APA ITU KAJIAN TINJAUAN PDF

Title APA ITU KAJIAN TINJAUAN
Author Nabila Aishah
Pages 15
File Size 90.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 33
Total Views 833

Summary

APA ITU KAJIAN TINJAUAN ? Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Dua jenis tinjauan yang penting dan se...


Description

APA ITU KAJIAN TINJAUAN ?

Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Dua jenis tinjauan yang

penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti. Tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah. Tinjauan diguna untuk mengukur pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan: kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel

yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah(simple random sampling), pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000). Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik

mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Panduan membentuk item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah, selaras dengan responden, elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000). Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat. Beberapa

aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual dalam kajian; rancangan temu bual; stail, kandungan dan susunan soalan temu bual; ciri-ciri soalan temu bual yang baik; aras bahasa dalam temu bual; penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden.

•Tinjauan terhadap seluruh ahli populasi dikenali sebagai bancian. Ciri yang dikaji biasanya berbentuk fizikal yang nyata seperti bilangan pelajar dll. Tinjauan sampel adalah tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji Kaedah Tinjauan GE3143 •Terminologi tinjauan selalu juga digunakan untuk menjelaskan kajian yang melibatkan pentadbiran soalselidik dan temubual • Tujuan penggunaan soalselidik atau temubual ialah untuk mengumpul data dari sampel yang telah dipilih dari populasi. • data-data yang dianalisis boleh digeneralisasi Populasi Sampel ============ generalisasi Kaedah Tinjauan GE3143 •Dalam kaedah tinjauan penyelidik memilih sampel dari populasi yang

dikenalpasti, kumpul maklumat, kemudian menganalisa untuk menjawab persoalan kajian . • Kerap digunakan dalam pelbagai bidang penyelidikan bagi tujuan pemerihalan •Kajian tinjauan juga digunakan untuk menyiasat perhubungan diantara pembolehubah, melalui kaedah perbandingan atau korelasi. Kaedah Tinjauan GE3143 •Merupakan salah satu kaedah penyelidikan yang paling popular dan sering digunakan kerana versetaliti, efficiency dan generalisasi. Versetaliti: kebolehan untuk menyelesaikan masalah berkaitan sikap, perspektif, nilai dan kepercayaan responden berkaitan dengan pendidikan • Kaedah tinjauan boleh dijalankan dengan menggunakan soalselidik ataupun

temubual Kaedah Tinjauan GE3143 •Kajian tinjauan digunakan bagi mengukur pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah itu wujud. • Tujuan tinjauan adalah mengumpul data bagi menghuraikan sifat atau ciri pada responden. Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkaitan populasi •Justeru itu pengkaji perlu menyelaras teknik tinjauan terlebih dahulu bagi menentukan cara khas dan alat penyelidikan yang sesuai dan praktikal dengan mengambil kira kriteria, seperi masa, kos dan peraturan tempat kajian dijalankan. Kaedah Tinjauan GE3143 •Umumnya terdapat beberapa kebaikan dan

kelemahan apabila pengkaji memilih kaedah tinjauan, antaranya ialah:. • Kebaikan: • Amat berguna khasnya dalam menghuraikan ciri-ciri bagi satu populasi yang besar • Kajian melalui soalselidik dapat mengendalikan kajian yang sangat besar. •Kelemahan: •Kelemahan dalam kesahihan sesuatu maklumat •Tidak boleh mengukur tindakan atau perbuatan sosial, mereka hanya dapat mengumpul laporan yang dibuat Kaedah Tinjauan GE3143 •Penyelidikan tinjauan boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan jangka masa yang diperlukan untuk mengumpul data iaitu longitudinal dan cross-sectional Longitudinal: penyelidik mengumpul data berulang kali daripada sesuatu

sampel sepanjang satu jangkamasa yang panjang. Terdapat tiga jenis tinjauan jangka panjang iaitu: a) kajian aliran b) kajian kohort c) kajian panel Cross-sectional: penyelidik mengumpul data hanya sekali daripada satu sampel Kaedah Tinjauan GE3143 •Tinjauan Longitudinal Tinjauan Silang (CrossSectional) Kajian Kohort Kajian Trend Kajian Panel Kaedah Tinjauan GE3143 •Kaedah Longitudinal Mengkehendaki penyelidik mengkaji secara intensif perkembangan sesuatu unit sosial bagi tempoh yang lama Contoh: • Kaedah Silang (Cross-Sectional) Mengkaji perkembangan unit sosial dengan menggunakan pelbagai tahap subjek yang berbeza. Contoh: Kaedah Longitudinal GE3143 •Kaedah

Longitudinal Penyelidik mengkaji perkembangan kemahiran mengira pelajar-pelajar KBSR dengan memerhati pelajar yang sama bermula dari darjah satu hingga tamat darjah enam. • Oleh kerana subjek yang dikaji adalah sama, faktorfaktor asal seperti kebolehan individu, kecerdasan, sikap masih tetap sama. Perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut biasanya disebabkan oleh p/ubah yang diselidiki. Semakin lama semakin dipercayai dapatan kajian. Kaedah Longitudinal GE3143 (1) Kajian Aliran (Trend Studies) (2) Kajian Kohort (Cohort Studies) (3) Kajian Panel (Panel Studies) Kajian Aliran GE3143 • Kaedah aliran ialah satu tinjauan jangka panjang, penyelidik memilih satu sampel

secara berulangulang daripada suatu populasi am yang besar dalam satu jangka masa yang tertentu • kemudian data akan dianalisis daripada setiap sampel dan membandingkan hasil satu sampel dengan yang lain untuk menentukan jika wujud satu aliran atau pola perubahan atau kestabilan dalam data tersebut Kajian aliran digunakan oleh penyelidik untuk mengkaji dan membandingkan perubahan dalam kepercayaan, aktiviti, tahap kesedaran atau demografik (umur, jantina, thp pencapaian, SES, dll) populasi spjg satu masa. Kajian Kohort GE3143 • Kaedah kohort ialah satu tinjauan jangka panjang, penyelidik memilih satu sampel secara berulangulang kali drp satu populasi khusus yang kecil

spjg satu jangkamasa tertentu • Melalui kajian ini penyelidik ingin mengkaji kestabilan atau perubahan ciri dan tingkah laku dalam kumpulan kecil itu. Contoh kajian berbagai-bagai sampel drp sebuah kelas tingkatan lima sek men atas. Kajian ini dijalankan selama beberapa tahun untuk mengkaji bagaimana ciriciri dan tingkah laku kelas tersebut berubah. Kajian Panel GE3143 • Kajian panel, penyelidik mengumpul dan menganalisis data daripada semua ahli daripada satu sampel yang sama spjg penyelidikan dalam satu jangka masa yang tertentu • Drp kajian ini keciciran (kehilangan subjek) boleh menjadi satu masalah yang serius, sebab sampel akan menjadi lebih kecil dan sampel baki (dlm kajian panel) itu

pula mungkin tidak lagi boleh mewakili populasi asalnya ataupun mewakili sampel penuh yang asal. Ini hanya merupakan baki sampel asal Tinjauan CrossSectional GE3143 • Tinjauan Cross-Sectional Masalah memastikan kerjasama yang erat antara pelbagai pihak bagi tempoh yang lama sering menghalang kejayaan kaedah longitudinal. • Kajian kemahiran mengira pelajar KBSR boleh dilakukan dengan mengukur pada masa yang sama kebolehan mengira murid-murid yang telah didedahkan dengan KBSR dari darjah satu hingga enam. Wujud perbezaan disebabkan oleh faktor asal yang sedia ada merupakan kelemahan kaedah silang. Alat Kajian Tinjauan GE3143 •Alat kajian yang digunakan

dalam kajian tinjauan ialah untuk mendapatkan maklumat yang piawai atau standard daripada semua subjek daripada sampel. • Besides, the conditions of adminstration must as possible for each subject in the sampel •Data collected should also be quantifiable Alat Kajian: Tinjauan GE3143 •Instrumen yang selalu digunakan dalam kajian tinjauan ialah:. • Soalselidik • Temubual secara individu • Temubual melalui talipon • Pemeriksaan rekod-rekod • Tinjauan berasaskan internet •Lain-lain kaedah yang berkaitan Alat Kajian: Tinjauan GE3143 • Tatacara Pembinaan Soalselidik • Tatacara menemubual responden • Tatacara merakam video dan merakam perbualan dll Stop and Reflection Soalan Perbincangan Dalam

Kumpulan dan Pembentangan Stop and Reflection Pembentangan Kumpulan...


Similar Free PDFs