Kesan Berita Palsu Dalam Masyarakat Digital PDF

Title Kesan Berita Palsu Dalam Masyarakat Digital
Author Specky Girl
Course Introduction to Islamic Law
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 119.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 34
Total Views 363

Summary

Seperti yg kita tahu. Hampir setiap hari kita menerima terlalu banyak maklumat berkaitan dengan berita-berita palsu. namun, tidak pasti kebenaran dan kesahihan berita atau maklumat berkenaanTerdapat pelbagai kesan negatif dari penyebaran berita dan maklumat plasu oleh pengguna kepada masyarakat. Ant...


Description

Seperti yg kita tahu. Hampir setiap hari kita menerima terlalu banyak maklumat berkaitan dengan berita-berita palsu. namun, tidak pasti kebenaran dan kesahihan berita atau maklumat berkenaan Terdapat pelbagai kesan negatif dari penyebaran berita dan maklumat plasu oleh pengguna kepada masyarakat. Antaranya, mempengaruhi cara seseorang itu berfikir, bertindak dan menyelesaikan konflik tersebut. Hal ini berpunca kerana media massa sedikit sebanyak telah membawa masuk masyarakat ke suatu pola budaya baru dan mula menentukan fikiran mereka serta budaya perilaku masyarakat. Oleh itu, jika maklumat palsu yang negatif mempengaruhi fikiran manusia secara perlahan-lahan, akhirnya akan berlaku pelbagai cara yang negatif seseorang untuk bertindak dan menyelesaikan konflik seperti menfitnah,bergaduh dan sebagainya. Kita dapati, majoriti dari kalangan ibu bapa dan warga emas sering mempercayai berita yang tidak sahih dan akan bertindak sesukahati seperti berkongsikan berita tersebut dengan orang lain menerusi media massa. Contohnya, facebook dan whatsapp yang sering digunakan oleh mereka. Seterusnya, penyebaran berita palsu akan memberi impak negatif kepada minda masyarakat yang menyebabkan akan mudah panik dan menyalahkan kumpulan tertentu berdasarkan andaian mereka. Hal ini boleh membawa kepada penggunaan kata-kata kesat, kebencian, hasutan atau menggunakan keganasan terhadap mana-mana kumpulan dianggap sebagai 'pembawa' wabak ini seperti menyalahkan orang China, kumpulan Tabligh, migran dan pelarian. Situasi sebegini boleh mengakibatkan kehancuran perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Dengan itu, akan berlakulah rusuhan antara kaum yang boleh melibatkan kerosakan harta benda awan dan juga diri sendiri. Tanpa kita sedari, perbuatan menularkan berita palsu dan bertindak atas berita palsu berkenaan boleh membawa kepada kezaliman teradap masyarakat.

Tambahan pula, kesan berita palsu dpt membuatkan seseorang itu murung dan pasrah akan diri sendiri. Hal ini akan mendorong sesesorang itu untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak dijangka seperti membunuh diri. Sebagai contoh, seorang warga emas yang kemurungan sejak disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali ditemukan mati disyaki bunuh diri di rumahnya. Mangsa juga telah dikatakan membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan Covid-19 dan sering mengadu kepada isterinya bahawa lebih baik dia mati daripada menanggung sakit. Disini kita dapat melihat, bahawa kesan ini membuat seseorang itu menjadi panik dan melakukan sesuatu diluar kawalannya tanpa berfikir.

Akhir sekali, penyebaran berita palsu dapat membahayakan keselamatan negara dan kekuatan ekonomi. Media massa juga berperanan menjadikan masyarakat lebih peka kepada keadaan sekeliling dan mengeratkan hubungan sesama individu, namun masyarakat harus lebih berhati-hati kerana ada berita palsu direka semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat dan menjadi isu hangat. Situasi ini sangat membimbangkan kerana ada berita yang bertujuan untuk mewujudkan kebencian dan provokasi dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Keadaan ini sangat berbahaya kerana Malaysia mungkin akan hancur dan tidak lagi dihormati di mata dunia dan akibatnya, rakyat akan menanggung rugi. Forum Ekonomi Dunia telah menyenaraikan Penyebaran maklumat dan berita palsu antara risiko global utama dunia. Hal ini kerana apabila media massa disalahgunakan dengan menyebarkan banyak maklumat dan berita tidak benar akan menyebabkan sesebuah negara terancam oleh negara luar yang lebih berkuasa dengan mengetahui tentang kelemahan-kelemahan negara tersebut dan mengambil kesempatan. Oleh itu, nilai etika haruslah disemai terhadap setiap individu supaya menjadi warganegara yang menyayangi negara masing-masing dengan tidak berbuat demikian kerana kestabilan dan keharmonian beragama yang dicapai kerana sekiranya gagal nilai perpaduan dalam negara diruntuhkan secara tidak langsung.

Selain itu, penyebaran maklumat palsu yang berterusan akan mempengaruhi cara seseorang itu berfikir, bertindak dan menyelesaikan konflik tersebut. Hal ini berpunca kerana media massa sedikit sebanyak telah membawa masuk masyarakat ke suatu pola budaya baru dan mula menentukan fikiran mereka serta budaya perilaku masyarakat. Oleh itu, jika maklumat palsu yang negatif mempengaruhi fikiran manusia secara perlahan-lahan, akhirnya akan berlaku pelbagai cara yang negatif seseorang untuk bertindak dan menyelesaikan konflik seperti menfitnah,bergaduh dan sebagainya. Kita dapati, majoriti dari kalangan ibu bapa dan warga emas sering mempercayai berita yang tidak sahih dan akan bertindak sesukahati seperti berkongsikan berita tersebut dengan orang lain menerusi media massa. Contohnya, facebook dan whatsapp yang sering digunakan oleh mereka.

Seperti yang kita sedia maklum, pada 29 Mac 2020, Ketua Menteri Kewangan Hasse, Thomas Schaefer, 54, dijumpai dijumpai tidak bernyawa berhampiran landasan kereta api. Hal ini disebabkan beliau terlalu bimbang tentang cara untuk menangani krisis ekonomi susulan impak daripada pandemic COVID 19. Penyebaran berita dan maklumat palsu tentang tiada ubat yang dapat menyembuhkan atau mencegah virus tersebut telah menbimbangkan setiap lapisan masyarakat terutamanya bagi kalangan warga emas yang mudah mempercayai berita atau maklumat yang disampaikan.

Seterusnya, penyebaran berita palsu akan memberi impak negatif kepada minda masyarakat yang menyebabkan akan mudah panik dan menyalahkan kumpulan tertentu berdasarkan andaian mereka. Hal ini boleh membawa kepada penggunaan kata-kata kesat, kebencian, hasutan atau menggunakan keganasan terhadap mana-mana kumpulan dianggap sebagai 'pembawa' wabak ini seperti menyalahkan orang China, kumpulan Tabligh, migran dan pelarian. Situasi sebegini boleh mengakibatkan kehancuran perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Dengan itu, akan berlakulah rusuhan antara kaum yang boleh melibatkan kerosakan harta benda awan dan juga diri sendiri. Tanpa kita sedari, perbuatan menularkan berita palsu dan bertindak atas berita palsu berkenaan boleh membawa kepada kezaliman teradap masyarakat.

Tambahan pula, kesan negatif terhadap minda akan membuatkan seseorang itu murung dan pasrah akan diri sendiri. Hal ini akan mendorong sesesorang itu untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak dijangka seperti membunuh diri. Sebagai contoh, seorang warga emas yang kemurungan sejak disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali ditemukan mati disyaki bunuh diri di rumahnya. Mangsa juga telah dikatakan membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan Covid-19 dan sering mengadu kepada isterinya bahawa lebih baik dia mati daripada menanggung sakit. Disini kita dapat melihat, bahawa kesan ini membuat seseorang itu menjadi panik dan melakukan sesuatu diluar kawalannya.

Disamping itu, penyebaran berita palsu berkaitan situasi ketidaktentuan politik negara pada masa kini yang disebarkan melalui media massa menjejaskan ketenteraman awam. Hal ini dapat dikaitkan dengan, isu sekarang di mana ketidakadilan politik dengan rakyat biasa. Bahkan juga, mereka seperti memperlekehkan rakyat biasa. Disini kita dapat melihat bahawa segelintir orang atasan membuat sesukahati dan tidak patuh akan syarat-syarat yang ditentukan sepanjang pandemic Covid 19 seperti keluar negeri tanpa sebarang urusan walhal kebenaran hanya diberikan jika atas urusan pekerjaan sahaja. Pada hari ini, terdapat banyak spekulasi-spekulasi yang tular di media massa menyatakan bahawa orang atasan yang mempunyai wang sahaja yang boleh kemana mana tanpa kebenaran pihak berkuasa. Hal ini juga terjadi kerana rasuah yang sangat tinggi di negara ini. Perkara seperti ini telah menyebabkan orang awan tidak berpuas hati dengan ketaidakadilan politik dan membuat keputusan untuk menyebarkan berita berita yang tidak diingini untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh politician. Berita palsu seperti ini telah menyebabkan rakyat di negara ini hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pemimpin negara dan telah menimbulkan pelbagai isu negatif dan sensitif sehingga terjadinya perpaduan negara terjejas. Oleh itu, sebagai rakyat yang beretika, kita tidak sepatutnya mempercayai berita palsu dan menjadi batu api sebaliknya haruslah menunggu berita yang telah sah diumumkan.

Akhir sekali, penyebaran berita palsu dapat membahayakan keselamatan negara dan kekuatan ekonomi. Media massa juga berperanan menjadikan masyarakat lebih peka kepada keadaan sekeliling dan mengeratkan hubungan sesama individu, namun masyarakat harus lebih berhati-hati kerana ada berita palsu direka semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat dan menjadi isu hangat. Situasi ini sangat membimbangkan kerana ada berita yang bertujuan untuk mewujudkan kebencian dan provokasi dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Keadaan ini sangat berbahaya kerana Malaysia mungkin akan hancur dan tidak lagi dihormati di mata dunia dan akibatnya, rakyat akan menanggung rugi. Forum Ekonomi Dunia telah menyenaraikan Penyebaran maklumat dan berita palsu sebagai antara risiko global utama dunia. Hal ini kerana apabila media massa disalahgunakan dengan menyebarkan banyak maklumat dan berita tidak benar akan menyebabkan sesebuah negara terancam oleh negara luar yang lebih berkuasa dengan mengetahui tentang kelemahan-kelemahan negara mangsa tersebut dan mengambil kesempatan. Oleh itu, nilai etika haruslah disemai terhadap setiap individu supaya menjadi warganegara yang menyayangi negara masing-masing dengan tidak berbuat demikian kerana kestabilan dan keharmonian beragama yang dicapai kerana sekiranya gagal nilai perpaduan dalam negara diruntuhkan secara tidak langsung....


Similar Free PDFs