Kesan- Kesan LGBT kepada rakyat PDF

Title Kesan- Kesan LGBT kepada rakyat
Author Sitiasyira Shaharuddin
Course penghayatan etika dan peradaban
Institution Universiti Kebangsaan Malaysia
Pages 3
File Size 95.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 408
Total Views 563

Summary

4 Kesan-kesan LGBT dalam kalangan rakyat4 Ancaman Terhadap Keamanan dan Keharmonian BeragamaKesan LGBT dalam kalangan rakyat dari segi agama adalah ancaman terhadap keamanan dan keharmonian beragama di Malaysia (Nor Hafizah & Norsaleha, 2016). Manusia berhadapan dengan krisis yang amat besar dan...


Description

4.0

Kesan-kesan LGBT dalam kalangan rakyat

4.1

Ancaman Terhadap Keamanan dan Keharmonian Beragama Kesan LGBT dalam kalangan rakyat dari segi agama adalah ancaman terhadap

keamanan dan keharmonian beragama di Malaysia (Nor Hafizah & Norsaleha, 2016). Manusia berhadapan dengan krisis yang amat besar dan juga kritikal di dalam kehidupan mereka apabila golongan LGBT dalam kalangan mereka semakin berleluasa. Selain itu, kumpulan LBGT yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat dapat memesongkan agama mereka tersendiri kerana tiada agama yang menyokong golongan manusia daripada LGBT. Termasuklah agama islam yang melarang penganutnya untuk mendekati daripada perbuatan dosa seperti LGBT. Keamanan dan keharmonian agama juga tercemar apabila golongan LBGT ini melanggar segala yang diperintahkan oleh saranan agama. Sebagai contohnya, manusia tidak boleh menukar jantina mereka yang tersendiri. Akan tetapi, golongan LBGT ini ada yang menukar jantina mereka untuk mengubah penampilannya. Ini sudah menunjukkan bahawa golongan LBGT ini telah mencemarkan agama dengan melanggar segala yang diperintahkan di dalam agama tersendiri. 4.2

Budaya gaya hidup yang negatif Rakyat terdedah dengan budaya gaya hidup yang negatif. Sudah jelas di mata dunia

bahawa golongan LGBT ini banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan juga negatif. Hal ini menyebabkan masyarakat yang hidup berdekatan dengan golongan LGBT berisiko tinggi terpengaruh dengan gaya hidup yang dijalankan oleh golongan LGBT. Golongan remaja yang mudah terpengaruh akan mudah untuk mengikuti perkara yang negatif kerana kecenderungan sifat ingin tahu yang tinggi di dalam diri setiap remaja. Hal ini menyebabkan remaja yang tidak mampu mengawal nafsu mereka akan mudah untuk mengikuti jejak langkah golongan LGBT ini. Daripada saja-saja buat, terus menjadi kebiasaan. Golongan LGBT juga tidak berasa segan untuk melakukan perkara yang negatif kerana mereka sudah selesa dengan kehidupan yang mereka lalui. Menurut Ahmad et al. (2015), golongan lesbian berasa bahagia dengan gaya hidup mereka kerana hubungan yang baik di dalam komuniti lesbian itu sendiri menjadikan mereka tidak mengambil peduli mengenai kritikan masyarakat. Oleh itu, budaya gaya hidup negatif yang tidak dibanteras

dapat menarik masyarakat disekelilingnya untuk menjalani kehidupan dengan gaya hidup yang negatif.

4.3

Menyumbang masalah dari aspek kesihatan Kementerian kesiahatan Malaysia telah menunjukkan bahawa 50% daripada kes

baharu HIV yang direkodkan pada tahun 2018 adalah berpunca daripada aktiviti homoseksual dan juga biseksual. Kada kes ini meningkat dalam kalangan golongan LGBT ini semakin mendadak naik setiap tahun daripada 63 kes pada tahun 2000 kepada 3,293 kes atau pada kadar 10 peratus bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2018 (Ridauddin Daud, 2018). Tidak mustahil untuk kes ini meningkat dari tahun ke tahun sekiranya golongan LGBT ini semakin mendapat tempat di Malaysia. Masalah kesihatan seperti HIV ini berlaku dalam golongan LGBT adalah kerana gaya hidup songsang dan juga tabiat seksual di luar tabii yang semakin berleluasa di Malaysia. Oleh hal yang demikian, golongan LGBT ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja kerana akan mendatangkan pelbagai lagi kemudaratan dan masalah kepada negara. 4.4

Meruntuhkan asas tamadun dan institusi kekeluargaan Pemikiran golongan LGBT ini boleh meruntuhkan asas tamadun dan budaya negara

kerana LBGT dapat mengancam sistem kekeluargaan melalui fitrah kejadian manusia. Terdapat juga golongan LGBT yang mendirikan rumah tangga tanpa perkhawinan yang sah dan menghasilkan anak melalui cara yang salah. Oleh hal demikian, anak yang dilahirkan kemungkinan mempunyai dua orang ibu ataupun dua orang ayah. Ini menyebabkan keturunan keluarga bercampur aduk dan meruntuhkan institusi kekeluargaan. Sekiranya fenomena ini tidak ditangani dengan segera maka dikhuatiri tidak ada generasi zuriat yang datang dari perkahwinan sah. Maka tersekatlah perkembangan agama kehidupan manusia yang bahagia dan penuh tamadun (Muhammad Uthman El- Muhammadi, 2012).

Rujukan Nor Hafizah et.al. 2016. Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan

Transgender (LGBT). Jurnal Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Peradaban Islam. 9(1):103-119. Ahmad et.al. 2015. Faktor dan Cara Gaya Hidup Serta Kemungkinan Kembali Pulih Dalam Kalangan Lesbian: Satu Kajian Kes. Jurnal of Social Sciences and Humanities. 10(1):

1-15. Muhammad Uthman El- Muhammadi. 2012. Menegakkan Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah Mengelak Daripada Syi’ah. Terbitan Majlis Agama Islam Kelantan, Kota Bharu....


Similar Free PDFs