KERTAS KERJA CTU554 CABARAN BERITA PALSU PDF

Title KERTAS KERJA CTU554 CABARAN BERITA PALSU
Author natasha nabila
Course Science Geomatics
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 38
File Size 870.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 61
Total Views 650

Summary

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKURKAMPUS SHAH ALAM, SELANGORIJAZAH SARJANA MUDA SAINS GEOMATIK – AP 220CTUTAJUK: CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DANPENYELESAIANNYA MENURUT PERSPEKTIF ETIKA DARI PELBAGAIPERADABANDISEDIAKAN OLEH:NAMA NO. MATRIKYASMIN ATHIRAH BINTI AZIZAN 2020869596SI...


Description

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR KAMPUS SHAH ALAM, SELANGOR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GEOMATIK – AP 220

CTU554 TAJUK: CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYARAKAT DIGITAL DAN PENYELESAIANNYA MENURUT PERSPEKTIF ETIKA DARI PELBAGAI PERADABAN

DISEDIAKAN OLEH: NAMA

NO. MATRIK

YASMIN ATHIRAH BINTI AZIZAN

2020869596

SITI NATASHA NABILA BINTI ABDUL KHA’AR

2020810322

NUR NEESYA BINTI MOHAMAD SAHAR

2020810068

NUR IZZATI BINTI YUSRI

2020628454

DISEDIAKAN UNTUK: ZULAIPA RUZULAN

KUMPULAN: AP12

TARIKH PENGHANTARAN: 25 MEI 2021

ii.

ABSTRAK Umum mengetahui bahawa teknologi hari ini telah menjadi satu keperluan dalam rutin

harian manusia. Hal ini kerana, dunia hari ini telah dikelilingi dengan kemajuan sains dan teknologi yang membawa pengaruh yang besar secara tidak langsung kepada ketamadunan manusia zaman sekarang yang memberi kesan sama ada positif atau negatif bergantung kepada cara penggunaan masing-masing. Internet memberikan pelbagai faedah kepada semua pengguna sejak pertama sekali ia diperkenalkan tanpa mengira peringkat umur, jantina dan kaum. Sebahagian besar aktiviti harian manusia dilakukan secara atas talian seperti pembayaran bil, aktiviti jual beli, perbankan, komunikasi dan sebagainya. Facebook, Twitter, Instagram, Telegram, Tiktok dan sebagainya semakin digunakan secara universal dan meluas. Pendidikan juga antara yang turut terlibat dalam kepesatan teknologi tambahan pula di era pandemik ini dimana semua pelajar sekolah mahupun universiti mengunakan pembelajaran atas talian untuk meneruskan pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, segelintir masyarakat yang tidak beretika telah menyalahguna media sosial dalam menyebarkan berita dan maklumat palsu yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap pelbagai sektor. Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini akan menghuraikan cabaran berita palsu dalam masyarakat digital dari segi ekonomi, sosial dan negara dan penyelesaiannya mengikut etika daripada pelbagai peradaban. Internet itu tidaklah merosakkan dengan syarat setiap penggunanya mestilah beramanah dan bertanggungjawab dan sentiasa sedar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam memajukan ekonomi, sosial dan negara.

ii

iii.

ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN

M/S

i. Muka Depan

i

ii. Abstrak

ii

iii. Isi Kandungan

iii

iv. Pengakuan Pelajar

iv

v. Penghargaan vi. Ahli Kumpulan 1.0 Pengenalan

v vi 1

1.1 Pendahuluan 1.2 Objektif Kajian 2.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

3

2.1 Kajian Terdahulu (Literatur) 2.2 Pengenalan Cabaran dan Penyelesaian 2.3 Cabaran Dari Segi Sosial 2.4 Cabaran Dari Segi Ekonmi 2.5 Cabaran Dari Segi Negara 3.0. Penyelesaian

21

4.0. Kesimpulan

28

5.0. Rujukan

30

6.0. Lampiran

31

iii

iv.

PENGAKUAN PELAJAR

“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.”

Nama

No.Matrik

YASMIN ATHIRAH BINTI AZIZAN

2020869596

SITI NATASHA NABILA BINTI ABDUL KHA’AR

2020810322

NUR NEESYA BINTI MOHAMAD SAHAR

2020810068

NUR IZZATI BINTI YUSRI

2020628454

iv

v.

PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Allah SWT, segala puji bagiNya dan segala puji bagi Muhammad

SAW. Dengan izin Allah SWT, saya dan rakan rakan saya berjaya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami iaitu kertas kerja bagi kod kursus CTU554. Kerja kursus kami bertajuk ‘CABARAN BERITA PALSU DALAM MASYRAKAT DIGITAL DAN PENYELESAIANNYA

MENURUT

PERSPEKTIF

ETIKA

DARI

PELBAGAI

PERADABAN’. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Zulaipa binti Ruzulan kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah diberikan. Beliau memberikan pertolongan yang cukup untuk kami curahkan idea dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa pertolongan beliau, kami mungkin tidak dapat untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang diberikan. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada semua ahli kumpulan yang bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja kursus. Dalam keadaan yang kami lalui sekarang, bukanlah halangan untuk kami semasa menyiapkan kerja kursus ini. Dengan bantuan daripada semua ahli kumpulan, kerja kursus ini dapat disiapkan dengan cepat dan tiada masalah yang kami lalui semasa menyiapkannya. Kerjasama daripada semua ahli kumpulan amatlah baik semasa tempoh untuk menyiapkannya. Tanpa pertolongan dari pensyarah kami dan tanpa kerjasama daripada setiap ahli kumpulan, kerja kursus takkan dapat disiapkan dengan cepat. Tidak lupa juga, tanpa redha dan keizinan dari Allah SWT, kami tidak akan dapat untuk menyiapkannya dalam masa yang telah diberikan.

v

vi.

AHLI KUMPULAN NAMA

GAMBAR

YASMIN ATHIRAH BINTI AZIZAN 2020869596

SITI NATASHA NABILA BINTI ABDUL KHA’AR 2020810322

NUR NEESYA BINTI MOHAMAD SAHAR 2020810068

NUR IZZATI BINTI YUSRI 2020628454

vi

1.0.

PENGENALAN 1.1. PENDAHULUAN Kumpulan 6 terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan. Pelajar diarahkan untuk membuat

pembentangan

bertajuk

Cabaran

Berita

Palsu

Dalam

Masyarakat Digital Dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Etika Dari Pelbagai Peradaban. Kumpulan 6 membahagikan tugas kerja sesame sendiri sebagai kemudahan kerana tidak dapat membuat persiapan kerana diarahkan untuk ‘ODL’ dirumah. Bagi memudahkan kerja-kerja pencarian maklumat, kerja dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Cabaran dan Penyelesaian.

Tajuk

yang

dibentangkan

amat

penting

pada zaman

kini

yang

banyak

menggunakan sosial media untuk apa sahaja. Sebagai contoh, informasi dan pengumuman

kelas

menyebarkan

maklumat.

dihadapi

ketika

juga

menggunakan

Dalam

perkara

menyampaikan

platform sebegini,

maklumat

media

sosial

untuk

banyak

cabaran

yang

menggunakan

media

sosial.

Terdapat banyak penyebaran palsu yang terjadi dalam masyarakat digital ketika menggunakan media sosial sebagai platform penyebaran maklumat.

Penting

untuk

kita

mengikiskan

semua

masalah

dan

cabaran

dalam

penyebaran berita palsu agar berita yang penting yang patut disebarkan dapat disebarkan dengan tepat dan betul. Terdapat juga penyelasaian yang akan dibincangkan dalam pembentangan ini yang akan lebih di fokuskan menurut perspektif etika dari pelbagai adaban. Penyelesaian yang dibincangkan dapat membantu sedikit sebanyak cabaran yang dihadapi oleh masyarakat digital agar penyebaran berita palsu dapat dikurangkan.

1

1.2

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif kajian yang telah dijalankan: ⚫

Definisi berita palsu dalam masyarakat digital ialah dakyah yang tidak berasas atau penyebaran maklumat yang salah secara sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam kalangan masyarakat melalui digital media sosial. Berita palsu disiarkan dengan niat bertujuan menyalahfahamkan atau menimbulkan persengketaan tentang sesuatu informasi yang sedang hangat dibicarakan berlaku mengikut keadaan semasa dan selalunya ia melibatkan tajuk berita yang sensasi supaya mendapat sokongan rata-rata rakyat, tidak jujur atau direka semata-mata yang mengundang padah kepada sesetengah pihak.



Cabaran penyebaran berita palsu di dalam kalangan masyarakat digital merangkumi beberapa aspek iaitu sosial, ekonomi dan negara.



Kepentingan untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sejagat masyarakat ialah mengurangkan kesalahfahaman tentang informasi yang disampaikan daripada pihakpihak tertentu atau pakar-pakar mengenai isu semasa, Selain itu, menangkis keadaan panik merupakan antara kepentingan menangani masalah ini. Pencegahan berita palsu wajarlah ditangani oleh pihak kerajaan bagi mengelak daripada kejatuhan serta kemelesetan ekonomi.



Kesan-kesan menangani cabaran-cabaran berita palsu ialah masyarakat terpelihara dan perpaduan kaum dapat dikekalkan sebagaimana Malaysia terkenal dengan negara yang aman berbilang kaum. Seterusnya, pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat yang berdasarkan andaian itu akan dihadapkan ke mahkamah dan menjalankan hukuman setimpal. Hal ini dapat membantu rakyat supaya lebih berjaga-jaga ketika berkongsi sesuatu maklumat.



Antara

langkah-langkah

penyelesaian

yang

perlu

diambil

kerajaan

adalah

memperkukuhkan prasarana kawalan ruang siber Malaysia, menapis segala informasi yang salah, memperketatkan undang-undang, memberi saman kepada pihak terlibat yang berkongsi speukulasi-spekulasi yang salah dan sebagainya. ⚫

Pencegahan berita palsu dapat membantu pihak-pihak terlibat menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat. Masyarakat akan lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu informasi dan sentiasa mengamalkan pesanan mesej kerajaan iaitu ‘Tidak pasti jangan kongsi’.

2

2.0

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

2.1

KAJIAN TERDAHULU

2.1.1

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik. Responden yang dipilih merupakan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta mempunyai ciri-ciri seorang belia daripada bandar dan luar bandar dan menggunakan aplikasi media sosial di internet. Kajian ini dijalankan ke atas mahasiswa dan mahasiswi yang berumur antara 18 hingga 25 tahun melibatkan 150 orang responden. Responden dalam kajian ini melibatkan pelbagai peringkat umur, gender dan kaum. Data-data yang diperolehi daripada kajian dianalisis mengunakan perisian SPSS. Demografi responden adalah seperti jadual 1 di bawah.

2.1.2

Dapatan Kajian

Bahagian ini akan membincangkan hasil kajian yang telah diperolehi daripada analisis diskriptif terhadap responden kajian.

2.1.2.1 Demografi Responden Jadual 1 menunjukkan peratusan di antara jumlah responden lelaki adalah lebih tinggi berbanding responden perempuan. Jadual 1: Jantina Responden

Jantina

Jumlah

Peratusan (%)

Lelaki

96

64

Perempuan

54

36

Responden kajian ini juga terdiri daripada dua kategori umur iaitu berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun dan 21 hingga 25 tahun. Jadual menunjukkan 86 peratus responden berumur 21 hingga 25 tahun. Jadual 2: Umur Responden

Umur

Jumlah

Peratusan (%)

< 20 tahun

21

14

21 - 25

129

86 3

Jadual 3 menunjukkan seramai 70 orang responden atau 47 peratus merupakan etnik Melayu, 27 peratus etnik Cina, 23 peratus responden etnik India dan 3 peratus lain-lain terlibat dalam kajian ini Jadual 3: Etnik

Etnik

Jumlah

Peratusan (%)

Melayu

70

47

Cina

40

27

India

35

23

Lain-lain

5

3

Dalam aspek pendidikan pula, jadual 4 menunjukkan 14 peratus responden merupakan pelajar diploma dan 86 peratus merupakan pelajar ijazah sarjana muda Jadual 4: Pendidikan

Etnik

Jumlah

Peratusan (%)

Diploma

21

14

Sarjana Muda

129

86

4

2.1.3

Isu dan Impak Penyebaran Berita Palsu Melalui Media Sosial Terhadap

Masyarakat Terdapat pelbagai kesan negatif penyebaran berita dan maklumat palsu oleh pengguna kepada masyarakat. Berikut merupakan dapatan data yang diperolehi daripada responden menerusi borang soal selidik yang telah diedarkan.

2.1.3.1 Info BerhubungPandemik COVID-19 yang Tersebar Secara Berleluasa oleh Masyarakat Menyebabkan Munculnya Berita Palsu. Graf 1 menunjukkan 60 orang responden (40 peratus) bersetuju dan 82 orang (55 peratus) sangat bersetuju dengan isu berhubung penyebaran maklumat semasa pendemik COVID-19. Manakala 5 orang (3 peratus) tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Majoriti responden memilih setuju dan sangat setuju kerana individu yang tidak beretika mempunyai amalan 'breaking news syndrome’ iaitu sindrom menyebar berita terawal di mana apabila mereka memperolehi maklumat sahaja, mereka bertindak menyebarkan maklumat tersebut tanpa mengesahkan yang maklumat tersebut benar atau tidak. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa penularan berita palsu sedemikian sekali gus mencerminkan tindakan tidak bertanggungjawab, selain berupaya menggugat keharmonian awam. Bagi mengelakkan tindakan ini dilakukan oleh orang ramai, pembinaan etika dalam kalangan masyarakat mesti dijalankan supaya setiap individu dapat memastikan maklumat tersebut adalah benar, berfakta dan berinformasi yang boleh sama-sama dikongsikan sebelum menyebarkannya. Jadikanlah ia satu budaya dalam memastikan maklumat dan berita yang kita terima itu adalah sahih, baik dan tepat.

Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju 0

20

40

60

80

Graf 1: Info berhubung dengan pandemik COVID-19 yang tersebar secara berleluasa oleh masyarakat menyebabkan munculnya berita palsu.

5

2.1.3.2 Berita Palsu Berkaitan Situasi Ketidaktentuan Politik Negara Pada Masa Kini yang Disebarkan Melalui Media Sosial Menjejaskan Ketenteraman Awam. Berdasarkan graf 2, majoriti responden iaitu 138 orang bersamaan 92% bersetuju dan sangat bersetuju dengan penyataan di atas. Terdapat juga 12 orang responden iaitu sebanyak 8% sangat tidak setuju dan tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini kerana penyebaran berita dan maklumat palsu berkaitan dengan situasi ketidaktentuan politik negara seperti pemilihan Perdana Menteri Malaysia yang baru disebabkan peletakan jawatan Perdana Menteri yang ke-7 telah memberi kejutan kepada rakyat Malaysia pada masa kini. Media sosial memainkan peranan dalam penyebaran maklumat yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Berita palsu perkara ini telah menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap pemimpin negara dan menimbulkan pelbagai isu negatif dan sensitif sehingga terjadinya perpaduan negara terjejas. Oleh itu, sebagai rakyat yang beretika, kita tidak patut mempercayai berita palsu dan menjadi batu api sebaliknya haruslah menunggu berita yang telah sah diumumkan.

Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak setuju

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Graf 2: Situasi ketidaktentuan politik negara pada masa kini yang disebarkan melalui media sosial menjejaskan ketenteraman awam

6

2.1.3.3 Penyebaran Berita Palsu Berkaitan Pengisytiharan Cuti Umum Malaysia Sempena Pelantikan Perdana Menteri Baharu Melalui Media Sosial Telah Mengelirukan Masyarakat.

Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak setuju

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Graf 3: Pengisytiharan cuti umum Malaysia sempena pelantikan perdana menteri baharu melalui media sosial telah mengelirukan masyarakat.

Penyebaran berita palsu berkaitan dengan pengisytiharan cuti umum Malaysia sempena pelantikan perdana menteri baharu melalui media sosial telah mengelirukan masyarakat dapat dibuktikan melalui hasil dapatan soal selidik. Graf 3 menunjukkan sebanyak 90 orang responden iaitu 60 peratus sangat setuju, 40 orang responden iaitu 27 peratus setuju dan 20 orang responden iaitu 13 peratus tidak pasti terhadap pernyataan tersebut.

Hal ini kerana sebahagian masyarakat kita terlalu seronok dengan adanya cuti umum tersebut sehingga tidak mengesahkan terlebih dahulu berita itu sahih ataupun sebaliknya dan terus menyebarkan berita tersebut. Selain itu, kenyataan palsu mengenai pengesahan jangkitan Covid-19 melibatkan staf Universiti Tun Hussein Onn juga telah menyebabkan semua warga UTHM mempunyai rasa bimbang yang sangat tinggi. Apabila berlakunya ketidaktepatan maklumat yang disebarkan ianya akan menimbulkan perasaan binggung dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, masyarakat yang beretika haruslah dibentuk supaya tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu yang mengelirukan masyarakat walaupun tidak sengaja ataupun mempunyai tujuan.

7

2.1.3.4 Penyalahgunaan Jalur Lebar atau Internet untuk Penyebaran Berita Tidak Benar Dapat Membahayakan Keselamatan Negara. Graf 4 di bawah menunjukkan tahap persetujuan sebanyak 150 responden terhadap sama ada penyalahgunaan jalur lebar atau internet untuk penyebaran berita tidak benar dapat membahayakan keselamatan negara. Seramai 79 orang responden (53%) sangat bersetuju dan 45 orang responden (30%) memilih setuju terhadap pernyataan tersebut. Selain itu, 10 orang respoden (7%) memilih tidak pasti, 9 orang responden (6%) memilih tidak bersetuju dan 7 orang responden (4%) memilih sangat tidak setuju.

Hal ini kerana apabila menyalahgunakan jalur lebar atau internet dengan menyebarkan banyak maklumat dan berita tidak benar akan menyebabkan sesebuah negara terancam oleh negara luar yang lebih berkuasa dengan mengetahui tentang kelemahan-kelemahan negara mangsa tersebut dan mengambil kesempatan. Sebagai contoh, kes penghinaan Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh pemegang akaun Facebook Foo Sing Wai dan Sally Yen seperti yang dilaporkan pada tahun 2019. Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Apabila adanya berita atau maklumat palsu yang mewujudkan kebencian dan provokasi. Keadaan ini menjadi bahaya kerana Malaysia mungkin hancur dan tidak lagi dihormati di mata dunia dan akibatnya, rakyat akan menanggung rugi. Oleh itu, nilai etika haruslah disemai terhadap setiap individu supaya menjadi warganegara yang menyayangi negara masing-masing dengan tidak berbuat demikian kerana kestabilan dan keharmonian beragama yang dicapai kerana sekiranya gagal nilai perpaduan dalam negara diruntuhkan secara tidak langsung.

Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju 0

10

20

30

40

50

60

70

80

Graf 4: Penyalahgunaan jalur lebar atau in...


Similar Free PDFs