KESAN PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI & MAKLUMAT DOCX

Title KESAN PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI & MAKLUMAT
Author Sadia Ukzia Insor
Pages 4
File Size 19.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 51
Total Views 458

Summary

KESAN NEGATIF: KEWUJUDAN BUDAYA PLAGIARIASME Teknologi dan maklumat telah memberi banyak impak positif kepada masyarakat. Namun begitu, masih terdapat beberapa aspek lain yang perlu dititikberatkan terutamanya kesan negatif yang sering berlaku dalam penyalahgunaan teknologi dan maklumat ini. Antara ...


Description

KESAN NEGATIF: KEWUJUDAN BUDAYA PLAGIARIASME Teknologi dan maklumat telah memberi banyak impak positif kepada masyarakat. Namun begitu, masih terdapat beberapa aspek lain yang perlu dititikberatkan terutamanya kesan negatif yang sering berlaku dalam penyalahgunaan teknologi dan maklumat ini. Antara kesan penyalahgunaan teknologi dan maklumat yang semakin berleluasa hingga ke hari ini ialah wujudnya budaya plagiarisme atau amalan 'copy-paste' dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Menurut Kamus Dewan, plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. Dalam bidang akademik pula, gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Teknologi yang canggih pada generasi ini membolehkan pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih cepat dan mudah. Budaya plagiarisme ini telah wujud sebelum adanya teknologi dan maklumat ini, namun ianya tidak terlalu serius. Namun begitu, budaya ini semakin berleluasa dan merebak dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar universiti yang ingin menyiapkan tugasan kerja kursus mereka dengan mudah tanpa mengambil masa yang lama. Golongan mahasiswa dan mahasiswa telah menyalahgunakan teknologi dan maklumat dengan hanya membuat 'copy-paste' ke atas hasil karya orang lain. Mengambil hak cipta orang lain ataupun idea orang lain tanpa sebarang rujukan atau penghargaan kepada penulis asal adalah salah di sisi undang-undang. Perkara ini berlaku kerana segelintir pelajar yang kurang mahir dalam mencari maklumat. Selain melayari Internet, para pelajar juga boleh mencari maklumat melalui kajian perpustakaan. Namun begitu, pelajar-pelajar ini lebih memilih untuk menciplak hasil karya yang diambil dari laman sesawang kerana kesulitan yang dialami semasa mencari sumber rujukan mereka di perpustakaan. Situasi ini jelas akan menyebabkan pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarisme. Mereka seharusnya didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat. Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara-cara menyelidik serta mengetahui objektif utama tugasan mereka supaya mendapatkan maklumat yang lebih tepat yang dapat...


Similar Free PDFs