CABARAN ERA LEDAKAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT PDF

Title CABARAN ERA LEDAKAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT
Author Radhiah Rudzi
Pages 28
File Size 233.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 199
Total Views 465

Summary

( PTD 2043 ) 1.0 PENGENALAN Perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) sedang merubah era komunikasi marcapada ini. Penciptaan dan rekaan dalam bidang sains dan teknologi pada masa kini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kemajuan teknologi maklumat tidak boleh menyekat atau menghalang ...


Description

( PTD 2043 )

1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) sedang merubah era komunikasi marcapada ini. Penciptaan dan rekaan dalam bidang sains dan teknologi pada masa kini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kemajuan teknologi maklumat tidak boleh menyekat atau menghalang sesiapa di dunia untuk berkomunikasi yang berpotensi untuk mempengaruhi kegiatan sosial, ekonomi, agama dan politik. Secara tidak langsung, kemunculan teknologi komunikasi maklumat ternyata membawa cabaran yang lebih besar kepada umat Islam kerana bersamanya mengalir berbagai bentuk maklumat yang tidak lagi dapat disekat dan ianya amat sukar ditapis. Oleh kerana teknologi komunikasi maklumat dipelopori oleh Barat, maka tidak hairanlah sebahagian besar kandungannya mengikut acuan Barat. Sebelum wujudnya alat-alat sebaran am seperti radio dan televisyen, umat Islam bergantung kepada surat khabar dan majalah di samping tempat-tempat perhimpunan awam seperti masjid, balai raya, dan juga kedai kopi untuk mendapatkan maklumat terkini. Kemunculan radio dan televisyen di pertengahan abad ke-19 telah membawa perubahan yang mendadak kepada cara penyampaian maklumat serta penyebaran ilmu. Keberkesanan dan kepentingan teknologi komunikasi maklumat bergantung kepada penggunaannya. Selain ianya banyak memberi kebaikan, ianya juga boleh mendatangkan kemudaratan dan keburukan sekiranya tidak dikawal dengan menggunakan modus operandi yang berkesan. Teknologi komunikasi maklumat merupakan alat yang terbaik digunakan untuk mengadakan propaganda dan membuat fitnah yang akhirnya boleh merosak dan meruntuhkan nilai kemanusiaan.

1

( PTD 2043 )

Malah, teknologi komunikasi maklumat ini merupakan alat yang boleh merubah persepsi minda, sikap, pandangan dan budaya seseorang. Lebih jauh lagi, ia juga boleh digunakan sebagai alat untuk menyalurkan maklumat yang salah mengenai sesuatu perkara dan digunakan juga dalam menyalurkan gambar-gambar lucah dan kotor sebagaimana yang sering dilaporkan oleh media massa tempatan mahupun antarabangsa. Kebimbangan

mengenai

penyalahgunaan

teknologi

komunikasi

maklumat

ini

sememangnya wujud di kalangan setiap orang. Beberapa langkah awal mungkin boleh diambil untuk membendung gejala negatif ini daripada merebak dengan meluas, tetapi kecanggihan teknologi komunikasi maklumat ini juga memungkinkan mereka yang tidak bertanggungjawab mencanggihkan lagi teknologi mereka, sehingga perkara-perkara yang tidak terduga selama ini disampaikan melalui teknologi tersebut. Jelaslah bahawa perkembangan teknologi komunikasi maklumat mempunyai pelbagai cabaran-cabaran tanpa mengira agama, budaya mahupun kaum dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, sebagai penyambung legasi negara akan datang, kita haruslah menggunakan teknologi komunikasi maklumat dengan sebaik mungkin agar tidak merosakkan negara pada masa hadapan. Kita juga sewajarnya peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang seterusnya dengan jati diri dan minda yang mapan.

2

( PTD 2043 )

2.0 TAKRIF Komunikasi berasal dari perkataan Yunani, iaitu communicare yang bermaksud menjadikan sesuatu itu milik bersama di mana penyampai menyampaikan sesuatu mesej kepada pendengar, pendengar pula bertindak dengan memberi maklumbalas yang bersesuaian. Bercakap, mendengar, menonton, membaca, menulis, berdoa, menilai diri dan sebagainya juga adalah aktiviti komunikasi. Perkataan komunikasi juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan bahasa arab. Dalam Islam, perkataan dakwah, ittisal (menyampaikan) dan wasa’ili’lam (kaedah penyampaian) digunakan bagi menggambarkan maksud komunikasi dalam Islam. Terdapat banyak perkataan-perkataan lain dalam Al-Qur’an yang menerangkan aktiviti komunikasi, antaranya ialah Qara’a (membaca) , Baligh (menyampaikan), Bashir (mengkhabarkan) , Qul (mengatakan) , Dia’a (menyeru) , Tawassa (berpesan-pesan) , Sa’ala atau Sama’a (bertanyatanya). Oleh itu, definisi komunikasi Islam ialah proses bagaimana seseorang pendakwah berfungsi sebagai komunikator, berkongsi pengalaman dan maklumat dengan pendengar. Berhubung dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, dan melihat maklumat tanpa mengira tempat dan masa. Definisi teknologi komunikasi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.

3

( PTD 2043 )

Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat. Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Antaranya asas pentingnya ialah yang pertama, untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan tekonologi. Contohnya, dengan menggunakan computer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan. Seterusnya ialah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Yang ketiga pula ialah digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat. Laudon dan Laudon ( 1997 ) menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.

4

( PTD 2043 )

3.0 SEJARAH KOMUNIKASI DAN PERKEMBANGAN Sejak manusia pertama (Adam dan Hawa) mendiami bumi ini, komunikasi menyertai kehidupan dan perkembangan kedua mahkluk Tuhan tersebut. Pada awalnya, komunikasi berada di dalam lingkup yang sederhana dan tidak meluas. Perkembangan umat manusia terus meningkat berdasarkan meningkatnya usia planet bumi ini, sehingga manusia tidak lagi berada di dalam dimensi yang sama. Di setiap zaman, manusia mempunyai model komunikasi yang berbeza seiring dengan perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan. Untuk mempelajari sejarah perkembangan komunikasi, kita perlu tahu apa yang sudah dihasilkan manusia pada waktu itu. Sejarah perkembangan komunikasi sangat dipengaruhi oleh peradaban ilmu pengetahuan. Kemajuan teknologi maklumat ataupun media-media komunikasi yang diciptakan manusia menjadikan komunikasi mempunyai pola yang berbeza. Kita semua tahu bahawa konsep komunikasi itu selalu berjalan seiring dengan waktu sehingga saat ini, dengan demikian jika kita terus mengetahui maklumat dari segala aliran komunikasi kita akan tahu betapa majunya akan penglihatan secara meluas. Aspek komunikasi tidak boleh berdasarkan oleh satu aspek sahaja. Oleh itu, komunikasi mempunyai banyak pengertian bergantung kepada cara mereka mengamalkanya dan meng aplikasikanya. Semua itu bergantung bagaimana kita memerlukannya. Menurut Everett M. Rogers, komunikasi adalah proses di mana suatu idea dialihkan dari sumber kepada suatu penerima atau lebih, dengan maksud untuk mengubah tingkah laku mereka.Menurut beliau juga, sejarah perkembangan komunikasi dibahagi kepada empat era perubahan, iaitu era komunikasi tulisan, era komunikasi cetak, era telekomunikasi dan era komunikasi interaktif. Kelemahan dari pendapat beliau adalah beliau tidak melihat bahasa lisan sebagai era komunikasi yang pertama kali. Ada kemungkinan Everette melihat bahawa bahasa tulisan

5

( PTD 2043 )

merupakan wujud dari upaya manusia untuk melestarikan pengetahuan dan mengatasi batasan-batasan komunikasi lisan pada awal waktu itu, iaitu hanya dengan suara dengusan dan isyarat tangan saja Era komunikasi pada waktu itu berfungsi sebagai sistem untuk pengenalan bentukbentuk yang mereka kenal, mereka menggambarkan informasi yang mereka dapatkan pada dinding-dinding gua, tentang berburu dan binatang buruannya. Pada masa ini mereka mula mengenali benda-benda yang ada disekitar lingkungan mereka tinggal dan mewakilinya dengan bentuk-bentuk yang kemudian mereka lukis pada dinding gua tempat mereka tinggal. Ianya kerana kemampuan mereka dalam berbahasa hanya berkisar pada bentuk suara dengusan dan isyarat tangan sebagai bentuk awal komunikasi mereka pada masa ini. Perkembangan selanjutnya adalah diciptakan dan digunakannya alat-alat yang menghasilkan bunyi dan isyarat, seperti gendang, trompet yang diperbuat daripada tanduk binatang, isyarat asap sebagai alat pemberi peringatan terhadap bahaya. Manusia menemukan medium media untuk menulis segala kontrak, undang-undang serta catatan keagamaan. Mereka memilih memakai media yang praktikal, tahan lama, mudah dibawa, dan murah. Orang-orang Cina pada zaman purba mula membuat ku-wan atau dikenali sebagai isyarat gambar bergerak sebelum munculnya piktograf, gambar simbol-simbol tersebut muncul pertama kali di Asia bahagian barat. Walaupun media tersebut mudah dibawa, namun penggunaannya sangat terbatas dan hanya digunakan pada kalangan bangsawan, cendekiawan, dan rohaniwan. Sebenarnya, tulisan sudah mula muncul pada tahun 8000 SM. The Fertile Crescent, terutama Mesopotamia, mempunyai perjalanan yang lama dalam menghasilkan dan menggambarkan bahasa lisan. Bentuk komunikasi dalam bentuk simbol yang ada pada tanah liat muncul sekitar pada tahun 8000 SM di Sumeria. Tanah liat yang berukuran kecil dan ditulis dengan simbol segitiga, bulat, kon, dan tanda-tanda lainnya dicetak untuk

6

( PTD 2043 )

mewakili sukatan untuk biji-bijian atau padi, sebotol minyak, dan barang-barang lainnya yang masih berhubungan dengan perdagangan. Tanda-tanda tersebut membantu masyarakat untuk menjaga barang-barang untuk menyatukan dan pengagihan semula sumber-sumber masyarakat. Sebagai simbol status untuk kaum elit dari sebuah komuniti, acuan tanah liat tersebut diletakkan di tempat pengebumian. Tanda-tanda yang bergambar itu juga menggambarkan hadiah-hadiah yang akan dibawa ke kuil untuk Tuhan, atau yang akan dibawa untuk raja atau pemerintah sebagai persembahan .Penulisan pada tanah liat berlangsung kira-kira selama 5000 tahun. Sekitar tahun 3000 SM, orang-orang Sumeria memasukkan angka-angka, selain gambar sehingga, beberapa penyelidik atau pengkaji percaya bahawa antara tulisan dan angka saling berhubungan. Tulisan pertama yang dipakai oleh masyarakat Sumeria adalah piktograf, iaitu gambar suatu objek yang sederhana. Sebenarnya, piktograf itu sendiri merupakan gambar atau simbol yang ditulis pada tanah liat yang telah muncul pada tahun 8000 SM. Namun, istilah piktograf baru muncul sekitar pada tahun 3000 SM. Penggunaan huruf hieroglif pada bangsa Mesir Kuno merupakan bahasa simbol dimana setiap ungkapan diwakili oleh simbol yang berbeza, yang apabila digabungkan menjadi satu akan mempunyai cara pengucapan dan maksud yang berbeza. Bentuk tulisan dan bahasa hieroglif ini lebih maju dibandingkan dengan tulisan bangsa Sumeria. Serat papyrus digunakan sebagai kertas. Kertas yang diperbuat daripada serat pohon papyrus yang tumbuh di sekitar Sungai Nil ini menjadi media menulis atau media informasi yang lebih kuat dan fleksibel berbanding dengan tanah liat yang sebelumnya digunakan sebagai media informasi. Pada tahun 1455 mesin cetak yang menggunakan plat huruf yang diperbuat daripada besi yang boleh diganti-ganti dalam bingkai yang diperbuat daripada kayu dikembangkan untuk yang pertama kalinya oleh Johann Gutenberg. Mesin cetak ini digunakan untuk

7

( PTD 2043 )

mencetak Kitab Injil kerana pada saat itu belum banyak orang boleh membacanya. Hanya kalangan bangsawan dan golongan gereja sahaja yang boleh membacanya. Akan tetapi lama-kelamaan mesin cetak itu dipakai oleh majoriti masyarakat. Pada tahun 1833, ketika Bunyamin Day melancarkan surat khabar New York Sun, yang digunakan secara besarbesaran. Pada tahun 1839, Daguerre menyertai beliau sebagai fotografi untuk surat khabar New York Sun. Pada tahun 1837, Samuel Morse mengembangkan telegraf dan bahasa kod Morse bersama Sir William Cook dan Sir Charles Wheatstone yang dihantar secara elektronik antara 2 tempat yang berjauhan melalui kabel yang menghubungkan kedua tempat tersebut. Penghantaran dan penerimaan informasi ini mampu dihantar dan diterima pada saat yang hampir bersamaan waktunya. Penemuan ini memungkinkan informasi dapat diterima dan dipergunakan secara luas oleh masyarakat tanpa dirintangi oleh jarak dan waktu. Pada tahun 1877, Alexander Graham Bell menciptakan dan mengembangkan telefon yang pertama kali digunakan secara umum. Fotografi dengan kecepatan tinggi pula ditemukan oleh Edweard Maybridge. Antara tahun 1886 dan 1888, Heinrich Rudolf Hertz yang pertama kali membuktikan teori Maxwell melalui eksperimen, memperagakan bahawa radiasi radio memiliki seluruh gelombang (gelombang Hertzian), dan menemukan bahawa persamaan elektromagnetik dapat diformulasikan ke persamaan turunan partial, yang disebut persamaan gelombang. Dalam penggunaannya, radio pada awalnya digunakan untuk keperluan maritim, iaitu untuk mengirimkan pesan telegraf dengan kod morse. Kemudian, salah satu penggunaan yang paling dikenang adalah pada saat tenggelamnya RMS Titanic pada 1912, termasuk komunikasi antara operator di kapal yang tenggelam dan kapal terdekat,serta komunikasi ke stesen darat mendaftar penumpang yang terselamat.

8

( PTD 2043 )

Pada sekitar tahun itu juga, mula adanya perkembangan televisyen. Dalam penemuan televisyen, terdapat banyak pihak, pengkaji mahupun inovasi yang terlibat, baik perseorangan mahupun badan perusahaan. Televisyen adalah media massa yang diperkembangkan dari tahun ke tahun. Sejak awal lagi televisyen tidak boleh dipisahkan daripada penemuan dasarnya iaitu hukum gelombang elektromagnetik yang ditemui oleh Joseph Henry dan Michael Faraday (1831) yang merupakan penemu awal komunikasi elektronik. Para penyelidik iaitu Bruce, Cunard, Dysin, dan Hills mempunyai pendapat yang sama, iaitu perubahan teknologi yang terpenting di dunia telekomunikasi adalah menyatukan dunia komputer dan telekomunikasi menjadi satu sistem tunggal. Ketika microchip yang tersedia di mana-mana itu menjadi bahagian penting di dalam sistem telekomunikasi, pengiriman hubungan telefon dan pemprosesan data serta peralatan dan pelayanan telekomunikasi berkembang dengan pesat. Penggunaan komputer, internet, serta satelit yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih mudah dan percakapan antara manusia tidak lagi harus bersemuka. Sejarah perkembangan komunikasi di atas sudah cukup membuktikan bahawa sebenarnya komunikasi tidak pernah terputus. Ianya kerana pada asasnya hubungan antara komunikasi merupakan sebahagian dari perkembangan peradaban manusia.Dengan mempelajari sejarah perkembangan komunikasi, kita juga boleh mengetahui bahawa sebenarnya peradaban yang sangat maju telah bermula lebih awal di Cina dan Timur Tengah. Hal tersebut jelas dilihat dari sudut era komunikasi tulisan. Mereka lebih cenderung memikirkan manfaat hasil temuannya itu daripada orang Amerika dan Eropah yang lebih cenderung untuk menghasilkan suatu ciptaan.

9

( PTD 2043 )

4.0 KONSEP Konsep komunikasi boleh terbahagi kepada dua bahagian, iaitu konsep dari sudut Islam dan konsep dari sudut Barat. Komunikasi Islam berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan Al-Qur’an dan Hadis. Ini kerana segala sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi, sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan media hendaklah berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W. Amalan komunikasi ini dikira ibadat dalam kehidupan umat Islam. Terdapat 12 prinsip yang perlu ada dalam komunikasi individu berdasarkan Al-Qur’an iaitu memulakan percakapan dengan ucapan “Assalamualaikum”, bercakap dengan lemah lembut , menggunakan perkataan yang baik, menyebut perkara yang baik-baik tentang diri rakan-rakan, menggunakan hikmah dan nasihat yang baik , bercakap benar, menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tingkat kecerdasan pendengar, berdialog dengan cara yang lebih baik, menyebut perkara yang penting berulang kali, mengotakan apa yang dikata, mengambil kira pandangan dan fikiran orang lain dan berdoa kepada Allah S.W.T jika memikul tanggungjawab komunikasi yang besar. Komunikasi yang berkesan dapat mempengaruhi orang lain di samping mendapat keredhaan Allah S.W.T. Konsep komunikasi dari sudut Barat pula hanya menitikberatkan soal-soal etika dalam penyiaran dan komunikasi sahaja. Hukuman kepada pelanggaran etika bagi komunikasi konvensional berlaku di dunia sahaja, sedangkan hukuman bagi pelanggaran terhadap etika komunikasi secara Islam berlaku hingga akhirat selagi ia tidak mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. Teori komunikasi yang dikembangkan Barat lebih menekankan pada aspek empirical (pemerhatian) serta mengabaikan aspek normatif dan historikal. Pendekatan seperti ini tentu sangat bersifat pra-matang.

10

( PTD 2043 )

5.0 TOKOH-TOKOH ILMU KOMUNIKASI DUNIA David K. Berlo Berlo lahir tahun 1929. Beliau merupakan salah satu mahasiswa generasi pertama di Program Doktor Komunikasi di bawah kepimpinan Wilbur Schramm di Illinois. Berlo dikenali juga sebagai pencipta program komuniaksi di Universiti Michigan yang banyak melahirkan doktor komunikasi. Beliau merupakan penulis buku teks komunikasi yang terkenal iaitu The Process of Communication (1960). Buku ini mengajarkan model komunikasi SMCR; Source-Message-Channel-Receiver. Berlo mengasaskan rumusannya pada model komuniaksi yang dirumuskan Shannon, iaitu teori maklumat dengan model matematikanya. Berlo menjadi mahasiswa program doktor yang dipimpin Wilbur Schramm di Illinois tahun 1953. Sebelum itu, beliau adalah mahasiswa Jurusan Matematik di Universiti Missouri. Berlo kemudiannya menjadi pimpinan di fakulti komunikasi yang dibuka di Universiti Michigan. Merton Merton lahir sebagai anak pendatang dari sebuah kawasan setinggan di Philadelphia Utara. Selama 3 tahun Merton mengajar dan menjadi professor, serta pimpinan kepada Jabatan Sosiologi di Tulane University hingga dipanggil Universiti Colombia pada tahun 1941. Melalui tulisannya di tahun 1938 yang berjudul Social Structure and Anomie, menjadikan Merton menjadi ahli teori sosial yang termuda. Merton dikenali sebagai intelektual bandar yang sangat dihargai kerana pilihan kata-katanya, baik dalam penulisannya mahupun pembicaraanya. Lazarsfeld sangat menghargainya dan menyebutnya sebagai "tuan sosiologi negeri ini (Amerika)". Merton juga seorang sarjana komunikasi massa. Merton mengkaji bersama-sama dengan Fiske dan Curtis tentang jarinagn radio CBS. Merton merupakan pengajar di Universiti Columbia dalam kurun waktu 35 tahun bersama dengan 11

( PTD 2043 )

Lazarsfeld. Merton dikenali sebagai ahli ilmu sosial, sedangkan Lazarsfeld sebagai ahli kaedah penyelidikan kuantitatif yang mempelajari kesan komunikasi. Kewujudan dua tokoh ini di tahun 1941 ikut menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi keutuhan Chicago School. Lazarsfeld Lazarsfeld lahir dan menghabiskan tiga puluh tahun pertama hidupnya di Vienna. Beliau melihat ayahnya sebagai seorang peguam yang sangat miskin dan tidak berjaya. Ibunya tidak mempunyai pendidikan formal, tetapi dikenali sebagai penulis buku...


Similar Free PDFs