Isu Penyalahgunaan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja DOCX

Title Isu Penyalahgunaan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja
Author Sing Kiat Lee
Pages 5
File Size 21.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 312
Total Views 354

Summary

1.0 PENDAHULUAN Dasawarsa ini, dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat telah membawa banyak perubahan kepada ketamadunan manusia zaman sekarang dan secara tidak langsung telah memberi kesan sama ada kesan positif mahupun negatif ke atas aspek sosial dalam n...


Description

1.0 PENDAHULUAN Dasawarsa ini, dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat telah membawa banyak perubahan kepada ketamadunan manusia zaman sekarang dan secara tidak langsung telah memberi kesan sama ada kesan positif mahupun negatif ke atas aspek sosial dalam negara kita. Apabila menyentuh tentang aspek sosial, ianya sering kali dikaitkan dengan masalah sosial dalam kalangan remaja. Gejala sosial bukan menjadi suatu perkara yang asing buat masyarakat di Malaysia khususnya golongan remaja di negara kita. Pada setiap tahun, gejala sosial dalam kalangan remaja sudah semestinya akan meningkat dan perkara tersebut menjadi semakin runcing dan serius. Buktinya, menurut laporan akhbar Harian Metro (2015), kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun di mana berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes. Antara isu sosial yang sering berlaku dalam kalangan remaja ialah seperti penyalahgunaan bahan terlarang, pergaulan bebas, penyalahgunaan media sosial dan sebagainya. 2.0 ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA Penyalahgunaan media sosial merupakan trenda yang kerap berlaku dalam kalangan remaja pada hari ini. Penyalahgunaan media sosial merupakan satu tindakan di mana seseorang individu mahupun sekelompok manusia menggunakan bahan teknologi maklumat untuk tujuan negatif yang boleh membawa keburukan seperti fitnah, kemusnahan dan sebagainya sama ada kepada diri sendiri, masyarakat mahupun maruah negara (Ida Destiana et.al, 2013). Antara contoh media sosial adalah seperti Facebook, Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Golongan remaja pada hari ini meluangkan lebih banyak masa dengan aplikasi media sosial menyebabkan mereka meluahkan segala yang difikirkan oleh mereka ke dalam media sosial seperti menghina dan memaki hamun kerajaan serta membangkitkan kebencian kaum ataupun racist. 1...


Similar Free PDFs