ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU DOCX

Title ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU
Author Elly Idris
Pages 14
File Size 800.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 516
Total Views 863

Summary

ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU ¹Noorzeliana Binti Idris, ²Norazilawati Binti Abdullah, ³Saniah Binti sembak Universiti Pendidikan Sultan Idris ABSTRAK Sistem pendidikan negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong pelajar-pelajar belajar dan menghafal ...


Description

ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU ¹Noorzeliana Binti Idris, ²Norazilawati Binti Abdullah, ³Saniah Binti sembak Universiti Pendidikan Sultan Idris ABSTRAK Sistem pendidikan negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong pelajar-pelajar belajar dan menghafal untuk lulus peperiksaan. Pengetahuan yang diterima dengan cara ini tidak akan kekal. Ini bermakna kejayaan dalam peperiksaan tidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum. Maka Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS dirancang, ditadbir, di skor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan ia merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah. Namun sejak kebelakangan ini banyak keluhan dari guru-guru tentang PBS. Maka kertas ini mengetengahkan isu dan cabaran permasalahan guru dalam pentaksiran semasa melaksanakan PBS. Kajian ini membincangkan isu-isu berkaitan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan guru dalam menaksir, amalan birokrasi dalam pentaksiran, dan beberapa permasalahan guru sepanjang melaksanakan PBS. Kajian ini telah mengemukakan beberapa cadangan bagi penambahbaikan kualiti dalam pelaksanaan PBS. KATA KUNCI: Pentaksiran Berasaskan Sekolah, ketidaksungguhan, ketidakyakinan PENGENALAN PBS dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan penilaian holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Objektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk: i) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu ii) memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan potensi individu iii) membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu (Lembaga Peperiksaan, 2012) Komponen PBS terdiri daripada bidang akademik dan bukan akademik seperti Rajah 1. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psiko metrik (PPsi) dan...


Similar Free PDFs