APA ITU NEGARA SEDANG MEMBANGUN DOCX

Title APA ITU NEGARA SEDANG MEMBANGUN
Author Norafizah Sulaiman
Pages 21
File Size 33.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 118
Total Views 238

Summary

APA ITU NEGARA SEDANG MEMBANGUN? Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar dalam dunia. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah, boleh dikatakan hampir keseluruha...


Description

APA ITU NEGARA SEDANG MEMBANGUN? Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar dalam dunia. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah, boleh dikatakan hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan negara-negara barat, terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa dahulu menjajah negara dunia ketiga. Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut. Negara imperialisme ini mengamalkan dasar- dasar negara mereka dan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis mereka di negara jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara dunia ketiga ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pertanian, hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur sosial-politik yang stabil dan bebas daripada kawalan dan cengkaman negara asing. Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekonomi kerana segala khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki dan diambil oleh pihak penjajah. Dengan itu juga maka bermulalah satu proses pembangunan semula di negara-negara dunia ketiga. Akibat daripada proses pembangunan yang tidak seimbang di negara dunia ketiga ini telah mewujudkan negara yang dikenali sebagai negara miskin dan negara barat yang menjajah itu dikenali sebagai negara kaya. DEFINISI NEGARA DUNIA KETIGA Negara-negara dunia ketiga ataupun juga dikenali sebagai negara sedang membangun ini dikelasifkasikan sebagai negara yang tidak mempunyai sebarang industri yang sofstikated dan mempunyai pendapatan perkapita yang rendah. Negara ini meliputi hampir keseluruhan di benua Afrika, Asia dan negara-negara Amerika Selatan....


Similar Free PDFs