Penulisan Laporan PBS (EDUP 3033) PDF

Title Penulisan Laporan PBS (EDUP 3033)
Author Amaar Hisyam
Pages 6
File Size 905.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 2
Total Views 243

Summary

PENULISAN LAPORAN PBS (EDUP 3033) Setiap individu yang dilahir adalah berbeza di antara satu sama lain dan mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menjadikan individu tersebut unik. Menurut (Yusri, 2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, so...


Description

PENULISAN LAPORAN PBS (EDUP 3033) Setiap individu yang dilahir adalah berbeza di antara satu sama lain dan mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menjadikan individu tersebut unik. Menurut (Yusri, 2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang seminggu sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 2 Mac 2021 lalu di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong, perbezaan individu dari aspek fizikal, kognitif, sosio-emosi, latar belakang individu dan juga keperluan khas individu dapat diperhatikan. Perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dan latar belakang di kalangan individu. Melalui temu bual dengan Puan Zaliha binti Mamat iaitu guru Pendidikan Seni Visual kelas 1 Amanah, saya dapati bahawa perbezaan individu dari segi fizikal memang diwujud. Kebiasaannya, perkembangan saiz badan murid perempuan lebih cepat berbanding dengan murid lelaki. Misalnya, murid perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada murid lelaki. Sekiranya guru mempertimbangkan perbezaan individu dari segi fizikal maka guru dapat memastikan proses P&P dapat dijalankan dengan lancar. Bagi Puan Zaliha binti Mamat, beliau akan mengambil kira ketinggian serta keupayaan penglihatan murid-murid untuk menyusun kedudukan mereka. Selain itu, susunan kedudukan murid mengikut barisan juga akan dipentingkan. Beliau akan menyuruh murid-murid bertukar-tukar kedudukan mereka mengikut barisan selama sebulan sekali. Jadi, pertukaran kedudukan mengikut barisan merupakan cara saya untuk menjaga kepentingan setiap murid dan menyediakan peluang berinteraksi yang secukup dalam kalangan mereka.

Rajah 1: Berswafoto Bersama-sama dengan Puan Zaliha binti Mamat dan Gambar Puan Zaliha sedang menandatangani transkrip temu bual.

Selain itu, saya juga sempat membuat perbincangan dengan Puan Movita binti Abd. Moris mengenai tindakan guru bagi menangani isu perbezaan individu yang berlaku di sekolah, Menurut beliau, guru perlulah memerhatikan perlakuan, sikap, kecekapan dan pertuturan seseorang murid untuk mengenal pasti tahap kognitif mereka. Bagi mengatasi masalah perbezaan individu dari segi kognitif, beliau mencadankan penyelesaian untuk memberikan kelas tambahan kepada murid-murid yang lemah supaya dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Tambahan pula, Puan Movita menyatakan bahawa beliau akan memberi pujian, peneguhan positif serta menyediakan hadiah yang kecil atau sticker kecil kepada murid-murid sekiranya mereka dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Hal ini disebabkan, pujian dan peneguhan positif merupakan suatu rangsangan terhadap murid-murid supaya dapat membina keyakinan mereka dan mempengaruhi murid-murid mewujudkan keminatan terhadap pembelajaran di bilik darjah.

Rajah 2.0: Gambar perbincangan dengan Puan Movita binti Abd Moris dan inisiatifnya dalam membina semangat pelajar untuk PdP. Implikasi kepada perbezaan individu yang mempunyai kepelbagaian wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaliknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya guru untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di dalam kelas. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Rajah 3.0: Saya bersama murid yang lambat belajar berbanding murid biasa yang lain. Selain itu, saya mencadang bahawa guru perlulah meramal tingkah laku murid. Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa saya mengajar? Bagaimana cara saya mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang mungkin tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat diandaikan dan dijawab oleh saya sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Penyediaan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan. Saya berpendapat guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Akhir sekali, saya perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid iaitu perlu mengelakkan penggunaan bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya. Kesimpulannya, setiap manusia diciptakan dengan keunikan yang berbeza-beza termasuklah murid-murid di sekolah. Murid-murid mempunyai pelbagai kebolehan yang mendorong mereka untuk melakukan pelbagai kemahiran yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, peranan guru sebagai pendidik adalah penting untuk mengenal pasti perbezaan individu supaya dapat melaksanakan PdP mengikut kebolehan murid. Semua aspek perbezaan individu yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan dan minat murid untuk terus belajar supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka.

RUJUKAN Brown, A.L., et al. (1996).Distributed expertise in the classroom. In: Salomon,G., ed. Distributed cognitions: psychological and educational considerations,halaman 188228.

Educational

Practices

(2011,

April

6).

Di

akses

daripada

http://www.ibe.unesco.org/publications/EducationalPracticesSeriesPdf/prac07e.pdf

Kamus Psikologi Umum. (2014). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Dahlan A. Malek & Nurul Hudani Md. Nawi. (2015). Personaliti Menurut Pespektif Islam dan Barat. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob & Aznan Che Ahmad. (2008). Perbezaan Personaliti Ekstrovert dan Introvert dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Berdasarkan Gender. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 111–122.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

LAMPIRAN Transkrip temu bual bersama Puan Zaliha binti Mamat dan Puan Movita binti Moris....


Similar Free PDFs