ISU Pembuangan BAYI DI Kalangan Remaja PDF

Title ISU Pembuangan BAYI DI Kalangan Remaja
Course Prinsip Asas Islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 13
File Size 406.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 73
Total Views 200

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARACTUPRA PENDIDIKAN TINGGI PERDAGANGANTAJUK:ISU PEMBUANGAN BAYI DI KALANGAN REMAJAMAISARA (NUR AIREEN (2020886066)SITI QHATIJA (2020204402)KELAS: BA002/0031ANAMA PENSYARAH:PUAN NAJIHA BT ABD HAMIDISI KANDUNGANNO PERKARA MUKA SURAT1. PENGENALAN 12. MAKSUD PEMBUANGAN BAYI 23. PU...


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CTU001

PRA PENDIDIKAN TINGGI PERDAGANGAN

TAJUK: ISU PEMBUANGAN BAYI DI KALANGAN REMAJA

MAISARA (2020293068 NUR AIREEN (2020886066) SITI QHATIJA (2020204402) KELAS: BA002/0031A NAMA PENSYARAH: PUAN NAJIHA BT ABD HAMID

ISI KANDUNGAN

NO

PERKARA

MUKA SURAT

1.

PENGENALAN

1

2.

MAKSUD PEMBUANGAN BAYI

2

3.

PUNCA PEMBUANGAN BERLAKU

3

4.

IMPLIKASI PEMBUANGAN BAYI

4 -5

5.

CARA MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

6-8

6.

9

7.

CARA MEMBENTUK REMAJA MENJADI INSAN YANG BERGUNA KESIMPULAN

10

8.

RUJUKAN

11

BAYI

PENGENALAN

Tugasan ini adalah tentang isu yang semakin menular dikalangan remaja yang melakukan zina. Mereka melakukan ini tanpa memikirkan punca dan implikasi yang akan berlaku kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, dengan menjalankan tugasan ini, kami akan simpulkan beberapa kesan, punca dan banyak lagi untuk memberi kesedaran kepada remaja hari ini. Kami telah membahagikan kertas kerja ini kepada beberapa bahagian iaitu

MAKSUD PEMBUANGAN BAYI PUNCA PEMBUANGAN BAYI BERLAKU IMPLIKASI PEMBUANGAN BAYI CARA MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI CARA MEMBENTUK REMAJA MENJADI INSAN YANG BERGUNA KESIMPULAN

Kami mendapatkan rujukan daripada beberapa sumber iaitu laman sesawang dan sosial media yang berilmiah. Kami mengucapkan terima kasih sesama sendiri kerana berusaha bersama-sama untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

MAKSUD PEMBUANGAN BAYI

Definisi pembuangan bayi ini adalah perkataan ‘buang’membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan. Perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Manakala maksud ‘pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke meratarata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang diberikan ini mampu memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi tentang masalah pembuangan bayi ini. Tindakan membuang bayi ini adalah jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya dalam Islam. Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa ayat 93: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan azab seksa yang besar”. Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka secara terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang ditanggung. Sejak lebih sepuluh tahun lalu, media mula memaparkan insiden pembuangan bayi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya si hamil dan penyebab kehamilan itu. Bayi yang lahir dan tidak diingini dibuang dan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di tempat kotor seperti di dalam tong sampah, dikerumuni semut di atas rumput, hanyut di dalam sungai, digonggong binatang buas, dibuang dalam tandas, ditanam dan sebagainya. (Adibah Bahori dan Siti Zubaidah Ismail, 2016) Senario tragis ini menunjukkan betapa dasyatnya perlakuan ini, hasil daripada kelahiran tidak sah taraf iaitu lahir di luar nikah ataupun bagi menyembunyikan bukti perbuatan zina yang telah dilakukan (Khadijah Alavi et al., 2012). Terdapat juga bayi terbuang yang ditemui dalam keadaan hidup yang ditinggalkan di masjid, di hadapan pintu rumah orang dan sebagainya. Purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di Malaysia setiap tahun dan kebanyakkannya telah mati apabila ditemui. Lebih malang lagi, apabila perlakuan tersebut dilakukan oleh mereka yang beragama Islam (Hashim et.al. 2008). Masalah pembuangan bayi bukanlah suatu perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya sebelum baginda menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini berbeza dengan senario yang berlaku pada zaman jahiliah. Ini adalah kerana pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan.

PUNCA PEMBUANGAN BAYI BERLAKU

Punca pembuangan bayi dalam kalangan remaja kian hari disebabkan pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana remaja senang dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya kerana remaja yang tidak berfikiran matang dan anggap perkara seperti ini adalah suka-suka tanpa fikir apa yang akan belaku pada keluarga dan masa hadapan remaja. Contohnya, mereka terlalu percaya akan kata-kata manis pasangan dan sanggup bergadai maruah. Oleh itu, memilih kawan yang baik untuk kita berkawan sangat penting. Hadis Rasulullah 'Seseorang itu adalah mengikut agama temannya. Oleh itu, hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi teman' (Hadis Riwayat Abu Daud) Seterusnya, remaja yang kurang didikan agama atau kasih sayang daripada ibu bapa antara punca pembuangan bayi dalam kalangan remeja. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan masing masing hingga anak-anak merasakan yang mereka terabai. Anak anak yang kurang kasih sayang akan merasakan yang mereka memerlukan seseorang untuk meluahkan segalagalanya dan disebabkan mereka kurang didikan agama daripada ibu bapa, mereka terpesong dan melakukan perkara tanpa memikir panjang buruk dan baik. Contohnya, ibu bapa haruslah meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti pergi berkelah. Ini dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga seterusnya dapat menggunakan masa dengan baik.Oleh itu, ibu bapa haruslah menjaga anak-anak sebaik mungkin kerana itu ialah rezeki yang tidak semua miliknya. Selain dari itu, punca penyebab masalah ini adalah remaja yang kekurangan ilmu agama dan nilai moral juga merupakan salah satu punca berlakunya kes pembuangan bayi ini. Terdapat ramai remja pada zaman kini yang kurang mendapatkan didikan agama yang baik dari keluarga mahupun orang sekelilingnya kerana mereka mengambil mudah tentang agama islam ini. Agama islam amatlah menghalang dan bertegas dalam perkara yang boleh merosakkan maruah diri, keluarga dan agama islam sendiri. Remaja yang kurang dengan didikan agama ini, mereka akan membuat sesuatu benda tanpa memikirkan kesan yang akan datang seperti membuang bayi yang telah dilahirkan dan diletakkan di mana mana tempat sahaja. Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, ia berkata:

“‘Iman itu suci. Orang yang berzina, iman meninggalkannya. Jika ia menyesal dan bertaubat, imannya kembali‘” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Syu’abul Iman, di-shahihkan Al Albani dalam Takhrij Al Iman, 16).

IMPLIKASI PEMBUANGAN BAYI

1. Implikasi Kepada Bayi Yang Dilahirkan

Bayi yang dilahirkan oleh remaja yang terlibat sama ada cukup bulan atau tidak, akan terbiar dan natijahnya terpaksa dibuang bagi menutup malu atau bimbang ditangkap sehingga mendesak mereka membunuh bayi atau meninggalkan bayi di tempat yang sunyi. Bayi yang terselamat akan mengalami banyak masalah termasuk identifikasi dan mempunyai masa hadapan yang suram dalam masyarakat kerana akan dikategorikan sebagai anak luar nikah atau anak haram.

2. Implikasi Kepada Ibu Yang Melahirkan

Ibu yang melahirkan anak berkenaan juga akan mengalami trauma dan tekanan perasaan kerana terpaksa membuang bayi yang demanding selama sembulan bulan Sembilan hari sehingga mengalami kemurungan sepanjang hayat. Besar kemungkinan akan disisihkan masyarakat dan akan menjalani hukuman berat termasuk penjara atau ditempatkan di pusat pemulihan akhlak. Kesan lain yang mungkin terjadi ialah risiko untuk menghidap penyakit berjangkit antaranya ialah AIDS/HIV, Hepatitis B, Siphilis akibat daripada aktiviti seks bebas dan aktiviti pengguguran yang kerap dilakukan.

3. Implikasi Kepada Keluarga Remaja Perempuan

Masyarakat Malaysia belum dapat menerima hakikat remaja perempuan atau wanita yang hamil di luar nikah. Mereka akan terus mencemuh dan menyisihkan keluarga yang melahirkan anak luar nikah sehingga mereka benar-benar terasing daripada masyarakat. Akibatnya, keluarga remaja yang hamil di luar nikah memilih untuk menghantar anak mereka ke pusat pemulihan akhlak dan ramai memilih jalan menggugurkan kandungan di awal kehamilan.

4. Implikasi Kepada Agama

Agama Islam akan dipandan rendah oleh agama lain. Penganut agama lain akan tidak yakin untuk mempelajari dan mendekati Islam.malah mereka akan meletakkan satu persepsi negatif kepada agama Islam. Keruntuhan akhlak pada generasi akan datang mungkin akan lebih meruncing.

5. Implikasi Kepada Masyarakat

Semua pihak terutamanya masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kerana masyarakat akan dipandang serong oleh masyarakat lain. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu, Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati wujudnya pergaduhan dalam masyarakat pasti akan berlaku jika isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua

6. Implikasi Kepada Negara

Kerancakkan ekonomi dan pembangunan negara akan terjejas dan terbantut disebabkan masalah sosial yang dialami oleh sesuatu negara. Hilangnya seorang pemimpin negara pada masa depan disebabkan keruntuhan akhlak anak-anak muda sekarang, yang tidak pandai untuk memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kerana jatuh dan bangunnya sesebuah negara bergantung kepada akhlak remaja dan generasi pada waktu sekarang. Negara juga akan kehilangan generasi masa hadapan dan akan mengalami kerugian yang sangat besar kerana generasi pada masa kini tidak mempunyai akhlak baik dan yang diinginkan dan hal ini menyebabkan negara akan kehilangan pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.Budaya kuning dan pengaruh budaya barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja islam terutamanya akan rosak dan binasa. Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat peningkatan kadar jenayah. Kerajaan terpaksa menggunakan belanja yang lebih besar dalam menguruskan remaja-remaja dan bagi mengatasi remaja yang bermasalah ini.

CARA MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

Seperti yang kita sedia maklum, remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara pada masa depan. Namun gejala sosial yang menghantui remaja pada masa kini amat menggerunkan kita. Antaranya adalah gejala pembuangan bayi yang dari hari ke hari semakin membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Hal ini mestilah dibendung dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat bahawa salah laku seksual semakin merebak. Persoalan utama sekarang bukanlah untuk menunding jari kepada siapa yang paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana ianya boleh diatasi. Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi. Cara untuk menangani masalah pembuangan bayi ini adalah memperlengkapkan diri dengan didikan agama yang sempurna. Agama islam mengajar dan memimpin manusia dalam kesejateraan di dunia mahupun di akhirat. Oleh sebab itu, menuntut ilmu agama wajib bagi setiap manusia. Sebagai contoh, agama islam menyuruh menjauhi perbuatan zina tetapi pada zaman sekarang ramai yang mengaku mereka beragama islam tetapi mereka membuat perbuatan yang keji iatu seperti bercium di khalyak ramai, berpeluk bukan mahramnya dan berpegang tangan tanpa segansilu. Mereka menuntut ilmu agama di sekolah mahupun di tempat lain tetapi tidak mengamalkan ilmu agama yang sebetulnya seperti melakukan apa yang dilarang dalam agama islam. Disebabkan hal demikian, lahirlah bayi bayi kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa hasil kerakusan manusia yang memenuhi gelojak hawa nafsu mereka. Hal ini juga berkaitan dengan faktor pemakaian. Pada masa kini ramai wanita yang berfesyen sehingga menjolok mata. Hal ini akan membuatkan pemuda pemuda yang baru menginjak usia dewasa mula tergoda dari melihat wanita memakai pakaian sepeti itu. Akhirnya anak anak gadis yang menjadi tempat kepuasan nafsu mereka kerana pemakaian mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Oleh disebabkan ini, para wanita mahupun gadis perlu menjaga cara pemakaian mereka seperti memakai baju yang longgar, seluar yang tidak ketat dan memakai tudung menutup dada. Memakai pakaian yang sopan dapat mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undangundang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain.

Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Di samping itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan.. Dalam menangani masalah ini juga ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anakanak yang erat secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka. Sehubungan itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi. Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri KEWAJA. Hal ini demikian kerana mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka. Jika teliti dengan lebih mendalam, persepsi masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini terus berlaku. Sebagai lanjutan perkara diatas, pendakwah yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli agama, termasuk badan-badan dakwah dan pertubuhan agama amat diperlukan dalam membantu menangani masalah pembuangan bayi. Dalam satu sudut pandangan lain, para pendakwah bukan hanya menghukum dan menyalahkan pihak-pihak yang terlibat tetapi juga golongan ini

seharusnya memikirkan kaedah-kaedah dan mencadangkan cara penyelesaian masalah ini. Selain itu para pendakwah juga seharusnya memikirkan bagaimana untuk mendekati golongan yang terlibat dalam masalah ini Maka dengan itu, remaja hendaklah sedar akan risiko dan masalah yang akan di hadapi apabila terjerumus dalam gejala sosial. Oleh itu seruan kepada semua pihak sama ada individu, keluarga, golongan agama, badan-badan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat serta pihak kerajaan agar serius dan tingkatkan kerjasama dalam usaha membendung isu ini. Selagi usaha dan tindakan masih tidak dilaksanakan, isu pembuangan bayi tidak akan selesai, malah berbagai-bagai isu dan tragedi yang lebih menakutkan akan terjadi di negara malaysia. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak terlibat dalam menangani masalah pembuangan bayi ini. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala pembuangan bayi secara rasional dan tidak seharusnya memandang sepi tentang masalah ini. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu, bekerjasama bagi mengatasi gejala pembungan bayi sebelum ianya menjadi lebih serius.

CARA MEMBENTUK REMAJA MENJADI INSAN YANG BERGUNA

Ibu bapa harus memainkan peranan prioriti seperti memdidik anak-anak ilmu agama, ilmu akademik.Contohnya, menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama, memastikan anak-anak mempelajari ilmu kitab (Al-Quran) untuk menjadikan anak-anak Berjaya didunia mahupun di akhirat.Oleh itu, ibu bapa yang bertanggujawab memainkan peranan yang penting untuk melahirkan remaja yang berguna samalah seperti hadis 'anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya'. Selain itu, remaja juga harus mendekatkan diri dengan Allah SWT seperti menjaga solat untuk menjadi insan yang berguna. Contohnya, pelajar yang menjaga tata tertib/sopan akan berjaya dan disayangi oleh orang sekeliling dan pelajar yang mempunyai personaliti yang baik akan memberi contoh kepada remaja lain untuk mempunyai personaliti yang baik juga Oleh itu, remaja sendiri harus memainkan peranan untuk menjadi insan yang berguna. Seterusnya, kerajaan juga berperanan untuk mengadakan kempen seperti kempen kesedaran yang efektif untuk remaja-remaja. Kempen kesedaran boleh mengunakkan kecanggihan seperti media sosial, media massa untuk memberikan kesedaran kepada remaja-remaja seperti kempen 'Anda Disayangi' namun kerajaan haruslah dilakukan secara berterusan. Contohnya, remaja akan rasa ingin berubah ke arah kebaikan dan tunggalkan sekagala keburukkan kisah lampau. Oleh itu, kerajaan juga...


Similar Free PDFs