melahirkan masyarakat yang berkeperibadian tinggi, dan agar dapat membina kehidupan yang harmoni di sesebuah negara. Menurut kamus bahasa, adab bermaksud budi pekerti yang halus, tingkah laku yang baik, serta kesopanan (Pustaka, D. B, 2021). Dari segi pandangan islam, adab berasal daripada bahasa Arab iaitu ‫ أدب‬yang membawa maksud sopan santun, perilaku dan perbuatan yang baik, kesusilaan, kesantunan, dan moral (Habibah, S, 2015). Etika dari segi bahasa membawa maksud prinsip moral di dalam diri seseorang individu atau sekumpulan manusia (Pustaka, D. B, 2021). Dari segi sosiologi pula, etika merupakan satu taraf yang menyeluruh yang menerangkan sesuatu yang benar atau salah. (Saufi, M, 2015) Etika turut membincangkan mengenai perkara yang patut dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, sifat yang baik serta manfaat kepada atau masyarakat. Seperti yang kita ketahui, penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza mengikut taraf. Hal ini disebabkan oleh struktur sosial, perkembangan sejarah serta biografi sesebuah masyarakat. Peradaban di bumi alam melayu yang terawal sekali adalah di Melaka iaitu pada awal kurun ke-15 sekitar tahun 1400. Sejarah membuktikan antara faktor yang menyumbang kepada peradaban yang tinggi di Melaka adalah disebabkan oleh terciptanya Hukum Kanun Melaka dan juga juga Undang-undang Laut Melaka. Melaka telah menjadi satu pusat tumpuan perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu disebabkan oleh lokasi yang strategik pada kurun ke-15. Disebabkan ini, Melaka telah berjaya menarik perhatian pedagang-pedagang dari tanah asing seperti China, India dan Timur Tengah untuk hadir ke Melaka atas tujuan perdagangan. Kedatangan para pedagang asing ini telah mewujudkan pertembungan peradaban dan telah membuka ruang interaksi yang majmuk. Pengaruh peradaban para pedagang dari tanah asing seperti China, India, serta Timur Tengah ini telah banyak memberi sumbangan di Tanah Melayu dari segi ekonomi, agama, bahasa, pentadbiran, sains dan teknologi, dan sebagainya. (Saufi, M, 2015).

1

2.0 PENGARUH PERADABAN TIMUR TENGAH Sejarah kedatangan Timur Tengah ke Alam Melayu dapat dilihat dengan adanya hubungan perdagangan yang wujud antara tanah Arab dan orang Melayu sejak orang Arab belum memeluk Islam. Islam sudah tiba ke Alam Melayu terlebih dahulu meskipun dakyah agama Islam ke Alam Melayu ditakluki oleh pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah (Zulkiflee Haron, 2015). Akan tetapi, kedatangan orang Arab yang tinggal di selatan Semenanjung Tanah Arab telah menempuh lautan Hindi sebelum wujudnya agama Islam. Mereka ini ialah orang perantara bagi pedagang Eropah dengan pedagang Asia dari India dan barat rantau Melayu (Mohd. Jamil Mukmin, 2014). Pedagang-pedagang Rom dan Parsi berusaha mendominasi perniagaan di lautan Hindi pada akhir abad ke-5 hingga abad ke-7 Masihi, akan tetapi pedagangpedagang Arab masih mampu untuk melangsungkan perdagangan mereka sehinggalah kemunculan orang Portugis pada akhir abad ke-15 (Zulkiflee Haron, 2015). Orang Arab berada di Sumatera pada abad ke-7 Masihi dan mereka sudahpun menubuhkan perkampungan di bahagian barat kepulauan tersebut. Professor C.A. Majul menjelaskan bahawa penaklukan pedang dari Arab telah menakluki perdagangan di rantau India dan Asia Tenggara seterusnya bertanggungjawab terhadap pendakyahan Islam di Alam Melayu dan Asia. Kedatangan Arab ke Alam Melayu telah banyak menentukan kehidupan orang Melayu. Impak positif yang ditinggalkan dalam sistem pemerintahan membuatkan Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang mementingkan masyarakat berbilang bangsa dan berpegang pada teras peraturan yang ditetapkan. Kenyataan pengaruh Islam terhadap Malaysia telah tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Ugama bagi Persekutuan. Contohnya Perkara 3(1), “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan selamat dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan (Jabatan Penerangan Malaysia, 2017).” Hal ini membawa maksud agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Namun begitu, sifat Islam yang mulia telah menghasilkan perlembagaan dan negara Malaysia yang membenarkan orang bukan Islam untuk mendapatkan hak dan menganuti agama masing-masing. Peruntukan ini bukan sahaja menyetujui agama Islam sebagai agama yang agung, tetapi juga membuka

2

peluang dan memberi kelonggaran kepada masyarakat yang pelbagai bangsa untuk menjalankan kepercayaan masing-masing di negara ini. Kedatangan Arab juga telah memberi kesan dalam Pendidikan di Malaysia di mana institusi pendidikan seperti sekolah agama, madrasah dan universiti teras Islam telah dibangunkan. Ilmu yang disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat termasuklah yang merangkumi bidang Sharia’ seperti ilmu usuluddin, fiqh dan tasawuf Islam yang telah melahirkan ulama berbangsa Melayu iaitu Nuruddin al-Raniri dengan kitabnya Hidayah al-Iman dan Sirat al-Mustaqim (Abdul Rahman Hj Abdullah, 2006). Terdapat dua sistem Pendidikan di Malaysia, iaitu formal dan tidak formal. Pendidikan formal ialah pendidikan yang diperoleh dari institusi pendidikan seperti surau, madrasah dan sebagainya yang berlandaskan aspek pengajian Islam seperti fiqh, tafsir, sejarah Islam, tauhid dan akhlak. Pendidikan tidak formal pula merangkumi pengajaran dan pembelajaran secara langsung dalam kehidupan seharian individu yang meliputi cara berfikir, amal, sebagainya. Pendidikan tidak formal lebih mudah diberi secara lisan serta diwarisi sejak turun temurun (Abdul Rahman Hj Abdullah, 2006). Seterusnya, kedatangan Arab telah memberi kesan dalam kebudayaan di Malaysia (Abdul Rahman Hj Abdullah, 2006). Kesan ini dapat dilihat dari segi kesenian, adatistiadat dan cara hidup orang Melayu. Bidang kesenian yang halus dibuktikan dalam kemajuan kaligrafi, pembinaan masjid, makam dan batu nisan. Sebagai contoh, masjid dibangunkan dengan ciri-ciri Islamik yang unik dan seni yang halus seperti mihrab, mimbar dan juga hiasan di dalam semua penjuru masjid dan dihiasi dengan seni kaligrafi Islam yang diambil daripada kitab suci al-Quran. Pada masa yang sama, seni tersebut digabungkan juga dengan seni bangsa-bangsa di Malaysia seperti Cina. Gabungan seni Islam dan Cina yang unik dan kemas dapat dilihat pada masjid Kampung Hulu di Melaka (Abdul Rahman Hj Abdullah, 2006). Di samping itu, cara hidup orang Melayu sebelum kedatangan Arab adalah berteraskan kepada ideologi penjajah. Ini dapat dilihat apabila terdapat perbezaan kelas sosial antara orang Melayu. Kedatangan Arab telah memberi gambaran yang positif di mana benteng kelas sosial dapat dihapuskan seterusnya membolehkan mereka bersatu walaupun berlainan bangsa dan dapat meningkatkan akidah orang Melayu.

3

2.1 PENGARUH PERADABAN INDIA Tamadun India bermula sekitar tahun 2350-3000 S.M dan merupakan tamadun terawal di lembah Sungai Indus. Sebanyak 6.9 juta daripada 32.4 juta rakyat Malaysia merupakan kaum India (Aiman Hakim, 2019). Sebelum campur tangan British berlaku, kaum India berdagang barangan berharga seperti rempah ratus, fabrik, besi dan lainlain. Kaum India mula aktif di Tanah Melayu melalui migrasi beramai-ramai yang berlaku pada seawal abad pertama disebabkan oleh penguasaan British di India dan di Tanah Melayu. British juga menggunakan kuasa politik dengan membawa buruhburuh dari India ke kawasan perladangan. Selain itu, penindasan mengikut kasta terhadap kaum India di India dan faktor kemiskinan juga merupakan punca masyarakat India bermigrasi ke Tanah Melayu (Mariah,2014). Pada tahun 1789, orang India dijadikan pembantu rumah dan pekerja ladang. Penambahan masyarakat India di Tanah Melayu berlaku selepas British bertindak untuk mengambil banduan India di Singapura pada tahun 1819 sebagai buruh (Zulkiflee Haron,2015). Hal ini kerana British beranggapan masyarakat India mudah dilatih, rajin dan senang dikawal. Selepas penaklukan Kedah Tua oleh Rajendra Chola, masyarakat India mula terus menetap di Tanah Melayu. Perkahwinan campur di antara masyarakat tempatan dan India menjadi punca kepelbagaian adat dan budaya di Tanah Melayu.

Percampuran adat dan budaya tamadun India di Alam Melayu dapat dilihat dari segi bahasa, kepercayaan, penulisan dan seni bina. Kewujudan kerajaan Langkasuka di mana institusi diraja ketika itu mengangkat Hindu-Buddha sebagai agama rasmi merupakan faktor utama penyebaran adat dan budaya di Alam Melayu (Mariah,2014). Sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka adalah dipengaruhi oleh sistem pemerintahan tamadun India. Sehingga hari ini, raja memiliki darjat paling tinggi dan berkuasa terhadap rakyat. Konsep tamadun India menganggap raja adalah jelmaan Dewa Vishnu, Shiva dan Buddha (Mariah,2014). Oleh itu, rakyat yang mengingkari perintah raja dianggap derhaka kerana raja mempunyai kuasa dan daulat. Selain itu, masyarakat juga menganggap raja mempunyai kesaktian kerana disamakan dengan dewa-dewa yang dianggap suci (Mariah, 2014). Sehingga hari ini, konsep daulat masih digunakan di dalam institusi diraja di Malaysia dan alat-alat kebesaran seperti perhiasan kuning dan cap mohor masih digunakan di mana ia turut digunakan oleh tamadun India. 4

Seterusnya, pengaruh India dapat dilihat melalui adat istiadat yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga hari ini. Salah satu adat orang India yang diikuti oleh masyarakat di Malaysia adalah upacara melenggang perut (Zulkiflee Haron,2015). Upacara ini melibatkan seorang wanita yang hamil genap 7 bulan. Upacara ini bertujuan untuk menempatkan posisi kepala bayi di pintu rahim bagi memudahkan wanita hamil bersalin. Upacara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana mempunyai unsur-unsur ghaib, namun aktiviti ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat. Selain itu, adat berinai juga masih diamalkan oleh masyarakat hari ini sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Bakal pengantin perempuan akan memakai inai di jari tangan dan kaki dan bakal pengantin lelaki akan dipakaikan inai pada 3 jari tangan sahaja. Adat seterusnya ialah membelah mulut bayi (Mariah,2014). Semasa upacara ini, manisan akan dimasukkan ke dalam mulut atau bibir bayi yang baru lahir dimana ianya sama dengan adat kaum India yang menggunakan minyak sapi dan madu ke bibir bayi.

Tamadun India turut memberi pengaruh besar terhadap seni bina di Malaysia. Sejak 2000 tahun lalu, masyarakat India yang menetap di Tanah Melayu mula membangun kan kuil agama Hindu dengan berkonsepkan kesenian kuil Hindu di India (MyGov,2021). Struktur pembinaan tamadun India mempengaruhi masjid-masjid di Malaysia seperti Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang. Masjid ini dibina oleh ketua masyarakat India Muslim pada ketika itu. Masjid ini dilengkapkan dengan kubah berbentuk bawang yang tinggi. Seni bina seperti ini masih dipakai di masjid-masjid lain di Malaysia (Siti Norlizaiha,2010). Di Kuala Lumpur, kuil yang mempunyai seni bina paling unik adalah kuil Sri Mahamariaman yang dibina sekitar abad ke-19. Struktur hiasan dinding di kuil ini menggabungkan ukiran halus, berwarna emas dan jubin mempunyai motif haiwan. Bagi masyarakat India, mereka menganggap haiwanhaiwan adalah suci dan ada segelintir individu menganggap haiwan adalah Tuhan. Oleh itu, banyak hiasan bangunan masyarakat India mempunyai motif haiwan yang diukir sendiri kerana mengukir Tuhan dianggap kerja mulia.

5

2.2 PENGARUH PENJAJAHAN CHINA Antara salah satu pengaruh peradaban dari luar Alam Melayu ialah Tamadun China. Hal ini demikian kerana Alam Melayu terletak di laluan timur-barat melalui Selat Melaka yang menjadi laluan penghubung para pedagang di mana berlakunya peradaban majmuk. Tamadun China merupakan antara tamadun yang terawal yang diasaskan pada tahun 4000 – 2000 sebelum masihi dan terletak di Sungai Kuning iaitu di kawasan utara (Abd Aziz, 2012). Alam Melayu dan Tamadun China telah berhubungan sejak sebelum tahun masihi lagi iaitu pada zaman Dinasti Han, 140 – 117 sebelum masihi (Abd Aziz, 2012). Namun begitu, hubungan yang terjalin menjadi lebih erat dan memuncak semasa pentadbiran Sun Quan iaitu pada tahun 222 – 252 masihi, apabila dua orang utusan telah ditugaskan untuk mengunjungi negeri-negeri Melayu iaitu di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta Funan bagi menjalinkan hubungan diplomatik (Nurul Asyikin, 2017). Selain itu, pada pemerintahan Dinasti Tang, tujuh jalur jalan perdagangan telah dibuka, dimana salah satunya ialah perjalanan pengairan dari Guangzhou dan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu. Oleh yang demikian, hubungan yang terjalin antara China dengan Alam Melayu semakin kuat dan lebih tertumpu kepada bidang perdagangan dan perniagaan. Tradisi hubungan baik dengan kerajaan China diteruskan dengan kemunculan Melaka sebagai pembuka ruang jaringan yang lebih meluas dalam membantu berlakunya proses penyerapan peradaban. Hal ini dapat dilihat dengan adanya komuniti Baba dan Nyonya iaitu komuniti yang merupakan kumpulan etnik yang dipanggil “Peranakan” dan merupakan golongan dari keturunan kaum Cina (A.Z, 2012). Komuniti ini asalnya terjalin daripada perkahwinan puteri Hang Li Po iaitu anakanda Maharaja China dengan Sultan Mansur Syah (A.Z, 2012). Faktor utama komuniti ini digelar “Baba” adalah disebabkan pengadaptasian resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka yang terjalin daripada perkahwinan campur (A.Z, 2012). Walaupun kebudayaan Baba dan Nyonya merupakan warisan dari tradisi Cina, namun begitu terdapat unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila sebilangan anak-anak Baba telah diasuh dan dibiasakan dengan cara kehidupan kemelayuan dan upacara-upacara agama Cina yang diadaptasi dengan unsur-unsur tempatan yang lain sejak dari mereka kecil. Sebagai

6

contohnya, cara masakan mereka dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu seperti ayam kapitan iaitu sejenis kari ayam kering dan mereka juga diajar makan dengan menggunakan tangan sebalik menggunakan “chopstick”. Selain itu, cara pemakaian juga diterapkan iaitu pemakaian kebaya dan kain sarong dalam kehidupan seharian. Pengaruh Tamadun China juga dapat dilihat dari segi kesusasteraan. Hal ini berlaku kerana sifat keterbukaan masyarakat Tamadun China dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat yang berlainan bahasa dalam kehidupan seharian mereka serta sehingga menyebabkan berlakunya peresapan dan peminjaman kosa kata (Hafizan, 2019). Hubungan masyarakat Cina dan Melayu yang harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain menyebabkan penggunaan kosa kata bahasa Cina digunakan secara meluas di dalam bahasa Melayu (Hafizan, 2019). Kebanyakan kata pinjaman bahasa Mandarin diambil dari bahasa hokkien iaitu dialek yang digunakan oleh kaum yang terawal bertandang ke Alam Melayu. Terdapat kosa kata bahasa Cina yang diguna pakai di dalam bahasa Melayu dengan mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa Cina serta ada juga yang telah diubah suai (Hafizan, 2019). Antara contoh perkataan ialah “cháwǎn” ke “cawan”, "dǎbāo" ke "tapau" dan "bīng" ke “beng” iaitu ais atau sejuk (Hafizan, 2019). Akhir sekali, pengaruh Tamadun China terhadap Alam Melayu turut dapat dikesan dalam bidang pertanian kerana Tamadun China merupakan tamadun yang pertama memperkenalkan Alam Melayu dengan bidang pertanian (Abd Aziz, 2012). Hal ini terbukti apabila Tamadun China dinobatkan sebagai tamadun pertanian kerana perkembangannya yang pesat dalam bidang biologi dan kesuburan tanah yang terdapat di Sungai Kuning (O. Hong, 2012). Hal ini dikatakan demikian kerana, Tamadun China mempratikkan penggunaan haiwan-haiwan bagi memudahkan urusan dalam menjana ekonomi dan untuk kegunaan kehidupan seharian (O. Hong, 2012). Sebagai contoh, kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi dan kuda sebagai binatang tunggangan (Abd Aziz, 2012). Selain itu, serangga digunakan dalam penghasilan lilin serta masyarakat Cina menggunakan kawalan serangga perosak pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dengan cara menggantungkan sarang semut bagi memastikan ianya hidup dengan subur (O. Hong, 2012).

7

2.3 PENGARUH PENJAJAHAN BARAT Penjajahan Barat seperti Portugis, Belanda dan British telah memberi pengaruh besar terhadap penduduk Tanah Melayu. Sepertimana dalam sejarah Melayu, negeri Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan tanah Melayu dijajah dan jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui perjanjian iaitu Perjanjian InggerisBelanda. Setelah Tanah Melayu dijajah oleh British bertahun-tahun, akhirnya Tanah melayu dijajah pula oleh Belanda selama tujuh tahun iaitu pada tahun 1941 sehingga 1947. Seterusnya, British kembali menjajah Tanah Melayu pada tahun 1948 dan kedatangan mereka membawa serampang tiga mata iaitu keagamaan, kemegahan dan kekayaan. Sebelum tahun 1848, tanah Melayu dipenuhi dan terdiri daripada penduduk tanah Melayu sahaja namun kesan daripada penjajahan British membawa masuk orang Cina dan India telah meninggalkan kesan dari segi budaya penduduk masyarakat setempat. Selain daripada Hindunisme dan Islam, kedatangan penjajah British di tanah melayu memberikan kesan juga terhadap perkembangan politik, ekonomi, dan sosial masyarakatnya. Kesannya yang dapat dilihat, Malaysia kini menjadi negara yang bukan sahaja mempunyai berbilang kaum, malah mempunyai warisan sejarah sehingga menarik perhatian pelancong luar negara untuk melancong ke negara Malaysia. (Zariat, M., & Rani, A. ,2006) Kesan penjajahan barat yang pertama ialah Portugis. Impak dari segi ekonomi, Portugis telah membina Kota A’ Famosa di Melaka atau dikenali sebagai Porta de Santiago yang membawa maksud “Yang Termasyhur” pada tahun 1511 sebaik sahaja menawan Melaka. Kota A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka, dan bersebelahan dengan Gereja St. Paul dan replika Istana Kesultanan Melaka. Kota A’ Famosa juga merupakan seni bina yang telah lama dibina dan masih ada di Asia. Selain itu, kesankesan daripada penjajahan barat dari segi sosial pula, peninggalan penjajah Portugis di Tanah melayu ialah wujudnya kaum Eursia iaitu perkahwinan antara orang Portugis dengan masyarakat melayu sehingga lahirnya masyarakat Serani yang beragama Kristian di Melaka. Portugis juga mewujudkan perkataan-perkataan seperti almari, garpu, palsu, serta tuala yang asalnya daripada perkataan Portugis, dan memperkenalkan tulisan rasmi kepada masyarakat melayu. Tambahan pula, Portugis juga meninggalkan kesan seperti peninggalan bangunan seperti benteng-benteng Portugis, dan penyebaran ser...


Similar Free PDFs