LGBT IDK FULL group assignment PDF

Title LGBT IDK FULL group assignment
Course Islam dan Isu-Isu Kontemporari
Institution Universiti Sultan Zainal Abidin
Pages 21
File Size 419.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 115
Total Views 201

Summary

ISLAM DAN ISU-ISU KONTEMPORARI (CDA21003)ISM SAINS SOSIAL ANTROPOLOGI DAN DAKWAH (SEMESTER 3)TAJUK : KAJIAN ILMIAH MENGENAI LGBT (LESBIAN,GAY,BISEKSUAL,TRANSGENDER)NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ DR. HAJI MOHAMED ANWAR BIN OMAR DINNO NAMA NO. MATRIK1. AINUL ATHIRAH BT MOHD SUHAIMI 0446112. SITI NURALIY...


Description

ISLAM DAN ISU-ISU KONTEMPORARI (CDA21003) ISM SAINS SOSIAL ANTROPOLOGI DAN DAKWAH (SEMESTER 3) TAJUK : KAJIAN ILMIAH MENGENAI LGBT (LESBIAN,GAY,BISEKSUAL, TRANSGENDER) NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ DR. HAJI MOHAMED ANWAR BIN OMAR DIN

NO 1. 2. 3. 4. 5. 6.

NAMA AINUL ATHIRAH BT MOHD SUHAIMI SITI NURALIYA HUSNA BT MOHD SHOPI NUR HUSNA ZAWANAH BT KARIM NURHAYATI BT MD JAMIL NOOR ADILLAH SAINUDDIN NUR SYAFIQAH BT SALIM

NO. MATRIK 044611 044612 044791 044849 043186 044727

1

Bil.Isi kandungan

Muka surat

1. Abstrak

3

2. 1.0 Pendahuluan

4-5

1.1 Latar belakang kajian

5-8

1.2 Objektif kajian

9

1.3 Persoalan kajian

9

1.4 Metodologi kajian

9-10

2 2.0 Hasil &Perbincangan

11-14

2.1 Faktor-faktor LGBT

11- 14

2.2 Kesan-kesan LGBT

14- 15

2.3 Cara mengatasi LGBT

15-18

3 Penutup

19

4 Lampiran

20

5 Rujukan

21

ABSTRAK

2

Kajian ini bertujuan memahami definisi sebenar LGBT iaitu lesbian, gay, biseksual, dan transgender selain untuk mengenalpasti punca berlakunya gejala LGBT ini. Penulis mendapati terdapat pelbagai punca atau faktor-faktor terjadinya gejala ini serta akibat-akibat negatif yang ditimbulkan bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi juga kepada masyarakat amnya. Penulisan ini akan lebih menumpukan kepada peranan individu, masyarakat, dan Negara terhadap memanteras masalah ini dan melahirkan kesedaran masyarakat Islam tentang bahayanya gejala ini dan mengekang gejala ini daripada terus menular di samping menentang yang banyak membawa kesan negatif terhadap agama, bangsa dan negara..Penulisan ini berbentuk kualitatif melalui analisis dari sumber sekunder.Di antara penyebabnya ialah penyalahgunaan media elektronik dan internet yang menyebabkan individu terdorong untuk mempunyai nafsu syahwat yang songsang. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialahperanan kerajaan dalam menambahbaikkan penguatkuasaan undang-undang dalam membendung penularan LGBT dalam masyarakatnya. Hasil kajian ini dapat memberi saranan untuk mengatasi gejala ini serta dapat membantu mengatasi masalah yang semakin serius ini bukan sahaja dengan mengambil kira kaedah penyelesaian peguatkuasaan undang-undang berbentuk deterren sahaja tetapi merujuk kepada pelbagai sudut (agama, psikologi dan lain-lain).

KATA KUNCI: Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, dominasi budaya Barat, media elektronik dan penyebab yang lain, pelaksanaan.

1.0 Pendahuluan

3

LGBT adalah singkatan bagi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender iaitu sebuah kumpulan yang membentuk satu badan bebas (NGO) di luar negara untuk membantu dan memperjuangkan kumpulan yang mengalami kecelaruan jantina ini.Golongan ini sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Keseksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi'e dimansuhkan.Alasan mereka ialah pengharaman ini bertentangan dengan prinsip kebebasan manusia yang menjadi tonggak himpunan Seksualiti Merdeka yang dicadangkan pada 09 November 2011. Lesbian secara umumnya dimaksudkan dengan amalan hubungan songsang dan luar tabie’e diantara wanita dan wanita. Di Malaysia, perbuatan ini dianggap sebagai salah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan tersebut. Jika di dalam Islam, lesbian ini lebih dikenali dengan panggilan musahaqah. Pada masa yang sama, mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat,gay bermaksud lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya. Gay juga membawa pengertian yang lebih kurang sama dengan lesbian iaitu hubungan songsang dan luar tabie’e , akan tetapi gejala gay ini dipraktikkan diantara lelaki dan lelaki. Sesetengah orang tidak biasa dengan penggunaan bahasa gay tetapi lebih biasa menggunakan perkataan liwat. Biseksual pula ialah amalan persetubuhan bebas antara pasangan lelaki dan perempuan.Pasangan yang dinyatakan di sini termasuklah pasangan yang mengamalkan persetubuhan semasa sebelum berkahwin dan semasa sudah berkahwin juga iaitu dengan menukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Sementara itu, transgender pula membawa maksud amalan songsang untuk berkelakuan dan bersifat bertentangan dengan jantina iaitu perempuan bersifat seperti lelaki dan lelaki bersifat seperti perempuan.Amalan ini juga turut membawa kepada penukaran jantina yang sememangnya dilarang oleh Islam.Islam hanya membenarkan penukaran jantina bagi kaum khunsa iaitu kaum yang memiliki dua jantina sejak lahir lagi.Kaum khunsa diberi hak untuk

4

memilih jantina yang sesuai dengan mereka. Walaupun begitu, Islam mengharamkan dan menolak sama sekali penukaran jantina bagi yang sudah sedia lahir dalam keadaan normal.

1.1 Latar Belakang Kajian Sejarah bermulanyaLGBT Budaya songsang seperti ini bermula dari pengaruh Barat yang telah merebak ke seluruh pelusuk dunia.Isu mengenai LGBT telah disebut di dalam al- Quran, Torah dan juga Bible.Dinyatakan dengan jelas bahawa hubungan songsang iaitu hubungan sejenis dilarang oleh Tuhan. Di Malaysia, isu yang berkaitan dengan seks bebas dikatakan berkembang setelah rakyatmengetepikan ajaran agama. Pada mulanya, seks bebas atau pelacuran dikesan berlaku di kawasan-kawasan pelabuhan, yang mana ketika kemasukan lebih ramai kaum imigran, kemasukan lebih ramai lelaki menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi ke atas wanita. Menurut beberapa penulisan awal mengenai isu sosial, homoseksualiti ialah hubungan sejenis dan bukanlah terlalu baru.Kelompok lelaki gay dan perempuan lesbian wujud di serata tempat dalam situasi 'kekaburan'.Pada mulanya, aktiviti tersebut bergerak secara senyap, tetapi kini ianya semakin terbuka. Walaupun Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan mempunyai berbagai agama, Islam merupakan agama rasmi kepada negara.Islam melarang hubungan sejenis dan menjatuhkan hukuman yang berat kepada sesiapa yang mengamalkan amalan songsang.Mahkamah Syariah juga memainkan peranan penting dalam menangani isu LGBT.Seksyen 377 Kanun Keseksaan turut menyatakan mengenai larangan hubungan sejenis dan liwat. Golongan ini sering berkempen untuk hak mereka berhubungan songsang kerana mereka percaya bahawa hubungan sejenis yang dilakukan atas kerelaan masingmasing merupakan hak asasi manusia. Mereka menjalankan satu kempen atas nama Seksualiti Merdeka, di mana pengamal-pengamalnya akan berkumpul, meraikan makan malam bersama pasangan sejenis masing-masing, melakukan apa sahaja yang 5

diinginkan dan seterusnya mendesak agar mereka turut disahkan pernikahannya dari sudut undang-undang negara. Hal ini kerana, masyarakat Malaysia masih belum menerima pernikahan pasangan sejenis, meskipun beberapa negara Barat sudah mula memberikan pengiktirafan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran tegas mengenai amalan LGBT dan tidak mahu memberikan ruang amalan tersebut dijalankan di Malaysia .Pihak kerajaan juga telah melaksanakan beberapa polisi untuk menghalang amalan songsang iaitu menutup festival Seksualiti Merdeka danmelaksanakan kempen yang memberikan kesedaran kepada ibu bapa untuk mengenal pasti tanda-tanda seseorang itu gay atau pon lesbian dan juga menjalankan “musical tour”.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi amaran kepada para peguam LGBT yang sering meracuni fikiran orang Islam agar menerima hubungan songsang tersebut atas alasan hak asasi manusia. Terdapat dua konsep asas LGBT dari pandangan sosial, iaitu, konsep esensialism dan social construction. Dua pandangan ini adalah pandangan yang saling bercanggah, di mana dalam konsep esensialism, mereka yakin bahawa jenis kelamin, orentasi seksual dan identiti seksual merupakan sesuatu yang bersifat semula jadi yang tidak dapat mengalami perubahan. Mereka juga berpandangan bahawa jenis kelamin hanya terdapat dua jenis, iaitu lelaki dan perempuan.Manakala, orientasi seksual pula hanya heteroseksual dan identiti jantina seharunys selaras dengan jenis kelamin.Hal ini menyebabkan golongan yang berada di luar konsep ini dianggap sebagai tidak normal. Seterusnya, bagi konsep social constructionism, mereka yakin bahawa bukan hanya jantina, namun seks mahupun identiti hantina adalah biasa.Mereka-mereka yang mempercayai konsep ini berpendapat bahawa hubungan kelamin tidak hanya terdiri daripada lelaki dan perempuan sahaja namun turut tergolong dalam golongan trasgender dan interseks. Selain itu, Lerner dalam bukunya yang bertajuk “Genders Issues and Sexuality” telah menghuraikan bahawa golongan LGBT ini ataupun lebih dikenali sebagai 6

“transgenders” dan “transexual” ialah individu atau kumpulan individu yang mengalami ketidakstabilan jantina dan kerumitan seksualiti. Tambahan lagi, golongan ini menganggap bahawa identiti jantina mereka adalah sepatutnya berbeza daripada apa yang sepadan dengan alat seks mereka. Pandangan sosial lain mengenai LGBT yang diperoleh ialah melalui laporan oleh Bailey & Benishan pada tahun 1993 di mana menurut laporan tersebut, gejalah homoseksual selalunya bermula dari rumah. Kajian itu mendedahkan bahawa anak bongsu

lebih

cenderung

untuk

menghidap

masalah

“transgender”ataupun

“transexual”berbanding dengan anak sulung dalam keluarga.

Isu LGBT dari perspektif Islam Perbuatan LGBT adalah haram di sisi Islam.Isu LGBT yang membawa kepada fahaman dan budaya songsang adalah berlawanan dengan arus sistem agama, kemanusiaan dan kekeluargaan. Perlakuan LGBT ini adalah perlakuan yang songsang yang ditolak sama sekali oleh semua agama samawi. Kita boleh merujuk kepada dalil-dalil berikut yang menunjukkan bahawa Islam mengharamkan perbuatan LGBT. 1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32:

Yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

2. Allah SWT mengulangi lagi laranganNya di dalam Surah An-Nur, ayat 2:

7

Yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. 3. Manakala berkenaan dengan hubungan sesama sejenis pula Allah SWT berfirman di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166

Yang bermaksud: “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia”.

Yang bermaksud: “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orangorang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”

Kesimpulan Melihat bahawa negara kita, Malaysia yang terdiri daripada majoriti populariti umat Islam, maka budaya LGBT ini haruslah disekat.Budaya ini dapat disekatkan dengan mewujudkan mekanisme dan pelan perancangan yang rapi bagi memulihkan golongan LGBT ini.Bantuan dari segi kaunseling, psikologi dan perubatan secara percuma juga dapat membantu dalam penyekatan budaya ini. 8

1.2 Objektif kajian 1.2.1 Memahami definisi sebenar LGBT ini. 1.2.2 Mengenalpasti ini juga dilakukan untuk mengenalpasti punca dan kesan berlakunya gejala LGBT ini. 1.2.3 Melahirkan kesedaran masyarakat Islam tentang bahayanya gejala inidan mengekang gejala ini daripada terus menular di samping menentang dominasi budaya Barat yang banyak membawa kesan negatif terhadap agama, bangsa dan negara. 1.3 Persoalan kajian 1.3.1 Apakah pendefinisian yang sebenar LGBT? 1.3.2 Apakah punca-punca dan kesan yang bakal dihadapioleh individu, masyarakat dan Negara? 1.3.3 Bagaimanakah cara untuk melahirkan kesedaran masyarakat terhadap masalah ini?

1.4 Metodologi kajian 1.4.1 Pengenalan Metodologi ialah gabungan antara dua perkataan Yunani iaitu“methodos yang bermaksud cara atau jalan dan“logos” bererti ilmu. Hasil gabungan daripada dua perkataan ini membawa pengertian bahawa metodologi ialah cara atau jalan bagi memahami sesuatu perkara yang berkaitan dengan ilmu yang hendak dikaji. Kenneth D. Bailey mendefinisikan metodologi ialah falsafah proses penyelidikan dan kriteria yang digunakan oleh penyelidik untuk mentafsirkan data dan membuat kesimpulan. Manakala Imam Barnadib pula menjelaskan metodologi sebagai ilmu tentang menjalankan penelitian.Dengan kata lain, metodologi ialah ilmu tentang cara atau kaedah yang digunakan untuk melakukan sesuatu kajian atau penyelidikan. Kesimpulannya, metodologi penyelidikan ialah kaedah yang sistematik dalam proses mengumpukanl data atau maklumat untuk menyelesaikan sesuatu kajian.

9

1.4.2

Cara mendapatkan maklumat Metode pengumpulan data ialah kaedah mengumpul maklumat secara terperinci yang diketahui atau telah dikumpulkan mengenai sesuatu dan seterusnya dijadikan asas untuk membuat kajian secara analisis atau kesimpulan.Terdapat bentuk cara untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini iaitu sumber sekunder. Sumber data yang diperolehi dalam sumber ini adalah dalam bentuk buku, majalah, jurnal,surat khabar, buku ilmiah, dan sumber internet. Dalam usaha mengumpul data yang diperlukan, pengkaji menggabungkan beberapa kaedah dengan menjalankan dua bentuk penyelidikan utama iaitu melalui kajian kepustakaan (Library Research).

1.4.3 Sumber sekunder Sumber sekunder merupakan sumber yang diperoleh oleh pengkaji secara tidak langsung melalui media perantara. Sumber ini diperoleh dengan menggunakan sumber pembacaan yang dijalankan melalui rujukan iaitu buku, majalah, artikel,dan catatan – catatan yang berhubungan dengan penelitian, selain itu, pengkaji memperoleh daripada sumber internet.

a) kajian kepustakaan (Library Research) Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang penyelidik bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod. Ia merujuk kepada proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen yang mempunyai hubungannya dengan masalah – masalah yang diteliti. Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya dirumuskan kepada persoalan yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.

10

2.0 Hasil &Perbincangan 2.1 Faktor-faktor LGBT

a) Dorongan individu Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Umpamanya seorang ibu yang amat teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan tetapi sebaliknya mempunyai bayi lelaki.Bayi lelaki ini semenjak dia kecil dipakaikan dengan pakaian seorang perempuan, diberi permainan kanak-kanak perempuan, berambut panjang dan dilayan sebagai seorang kanak-kanak perempuan. Proses ini akan membentuk kepercayaan di dalam dirinya bahawa dia yang seorang lelaki adalah merupakan seorang perempuan. Apabila dia dewasa, beliau akan mengalami kecelaruan identiti lalu merasakan bahawa dirinya adalah terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki.

b)

Trauma Masa Lampau/Kanak-Kanak

Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau yang sangat teruk, akan mendorong mereka tidak menyukai jantina yang berbeza dengan mereka. Sebagai contohnya ialah mangsa pemerkosaan. Menurut laporan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM. Penulis berpendapat bahawa jika mangsa rogol iaitu daripada aspek hubungan sumbang mahram (inses) di antara bapa (termasuklah saudara mara lelaki) dengan kanak-kanak perempuan akan menimbulkan berkurangnya rasa kepercayaan terhadap bapa (atau saudara mara lelaki). Ini kerana orang yang sepatutnya menjaga dan memelihara mereka dengan penuh kasih sayang telah merogol dan merosakkan kehormatan mereka. Rasa ketidakpercayaan ini akan boleh menyebabkan kanakkanak perempuan cederung untuk menjadi seorang lesbian. Pendapat penulis ini adalah konsisten dengan Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Ketua Jabatan 11

Pendidikan Perubatan HUKM[8] bahawa hubungan di antara bapa dan anak-anak juga boleh menjadi faktor penyebab kepada gejala LGBT ini.Begitu juga sebaliknya.

c)

Peluang dan ruang

Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke dalam gejala LGBT. Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di kawasan Bukit Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA, kelab-kela11b malam (termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan perniagaan hingga ke awal pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang kepada golongan remaja dan belia terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta termasuklah gejala LGBT ini.

d)

Pendidikan Seks Yang Salah

Faktor pendidikan seks yang salah ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana dibimbangi sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada diri saya sendiri. Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka.Maksud betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada perempuan dan demikianlah sebaliknya terhadap anak perempuan. Pada waktu yang sama, anak-anak dididik cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang dilarang oleh agama. Islam menuntut hubungan seksual antara lelaki dan wanita (heteroseksual) dan hubungan ini ada syarat-syaratnya.Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah semua hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram.Didikan yang melampaui batas inilah yang menyebabkan anak-anak membesar dengan kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah ciptaan mereka. Penyelesaian kepada punca ini tidak sahaja disandarkan kepada proses pendidikan ibubapa, tetapi meluas kepada para penjaga, guru, pensyarah, penceramah, peranan masjid dan masyarakat.

12

e)

Salah Faham Terhadap Takdir

Ramai dikalangan pengamal LGBT apabila ditegur tentang kecenderungan jantina dan seksual yang berlawanan dari fitrah manusia, ada yang menjawab bahawa itu adalah takdir Allah ke atas diri mereka dan mereka redha terhadapnya.Ini adalah kefahaman yang salah terhadap takdir. Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak disukai oleh Allah SWT pada ukuran manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu: i)

Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan kecukupan sesudah kemiskinan.

ii)

Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama, seperti kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir yang selari dengan tuntutan agama.

f)

Media Electronik dan ICT

Teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio, komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit mempunyai kesan yang besar terhadap masyarakat. Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana semakin ramai orang menggunakannya dengan harganya yang semakin murah dan kemudahan capaian produk-produk teknologikal seperti komputer, modem, video kamera dan telefon ...


Similar Free PDFs