MENANGANI PENYALAHGUNAAN APLIKASI LAMAN SEMBANG DOCX

Title MENANGANI PENYALAHGUNAAN APLIKASI LAMAN SEMBANG
Author Sarah Yasmin
Pages 2
File Size 18.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 517
Total Views 567

Summary

MENANGANI PENYALAHGUNAAN APLIKASI LAMAN SEMBANG Dunia laman sembang atau media sosial merupakan suatu alam yang penuh misteri. Mengapakah hal ini dikatakan begitu? Secara positifnya, laman sembang yang wujud pada masa kini seperti ‘Whatsapp’, ‘WeChat’, ‘Twitter’, ‘Telegram’ dan banyak lagi, dikataka...


Description

MENANGANI PENYALAHGUNAAN APLIKASI LAMAN SEMBANG Dunia laman sembang atau media sosial merupakan suatu alam yang penuh misteri. Mengapakah hal ini dikatakan begitu? Secara positifnya, laman sembang yang wujud pada masa kini seperti 'Whatsapp', 'WeChat', 'Twitter', 'Telegram' dan banyak lagi, dikatakan lebih memudahkan individu uuntuk berkomunikasi dengan rakan-rakan serta ahli keluarga. Aplikasi- aplikasi ini lebih gemar digunakan oleh masyarakat kerana tidak perlu membazir kredit yang banyak, dan hanya perlu membayar bil internet sahaja. Namun, adakah hal ini terlalu mudah sehinggakan bermacam-macam berita yang menyakitkan hati serta penipuan boleh tersebar begitu sahaja? Sehingga kini, manusia juga menjadikan aplikasi laman sembang ini untuk menyebarkan berita yang entah betul entah tidak, dan mungkin juga merupakan fitnah atau penipuan semata-mata. Penyalahgunaan aplikasi-aplikasi ini harus ditangani dan setiap golongan masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Pihak kerajaan adalah golongan yang paling berperanan untuk menangani penyalahgunaan laman sembang. Hal ini disebabkan terdapat banyak berita dan khabar angin antikerajaan disebarkan di laman sembang. Perkara ini termasuk kutukan dan video-video yang menghina pihak kerajaan atau negara sendiri. Sejak Februari 2016, pihak kerajaan telah menyatakan usul untuk mendakwa atau menahan individu-individu yang menyebarkan berita-berita tersebut. Lebih-lebih lagi, kerajaan juga bercadang untuk mendakwa mereka yang juga menekan butang 'Share' dan ' Like' pada berita tersebut di media sosial. Hal ini merupakan satu usaha yang baik untuk menangani penyalahgunaan tersebut setelah usul ini diluluskan dalam undang-undang. Hal ini dapat menyedarkan rakyat dan mungkin juga orang kerajaan sendiri untuk tidak menjadi orang yang berpaling muka dari pihak kerajaan dan negara. Selepas itu, sekolah dan masyarakat juga memainkan peranan yang penting. Dalam dunia zaman moden ini, tidak mustahil bagi kanak-kanak kecil juga untuk menggunakan aplikasi laman sembang ini. Oleh itu, pihak sekolah dan masyarakat tempatan perlu menjalankan kempen untuk menyarankan pelajar dan masyarakat untuk berfikir secara rasional sebelum menyebarkan berita-berita tersebut. Sekolah perlu mengadakan ceramah tentang jenayah siber, supaya dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk tidak terlalu mempercayai isu yang disebarkan di laman sembang mereka. terdapat kes yang melibatkan kanak-kanak atau remaja yang ditipu dalam laman sembang yang akhirnya menjurus kepada kes npenculikan. Oleh itu, sekolah perlu memainkan peranannya. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu mengawal penggunaan internet dan laman sosial anak-anak. Remaja dan kanak-kanak boleh terpengaruh dengan semua perkara yang disebarkan kepada mereka. jika tidak dikawal, terdapat situasi yang mana kanak-kanak berumur 8 hingga 10 tahun bercakap tentang keburukan Goods service Tax (GST) dan isu wang 3.6 billion yang telah disebarkan. Oleh itu, ibu bapa mesti mempengaruhi mereka untuk menilai betul-betul tentang sesuatu perkara, supaya dapat melahirkan generasi yamng berfikiran lebih matang....


Similar Free PDFs