Penulisan Akademik PDF

Title Penulisan Akademik
Author Purani warataraju
Course Kaedah Penyelidikan
Institution Universiti Kebangsaan Malaysia
Pages 39
File Size 877.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 430
Total Views 490

Summary

Warning: TT: undefined function: 32GGGB6 012 SEM 2 2019/PENULISAN AKADEMIK 1TUGASAN KUMPULAN 2PENSYARAH:PROF DR. KAMISAH OTHMANNAMA AHLI KUMPULAN:1. PURANI WARATARAJU (P106091)2. DAIANA SHAMINI THOMAS (P105190)3. VANAJA A/P MAHALINGAM (P106093)4. HEERASHINI SUBRAMANIAM (P106087))PENULISAN AKADEMIK 1...


Description

GGGB6012 SEM 2 2019/2020 PENULISAN AKADEMIK 1 TUGASAN KUMPULAN 2

PENSYARAH: PROF DR. KAMISAH OTHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. PURANI WARATARAJU (P106091) 2. DAIANA SHAMINI THOMAS (P105190) 3. VANAJA A/P MAHALINGAM (P106093) 4. HEERASHINI SUBRAMANIAM (P106087))

PENULISAN AKADEMIK 1 Tugasan 2 (30 Markah) Tugasan ini dibahagikan kepada tiga bahagian dan dilakukan secara berkumpulan.

i) Penulisan rujukan mengikut Gaya UKM dan APA (American Psychological Association, Seventh Edition (10 markah) Pelajar dimnta untuk menyenaraikan TIGA (3) contoh penulisan rujukan mengikut format Gaya UKM dan APA untuk kategori-kategori rujukan berikut: • Jurnal • Prosiding • Buku • Bahan yang dimuat turun dari internet • Bahan audiovisual seperti video dari You Tube, Slideshare, TED Talk dll ii) Tugasan Kesalahan Bahasa (10 markah) • Kenalpasti satu jurnal dalam Bahasa Melayu yang sesuai dalam bidang pengkhususan anda. • Senaraikan kesalahan biasa yang dapat anda kenalpasti dan kemukakan cadangan bagaimana kesalahan bahasa tersebut dapat diperbaiki. • Artikel yang dipilih perlu dilampirkan bersama-sama tugasan ini. iii) Lihat contoh penulisan Kertas Projek sebagai keperluan untuk program Sarjana Pendidikan UKM (10 markah) • Senaraikan sub-topik utama yang perlu ada untuk Bab 1 penulisan kertas projek berkenaan. • Perihalkan dengan ringkas apa yang perlu ditekankan dalam setiap sub topik berkenaan. • Formatkan penulisan Bab 1 tersebut dengan layout mengikut Gaya UKM yang sebenar.

2

BAHAGIAN (i) Penulisan rujukan mengikut Gaya UKM dan APA (American Psychological Association, Seventh Edition (10 markah)

GAYA UKM BUKU Brown, R. 1988. Topology: A Geometric Account of General Topology, Homotopy Types and The Fundamental Groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited. Mohd Ramadhan Anwar, Mohammad Fazil Othman, Siti Roha Abd Karim, Ahmad Pua’ad Ibrahim. 2019. Science Textbook Year 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Catherine Soanes, Sara Hawker (editor). 2006. Compact Oxford English Dictionary for University and College Students. Oxford University Press.

JURNAL Atanda, B. N. & Ahlan, A. R. 2014. Issues of e-learning in developing countries: A Nigerian perspective. International Conference on Information and Communication Technology for the Muslim World, ICT4M 2014,.Gombak, Selangor. doi:10.1109/ICT4M.2014.7020626.

Siti Fatimah Salleh, Mustafa Che Omar. 2018. Masalah Pengajaran Guru dalam Program Inklusif di Sekolah. Asian People Journal. 1(2): 243-263. Bukaliya, R. (2012). The potential benefits and challenges of internship programme in an ODL institution: A case for the Zimbabwe Open University. International Journal on New Trends in Education and Their Implications. 3(1), 118-133.

BAHAN YANG DIMUAT TURUN DARI INTERNET Regas, Diane. “Three Key Energy Policies That Can Help Us Turn the Corner on Climate.” Environmental Defense Fund, 1 June 2016, www.edf.org/blog/2016/06/01/3-keyenergy-policies-can-help-us-turn-corner-climate. [19 July 2016]. Baturay, M. H. 2008. Characteristics of basic instructional design models. Ekev Academic Review, 12(34), 471-482. https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=morrison+ross+kemp+ model&oq=kemp+model [25 April 2020] Kurt, S. "ADDIE Model: Instructional Design," in Educational Technology. https://educationaltechnology.net/the-addie-model-instructional-design/ [25 April 2020] 3

BAHAN AUDIOVISUAL Deacon, J.E. 1975. The Galapagos Island: Birds. Slaid. New York: Harper & Row. Language and Verbal Skills. 1976. Video. Virginia: Association for Retarded Citizen. Caves: The Dark Wilderness. t.th. Filem. Chicago: Encyclopaedia Britannica Educational Corporation.

PROSIDING Yee Bee Choo. 2017. Advantages and Challenges of Internship Programme For Pre-Service Teachers. Prosiding Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan ke-2, 2017. hlm 54. Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan, Azlina Ahmad, Azizah Mohd Harun, Ainol Basirah Abdul Wahab (2019). Cadangan kerangka kerja syariah pelaporan kewangan institusi zakat di Malaysia. Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019 (KEIZAC 2019).

Chu Khoon Thin, M. Khalid M. Nasir, dan Wan Nur Hafizah. 2019. Peranan Teknologi Terhadap Pendidikan Sains Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019. hlm 744-754.

GAYA APA BUKU Jariah binti Khalib, Mazriah binti Omar, Badariah binti Hamzah & Shamsulikran bin Abdul Hamid. (2017). Buku Teks Sains Tingkatan 2. Selangor: Karangkraf Network Sdn. Bhd. Kamus Dewan. (4th ed.). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ooi, Soo Huat., Yong, Kuan Yeoh., & Ng, Seng How. (2016). Buku Teks Matematik Tingkatan 1. Johor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

4

JURNAL Ayu Erlina & Effandi Zakaria. (2014). Kesan penggunaan perisian geogebra ke atas keupayaan penyelesaian masalah dan pencapaian matematik pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik, 2(1), 51-64. Mohd Fadzli Ali & Fuziyah Man. (2011). Pembinaan perisian pembelajaran berpandukan komputer (pbk) jenis tutorial berasaskan teori konstruktivisme matematik tingkatan satu – “fraction”. Journal of Science & Mathematics Educational, 2, 51-66. Nor’ain Mohd. Tajudin, Marzita Puteh, Mazlini Adnan, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Amalina Ibrahim. (2015). Persepsi dan amalan pengajaran guru matematik dalam penyelesaian masalah algebra. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5(2), 3-8.

BAHAN YANG DIMUAT TURUN DARI INTERNET Fazilah Razali, Othman Talib, & Azraai Othman. (2016). Aplikasi kemahiran proses sains dalam pembelajaran berasaskan masalah untuk matapelajaran biologi. Retrieved April 15, 2020, from https://www.researchgate.net/publication/305734571 Mohd Afifi Bahurudin Setambah, Syed Mohd Hashim Syed Ismail, Afian Akhbar Mustam & Jacinta Johnny. (2014). Penyelesaian masalah matematik berayat fokus kepada nombor negatif. Retrieved April 15, 2020, from https://www.researchgate.net/publication/330752979 Nur Amelia bt Adam. (2019). Faktor keberkesanan guru cemerlang sains dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Retrieved April 15, 2020, from https://www.researchgate.net/publication/335909143 BAHAN AUDIOVISUAL Persamaan garis lurus. Diperoleh April 15, 2020, dari https://www.slideshare.net/zabidah/persamaan-garis-lurus Matriks songsang. Diperoleh April 15, 2020, dari https://youtu.be/fhqLBaDCrYU

The mathematical secrets of Pascal’s Triangle. Retrieved April 15, 2020, from https://www.ted.com/talks/wajdi_mohamed_ratemi_the_mathematical_secrets_of_pas cal_s_triangle?utm_campaign=tedspread&utm_medium=referral&utm_source=tedco mshare

5

PROSIDING Harris, D., & Nelson-Herrn., L. (1981). Proceedings of NECC 1981: National Education Computing Conference. Iowa City: Weeg Computing Centre, Universtity of Iowa. Sheen, W.J. (1997, April). Wicked as Hell Itself: Women in Prison of Georgian London. In The Meeting of the Academic of Criminal Juctice Science. U.K.: Georgia. Claire Margolinas. Task Design in Mathematics Education. Proceedings of ICMI Study 22. ICMI Study 22, Jul 2014, Oxford, United Kingdom. 2013, 978-2-7466-6554-5.

6

ii) Tugasan Kesalahan Bahasa (10 markah)

TAJUK JURNAL : KELAZIMAN KELEBIHAN BERAT BADAN DAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI BANDAR SELAYANG, SELANGOR. (LAMPIRAN 1)

ABSTRAK : Abstrak perlu dituliskan dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tetapi dalam jurnal ini ia ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja. PENGENALAN : Tajuk Kajian ➢ Tajuk kajian tidak dijelaskan dengan lebih mendalam lagi dalam pengenalan. Petikan 1 Ayat 1 ➢ Trend yang membimbangkan ini akan meningkatkan lagi penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit kardiovaskular dan akan membebankan lagi kewangan negara untuk menampung perbelanjaan sistem kesihatan negara ( NHMS, IKU,KKM, 2016). Perkataan ‘ trend ’dalam ayat pertama ini lebih sesuai digantikan dengan perkataan ‘ keadaan ’. Petikan 3 Ayat ke-3 ➢ Hipertensi yang di alami oleh mereka yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika di banding dengan yang tidak obes. Di alami merupakan kesalahan tata bahasa yang sepatutnya tidak boleh dipisahkan. Di banding sepatutnya ditulis sebagai di bandingkan. Petikan 5 Ayat ke-2 7

➢ Modul Pencegahan Obesiti, ( 2011 ). Ayat ini tidak lengkap ‘ Ayat Tergantung ’.

PERNYATAAN MASALAH Petikan 1 Ayat 1 ➢ Masalah lebihan berat badan dan obesiti kini bukan sahaja menjadi masalah kesihatan di kawasan bandar tetapi corak yang sama juga telah di alami di kawasan pendalaman / perkampungan (Ain.M 2015). Ia merupakan kesalahan imbuhan. Perkataan sebenarnya ialah kawasan pedalaman.

Petikan ke-2 Ayat 1 ➢ Ini berkaitan dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktiviti fizikal generasi muda dan yang telah berusia. Perkataan ‘ berkaitan dengan ’ boleh digantikan dengan ‘ dikaitkan dengan ’.

Ayat ke-2 ➢ Kajian yang telah dibuat telah mencadangkan lebihan berat badan…… Perkataan ini boleh digantikan dengan ‘ didapati ’

OBJEKTIF ➢ Objektif yang ke-5 merupakan objektif utama. Jadi ia sepatutnya boleh dijadikan objektif pertama. METODOLOGI

8

4.2 Pengukuran Ayat 1 ➢ Ketinggian diukur menggunakan alat pengukur SECA yang di ambil bacaan pada o.1 m yang hampir. ➢ Ia merupakan kesalahan perkataan. Ada satu perkataan yang tertinggal di antara diukur dan menggunakan. Ia boleh ditulis seperti ‘ diukur dengan menggunakan ’ ➢ Perkataan yang sesuai yang boleh digunakan ialah ‘ yang lebih hampir ’ 4.3 Status lebihan berat badan dan obesiti Ayat ke-5 ➢ Nilai yang digunakan adalah : Pembetulan : Nilai yang digunakan adalah seperti berikut :

KEPUTUSAN Pengetahuan pemakanan Ayat 1 ➢ Kajian tahap pengetahuan pemakanan dalam kajian ini mengambil min markah keseluruhan respons sebagai titik potong antara yang berpengetahuan dan kurang pengetahuan. Ia boleh ditulis sebagai : Kajian tahap pengetahuan pemakanan dalam kajian ini mengambil min markah keseluruhan respons sebagai titik potong antara berpengetahuan dan kurang berpengetahuan.

9

iii) Lihat contoh penulisan Kertas Projek sebagai keperluan untuk program Sarjana Pendidikan UKM (10 markah)



Senaraikan sub-topik utama yang perlu ada untuk Bab 1 penulisan kertas projek berkenaan.



Perihalkan dengan ringkas apa yang perlu ditekankan dalam setiap sub-topik berkenaan.

Kertas projek merupakan penulisan formal yang membincang dan mempersembahkan kajian yang dijalankan mengikut format tertentu. Bab 1 adalah pendahuluan yang terbahagi kepada beberapa sub-topik. Satu kertas projek yang bertajuk “TAHAP KESEDIAAN GURU DALAM MENJALANKAN

PROGRAM TRANSISI DI SEBUAH DAERAH DI

SELANGOR” telah diambil sebagai contoh untuk melihat kandungan sub-topik dalam bab pendahuluan. Berikut merupakan sub-topik utama yang perlu ada untuk Bab 1 penulisan kertas projek mengikut gaya UKM.

1.1)

Pengenalan

Bahagian ini menjelaskan isu yang berkaitan dengan kajian secara umum. Huraian dalam subtopik ini haruslah memberikan gambaran awal kepada pembaca mengenai skop kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Penyelidik boleh menggunakan tajuk kajian sebagai ayat permulaan untuk menulis pengenalan dan boleh menambah pernyataan daripada tokoh, aktiviti, isu atau statistik berkaitan. Dalam kertas projek ini, penyelidik telah menulis pengenalannya dengan menyentuh cabaran yang dihadapi oleh golongan kurang upaya dalam mendapat pekerjaan serta faktor-faktor yang menjadi halangan untuk mereka.

1.2)

Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian adalah penganalisisan kritikal mengenai kajian-kajian yang berkaitan dengan bidang yang sama. Ia menjelaskan kekuatan dan kelemahan yang ada dalam kajian dan membantu proses penambahbaikan dalam kajian yang akan dilakukan. Faktor-faktor seperti kumpulan sasaran, idea-idea utama dalam bidang, bagaimanakah idea utama telah mengalami perubahan dari aspek teori dan praktikal mengikut peredaran masa serta masalah-masalah yang berkaitan perlu diberi penekanan ketika menulis sub-topik ini. Setelah mengetahui keseluruhan idea dengan terperinci, cara untuk menyelesaikan masalah atau mengkaji idea dengan alternatif

10

yang baru juga perlu ditulis dalam bahagian ini. Penyelidik telah menyelitkan kajian mengenai program transisi dalam kertas projeknya. 1.3)

Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah adalah satu isu pendidikan atau kesedaran yang dinyatakan oleh penyelidik dalam kajiannya. Ia memerlukan justifikasi mengenai sebab penyelidik memilih sesuatu masalah kajian. Pernyataan masalah penting untuk memantapkan kepentingan topik selain memfokus perhatian pembaca ke atas bagaimana kajian ini menambahkan literatur dalam bidang yang dikaji. Terdapat lima faktor yang perlu ditekankan dalam bahagian ini. Pertama adalah topik kajian yang berhubung kait dengan masalah yang dikaji. Seterusnya adalah isu pendidikan yang memerlukan penyelesaian yang dapat memanfaatkan para guru, pelajar dan sebagainya. Ketiga adalah bukti literatur yang membincangkan pengalaman secara praktikal dalam topik kajian. Keempat adalah kekurangan dari segi bukti iaitu persoalan tentang apa yang kurang dalam bukti dan apakah yang perlu diketahui secara mendalam mengenai isu yang dikaji. Kelima adalah persoalan mengenai manfaat yang akan diperoleh sekiranya masalah ini dapat diatasi. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan mengenai program transisi memerlukan kolaborasi guru dengan pentadbir, ibu bapa supaya dapat meningkatkan perkembangan sosial dan emosi murid berkeperluan khas. Dalam kajian ini, pihak yang akan mendapat manfaat adalah murid berkeperluan khas. Oleh itu, lima faktor ini amat penting dalam penulisan pernyataan masalah dalam bab pendahuluan.

1.4)

Kerangka Teori

Menurut Marriam (2001), kerangka teori adalah penjelasan mengenai idea serta perhubungan yang terdapat dalam konsep yang dikaji yang dapat membuka mata penyelidik ke arah perspektif yang luas. Dalam konsep ini, penyelidik boleh membincangkan model-model pembelajaran atau teori pembelajaran yang menjadi asas kepada idea utama kajian. Namun, penyelidik tidak membincangkan kerangka teori dalam kertas projeknya.

1.5)

Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual merupakan diagram skematik yang mengandungi konsep- konsep yang hendak dikaji serta menunjukkan perhubungan antara pemboleh ubah. Ia boleh digambarkan 11

dalam bentuk gambar rajah yang menunjukkan hubungkait antara pembolehubahpembolehubah dalam satu model. Model yang dibina haruslah berasaskan teori atau dapatan kajian-kajian lepas. Selain itu, anak panah yang digunakan haruslah menunjukkan perhubungan dengan pemboleh ubah dengan betul. Di samping itu, kerangka konsep yang dibina perlulah memberi gambaran keseluruhan fokus kajian dan mesti berhubung-kait dengan objektif kajian. Dalam kertas projek ini, kerangka konseptual tidak dinyatakan oleh penyelidik dalam bab 1.

1.6)

Tujuan Kajian

Tujuan kajian juga merupakan aspek utama yang perlu ada dalam bab 1. Ia haruslah ditulis dengan menghuraikan matlamat yang ingin dicapai dalam kajian yang dijalankan. Penyelidik harus mengenalpasti pernyataan masalah terlebih dahulu sebelum menyatakan tujuan kajian. Secara keseluruhannya, penyelidik hendakah menerangkan hasrat utama kajian berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Dalam kertas projek ini, penyelidik tidak menyatakan tujuan kajian dalam bab pendahuluan.

1.7)

Objektif Kajian

Objektif kajian merupakan kesinambungan kepada masalah kajian dalam pernyataan masalah kajian. Semasa menulis objektif kajian, penyelidik haruslah menyentuh skop kajian, memberi gambaran mengenai cara- cara untuk melaksanakan kajian, memperkenalkan subjek kajian serta memberi bayangan hasil yang akan diperolehi selepas menjalankan kajian. Sekiranya kajian yang dijalankan adalah

berbentuk kuantitatif, setiap ayat objektif kajian harus

mempunyai nilai hubungan perbezaan, sumbangan atau kesan interaksi di antara pembolehubah yang dikaji. Manakala bagi kajian kualitatif, ayat objektif haruslah menggambarkan penerokaan kearah memahami sesuatu idea atau konsep dengan jelas. Dalam kertas projek ini, penyelidik memberi tiga objektif kajian yang mengaitkan pembolehubah seperti tahap kesediaan guru, tahap pengetahuan guru kejayaan program transisi dan sebagainya.

12

1.8)

Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah lebih kepada masalah kajian tetapi dalam bentuk soalan sebagai fokus dalam penyelidikan. Ia haruslah sesuatu yang boleh dikaji tanpa memakan masa, tenaga dan perbelanjaan yang banyak. Seterusnya, kata kunci yang digunakan dalam persoalan kajian mestilah jelas. Penyelidik harus memastikan persoalan kajian bernilai untuk diselidik dan menambah ilmu pengetahuan serta tidak menyebabkan kecederaan fizikal dan psikologikal kepada manusia, alam semulajadi dan sosial. Penyelidik telah mengemukakan tiga persoalan kajian dengan menukar objektif kajian kepada bentuk soalan.

1.9)

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian adalah pernyataan tentatif mengenai penyelesaian kepada masalah, hubungkait antara dua atau lebih pemboleh ubah, keadaan sesuatu fenomena dan sebagainya. Ia adalah aspek penting dalam kajian kuantitatif untuk meramalkan hubungan dan perbezaan yang wujud antara pemboleh ubah sebelum proses pengumpulan data. Hipotesis perlu menerangkan perkaitan yang dijangkakan antara dua atau lebih pembolehubah dan boleh diuji. Penyelidik haruslah menyatakan sebab yang kukuh berserta bukti atau teori bagi penentuan hipotesis yang ingin diuji. Di samping itu, hipotesis haruslah dikekalkan jelas dan seringkas mungkin. Kertas projek yang dibincangkan tidak mempunyai hipotesis kajian walaupun ia adalah kajian kuantitatif yang mewajibkan pernyataan hipotesis.

1.10) Skop Kajian Skop kajian adalah penting dalam bab pendahuluan supaya matlamat kajian tidak keluar dari lingkungannya. Oleh itu, penyelidik harus menetapkan beberapa lingkungan kajian seperti objektif kajian, kaedah kajian, lokasi serta sampel kajian. Dalam kertas projek ini, penyelidik tidak menyatakan skop kajian dalam bab pendahuluan.

13

1.11) Batasan Kajian Penyelidik harus mengetahui bahawa bukan semua masalah boleh dikaji dan akan mendapat penyelesaian hanya dalam satu kajian. Dengan ini, batasan atau had kajian perlu ditetapkan untuk para pembaca. Antara batasan kajian adalah masa, bidang kajian, lokasi kajian, alat analisis, responden dan sebagainya. Oleh itu, penyelidik harus menetapkan skop yang khusus untuk contoh-contoh batasan seperti yang telah dinyatakan. Sebagai contoh, penyelidik kajian ini menyatakan batasan responden iaitu guru-guru pendidikan khas dalam program integrasi sekolah menengah, tahap kesediaan mereka dan sebagainya.

1.12) Kepentingan kajian Kepentingan kajian menjelaskan mengapa kajian ini penting untuk dikaji. Ia merupakan justifikasi berdasarkan apa yang telah ditemui oleh pengkaji lain atau justifikasi berdasarkan pengalaman peribadi. Penyelidik harus melihat sebab kajian ini dijalankan dari dua sudut iaitu pertambahan ilmu teori atau menjadi maklumat yang penting dan berguna kepada kumpulan sasaran atau bidang yang dikaji. Oleh itu, penyelidik harus menyatakan sebab kajian dijalankan dengan jelas dengan justifikasi berserta bukti. Dalam kertas projek ini, penyelidik telah menyatakan kepentingan kajian iaitu ‘mengkaji sama ada tiga aspek kesediaan guru mencapai tahap yang sesuai untuk menjalankan pelaksanaan program transisi pelajar berkeperluan khas’. Tetapi pengkaji tidak menyelitkan penemuan idea pengkaji lain dan pengalaman peribadi atau tempat kerja dalam bahagian ini.

1.13) Definisi Operasional Definisi operasional adalah beberapa perkataan yang dipilih oleh penyelidik untuk diberikan pen...


Similar Free PDFs