Kesan sekularisme sosial PDF

Title Kesan sekularisme sosial
Author bazeil nordin
Course geodesy
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 3
File Size 91 KB
File Type PDF
Total Downloads 300
Total Views 703

Summary

3 KESAN SEKULARISME TERHADAP PERADABANSeperti yang kita semua tahu bahawa setiap perkara yang berlaku pasti akan terhasilnya sesuatu kesan atau pun impak kepada aspek-aspek yang berkaitan. Sudah terang lagi bersuluh pengamalan elemen-elemen sekular telah memberi kesan kepada kehidupan umat Islam yan...


Description

3.0 KESAN SEKULARISME TERHADAP PERADABAN

Seperti yang kita semua tahu bahawa setiap perkara yang berlaku pasti akan terhasilnya sesuatu kesan atau pun impak kepada aspek-aspek yang berkaitan. Sudah terang lagi bersuluh pengamalan elemen-elemen sekular telah memberi kesan kepada kehidupan umat Islam yang dapat dilihat dari berberapa sudut kehidupan. Sebagai contoh yang boleh dibahagikan ialah dari segi sosial, ekonomi dan termasuk juga politik. Lebih-lebih lagi kesemua contoh kemajuan pembangunan negara Barat telah dijadikan ikutan kepada ketmadunan.

3.1 KESAN KE ATAS SOSIAL

Berdasarkan pengalaman negara-negara Islam yang mengamalkan sekularisme, kita dapat lihat berlakunya pensejagatan sekularisme melalui Pendidikan. Maka, generasi yang kurang penghayatan terhadap Islam dan lemah akidah akan terbentuk. Masyarakat mula beranggapan bahawa perkara yang paling membanggakan mereka adalah jika anakanak mereka menuntut ilmu di sekolah atau institusi pengajian tinggi yang berfahaman sekular dan tenama. Selain itu, dari segi bidang pekerjaan pula, pekerjaan-pekerjaan yang bertaraf tinggi dan professional mendapat perhatian yang lebih . Manakala, dipandang rendah pula kepada bidang yang beraliran agama dan kemanusiaan kerana dianggap sesuatu yang tidak mencabar minda sehinggakan kurang mendapat tempat di pasaran kerana kedudukan tangga gaji yang ditetapkan juga tidak lumayan. Secara keseluruhan, ianya sangat jelas menunjukkan bahawa bidang teknologi maklumat lebih diutamakan oleh masyarakat. Anggapan yang dipegang masyarakat ini akan menyebabkan pengeluaran tenaga kerja di pasaran yang tidak seimbang. Sebagai contoh, pekerjaan yang memerlukan pelajaran berbentuk sekular tanpa penyelitan nilai-nilai keagamaan akan menjadi terlalu banyak berbanding bidang pekerjaan yang melibatkan nilai keagamaan. Hal ini disebabkan isi kandungan pelajaran yang diambil dari negara Barat dan diamalkan di negara kita.

Kesan yang menjadi isu dari pendidikan sekular ini adalah ia mula memupuk minat dalam kalangan masyarakat untuk mengamal kehidupan bebas tanpa akhlak mengumpul kekayaan berlebihan di dunia, kurang minat mendalami Islam. Malahan, kegiatan maksiat semakin berleluasa. Sebagai contohnya Jamilah Othman menyatakan melalui kertas kerjanya yang bertajuk 'Sekularisme: Pengalaman Umat Islam Minoriti di Singapura':

"Pendidikan sekular di Singapura sangatlah menjejas akan matlamat dan tujuan sebenar pendidikan Islam kerana pelajarpelajar tidak menjadikan dan mengutamakan Allah dan Rasul S.A.W sebagai matlamat hidup, sebaliknya yang ingin mereka capai adalah keputusan peperiksaan yang cemerlang yang mengakibatkan mereka tidak terlatih untuk berfikir secara kritikal dan menjadi budaya untuk mengikuti tren terkini.

Malah, beliau juga menyatakan bahawa kini sebanyak 95% anak-anak masyarakat yang beragama Islam bersekolah di sekolah sekular. Idea sekular turut tersebar secara meluas melalui media massa dan teknologi yang digunapakai yang menyebabkan pelbagai jenis gejala sosial. Md Sidin Ahmad Ishak dari Jabatan Media U.M umpamanya menyatakan

media massa merupakan salah satu sumber kepada pelbagai gejala sosial: ia merosakkan minda remaja, mencemarkan budaya pribumi, juga menjadi ejen yang memberi representasi yang salah kepada citra Islam, menjadi sumber propaganda Yahudi untuk menjahanamkan umat Islam yang lalai, menyemai nilai-nilai kebendaan, hedonisme dan nihilisme, dan turut menjadi faktor keruntuhan akhlak dan seterusnya."

Ia berikutan daripada pergantungan dan penepisan maklumat dan berita dari pihak luar yang tidak diketahui kebenarannya seperti Reuters, AP, AFP dan lain-lain yang menyebabkan umat Islam tidak dapat menghasilkan dan membentuk peribadi media massa sendiri yang Islamik dan terkawal. Menerusi media massa juga, idea dan cara hidup sekular yang menonjolkan aksi ganas, seks, tahyul, materiał, eksploitasi wanita dan sebagainya tersebar secara meluas.

Seterusnya, dari segi bidang hiburan, sekularisme dinyatakan sangat bercanggah dengan Islam. Contohnya, terdapat terlalu banyak kegiatan hiburan dikunjungi oleh belia-belia yang beragama Islam yang menyertai pelbagai pesta dan konsert secara besarbesaran, minum arak, melakuakan perlakuan bebas yang meruntuhkan akhlak apabila menyambut tahun atau alaf baru. Tambahan pula, kegiatan-kegiatan ini menjadi tumpuan dan mendapat liputan secara meluas dan disiarkan secara langsung di kaca TV di rumah dan di media massa. Ini menunjukkan bahawa budaya pemikiran sekular hanya mementingkan hiburan dan keseronokan masa kini tanpa melihat kesan dari aktiviti mereka. Sebalikkanya, upacara atau majlis yang bersifat keagamaan perlulah ditonjolkan secara meluas dalam pelbagai media termasuklah dari seluruh dunia Islam seperti mengadakan sembahyang kesyukuran berjemaah, bacaan Al-Quran, tazkirah dan lainlain. Oleh itu, ia boleh membimbing umat ke arah keinsafan tentang perlaksanaan segala perintah Allah yang telah mahupun yang akan dilaksanakan nanti.

Peniruan Budaya popular Barat sering mendapat perhatian kerana dianggap moden dan maju yang mendorong umat Islam untuk meniru kerana mereka menganggap ia merupakan lambang kemewahan, kemegahan, status dan sebagainya. Ianya sangat jelas dan terbukti bahawa golongan yang ditiru itu bukannya golongan ulama tetapi meniru gaya dan cara personaliti-personaliti yang mashyur dan glamour. Buktinya, dalam aspek pemakaian ataupun fesyen, pakaian yang mendedahkan aurat tanpa ada sifat malu (iman) atau yang menjolok mata sentitasa menarik perhatian ramai dan orang yang bekerjaya sebagai peragawati dianggap lebih moden dan mendapat sambutan. Oleh yang demikian, golongan artis ataupun golongan yang ternama sering dipuja dan disanjung sama ada ia pelakon, penyanyi, mahupun pengacara dan seumpamanya akan dijadikan idola kepada masyarakat Islam untuk diikuti yang melibatkan cara berpakaian, cara berbahasa hobi dan sebagainya. Berdasarkan seorang penulis di akhbar New Straits Times pada 25 April 2000 yang lalu, satu peraduan telah berlangsung iaitu meniru cara berpakaian watak Erin Brockovich yang dilakonkan oleh Julia Roberts dari sebuah filem Holywood. Golongan yang setaraf dengannya sering mendapat publisiti secara meluas di media massa. Hal ini kerana mereka ini disanjung melebihi daripada golongan yang memberi manfaat dan dapat dijadikan panduan hidup contohnya para ilmuan, golongan ulama, pejuang-pejuang tanah air dan seumpamanya.

Dalam konteks sosial, begitulah serba sedikit tentang serangan terhadap pemikiran umat Islam yang banyak membawa kesan buruk berbanding kesan baik. Jika pihak berkuasa dan masyarakat masih lagi tidak sedar dan mengambil tindakan untuk membendung hal ini, pengembalian penghayatan Islam akan menjadi lebih sukar lebihlebih lagi melalui sistem komunikasi dan gelombang maklumat.

SUMBER RUJUKAN 

http://studentsrepo.um.edu.my/488/5/BAB4.pdf...


Similar Free PDFs