KEKANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PRASEKOLAH PDF

Title KEKANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PRASEKOLAH
Author Fariza Khalid
Pages 7
File Size 326.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 9
Total Views 201

Summary

212 Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) KEKANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PRASEKOLAH Nuraimi Kamis (Pengarang Penghubung) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, M...


Description

Accelerat ing t he world's research.

KEKANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PRASEKOLAH Fariza Khalid

Related papers e-prosiding PPIPK 2017.pdf Dr. Zul Aizam A1 Art ikel Penuh pdf SPPK chong chiew fung Prosiding SPeKS 2017.pdf Joe Macho

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

212

KEKANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PRASEKOLAH

Nuraimi Kamis (Pengarang Penghubung) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, MALAYSIA [email protected] Fariza Khalid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, MALAYSIA [email protected]

ABSTRAK Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam pendidikan kian meluas dan turut digunakan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak iaitu prasekolah.Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)dalam pengajaran dan pembelajaran(PdP) dapat memberi kesan positif kepada guru mahupun kanak-kanak.Kertas konsep ini membincangkan mengenai kekangan guru prasekolah dalam mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak seiring dengan perkembangan pendidikan bertaraf dunia.Tambahan itu juga penggunaan TMK sebagai sebagai salah satu medium atau kaedah yang digunakan ketika PdP dalam meningkatkan kefahaman dan menjadikan pembelajaran kanak-kanak lebih menarik. Kata kunci :Kekangan Penggunaan TMK; Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah

PENGENALAN Perkembangan dalam dunia teknologi masa kini telah memberi impak kepada perkembangan pendidikan di dunia termasuklah di negara Malaysia. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information And Communication Technology (ICT) kini digunakan secara meluas di mana ianya merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam pelbagai bidang termasuklah di dalam bidang pendidikan. Melihat kepada cabaran abad ke 21, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut menggariskan penggunaan teknologi dalam anjakan ke 7 iaitu dengan memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di negara Malaysia. Segala kemudahan dan kemahiran disalurkan kepada sekolah secara berperingkat dalam memastikan akses kepada teknologi ini dapat digunakan secara efektif yang mana akan memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkualiti. Semua peringkat bidang pendidikan termasuklah universiti, sekolah menengah, sekolah rendah malahan peringkat prasekolah turut disepadukan dengan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bersesuaian dengan perkembangan pembelajaran abad ke-21 di mana TMK berpotensi sebagai medium yang semakin penting dalam membantu PdP pada masa kini (Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam 2011). Untuk memetik artikel ini: Kamis, N., & Khalid, F. (2017). Kekangan penggunan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

213 Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan TMK ini juga memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan berfikiran kreatif dan kritis.Selain itu, penggunaan teknologi di dalam PdP memberi kesan positif kepada pelajar di mana mereka tidak lagi menjadi pendengar pasif tetapi mempunyai peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pendidikan apabila menggunakan ICT (Lee 2013). Tambahan pula, pendidikan negara kita telah mengalami tranformasi seiring dengan arus pemodenan dan kemajuan.Pada masa kini, penggunaan TMK dalam pendidikan dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran serta digunakan sebagai pemudahcara dalam membantu guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik.Namun begitu, penggunaan ICT dalam PdP yang masih rendah dalam kalangan guru masih masih menjadi isu (Sandra Rahman et.al (2013). Hasil kajian lepas yang dijalankan ke atas 30 orang guru prasekolah menunjukkan hanya 56% sahaja guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan kekerapan walaupun guru mengetahui penggunaan komputer dapat membantu murid dalam pelajaran. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) digunakan secara meluas termasuklah dalam bidang pendidikan.TMK boleh didefinisikan sebagai apa sahaja yang membolehkan kita untuk mendapatkan maklumat atau berkomunikasi antara satu sama lain (Bolstad, 2004).Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermaksud TMK digunakan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP (Kementerian Pelajaran Malaysia 2001). Selain itu, dari perspektif pendidikan awal kanak-kanak, TMK termasuklah perisian dan perkakasan meliputi komputer termasuklah (laptop, desktop), audio, kamera digital serta kamera video, perisian dan bahan kreativiti dan komunikasi, internet, printer, cerita interaktif dan peranti serta sumber yang lain. (Bolstad, 2004; Corr, 2006). Pendidikan Prasekolah Pendidikan prasekolah merupakan salah satu Pendidikan Awal kanak-kanak yang terdapat di Malaysia.Merujuk akta pendidikan 1996 pendidikan prasekolah adalah program pendidikan bagi kanak-kanak yang berumur dari empat hingga enam tahun. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2016). Terdapat enam tunjang yang mendasari kurikulum prasekolah yang merangkumi tunjang komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Ketrampilan diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika dan juga Sains dan Teknologi. Tunjang Komunikasi meliputi empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil yang memberi penekanan dan pendedahan kepada kemahiran berbahasa lisan dan juga bukan lisan semasa berkomunikasi. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil wajib dipelajari oleh kanak-kanak yang bersekolah

Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

214 Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

di Sekolah Jenis Kebangsaan. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai pula terbahagi kepada dua iaitu Pendidikan Islam bagi kanak-kanak yang beragama Islam yang meliputi aspek ibadah,akidah, penguasaan asas Al-Quran dan Jawi, adab dan nilai serta pengenalan Sirah. Pendidikan Moral pula dipelajari oleh kanak-kanak yang bukan beragama Islam dan boleh disepadukan dengan tunjang-tunjang yang lain dan berfokuskan kepada pembentukan insan yang berakhlak mulia. Tunjang Kemanusiaan pula memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai untuk mengenali serta menghargai diri sendiri, orang sekeliling,masyarakat, komuniti dan negara, global serta alam sekitar. Tunjang ini menyediakan kanak-kanak menjadi seorang individu serta warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin.Tunjang ketrampilan diri menekankan mengenai pengurusan dan mengenali emosi kepada kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak juga didedahkan dengan bersosial dengan orang lain. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menguruskan emosi dan sikap mereka secara positif di dalam kehidupan seharian. Tunjang fizikal dan estetika pula dibahagikan kepada dua iaitu perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta kreativiti dan estetika yang merangkumi muzik,drama dan seni visual. Tunjang Sains dan Teknologi berfokuskan kepada Sains Awal dan Matematik Awal. Sains Awal meliputi sikap saintifik, kemahiran proses sains, menyiasat alam hidupan dan menyiasat alam bahan serta menyiasat alam fizikal. Matematik awal pula memberi pengalaman awal kepada kanak-kanak merangkumi pranombor, konsep nombor,operasi nombor, nilai wang, konsep wang dan waktu, bentuk serta ruang. Kesepaduan keenam-enam tunjang ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni yangberlandaskan keagamaan,berketerampilan, berpengetahuan,berpemikiran kritis dan kreatif serta menjadi seorang yang inovatif (KSPK 2016). Melalui semakan semula KSPK, beberapa perubahan telah berlaku antaranya adalah penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) bermula di peringkat prasekolah bermula tahun 2017.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) Penggunaan teknologi dalam pendidikan banyak membantu guru dan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Dalam era globalisasi kini bidang pendidikan turut terkesan dengan perubahan yang berlaku samaada kepada murid dan guru. Kepentingan TMK kepada Kanak-kanak Robiah Sidin &Nor Sakinah Mohamad (2007) menyatakan bahawa penggunaan kepelbagaian kaedah dalam pembelajaran seperti kaedah konstruktivisme adalah lebih berkesan dalam mewujudkan pembelajaran yang aktif dan mendorong murid untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran komputer yang lebih baik. Penggunaan TMK dalam proses pengajaran memberi banyak ruang kepada pelaksanaan pengajaran secara konstruktivisme dan pembelajaran aktif. Pengintegrasian TMK juga telah terbukti turut memberi impak yang positif kepada kanak-kanak prasekolah dalam mempersiapkan diri mereka untuk masa hadapan (Sandra Rahman et.al, 2013). Kanak-kanak merupakan aset negara yang berharga di mana merekalah yang akan akan mewarisi kehidupan serta keharmonian negara bangsa pada masa hadapan (Nik Rosila Nik Yaaco, (2010).Justeru, pembentukan peribadi serta kebolehan intelek kanak-kanak pra sekolah ini harus dibentuk dengan terancang dan bersistematik agar mereka lahir sebagai seorang individu yang bukan sahaja mampu menaakul konsep dan pembelajaran dengan berkesan, malah mampu berfikir secara kreatif dan berketrampialn dari sudut penyelesaian masalah.Oleh yang demikian, pengajaran pembelajaran bagi kanak-kanak pra tidak boleh dipandang ringan. Tugas para guru

Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

215 Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

prasekolah dilihat sebagai satu tugas yang berat kerana mereka perlu memainkan peranan yang berkesan bukan sahaja dalam penguasaan kemahiran mengajar, tetapi harus juga menguasai kemahiran untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran mereka agar proses tersebut dapat melahirkan pembelajaran yang lebih bermakna kepada anak-anak didik mereka. Pengintegrasian TMK dalam pembelajran kanak-kanak pra sekolah amat bersesuaian kerana kanak-kanak pra sekolah dalam usia mereka amat tertarik dengan persembahan multimedia (Ahmad Esa et.al (2007). Penggunaan TMK juga mampu menarik minat mereka untuk memberik fokus kepada pengajaran guru.Tambahan itu juga TMK juga dapat membantu murid untuk mengumpul dan memahami maklumat yang sukar dengan cara yang lebih mudah. (Ahmad Esa et al 2007; KPM 2001). Kepentingan TMK kepada Guru Selain faedah yang diperolehi bagi golongan kanak-kanak pra sekolah, penggunaan TMK turut memberi manfaat kepada golongan guru itu sendiri.Atan & Andrew (2010) melaporkan bahawa kebanyakan guru pelatih yang mendapat pendedahan tentang penggunaan TMK untuk proses pengajaran & pembelajaran menunjukkan peningkatan dari sudut kemahiran generik mereka, selain meningkatkan kualiti pengajaran mereka dengan lebih efektif. Selain itu, TMK juga dapat membantu guru menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang pelbagai dan menarik. Hal ini seiring dengan dapatan kajian Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri (2010) yang menunjukkan sebilangan besar guru (60.7%) guru j-QAF sangat bersetuju bahawa penggunaan teknologi Multimedia sebagai BBM dapat menghasilkan pembelajaran pelajar dngan lebih berkesan berbanding pengajaran secara tradisional. Pengintegrasian TMK juga memberi lebih ruang kepada para guru untuk memberi perhatian dan fokus kepada setiap individu pelajar mereka, selain berpeluang memperbaiki aktiviti pengajaran bersesuaian dengan tahap kemahiran pelajar serta bahan yang dibangunkan untuk pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa (Leong Mei Wei, 1998) dalam Aszoura Mohamed Salleh (2007). Kekangan dalam Penggunaan TMK Melalui pembacaan kajian-kajian lepas, terdapat beberapa kekangan yang telah dikenalpasti melalui dapatan daripada kajian lepas yang telah dijalankan. Antaranya kekangan dari aspek kemahiran guru, kekurangan peralatan, kekangan penyelenggaraan komputer dan juga kekangan masa. Salah satu daripada kekangan dalam penggunaan TMK secara berkesan adalah disebabkan oleh faktor kemahiran guru. Norijah Mohamed et al. (2014), Sandra Rahman et al. (2013) dan Ting Kung Shiung et al. (2005) mengatakan bahawa guru-guru masih berhadapan dengan masalah dari sudut kurang kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas mereka.. Selain itu, dari aspek kekurangan peralatan(Norijah Mohamed et.al ,2014; Ting Kung Shiung et.al, 2005) melalui kajian mereka menunjukkan kekurangan peralatan dan juga prasana teknologi merupakan salah satu masalah untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.Manakala bagi aspek penyelenggaraan komputer pula menurut Sandra Rahman et.al, 2013; Yahya Othman & Roselan Baki, 2015) menyatakan bahawa penyelenggaraan komputer di sekolah tidak cekap dan sukar mendapatkan bantuan teknikal untuk membaiki

Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

216 Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

komputer.Kekangan dari aspek masa menurut Sandra Rahman et.al, 2013; Yahya Othman & Roselan Baki, 2015; Norijah Mohamed et.al.(2014) menyatakan bahawa guru menghadapi masalah masa dalam menghabiskan silibus pengajaran yang telah ditetapkan.Selain itu, guru mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan dan merancang pengajaran yang menggunakan TMK ini. Pentadbir memainkan salah satu peranan penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran TMK dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah.Namun begitu, terdapat beberapa hasil kajian menunjukkan pentadbir kurang memberi sokongan kepada guru-guru.Menurut Hasnuddin Ab Rahman et al. (2015) menyatakan bahawa antara kekangan yang timbul di dalam kajiannya adalah aspek sokongan dari pengurusan sekolah itu sendiri.

CADANGAN Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak boleh disepadukan bersama-sama tunjang yang lain dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran guru. Namun begitu, kekangan yang dihadapi oleh guru menyebabkan mereka kurang menggunakan TMK dalam PdP mereka. Oleh itu, antara cadangan untuk mengatasi kekangan pertamanya adalah dengan mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan TMK dengan lebih kerap dan sistematik.Guru-guru perlu didedahkan dengan kemahiran penggunaan komputer yang terkini selari dengan perkembangan teknologi supaya mereka lebih berkeyakinan dalam mengaplikasikan TMK dalam pengajaran. Selain itu, pihak atasan perlu menyediakan ruang dan peralatan yang mencukupi kepada kelas-kelas prasekolah. Peralatan komputer juga perlu diselenggara dan diperiksa secara berkala bagi memastikan PdP yang menggunakan TMK dapat dijalankan dengan baik selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Namun begitu, usaha mengatasi kekangan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang baik dari semua pihak. Oleh itu, semua pihak termasuklah pihak Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak pentadbir, guru-guru mahupun ibu bapa perlulah sentiasa menyokong segala pembaharuan yang akan atau telah dilaksanakan sejak dari peringkat prasekolah lagi. Kim Phaik Lah (1996) dipetik dalam (Sharifah Norhaidah Syed Idros et.al (2009), menyatakan bahawa pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan yang amat penting dari segi pelaburan sumber manusia kerana pada peringkat inilah penyuburan yang pesat berlaku kepada seseorang individu dalam semua aspek perkembangan.Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil peluang ini untuk mendidik kanak-kanak dengan sebaiknya dalam usaha memajukan sistem pendidikan negara kita.

KESIMPULAN Kesimpulannya, penggunaan TMK di dalam pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah merupakan suatu usaha yang baik dalam memberi didikan sejak dari kecil lagi.Oleh itu, guru prasekolah itu sendiri perlu terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan TMK dalam pendidikan supaya lebih berkeyakinan dan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjadikan pendidikan negara kita seiring dengan negara maju yang lain dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti yang dapat bersaing dengan positif.

Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

217 Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Rujukan Ahmad Esa et.al (2007).Peranan Multimedia di dalam Pembelajaran Kanak-Kanak. JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan, 18-20 November

Kebangsaan

2007, Hotel Royal Adelphi, Seremban.

Bolstad,R. (2004). The role and potential of ICT in early childhood education A international literature.New Zealand Council for

Seminar

review of New Zealand and

Educational Research

Corr.A.C.(2006).Children and Technology: A Tool for Child Development.The

National

Children’s

Resource Centre Hasnuddin Bin Ab Rahmanet.al(2015). Keberkesanan Penggunaan Ict Di Dalam

Pengajaran

Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah Kebangsaan

Desa

Lumpur.Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8

International

Information Technology

Dan

Pandan

Kuala

Conference

on

& Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia.2016. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.Bahagian

Pembangunan

Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (1996).Akta Pendidikan. Lee Bih Ni (2013 ). Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30

Malaysia Sabah .Seminar

Ogos 2013) 106

Norijah Mohamed et.al (2014).Tahap kesediaan Pengintegrasian Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT)

dalam Pengajaran Terhadap Murid-Murid Pra Sekolah : Satu Tinjauan. Robiah Sidin &Nor Sakinah Mohamad (2007).ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Pembaharuan Pedagogi. Pendidikan Jurnal Pendidikan 32 (2007)

Cabaran

dalam

139-152

Sandra Rahman et.al (2013).Penggunaan ICT Merentas Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) : Tinjauan Di Prasekolah Kementerian Pasifik - Oktober 2013,

Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia

Bil. 1 Isu 4

Sharifah Norhaidah Syed Idros et.al (2009).Aspek Keselamatan Taman Permainan

Kanak- kanak.DP. Jilid

9, Bil. 1/2009 Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd.Salam (2011). Tahap Kesediaan Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan

Penggunaan

ICT

dalam

Tingkah Laku Murid Prasekolah.Jurnal

Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 25-34 Ting Kung Shiung,Woo Yoke Ling(2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Di KalanganGuru Sekolah Menengah Teknik

Pengajaran Dan Pembelajaran

Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICTDan

Ke...


Similar Free PDFs