(ASSIGNMENT) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PDPP 2021 DOCX

Title (ASSIGNMENT) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PDPP 2021
Author N. M. Hesimuddin ...
Pages 1
File Size 11.5 MB
File Type DOCX
Total Downloads 4
Total Views 379

Summary

PENGHARGAAN Saya ingin berterima kasih kepada Pn Junaidah Zainal Abidin, Guru Besar, SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar kerana telah banyak membantu saya selama saya berada di sekolah ini. Segala tunjuk ajar dan kesabaran beliau ketika menjadi ketua di sekolah banyak mengaj...


Description

PENGHARGAAN Saya ingin berterima kasih kepada Pn Junaidah Zainal Abidin, Guru Besar, SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar kerana telah banyak membantu saya selama saya berada di sekolah ini. Segala tunjuk ajar dan kesabaran beliau ketika menjadi ketua di sekolah banyak mengajar saya bukan saja dalam aspek pedagogi di sekolah, tetapi juga menambah pengetahuan saya di dalam pengurusan harian di sekolah. Sebagai guru praktikal, saya mendapati ilmu asas kepimpinan adalah penting sebagai satu cara untuk saya memantapkan professionalism sebagai guru. Saya belajar satu perkara yang bermakna di sekolah iaitu, seorang guru bukan sahaja perlu mengetahui tugas-tugas hakikinya di dalam ruang induk kelas sahaja, tetapi mereka perlu mengambil tahu aspek-aspek lainnya seperti memantapkan sistem fail dan dokumentasi, kepimpinan dan pentadbiran sekolah, meluaskan jaringan di antara komuniti luar seperti PIBG dan komuniti sekolah, guru dan khususnya para pelajar. Disebabkan itu, PBS dapat membantu saya memahami nilai-nilai kepimpinan serta mengenal pasti dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah secara efektif. Tidak dilupakan juga, kepada para pentadbir sekolah yang telah saya temuduga untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi melengkapkan portfolio ini – En Meor Khidzir (PK HEM), Pn Norazah Mohamad (PK Pentadbiran) dan Pn 'Aisyah Mohamad (PK Ko-K). Saya terhutang budi kerana mereka melayan saya persis seorang anak dan tidak lokek dalam memberikan tunjuk ajar. Sebagai ketua yang mentadbir di sekolah, mereka membantu saya dengan sangat baik untuk memahami tugas-tugas hakiki mereka. Perkara ini penting untuk saya tahu sebagai ilmu yang saya bakal gunakan di masa hadapan. Mereka telah membantu saya untuk bersama-sama mencari maklumat dan dapatan dalam usaha untuk melengkapkan laporan PBS ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua warga SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi di atas layanan mesra sepanjang keberadaan saya di sekolah. Saya hargai semua kenangan dan layanan baik tersebut....


Similar Free PDFs