APA ITU PENULISAN AKADEMIK DOCX

Title APA ITU PENULISAN AKADEMIK
Author Zulimah Mukid
Pages 3
File Size 17.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 500
Total Views 864

Summary

APA ITU PENULISAN AKADEMIK Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah dan saintifik. Ia merupakan satu bentuk penulisan formal yang bersifat objektif untuk mempersembahan sesuatu kajian atau konsep yang melibatkan penulis untuk merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti. ...


Description

APA ITU PENULISAN AKADEMIK Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah dan saintifik. Ia merupakan satu bentuk penulisan formal yang bersifat objektif untuk mempersembahan sesuatu kajian atau konsep yang melibatkan penulis untuk merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti. Penulisan akademik bukanlah penulisan yang berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Ianya melibatkan kajian secara teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan. Ciri-ciri di dalam penulisan akademik adalah : (a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik. (b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. (c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu. (d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis. (e) Penulisan menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas. (f) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti. (g) Penulisan akademik tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. (h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan. (i) Penulisan akademik tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam penulisan akademik akan membiarkan fakta berbicara sendiri. (j) Penulisan akademik tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif, argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri. (k) Penulisan akademik tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan merosakkan tujuan penulisan akademik. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri. Selain itu, penulis haruslah tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis. Untuk menghasilkan sebuah penulisan akademik perlu mempunyai langkah tersebut :...


Similar Free PDFs