Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion dan langkah-langkah untuk mengatasinya. DOCX

Title Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Author Sandy Lo
Pages 11
File Size 25.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 259
Total Views 916

Summary

PENGENALAN Sudah terang lagi bersuluh. Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempe...


Description

PENGENALAN Sudah terang lagi bersuluh. Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir telah mengesyorkan Wawasan 2020 bagi membolehkan negara Malaysia menjadi salah satu negara yang moden pada tahun 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 kepada guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, menwujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral etika, liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Dengan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat Wawasan 2020 dalam menghasilkan insan modal yang berakhlak mulia. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran- cabaran tersebut....


Similar Free PDFs