Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PDF

Title Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Author Fariza Khalid
Pages 9
File Size 233.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 11
Total Views 51

Summary

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014 Bab 13 Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Zailawati Husin & Fariza ...


Description

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014

Bab 13 Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Zailawati Husin & Fariza Khalid Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat Fakulti Pendidikan Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abstrak Perkembangan teknologi pada masa kini sedikit sebanyak telah mempengaruhi guru-guru sekolah terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan satu penanda aras yang baik dalam sistem pendidikan di Malaysia khasnya. Setiap pemain agenda dalam sistem pendidikan negara telah berusaha untuk berubah dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (pdp). Kajian lebih terarah kepada tiga (3) objektif sahaja iaitu tahap kemahiran dan bentuk pengunaan teknologi, kekangan-kekangan yang wujud terhadap penggunaan komputer dan ICT serta cara mengatasi kekangan-kekangan tersebut. Seramai 87 orang guru di kalangan guru sekolah di bawah seliaan Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) telah dipilih dan diedarkan dengan soalan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik, di mana ia dibina secara separuh (50%) oleh penyelidik dan separuh (50%) lagi adalah berdasarkan kajian yang lepas ( ikut kesesuaian dan ketepatan kajian). Ia mengandungi lima bahagian utama iaitu latar belakang responden, kekerapan dan bentuk penggunaan teknologi, tahap kemahiran komputer dan ICT, kekangan-kekangan terhadap penggunaan teknologi dan faktor-faktor penghalang serta cara mengatasinya. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru-guru terhadap penggunaan teknologi masih berada pada tahap yang sederhana. Penggunaan teknologi dilihat perlu dan digunakan apabila dipaksa oleh pihak pentadbir atau untuk urusan peribadi sahaja, kegunaan bagi tujuan pdp dilihat tidak menonjol. Manakala kekangan-kekangan yang dihadapi pula ialah dari segi masa, sikap, faktor latihan dan kemudahan. Kata kunci: kekangan penggunaan komputer & ict, pengajaran dan pembelajaran. 1. Pengenalan Dunia pendidikan negara adalah bersikap dinamik. Dari hari ke hari, tanpa kita sedari wujud banyak penambahbaikan dalam sistem pendidikan kini. Dalam bidang pendidikan khasnya, ICT ini dikatakan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) sehingga memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Budaya pengajaran dan pembelajaran di Malaysia perlu berubah seiring dengan kemajuan pesat ICT seperti amalan pendidikan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang. Pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan satu inisiatif yang ditunjukkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuktikan bahawasanya ICT akan dilaksanakan dengan berkesan dalam sistem pendidikan negara. Pelbagai peluang dan ruang

74

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014

akan dibuka seluas-luasnya oleh pihak kementerian kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan negara. Langkah ini diharap dapat merealisasikan dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang ingin memartabatkan profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara golongan luar bandar dan bandar. Dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran ini, maka ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai, dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam bidang ilmu secara lebih berkesan dan bermakna. Seterusnya, pelajar akan dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar, sehingga dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana serta yang berdaya saing untuk merealisasikan Wawasan Negara 2020.

2. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk: 1.1 Mengenalpasti tingkat kemahiran dan penggunaan ICT di kalangan guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 1.2 Mengenalpasti kekangan-kekangan yang wujud terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.3 Mengenalpasti cara mengatasi kekangan-kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru 3. Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak pembuat dasar iaitu KPM khususnya untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Adakah penggunaan komputer dan ICT dilaksanakan sebaik mungkin oleh guru-guru? Dan adakah mereka sudah menyiapkan diri mereka untuk mengubah cara kerja mereka? Ia juga boleh dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam mengunakan komputer dan ICT sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasinya. Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan kepada bakal-bakal guru atau pun pelajar-pelajar universiti dan institut perguruan. Mereka boleh menggunakan maklumat yang diperolehi dalam kajian ini untuk menghasilkan satu kajian yang lebih bermutu di samping menjadikan ia sebagai bahan bacaan tambahan. 4. Batasan Kajian Kajian ini merupakan satu kajian ilmiah yang dijalankan oleh pengkaji ke atas beberapa buah sekolah yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedengaran agak pelik sedikit pada tajuk kajian ini, dan mungkin ramai yang tertanya-tanya akan kewajaran responden. Mengapa memilih sekolah-sekolah di bandar? Bukankah guru-guru di bandar lebih bersikap terbuka, bersedia dan kreatif? Jawapannya, tidak semua guru yang mengajar di bandar mempunyai tahap atau tingkat kemahiran penggunaan komputer dan ICT yang baik, malah ada di antara mereka yang takut untuk menggunakan komputer semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Tidak keterlaluan dikatakan, ada di antara guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masih lagi tidak tahu bagaimana cara untuk mengakses internet baik melalui carian Internet Explorer, Mozilla, Google, Chrome dan lain-lain carian lagi. Kajian yang dibuat oleh pengkaji ini terhadap guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah bertujuan untuk mengenalpasti kekangan-kekangan utama terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana cara untuk menanganinya. Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar di sekolah rendah di pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian.

75

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014

Terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti dan ianya adalah bersifat umum seperti faktor jantina, faktor latihan, dan faktor kemudahan komputer di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti berdasarkan kajian ini seperti pengalaman mengajar, taraf pendidikan, kemahiran dan lain-lain lagi. Semua faktor yang disebutkan tadi menjadi sebab mengapa perlaksanaan komputer dan ICT kurang berjaya di sekolah. Di sinilah timbul keinginan dalam diri penyelidik untuk membuat kajian ini, di samping mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Hasil dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada penggunaan komputer dan ICT di kalangan guruguru sekolah rendah di pusat bandar Kuala Lumpur sahaja, dan ianya tidak merujuk kepada sekolah-sekolah lain yang terdapat di luar Kuala Lumpur. 5. Metodologi 5.1 Sampel Kajian Populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan pencerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau pun objek (Mohd Majid Konting, 1990). Individu atau objek yang dijadikan bahan pencerapan di sini mestilah mempunyai sekurang-kurannya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain. Mengenalpasti dan mendefinisi populasi yang disampel secara spesifik (Azizi et. al , 2007). Populasi kajian ini terdiri daripada semua guru yang mengajar di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Lokasi kajian adalah sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Sampel merangkumi ahli-ahli kumpulan kecil yang dipilih secara rawak dari populasi untuk mengkaji sifat atau parameter populasi (Alias Baba, 1992). Sampel kajian ini adalah sampel jenis bertujuan, iaitu hanya melibatkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah sekitar pusat bandar Kuala Lumpur seperti Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan Batu, Sekolah Sultan Hishamudin dan lain-lain sekolah yang berdekatan. 5.2 Instrumen Kajian Kaji selidik adalah kaedah yang dipilih sebagai instrument kajian. Soal selidik yang baik adalah soal selidik yang dapat mencapai objektif yang disasarkan dengan memperoleh maklumat yang paling tepat dan lengkap serta dapat mencapai tujuan sebenar kajian. Responden diedarkan dengan satu set soal selidik, di mana ia dibina berdasarkan bentuk faktor-faktor berikut : a. Memberi masa yang cukup kepada responden untuk menjawab soal selidik b. Soal selidik itu perlu dijawab dan ianya mudah kerana jawapan telah disediakan c. Menjimatkan masa, tenaga dan kos Ia merangkumi lima (5) bahagian seperti berikut : Bahagian A : Latar belakang responden Bahagian B : Kekerapan dan bentuk Penggunaan ICT Bahagian C : Tahap Kemahiran komputer dan penggunaan ICT Bahagian D : Kekangan-kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT Bahagian E : Faktor-faktor yang menjadi kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT Serta cadangan cara mengatasinya. Pernyataan dan persoalan yang dikemukakan pada boring soal selidik ini adalah sebahagiannya dicipta oleh penyelidik dan sebahagian lagi diambil daripada beberapa penyelidik sebelum ini kerana dirasakan soalan tersebut mempunyai kepentingan kepada kajian ini. Set soalan selidik terbahagi kepada lima bahagian A, B, C, D dan E di mana ia melibatkan 10 item di bahagian A, 12 item di bahagian B, 15 item di bahagian C, 25 item di bahagian D,dan 3 item di bahagian E.

76

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014

5.2.1 Bahagian A : Latar belakang responden Bahagian ini memfokuskan kepada maklumat tentan latar belakang responden seperti jantina, umur, status, kelulusan akademik, pemilikan komputer, pengalaman mengajar, mata pelajaran yang diajar, kursus berkaitan dengan penggunaan komputer yang pernah diikuti dan kefahaman tentang ilmu komputer dan ICT. Responden hanya perlu menandakan (/) pada ruangan pilihan jawapan yang disediakan. Juga terdapat tiga soalan terbuka yan mudah yang perlu dijawab oleh responden. 5.2.2 Bahagian B : Kekerapan dan Kaedah Penggunaan ICT dalam PdP. 5.2.3 Bahagian C : Tahap Kemahiran dan Cara Pengunaan ICT. Pada bahagian ini pula soalan yang ditanya adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kemahiran dan cara penggunaan ICT di kalangan guru-guru. 5.2.4 Bahagian D : Kekangan-Kekangan Terhadap Penggunaan Komputer dan ICT. Responden perlu memilih apakah bentuk-bentuk kekangan yang biasa dihadapi oleh mereka semasa menggunakan atau mengaplikasikan komputer dan ICT semasa melaksanakan PdP. Bahagian E : Faktor-faktor yang menghalang responden terhadap penggunaan komputer dan ICT serta cadangan untuk mengatasinya. Bahagian ini perlu dijawab oleh responden berdasarkan kepada idea dan pendapat mereka.

5.3 Kajian Rintis Melalui kajian ini, 10 orang responden telah dipilih secara rawak mudah, ia telah dijalankan ke atas 10 orang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Leaki Jalan Batu, Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah kerana ingin memastikan instrument kajian yang dibina adalah bersesuaian dari segi bahasa dan juga istilah. Ini adalah untuk memudahkan responden menjawab dengan tenang dan yang paling penting ialah untuk menentukan kebolehpercayaan dalam soal selidik yang digunakan diuji dengan menggunakan Alpha Cronbach bagi menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set soalan. Hasil analisa kajian rintis ini memberikan nilai alpha 0.91. Ini menunjukkan bahawa soal selidik yan dibina mempunyai kebolehpercayaan yang boleh dikategorikan sebagai baik. Menurut Rowther (1981), mengklasifikasikan 0.7 hingga 1.0 adalah tahap kekuatan yang terbaik. Ini menunjukkan soalan tersebut boleh diterima pakai. 6. Keputusan

Bil. 1.

2. 3. 4. 5.

Jadual 1. Taburan Responden Mengikut Peratus (%) dan Min dari segi Kekerapan dan Kaedah Penggunaan Semasa PdP. Item TP TK KK K AK Saya mengakses maklumat menggunakan carian 4.60 19.5 35.6 24.1 16.1 google, chrome, mozilla firefox dan internet explorer sebelum saya menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mendapatkan maklumat terkini dalam bahan pengajaran Saya menggunakan perisian Microsoft Word 19.5 8.00 28.7 16.1 27.6 untuk menyediakan RPH Saya menggunakan perisian Microsoft Power 19.5 18.4 35.6 13.8 12.6 Point untuk menyediakan nota dan bahan PdP Saya mengunakan perisian Microsoft Excel 8.00 10.3 24.1 29.9 27.6 untuk merekod markah murid Saya menggunakan VLEFrog untuk mengetahui 4.60 6.90 29.9 29.9 28.7

77

Min 3.28

3.24 2.82 3.59 3.71

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014

6.

7.

8.

9. 10. 11. 12.

maklumat terkini tentang perkembangan sekolah Saya menggunakan iThink online untuk menyediakan nota mudah untuk murid-murid saya Saya sering menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk menyembang dengan murid-murid saya Saya sering menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh pihak KPM untuk tujuan pengajaran di dalam kelas Saya sering melayari laman web pendidikan untuk mendapatkan maklumat yang terkini Saya sering menggunakan printer untuk mencetak helaian nota dan latihan untuk murid Saya menggunakan Scanner untuk mengimbas gambar dari pelbagai sumber bagi tujuan PdP Saya sering menggunakan SmartPhone untuk mengambil gambar yang berkaitan dengan isi pelajaran untuk menampakkan ianya lebih jelas.

20.7

19.5

33.3

20.7

5.70

2.71

19.5

16.1

35.6

19.5

9.20

2.83

28.7

19.5

25.3

10.3

16.1

2.66

4.60

17.2

31.0

27.6

19.5

3.40

1.10

5.70

18.4

31.0

43.7

4.10

10.3

18.4

43.7

16.1

11.5

3.00

20.7

21.8

33.3

10.3

13.8

2.75

Min keseluruhan : 3.17 (tahap sederhana) 1. 2. 3. 4. 5.

Tidak Pernah (TP) Tidak Kerap (TK) Kurang Kerap (KK) Kerap (K) Amat Kerap (AK)

Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut peratus dan min dari segi kekerapan dan kaedah penggunaan semasa proses PdP dilaksanakan. Min tertinggi di dalam jadual tersebut ialah 4.10 iaitu pada pernyataan 10, di mana majoriti responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan pencetak (printer) untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, seramai 58.6 % responden yang kerap menggunakan perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti di dalam pernyataan 5. Terdapat juga guru yang mengatakan tidak pernah menggunakan perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran iaitu seramai 4.6 %. Peratusan ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan 8 di mana seramai 28.7 % orang guru mengatakan tidak pernah menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hanya 26.4% orang guru sahaja yang kerap menggunakan CD yang dibekalkan oleh KPM untuk tujuan PdP. Nilai min terendah juga terdapat pada pernyataan 8 iaitu 2.66. Ini menunjukkan bahawa majoriti guru tidak kerap atau tidak pernah menggunakan CD pembelajaran untuk tujuan PdP.

78

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014

Daripada hasil kajian yang diperolehi, di dapati bahawa min keseluruhan ialah 3.17 yang menunjukkan bahawa ia berada pada tahap yang sederhana. Terdapat enam item yang mempunyai min melebihi dari min keseluruhan dan enam item lagi mempunyai min yang kurang dari min keseluruhan.

No. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

24. 25. 26. 27.

Jadual 2. Taburan Responden Mengikut Peratus (%) dan Min berdasarkan Tahap Kemahiran Mengunakan Komputer dan ICT. Item ATB TB KP B Saya mengetahui komponen-komponen 3.40 8.00 24.1 50.6 komputer dan fungsi-fungsinya Saya mengetahui cara-cara dan membaiki 28.7 36.8 16.1 14.9 kerosakan komputer sendiri Saya memasang software pada komputer tanpa 18.4 21.8 13.8 25.3 bantuan Saya mencari bahan untuk pengajaran dengan 4.60 13.8 14.9 43.7 mengakses internet Saya menggunakan komputer untuk 17.2 29.9 13.8 21.8 menyediakan bahan pengajaran saya Saya boleh menyediakan bahan bantu mengajar 0.00 8.00 18.4 43.7 dengan menggunakan komputer Saya boleh mereka laman web pembelajaran 16.1 37.9 19.5 17.2 sebagai bahan bantu mengajar Saya menyediakan nota untuk murid dengan 9.20 36.8 25.3 24.1 melayari internet Saya menyediakan pelbagai bentuk soalan 9.20 28.7 26.4 29.9 latihan untuk murid daripada sumber internet Saya selalu menggunakan komputer untuk 6.90 16.1 19.5 32.2 tujuan PdP Saya sering melayari internet untuk mencari 8.00 23.0 20.7 34.5 maklumat tambahan yang terkini untuk tujuan PdP Saya menggunakan talian terus internet semasa 31.0 40.2 9.20 17.2 proses PdP Saya melayari internet di makmal komputer 33.3 31.0 16.1 7.2 bersama murid-murid Saya mengajar murid bagaimana mencari 19.5 25.3 19.5 28.7 maklumat penting melalui talian internet Saya menggunakan talian internet untuk 13.8 27.6 6.90 27.6 kegunaan peribadi

Min Keseluruhan = 3.01( tahap sederhana) ATB = Amat Tidak Bersetuju TB = Tidak Bersetuju KP = Kurang Pasti B = Bersetuju AB = Amat Bersetuju

79

AB 13.8

Min 3.63

3.40

2.28

20.7

3.08

23.0

3.67

17.2

2.92

29.9

3.95

9.20

2.66

4.60

2.78

5.70

2.94

25.3

3.53

13.8

3.23

2.30

2.20

2.30

2.24

6.90

2.78

24.1

3.21

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014

Min tertinggi bagi Jadual 2 ialah 3.95 iaitu pada pernyataan 18. Seramai 73.6 % responden telah bersetuju bahawa mereka boleh dan mahir dalam menyediakan alat bantu mengajar (ABM) dengan menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Manakala 8% tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti dengan pernyataan tersebut. Pada pernyataan 14 pula, hanya terdapat 18.3% responden yan pandai dan mahir membaiki komputer sekiranya mengalami kerosakan tanpa bantuan. Seramai 16.1% yang kurang pasti dan selebihnya tidak mahir membaiki komputer sendiri sekiranya rosak, mereka bimbang jika dibaiki sendiri kerosakan bertambah teruk. Bagi nilai min terendah pula ialah 2.20 iaitu pada pernyataan 24. Ramai responden memberikan jawapan tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 71.2%. Manakala 9.20% responden menyatakan kurang pasti dan selebihnya bersetuju denan pernyataan tersebut. Berdasarkan Jadual 2, nilai min keseluruhan adalah 3.01 bagi taburan responden mengikut peratus dan min dari segi tahap kemahiran menggunakan komputer dan ICT. Ini bermakna ia berada pada tahap yang sederhana. Terhadap tujuh item yang mempunyai min melebihi min keseluruhan dan lapan item mempunyai min yang kurang dari min keseluruhan. 7. Perbincangan Tahap Kemahiran dan Kaedah Pengg...


Similar Free PDFs