Kesan penjajahan British di Malaysia DOCX

Title Kesan penjajahan British di Malaysia
Author Zharif Zamri
Pages 1
File Size 48.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 718
Total Views 849

Summary

1.0 Pengenalan Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19. Atas sebab itu strategi awal penjajahan British di Tanah Melayu adalah...


Description

1.0 Pengenalan Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19. Atas sebab itu strategi awal penjajahan British di Tanah Melayu adalah menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan kemudiannya ke atas negeri yang mempunyai kekayaan hasil bumi seperti bijih timah. Penjajahan British menjalankan dasar diplomasi yang sangat berhati-hati dengan sultan dan para pembesar Melayu.1 Cara dan kaedah ini digunakan bertujuan untuk mengelakkan penentangan khususnya daripada orang Melayu. Oleh sebab itu, kedatangan British di Tanah Melayu tidak merombak dan menghapuskan keseluruhan institusi politik Melayu tradisional. Apa yang berubah hanyalah dari segi kuasa sahaja, iaitu daripada tangan sultan dan pembesar kepada residen dan pegawai Inggeris. Dengan kehadiran British, kedudukan raja hanyalah bersifat official ceremony sahaja. Walaupun mereka dikekalkan kedudukan asal sebagai sultan dan pembesar, tetapi hakikat sebenarnya kuasa yang ada pada mereka amat terhad sekali. Jika ada, kuasa sultan hanyalah meliputi bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu.2 Secara keseluruhannya, perkembangan sejarah sosiopolitik bumiputera dalam jangka masa di sekitar pertengahan abad ke-19, adalah peringkat yang paling mundur dalam proses perpecahan dan keruntuhan tamadun mereka sejak zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka. Kemunculan unit-unit politik negeri yang menjadi jelas pada abad ke-19, sentiasa menghadapi masalah pergolakan dan persaingan politik sama ada dalam negeri atau antara satu negeri dengan negeri yang lain (Abdul Malek, 1977). Pengaruh asing, sama ada yang bersifat serantau atau barat, semakin menguasai perkembangan politik di negeri Melayu. Pengaruh orang Bugis semakin dominan di Johor dan Selangor, manakala orang Minangkabay meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan. Oleh itu, pertengahan abad ke-19 menggambarkan keadaan sosiopolitik bumiputera yang paling daif.3 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277. 2 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm. 74. 3 Ibid....


Similar Free PDFs