LGBT - Cara menangani LGBT Di Malaysia PDF

Title LGBT - Cara menangani LGBT Di Malaysia
Author Thachaini Samugam
Course Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS)
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 12
File Size 203.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 177
Total Views 290

Summary

1 PendahuluanPengetahuan saya tentang LGBT sebelum membuat kajian ini adalah sangat umum iaitu maksud LGBT ialah L-Lesbian,G-Gay, B-Biseksual,T-Transgender. Setahu saya istilah ‘lesbian’ membawa maksud perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap jantina sejenisnya dengan itu, istilah ‘gay’ ada...


Description

1.0 Pendahuluan Pengetahuan saya tentang LGBT sebelum membuat kajian ini adalah sangat umum iaitu maksud LGBT ialah L-Lesbian,G-Gay, B-Biseksual,T-Transgender. Setahu saya istilah ‘lesbian’ membawa maksud perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap jantina sejenisnya.Selaras dengan itu, istilah ‘gay’ adalah lelaki yang mempunyai daya tarikan seksual terhadap kaum sesamanya dan lelaki sebegini juga dikategorikan sebagai lelaki homoseksual.Selain itu, maksud ‘biseksual’ adalah untuk individu yang berminat untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan juga perempuan.Akhirnya berdasarkan pengetahuan saya transgender adalah dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh lelaki yang menyerupai rupa perempuan dan mereka ini lebih dikenali sebagai pondan atau bapok. Selain pengetahuan am saya berkaitan dengan gejala LGBT, saya juga pernah membaca sebuah buku berkaitan dengan isu LGBT.Judul buku tersebut adalah Gay Masculinities by Peter M Nardi (2000) yang membincangkan kehidupan seharian seorang gay. Selain itu,sejarah gay juga dibincangkan dalam buku ini dimana isu ini mengambil alih pada zaman Victoria dimana hubungan antara lelaki dan wanita dipisahkan. Situasi ini menjadi salah satu sebab utama dalam tercetusnya budaya songsang ini dalam kalangan masyarakat. Seterusnya penulis buku ini juga menceritakan pengalaman sebenar mereka yang menghidapi HIV dan Aids sebagai hasil daripada penjalinan hubungan yang tidak sihat ini.Akhirnya, semasa saya di waktu persekolahan gejala LGBT ini bergerak secara senyap,malu-malu,tetapi pada masa kini ianya menjadi semakin terbuka dan menjadi buah mulut bagi semua lapisan masyarakat.

2.0 Objektif Lesbian,Gay,Biseksual,Transgender (LGBT) pada masa kini sudah mempunyai medium penyebaran di seluruh dunia. Melalui medium ini, individu-individu tersebut mudah untuk mempublikasikan agenda-agenda yang bakal ditempuhi dan saling bertukar maklumat tentang perkembangan terkini dalam gejala LGBT ini. Oleh yang demikian sebuah kajian dijalankan oleh saya untuk mengenalpasti punca tercetusnya isu LGBT muka dunia ini dan langkah-langkah prospektif yang perlu diambil untuk membanteras gejala ini dari akar umbi.Antara objektif yang dapat diperolehi melalui kajian ini adalah seperti yang dinyatakkan dibawah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor tercetusnya budaya LGBT dalam kalangan warganegara Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk

mengenalpasti kesan-kesan yang bakal ditempuhi oleh individu yang terlibat dalam gejalagejala negatif sebegini.Dengan mengkaji kesan-kesan yang bakal terjadi terhadap individu,kesan yang akan berlaku terhadap golongan masyarakat dan Negara juga menjelaskan akibat renjisan perbuatan individu-individu yang terbabit dalam ajaran sesat tersebut.

Seiring dengan itu,kajian ini dapat membantu saya untuk mengkaji tentang sudut pandang masyarakat Malaysia terhadap isu LGBT. Berdasarkan perseptif-perspektif yang diperolehi daripda masyarakat Malaysia, sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencapai objektif kajian ini serentak dengan mengenalpasti pelbagai persoalan yang bergading bahu dalam gejala LGBT ini.

Selain itu, objektif seterusnya dalam kajian ini adalah untuk membentuk kesedaran masyarakat berbilang kaum di Malaysia berdasarkan ajaran agama Islam tentang malapetaka yang bakal menimpa masyarakat dan Negara kita akibat gejala ini. Oleh yang demikian ,kajian ini juga mampu membangkitkan perasaan sebahu dalam kalangan masyarakat bagi menegahkan gejala negatif ini daripada terus merebak.Disamping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengekang penguasaan budaya Barat yang deras mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat,Negara,agama dan budaya kita di Malaysia.

3.0 Konsep LGBT Perkataan LGBT adalah ringkasan bagi Lesbian,Gay,Biseksual dan Transgender iaitu sebuah kelompok individu yang membentuk satu pembentukkan bebas (NGO) di luar Negara untuk memperjuangkan dan menolong kumpulan individu yang melalui kecelaruan jantina ini.LGBT atau

kenali juga sebagai GLBT adalah merujuk kepada segelintir golongan

individu yang menpraktiskan gaya hidup Gay,Lesbian,Biseksual dan Transeksual. Kumpulan ini berjuang untuk memansuhkan undang-undang dibawah Seksyen 377A-D Kanun Keseksaan yang mengklasifikasikan aktiviti seks songsang luar tabi’e dan liwat secara haram. Antara keterangan yang diberikan oleh mereka terhadap bantahan ini adalah pemansuhan ini berkenaan dengan dasar kebebasan hak asasi manusia yang menjadi pangkal himpunan Seksualiti Merdeka yang disarankan pada 9 November 2011.

3.1 Lesbian Secara umumnya Lesbian dimaksudkan dengan perlakuan hubungan luar tabie’e dan songsang diantara dua wanita yang memiliki jantina yang sama.Dari pandangan Islam, perkataan lesbian ini lebih dikenali sebagai “musahaqah”. Menurut Kartini Kartono (2016), lesbian didefinisikan sebagai wanita yang merasakan rangsangan seksual atau memiliki perasaan cinta terhadap seseorang wanita. Sesungguhnya hubungan sonsang lesbian ini terdiri daripada perbuatan seperti menyentuhkan,menggesekkan alat kelamin dan bukanya ejakulasi.Di Malaysia, perlakuan negatif ini dikategorikan sebagai satu kesalahan disisi undang-undang yang boleh dikenakan hukuman yang sejajar dengan perlakuan tersebut. 3.2 Gay Seterusnya, Kamus Dewan dan Pustaka edisi keempat mentakrifkan gay sebagai seorang lelaki yang memiliki daya tarikan seksual terhadap jantina sejenisnya.Gay merupakkan suatu istilah yang umumnya digunakan untuk merujuk individu homoseksual atau personaliti homoseksual.Gay juga membawa maksud yang hampir sama dengan lesbian iaitu berkaitan dengan hubungan songsang dan luar tabie’e tetapi fenomena gay ini berlaku diantara lelaki bersama lelaki. Walaubagaimanapun sesetengah individu lebih biasa dengan perkataan “liwat” yang membawa maksud yang sama dengan perkataan gay. 3.3 Biseksual Sementara itu, biseksual (bisexual) merupakan individu yang sedikit berbeza dengan yang lain iaitu mereka yang dapat menghayati jalinan emosional dan hubungan seksual dengan kedua-dua jenis jantina mahupun lelaki atau wanita. Secara ringkasnya, biseksual adalah suatu kebiasaan yang mengamalkan aktiviti persetubuhan bebas antara pasangan lelaki dan wanita. Disamping itu, pasangan yang dimaksudkan disini juga termasuk individu yang sudah menjalinkan hubungan persetubuhan sebelum dan selepas berkahwin iaitu dengan menukar pasangan berkahwin dengan orang lain. 3.4 Transgender Menurut sejarah etimologi transgender berasal dari dua perkataan iaitu trans yang bermaksud “pemindahan” dan gender pula bermaksud jenis jantina atau kelamin. Secara keseluruhanya istilah transgender membawa maksud kebiasaan songsang untuk bersifat dan berkelakuan bertentangan dengan kelamin iaitu lelaki bersifat sebagai perempuan dan perempuan bersifat sebagai lelaki. Dalam hal ini, amalan ini turut mendorong kepada pengubahan jantina yang

dilarang oleh Islam sama sekali. Dalam hal ini, Islam hanya menghalalkan menukaran jantina bagi etnik khunsa iaitu mereka yang mempunyai dua alat kelamin sejak lahir. Oleh itu, Islam melarang sama sekali penukaran jantina bagi individu yang sudah lahir dalam keadaan normal.

4.0 Sejarah Bermulanya LGBT LGBT membawa maksud Lesbian,Gay,Biseksual dan transgender.Bagaimana LGBT ini boleh terjebak? Seperti yang kita tahu, budaya negatif seperti ini bermula dari pengaruh budaya Barat yang telah merebak keseluruh dunia. Budaya seks bebas ini berkembang kepada hasrat di luar tabii seperti menjalin hubungan dengan jantina sesame sendiri.Mengikut perjalanan sejarah, tentangan agama terus terjadi kerana terlibat dalam seks bebas,menjalinkan hubungan seks tanpa sebarang ikatan perkahwinan,mempunyai lebih daripada satu pasangan dan saling bertukar pasangan (Mahmud, n.d).Misalnya, bukan semua lapisan masyarakat terjebak dalam budaya songsang ini. Di Malaysia, gejala yang berkenaan dengan seks bebas dikatakan semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat Malaysia setelah rakyat kurang memberikan perhatian terhadap ajaran agama. Pada asalnya, pelacuran dan seks bebas dikesan terjadi di tempat-tempat pelabuhan, dimana ketika kedatangan lebih ramai etnik imigran, kedatangan lebih banyak lelaki lelaki menjadi punya untuk berlaku permintaan yang banyak keatas wanita. Menurut beberapa karyawan mengenai isu negatif ini, homoseksual ialah talian atau perhubungan sejenis dan bukanlah berlalu hangat. Golongan lelaki gay dan wanita lesbian wujud di merata tempat dalam keadaan suram (Zin Mahmud). Pada awalnya, gejala songsang ini berlaku secara senyap, tetapi kini ianya menjadi semakin umum dan terbuka. Malaysia merupakan Negara berbilang kaum yang mempunyak pelbagai kaum dan bangsa,Islam merupakan agama rasmi bagi Negara Malaysia.Menurut ajaran agama Islam, hubungan sejenis dan sesiapa yang terlibat dalam amalan songsang ini perlu dijatuhkan hukuman setimpal.Selain itu, Mahkamah Syariah turut memainkan peranan penting dalam membanteras isu LGBT.Menurut Seksyen 377 Kanun Keseksaan hubungan sejenis dan liwat adalah terlarang sama sekali di Malaysia.

Namun demikan, golongan LGBT ini sering terlibat dalam kempen-kempen untuk nenegakkan hak mereka

terhadap hubungan songsang kerana mereka percaya bahawa

hubungan sejenis yang dijalinkan atas kerelaan masing-masing adalah hak asasi setiap individu yang lahir sebagai manusia.Satu kempen yang dijalankan oleh pengamal-pengamal hubungan songsang di Malaysia yang bertemakan “Seksualiti Merdeka”.Kempen ini bertujuan untuk mereka untuk makan malam bersama pasangan sejenis masing-masing, melakukan apa sahaja yang diinginkan oleh mereka, dan akhirnya memaksa supaya merasmikan perkahwinan mereka dari segi undang-undang Negara secara rasmi. Hal ini demikian kerana. Negara Malaysia masih tidak menerima perkahwinan hubungan sejenis walaupun beberapa negara Barat sudah memberikan pengiktirafan secara rasmi. Menurut bekas Perdana Menteri negara Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang memberikan amaran keras terhadap gejala LGBT dan enggan memberikan peluang untuk amalan songsang ini terjebak secara meluas di Malaysia.Pihak kerajaan turut mengambil inisiatif dengan menjalankan polisi kesedaran untuk menghalang kempen “Seksualiti Merdeka” dengan menjalankan kempen yang dapat memberikan kesedaran terhadap ibu-bapa yang dapat membantu mereka mengenal pasti gerak-geri anak-anak mereka yang terjebak dalam amalan songsang ini.Selain itu, pihak kerajaan juga memberi amaran kepada peguam-peguam negara yang kian meracuni mentaliti golongan masyarakat agar menerima hubungan songsang tersebut atas alasan hubungan seksualiti merupakan hak asasi manusia.

5.0 Pandangan dan Penerimaan LGBT Salah satu isu masyarakat yang mencemaskan kita pada masa kini adalah isu hangat iaitu LGBT yang membawa segelintir masyarakat kearah budaya songsang yang melawan arus ajaran agama,kemanusiaan dan keluarga.Mereka yang memilih serta terjebak di dalam budaya songsang ini dengan jelasnya melakukan sesuatu yang tidak normal dan tidak meruntukan penghormatan insitusi keluarga,agama dan aspek negara. 5.1 Keluarga Jika dilihat dari pandangan keluarga, amalan songsang negatif ini akan merosakkan sistem sosial dan intraksi diantara ahli keluarga.Budaya songsang ini bukan terbentuk daripada keinginan normal tetapi dibudayakan melalui cara hidup songsang yang terpesong jauh dari sistem kemanusiaan sejagat.

Akibat daripada amalan negatif ini akan membawa keruntuah sitem sosial dengan percanggahan nilai murni dan mencemari adat budaya timur.Ibu bapa adalah golongan pertama yang akan mengalami tekanan apabila menyedari perubahan anak mereka kepada budaya LGBT akan menjadi sebab anak-anak mereka melalui diskirminasi,penderaan lisan dan serangan fizikal.Selain itu, ibu bapa kepada gologan gay atau lesbian terpaksa menghadapi tekanan dari pelbagai sudut seperti keagamaan,kemasyarakatan, dan undangundang yang berandaskan nilai murni. 5.2 Negara LGBT juga dilihat sebagai salah satu simptom penyakit sosial yang kronik yang mampu memporak-perandakan sistem budaya,bangsa dan mengikis nilai negara jika tidak dibendung.Isu LGBT juga dilihatdari sudut yang lebih besar iaitu sudut nilai kenegaraan untuk negara.Ini disebabkan kita tidak boleh melihat negara kita mencapai kemajuan dengan mengorbankan nilai-nilai murni rakyatnya.Disamping itu pendekatan rehabilitasi juga perlu disediakan untuk membantu mereka yang terjebak supaya kembali ke landasan yang betul. 5.3 Sosial Terdapat dua konsep penting LGBT dari segi sosial, yang pertama ialah sesnsialism dan social cobstruction.Dua pandangan ini adalah pandangan yang saling bercanggah,di mana dalam konsep esensialism,individu tersebut yakin bahawa jenis jantina dan identiti seksual merupakan sesuatu yang semula jadi dan tidak dapat diubah.Mereka juga berpendapat bahawa jenis jantina hanya dua iaitu lelaki dan perempuan.Seterusnya,bagi konsep social constructionism,mereka yakin bahawa bukan hanya jantina, namun seks ataupun jantina merupakan perkara biasa. Golongan ini percaya bahawa hubungan intim tidak hanya terdiri daripada lelaki dan perempuan sahaja namun turut tergolong dalam golongan transgender dan interseks.Pandangan sosial yang lain berkaitan LGBT adalah menurut Bailey & Benishan 2011, berkata gejala homoseksual selalunya bermula dari rumah dan anak bongsu lebig cenderung untuk terlibat dalam gejala-gejala sebegini.

6.0 Malaysia dan LGBT Di Malaysia, istilah LGBT telah mula digunakan secara meluas pada era-90.Pergerakan mereka

bertujuan

untuk

mendapatkan

hak-hak

kumpulan

yang

memperjuangkan

homoseksual iaitu individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan seksual terhadap jantina yang sama.Oleh kerana bertentangan dengan orientasi seks yang normal,LGBT adalah kumpulan minority dalam masyarakat.Walaupun begitu, kumpulan ini giat mempromosikan diri mereka dalam usaha untuk menuntut hal-hak yang sewajarnya dalam kehidupan sosial.Senario dalam kehidupan masyarakat moden juga memperlihatkan bahawa mereka yang menyokong pergerakan menuntut hak-hak homoseksual adalah mereka yang diiktiraf sebagai pejuang hak asasi manusia dan sebaliknya. Oleh yang demikian, Ambiga Sreevanasan,seorang yang telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan hak LGBT di Malaysia telah Berjaya meraih penghormatan dan menerima penghargaan

dari

berbagai

pihak

di

peringkat

antarabangasa.Kumpulan

yang

memperjuangkan hak LGBT mengusulkan supaya Seksyen 377A-D Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabii dimansuhkan kerana pengharaman tersebut bertentangan dengan prinsip kebebasan manusia yang menjadi tonggak himpunan Seksualiti Merdeka di Malaysia.Pada dasarnya, kelompok LGBT di seluruh dunia menuntut 8 perkara utama iaitu : i)

Aktiviti seks sesama jantina (tidak mengambil kira soal haram atau halal)

ii)

Pengiktirafan terhadap hubungan sesame sejenis atau berlainan jenis.

iii)

Perkahwinan sesame jantina

iv)

Pengambilan anak angkat

v)

Membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera

vi)

Membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera

vii)

Anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual

viii)

Memperjuangkan undang-undang untuk identiti jantina dan ekspresi jantina

7.0 Faktor-Faktor Penyebab Menjadi LGBT Namun begitu kemunculan mereka ketika ini telah mengejutkan banyak pihak.Ini kerana keberanian mereka untuk menonjolkan diri secara terbuka dan tindakan mereka untuk menuntut aktiviti LGBT seumpamanya diiktiraf di negara ini.Oleh kerana itu, terdapat

beberapa faktor yang dikenalpasti menjadi penyebab utama seseorang individu cenderung untuk menjadi sebahagian daripada golongan LGBT.Antaranya ialah: 7.1 Keluarga Pengalaman atau trauma di zaman kanak-kanak misalnya semasa dikasari oleh ibu bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki dan perempuan bersikap kasar,bengkis, dan panas baran yang menyebabkan si anak merasa benci pada orang itu.Contohnya, bagi seseorang lesbian,pengalaman yang dirasakan oleh para wanita dari saat anak-anak akibat kekerasan yang dilakukan oleh para lelaki iaitu bapa,abang atau saudara-mara lelakinya.Kekerasan yang dialami dari segi fizikan,mental dan seksual membuatkan seseorang wanta itu bersikap benci terhadap semua lelaki.

7.2 Pergaulan dan Lingkungan Kebiasaan pergaulan dan linkungan menjadi faktor terbesar menyumbang kepada kekacauan seksual ini yang mana salah seorang anggota keluarga tidak menunjukkan kasih sayang dan sikap orang tua yang merasakn penjelasan tentang seks adalah suatu yang negatif. Contohnya, pergaulan dan lingkungan anak-anak ketika berada di sekolah berasrama yang berpisah antara lelaki dan perempuan juga turut mengundang terjadinya hubungan gay dan lesbian.

7.3 Pengetahuan Agama Yang Lemah Golongan homoseksual ini terjadi kerana adanya pengeseran nilai-nilai agama yang diamalkan oleh masyarakat.Hal ini disebabkan kerana kelemahan akhlak dan pengendalian nafsu serta rangsangan seksual.Kerapuhan iman seseorang juga dapat menyebabkan segala kejahatan terjadi kerana iman seseorang manusia sahaja yang mampu menjadi banteng paling efektif dalam mengekang penyimpangan seksual. Contohnya, pengetahuan agama memainkan peranan penting sebagai banteng pertahanan yang paling penting dalam mendidik diri sendiri untuk membezakan diantara yang baik dan dibaliknya,haram dan halal dan sebagainya.

7.4 Biologis Berdasarkan kajian yang telah dbuat keatas genetic,dan hormon,seseorang homoseksual memiliki kecenderungan untuk melakukan hubungan homoseksual kerana mendapat dorongan dari dalam tubuh yang sifatnya genetik. Penyimpangan faktor genetik dapat dikawal melalui ajaran moral dan secara kepercayaan agama masing-masing.Contohnya, pada dasarnya kromosom lelaki normal adalah XY,sedangkan perempuan normal pula adalah XX.Bagi seseorang individu lelaki yang memiliki genetic XXY,maka lelaki tersebut memiliki satu kromosom X sebagai tambahan.Justeru, gaya dan perlakuanya dipercayai akan mirip sebagai seorang perempuan.

8.0 Isu LGBT dari perspektif Islam Perbuatan LGBT adalah haram di sisi Islam.Isu LGBT yang membawa kepada fahaman daan budaya songsang adalah berlawanan dengan arus sistem agama,kemanusiaan dan kekeluargaan,Perlakuan LGBT ini adalah perlakuan yang songsang yang ditolak sama sekali oleh semua agama samawi.Kita boleh merujuk kepada dalil-dalil berikut yang menunjukkan bahawa Ismal mengharamkan perbuatan LGBT.

1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra,ayat 32:

Yang bermaksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kearah kerosakkan.

2. Allah SWT mengulagi lagi larangNya di dalam Surah An-Nur, ayat 2:

Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

3. Manakala berkenaan dengan hubungan sesama sejenis pula Allah SWT berfirman di dalam Surah As-Syu’araa,ayat 165 dan 166

Yang bermaksud : Patutkah kamu melakukan hubungan sejenis dengan lelaki dari kalangan manusia.

Yang bermaksud : “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”

9.0 Malaysia menghadapi agenda LGBT Undang-undang di Malaysia setakat ini memperuntukkan sebatan dan penjara tidak melebihi 20 tahun untuk Akta Homoseksual melibatkan lelaki dan perempuan.Undang-undang Malaysia mengenai homsexualiti terkandung dalam seks...


Similar Free PDFs